Bab 73: Find Her

Action Completed 84377

Dua minggu kemudian..

Tengku Fahmi merenung cermin kaca di dalam pejabatnya. Dia menyeluk tangan di dalam poket. Wajahnya..sedikit muram..

Ketika dia sedang melayan perasaan, Faiq telah masuk ke ruangan pejabatnya.

" Tengku.." panggil Faiq sambil menunduk. Tengku Fahmi tersedar lalu memandang Faiq. Dia menongkat kedua belah tangan di atas meja sambil melihat Faiq.

"Jumpa dia?" tanya Tengku Fahmi.

Faiq menggeleng. Matanya memandang Tengku Fahmi yang meraup wajahnya sambil menghempas meja tanda frust.

" Saya dah kerah orang-orang kita untuk mencari Cik Eisya di seluruh Malaysia. Tapi mereka tak jumpa.."

Tengku Fahmi memejamkan mata. Sejak dari hari dia keluar hospital, dia sudahpun mengerah Faiq untuk menjejaki Eisya. Kalau boleh, di mana-mana. Tetapi tetap tidak jumpa..

Di mana Eisya sekarang? Dia tak tahu ke yang Tengku Fahmi merinduinya sangat-sangat? Kenapa perlu dia membawa diri sedangkan semua orang memaafkannya?

Suasana di dalam ruangan itu sunyi sebentar. Masin-masing berada di dalam dunia sendiri. Hinggalah pintu ruangan kerja Tengku Fahmi diketuk dan muncullah Atiq yang membawa bola sepak meluru ke arah Tengku Fahmi.

"Papa.." panggil Atiq ceria.

Tengku Fahmi tiada pilihan selain buat-buat gembira. Dia tidak mahu anaknya sedih. Dia bertinggung lalu mendukung Atiq yang sedang memegang bola sepak itu.

" Atiq buat apa datang sini? Naik apa datang sini?" tanya Tengku Fahmi manja. Dia mencubit pipi Atiq yang semakin mengembang. Atiq sekarang sudah menjadikan makan sebagai hobinya.

" Atiq nak ajak papa main bola." kata Atiq polos. Dia tersenyum lebar menampakkan barisan gigi susu yang cantik dan lesung pipit yang menawan. Kalau dilihat, persis seperti Tengku Fahmi.

" Nak ajak papan main bola? Papa sibuk sayang.." pujuk Tengku Fahmi.

" Alah, papa suruhlah papa Aniq buat kerja papa kejap.." rengek Atiq.

Tengku Fahmi ketawa kecil melihat telatah anaknya. Memang anaknyalah yang selalu menjadi peneman apabila berada di villa itu. Oh, lupa nak bagitahu.. Tengku Fahmi juga telah memberhentikan seluruh maidnya kecuali bodyguard. Dia juga menjaga Atiq sendiri kerana takut jika dihantar kepada pengasuh, akan terjadi benda tidak diingini. Maidnya diberhentikan kerana takut akan mencederakan Atiq.

Selain dia, Aniq Afrier juga membantu menjaga Atiq. Aniq kini sudah menggantikan papanya menguruskan syarikat keluarga mereka. Fatwa Hathi Holding pula diuruskan oleh Fawwaz, adik lelaki sulung Eisya.
Sara Amelia juga telah diceraikan olehnya. Dia yang membuat kenyataan palsu menyatakan Tengku Fahmi memberi hak pengurusan syarikat kepadanya dan menggelapkan duit syarikat itu telah ditahan pihak polis. Aniq pula walaupun dia bencikan Sara namun anak di dalam kandungan wanita itu adalah anaknya. Jadi setiap hari dia akan datang melawat Sara untuk bertanyakan kandungan wanita itu. Aniq pernah memberitahu Tengku Fahmi bahawa dia akan mengambil anaknya apabila dia selamat dilahirkan bahkan secara paksa kalau Sara tidak benarkan.

