Bab 90 : Pencarian

Action Completed 84377

Suasana di pejabat polis pada petang itu haru-biru. Malahan apabila mendengar sahaja berita kehilangan CEO Besh Holding, Tengku Fahmi dan Eisya. Masing-masing sibuk melakukan pencarian dan ada yang membuat mesyuarat terlebih dahulu.

Begitu juga dengan pejabat tentera. Semua unit dikerah sama ada bahagian darat dan laut untuk mencari Tengku Fahmi. Kehilangan mereka berdua masuk ke dalam berita.

"CEO syarikat terkenal di Malaysia, Tengku Fahmi Tengku Hafiz dilaporkan hilang setelah rumahnya dimasuki seseorang yang tidak diketahui. Begitu juga dengan isterinya, Eisya Esynani. Hasil siasatan melaporkan bahawa bukan seorang atau dua yang memasuki rumah itu namun beberapa orang memasuki rumah itu mengikut cap jari yang terdapat di rumah itu.. " kata seorang pemberita lelaki di dalam televisyen di hospital.

Dato'Emir tergamam dan mulutnya bergetar. Dia memandang Datin Marina di tepi yang turut melihat berita itu.

" Betul ke.. " tanyanya sebak.

Datin Marina mengeluh perlahan. Dia memeluk Dato'Emir.

"Jangan risau. Afwan dah kerahkan pasukan polis dan tentera untuk mereka." katanya memujuk.

"Eisya?" kali ini air mata Dato'Emir jatuh..

Datin Marina terdiam.

"Macamana boleh jadi macam ni?"

Datin Marina menggeleng..

***

Aniq yang baru sampai di rumah Tengku Fahmi yang diletakkan pita kuning di situ ingin masuk namun dihalang oleh sepasukan polis yang menyiasat di situ.

"Maaf, Encik. Encik tak boleh masuk. Kami sedang buat siasatan." kata Adi.

"Saya cari anak dia. Atiq ada di dalam?" tanya Aniq panik.

Adi menggeleng.

"kami tak jumpa seorang pun ahli keluarga mangsa."

Aniq meraup wajahnya kasar. Macamana boleh jadi macamni? Dia memandang tiga orang mayat yang ditutup dengan plastik hitam dibawa pergi oleh mereka dan tujuh orang lagi dibawa masuk ke dalam ambulans berasingan.

Atiq yang baru pulang dari sekolah hanya tergamam dari awal. Kenapa ramai orang dekat rumah dia ni? Dia ternampak Aniq yang gusar sambil cuba menelefon seseorang.

"Papa Aniq.." panggil Atiq. Aniq terkejut.

"Atiq, Atiq okay, kan? Takde cedera mana - mana?" tanya Aniq.

"Takde. Atiq baru balik sekolah. Tengok - tengok ramai orang ada dekat sini. Buat apa?" Tanya Atiq.

Aniq terdiam. Macamana perasaan Atiq bila dapat tahu mama dan papanya hilang?

"Takpelah, papa. Atiq naik atas jap. Nak jumpa papa dan mama." kata Atiq polos. Dia segera membawa langkah namun berhenti apabila Aniq memeluknya kuat. Dia tergamam.

"Kenapa pa?" tanya Atiq hairan. Dia ingin merungkai pelukannya namun Aniq lebih kuat memeluknya.

"Kalau papa cakap fasal papa Atiq, Atiq jangan marah, sedih atau mengamuk ya?" bisik Aniq di telinga Atiq.

Atiq kehairanan.

"Kenapa?"

"just promise me.." kata Aniq.

"Okay." kata Atiq.

Aniq menarik nafas dalam.

"Your parents hilang."

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience