Eisya sedang membuat kerjanya di office apabila pintunya terkuak sedikit. Dia mengangkat muka dan terlihat seorang budak kecil berlari ke arahnya sambil menangis.
Eisya yang ketakutan segera berlari ke tepi meja dan budak itu berhenti di tepi kerusi kerja Eisya. Dia ingin maju namun Eisya menuding jari ke arahnya tanda menyuruhnya berhenti.
"Berhenti di situ!!" jerit Eisya pada Atiq. Atiq ingin maju ke depan lagi namun Eisya bertegas.
"Atiq Annas!!" marah Eisya.
Atiq berhenti namun dia tersedu-sedan. Dia memandang Eisya sambil mengesat air matanya.
"K-kenapa E-eisya tinggalkan Atiq k-kat sana.." tanya Atiq sambil mengesat air matanya. Dia tersedu-sedan.
Eisya menjarakkan diri dengan duduk di atas sofa dengan berhati-hati secara perlahan-lahan.
" Kenapa Eisya nak duduk dengan Atiq kat situ? Tu villa Atiq, bukan Eisya..lagipun papa Atiq ada kat situ, kan?" Eisya membuat riak wajah tak bersalah.
" Eisya tak sayang Atiq! Atiq tak nak kawan dengan Eisya!!" Atiq melemparkan fail-fail ke arah Eisya. Eisya yang tak sempat tahan terkena fail tersebut. Atiq kemudiannya menangis kuat sehingga dari luar boleh dengar.
Kerana di luar dah boleh dengar suara dia, Yani yang ingin tahu mengetuk pintu sebelum masuk. Terkejut dia saat melihat situasi Eisya yang mencangkung sambil menutup telinga kerana bising manakala Atiq pula menangis kuat. Persekitaran mereka dipenuhi dengan kertas-kertas yang bertaburan dan fail-fail yang dilempar.
"Cik Eisya.."
Dia segera bergerak ke arah Eisya yang mencangkung sambil menutup telinga dan memegang bahunya.
" Bawa dia keluar dari sini!" kata Eisya yang sudah tidak tahan dengan suara itu.
" Tapi tadi, dia datang dengan Tengku Fahmi.."
" Then, mana dia? "
" Masih di lobi, cik."
"Tak kira, awak bawa dia keluar dari sini.."
"Baik, cik Eisya." patuh Yani. Dia segera bergerak ke arah Atiq untuk memujuknya.
" Tuan Muda, jom makan aiskrim.." kata Yani ramah.
"Tak nak!!" jawab Atiq sambil menangis.
Eisya yang hairan segera bertanya,
"Kenapa awak panggil dia macam tu?"
" Tengku Fahmi yang suruh saya panggil dia Tuan Muda, cik."
Ha.. Ha! Amboi! Bukan main lagi Tuan Muda eh?
Namun, tiba-tiba Atiq bertindak drastik. Dia bergerak ke arah Eisya dan ingin memeluknya. Eisya yang terkejut dengan tindakan itu tanpa sedar telah menolak Atiq sehingga jatuh ke lantai. Apalagi, menangislah dia..
Tengku Fahmi yang baru masuk ke ruangan itu berlari ke arah Atiq apabila melihat anaknya jatuh ke atas lantai. Lantas didukungnya budak itu.
" Apa yang awak dah buat?" tanya Tengku Fahmi tegas.
Eisya yang ketakutan kerana tindakan Atiq sebentar tadi terus pengsan tidak sedarkan diri. Tangannya tidak berhenti menggeletar.
***
Eisya melihat ke arah siling. Siling rekaan berwarna gelap itu pasti di pejabatnya. Tiba-tiba, satu suara menyapa gegendang telinganya.
" Dah bangun?" ternyata itu suara Tengku Fahmi. Di tangannya terdapat satu cawan plastik berisi air putih. Diserahkan air itu pada Eisya.
Eisya mengubah posisinya daripada berbaring kepada duduk. Dia mengambil cawan di tangan Tengku Fahmi lalu meneguknya perlahan sehingga habis.
" Apalah, dengan budak pun takut.." sindir Tengku Fahmi bersahaja ketika Eisya meneguk air.
Eisya berpaling ke arah Tengku Fahmi sambil menjeling. Kemudian, dia baru perasan Atiq tiada di situ.
" Mana Atiq?"
Tengku Fahmi bangun lalu mengambil air lagi untuk Eisya. Diserahkan air itu pada Eisya lagi.
" Kau kena banyak minum air. Nanti tak sampai satu minit, pengsan lagi.." katanya.
Eisya meneguk semula airnya.
" Aku suruh Atiq keluar dengan secretary kau kejap."
" Pandai pulak kau pujuk dia?"
" Aku mention nama kau tadi. Terus dia setuju nak keluar. "
Eisya tidak layan. Dia meneguk airnya. Haus sungguh!!
" Sebenarnya, kan? Apa yang buat kau takut budak ni? " tanya Tengku Fahmi.
Eisya diam. Malu weyh bila orang kata kita takut budak!!
" Budak - budak...macam kanibal. Baby pun sama.. " kata Eisya perlahan.
Tengku Fahmi ketawa terbahak-bahak. Kanibal? Biar betul? Kau panggil anak aku kanibal?
" Serius arh kau?! Kanibal? Hahahaha..." Ketawa Tengku Fahmi.
Tiba-tiba, pintu office dibuka dan kelihatan Atiq yang sedang menjilat aiskrim coklat tetapi bila dia terlihat Eisya, terus diserahkan aiskrim tersebut pada Yani yang masih tidak bersedia lalu berlari ke arah Eisya. Yani pula duk melompat - lompat menyambut aiskrim itu.
" Eisya!!" panggil Atiq namun tak sampai satu saat, Eisya dah menyorok di belakang Tengku Fahmi. Tengku Fahmi ketawa.
" Atiq, jangan usik Eisya macamtu, nanti pengsan pula dia.." Tengku Fahmi menyakat.
Dia dan Atiq ketawa manakala Eisya masih menyorok di belakang Tengku Fahmi.
" Oh, lupa.." Atiq menggaru belakang tengkuknya. Tiada lagi tangisan.
" Atiq nak minta maaf fasal tadi. Tak tahu pulak Eisya sampai pengsan.. " kata Atiq.
Eisya masih takut. Tengku Fahmi melihat ke belakangnya. Dia berdehem membuatkan Eisya terkejut.
" Nak menyorok sampai bila?"
Eisya malu sendiri. Dialihkan badannya perlahan sebelum bersandar di sofa tepi Tengku Fahmi.
" Jangan buat macam tu lagi. Eisya tak suka.." kata Eisya.
" Ai ai, kapten!" Atiq memberikan tabik hormat pada Eisya.
Eh, budak ni! Macam tahu-tahu je aku bekas leftenan dulu..
Tengku Fahmi hanya tersengih melihat kelakuan Eisya dan Atiq. Mungkinkah, Eisya calon terbaik untuk menjadi ibu Atiq? Tapi, macamana masa lepas lahirkan anak nanti? Takutkah dia? Pengsankah dia?
Eh, kau Tengku Fahmi! Belum tentu dia nak kahwin dengan kau.. Jauh betul kau fikir! Tahulah lulusan overseas, janganlah geliga sangat..
***
Sorry kalau tak active mana novel ni..
Share this novel