Tengku Fahmi sedang merenung balkoni yang ditutupi langsir. Dia tiada mood hendak bercakap sekarang ini.
Dia sudah tidak tahu hendak buat apa lagi untuk buat orang percaya yang dia masih waras. Mungkin kata-kata doktor berpengalaman lebih meyakinkan daripadanya. Tapi..kenapa doktor itu mengatakan yang dia gila? Rasa-rasanya, dia dah buat test psikiatri and keputusannya adalah dia masih waras.
Tiba-tiba, bunyi nada dering dari handphonenya mengejutkan dari lamunan. Dia melihat dulu siapa si pemanggil mengangkatnya.
"Hello.." sapa Tengku Fahmi.
" Fahmi!! Where have you been?? I rindu you!!" kata Sara Amelia menggedik.
Tengku Fahmi membalikkan mata. Bosan betullah..
" What? Takkan you tak tahu I dekat mana? Mesti you suka kan, I takde kat villa sekarang? Sebab you boleh buat suka hati you, you boleh keluar dengan lelaki lain belakang I. Tak gitu?" sindir Tengku Fahmi.
Diam di sana. Tengku Fahmi menjauhkan handphonenya dari telinga untuk melihat sama ada panggilan masih bersambung atau tidak kemudian mendekatkannya semula ke telinga.
" Sorry, dear.. I nak lawat you but your mom tak bagi I datang rumah.." kata Sara dengan nada sedih yang dibuat-buat.
" By the way, macamana you boleh bercakap normal eh? Bukan ke you..."
"Gila?!" tekan Tengku Fahmi.
" Yang gila tu you!!" kata Tengku Fahmi lalu membaling phone ke arah dinding. Pecah skrin handphone itu. Dia menyembamkan muka ke lututnya sambil menggerakkan tubuhnya.
****
Sara Amelia hanya memandang phone miliknya. Macamtu je? Aku tak habis cakap lagipun..
Dia mengangkat bahu lalu menyimpan phone ke dalam handbagnya.
" Takpelah, bukan masalah I. You dah gila, takkan you nak I duduk dengan you lagi.."
Aniq di birai katil cuma memandang Sara yang berada di meja solek. Dia sekarang berada di dalam bilik tidur Tengku Fahmi dan Sara Amelia di villa Haqlea Mary. Pada mulanya dia menolak namun Sara Amelia terlalu mendesak.
Sara Amelia bangun dan duduk di birai katil di tepi Aniq. Dia memaut jari Aniq dengan jarinya dan bahu dilentokkan ke bahu Aniq.
" You..call Tengku Fahmi buat apa?" tanya Aniq lembut.
" I just nak tanya dia sihat ke tak.."
" Kalau dia sihat, you nak balik dekat dia?"
Sara mendongak memandang Aniq.
" No! Buat apa I nak balik dekat dia? You pun tahu kan, I buat semua ni sebab you.. You kata nak dapatkan Besh Holding, kan? So.. I bantu you.. " kata Sara.
" Lagipun, peluang Tengku Fahmi sembuh adalah tipis. Aniq, dia dah gila!! Dia tak layak untuk I.. Lainlah macam you.. " kata Sara manja.
Aniq tersenyum tawar.
" Sara.. "
" Hmm? " kata Sara Amelia..
" Kalau I tanya you, you boleh jawab dengan jujur tak? "
" What? "
" Kenapa you cintakan I? "
Sara ketawa kecil. Apa yang kelakar pun tak tahu. Aniq steady je..
" Apa punya soalanlah you ni.. Of courselah sebab you cukup semuanya.. You handsome, bijak, and yang paling penting, you ada duit.. " kata Sara teruja.
Mati terus senyuman Aniq.
" Kalau I tak handsome, tak bijak, and tak berduit.. You still sukakan I?" duga Aniq. And lagi sekali Sara ketawa gedik..
" Aniq.. Aniq.. You tahu semua tu takkan terjadi.. " Sara menggeleng- gelengkan kepalanya dengan sisa ketawa di hujung ayat.
" No, Sara.. " Aniq melutut di hadapan Sara yang masih berada di birai katil sementara dia di atas lantai. Tangan Sara dipegang.
Sara terkejut. Dia terus terdiam..
" I dah buat keputusan.. I dah tak nak Besh Holding.. I taknak ikut dah apa yang papa I suruh. " kata Aniq.
Sara mengerut dahi.
" Maksud you?"
" I.. I just..nak fokus dekat you..dekat baby kita.. I.. I dah serik dah, Sara. Even I kena halau oleh papa I sekalipun, I dah tak kisah.. I cuma nak hidup dengan you.. " kata Aniq berharap.
Sara tercengang. Kena halau? Dia sanggup kena halau? Habis kalau semua tu terjadi, macamana dengan kehidupannya? Tanpa duit apa yang dia boleh buat?
Manakala Aniq pula masih berharap. Disangkanya Sara bersetuju dengan cadangannya namun apa yang dibuat oleh wanita itu mengejutkannya..
Sara Amelia bangun dari birai katil dan menepis tangan Aniq.. Dia berpusing sambil meramas rambutnya..
Aniq pun turut bangun..
" Kenapa sayang?" tanya Aniq..
" Don't call me sayang!! You takde hak nak panggil I macamtu!!" Sara menyinga..
Aniq tercengang. Apa yang dah jadi?
" Kenapa tak boleh? Selama ni okay je I panggil you macamtu.."
" Kalau you tak ubah fikiran you, you jangan harap boleh jumpa I lagi!!"
" Apa yang I dah buat? You jugak yang nak kan dulu, you tanya I kalau you tak dapat Besh Holding, I akan tinggalkan you ke tak? Of course not, baby.. Itu menunjukkan yang you lebih penting pada I.. " terang Aniq..
" Ya.. Aniq!! I tahu I pernah cakap fasal tu but sekarang I tukar fikiran.. Kalau macamni baik I still bersuamikan Fahmi! Walaupun dia gila, but duit dia tu boleh tampung I.. "
And sekali lagi Aniq tercengang. Matanya memerah.. Dia tak percaya semua ni..
" You.. You cuma nak duit je kan.. " tanya Aniq tersenyum walaupun matanya memerah.
Sara masih dengan wajah angkuhnya. Aniq sniffles. Dia menunduk ke bawah sambil mengesat air matanya..
" You tahu.. I rasa macam I orang yang paling bodoh di dunia ni kerana percayakan you.. " Aniq sebak. Dia tidak mengangkat mukanya. Dia tidak mahu lemah di depan wanita ini. Kalau diangkat wajahnya pasti sembap.
" I tak suruh you percayakan I.." kata Sara sambil menyilang tangan di dada. Wajah angkuh dipamerkan.
Aniq ketawa dalam tangisannya. Dia mengundur ke belakang lalu keluar dari bilik itu dan seterusnya villa itu. Sara dapat mendengar bunyi enjin kereta Aniq yang sayup-sayup sebelum tiada lagi..
Dia membalikkan matanya. Lalu dia menyentuh perutnya..
" Tak ada guna pun kau! Ingatkan dia nak tanggung aku dengan duit beribu - ribu.. Baik aku gugurkan jelah kau ni.." dia mengetuk sedikit perutnya sebelum tidur di atas katil..
***
Share this novel