Atiq bosan seorang diri. Jadi Tengku Fahmi menjemput anak perempuan seorang rakan perniagaannya yang berusia sama dengan Atiq untuk bermain dengannya. Namanya Raihana. Bahkan bukan Raihana sahaja, semua anak-anak rakannya termasuk lelaki dan perempuan yang berusia sama juga dijemput ke villa kerana tidak mahu Atiq kesunyian.

" Macamana papa? Bolehkan? Atiq sunyilah.. Ana tak datang hari ni.. Umar, Mimi dan Farish pun tak datang.. Jadi Atiq pergi ke pejabat papa. Papa tak marah kan, pa?" tanya Atiq mengerdipkan matanya berulang kali.

Dia sedia maklum tentang hal itu. Dato' Fiqri, Dato' Alwi dan Dato' Shahril pun dah memberitahunya bahawa anak - anak mereka tidak dapat datang bermain dengan Atiq kerana kerja sekolah yang berlambak. Nasib baik Atiq seorang yang rajin..

"Tak apa, sayang. Papa tak marah.. So, kita pergi main bola sekarang.." kata Tengku Fahmi masih mendukung Atiq.

Atiq bersorak riang sambil mencium pipi Tengku Fahmi berulang kali. Tengku Fahmi apa lagi? Sini sikit.. Sini sikit.. Sini sikit.. Macam-macam..

" awak boleh keluar, Faiq. Jangan lupa, teruskan cari dia.. Kalau boleh, luar negara pun saya nak awak cari dia.." arah Tengku Fahmi perlahan tapi tegas.

Faiq mengangguk patuh dan terus keluar dari situ..

***

Tengku Fahmi dan Atiq bergilir - gilir menendang bola sepak. Ceria tu mestilah kena ada... Mereka ketawa, dan tersenyum riang.

Sehinggalah pada satu ketika, bola yang disepak Atiq tersasar jauh. Dia meminta maaf pada Tengku Fahmi lalu berlari mengejar bola itu. Dan bola itu berhenti tepat pada sepasang kasut sukan mahal.

Atiq mendongak melihat siapa pemilik kaki tersebut. Dan dia memandang wajah yang sangat tampan yang berpakaian baju sukan sambil wajah menunduk ke arahnya.

"Hai, handsome.." sapa Ben sambil melutut satu kaki menyamai Atiq. Atiq tidak berkelip. Ben mengamati wajah itu. Wajah yang iras-iras rupa seseorang..

Sebelum sempat dia bertanya, Tengku Fahmi sudah muncul di belakang Atiq dan pantas mendukungnya. Bola sepak dibiarkan di atas rumput. Kini Ben pula menunduk dan Atiq serta Tengku Fahmi menunduk ke arahnya.

" Maaf.." kata Tengku Fahmi cepat-cepat sebelum berpaling ingin pergi dari sini. Namun Ben sempat berkata sesuatu padanya membuatkan langkahnya terhenti.

" Jadi dia anak kau?" tanya Ben yang sudah berdiri sambil memegang bola sepak Atiq.

Tengku Fahmi berpaling ke arahnya dengan wajah dingin.

" Patut aku macam teringat wajah seseorang bila aku tengok wajah budak ni, muka kau yang aku ingat rupanya.." sindir Ben sambil mencuba menyentuh pipi Atiq namun ditegah Tengku Fahmi.

"Jangan sentuh anak aku!" marah Tengku Fahmi.

"Kau dah kenapa? Dia anak aku jugak.."

"Dia bukan anak kau! Dia anak aku!" marahnya lagi..

Ben ketawa kecil lantas mendekatkan diri pada Tengku Fahmi.

"Really? Kau marah bila aku claim budak ni anak aku, tapi bila kau claim Eisya hak kau, takpe pulak?! Eh! Sedar diri kau yang korang dah bercerai! Eisya bukan hak milik kau! Tapi aku!" marah Ben sambil menunjal bahu Tengku Fahmi.

" Kau tak ada apa-apa ikatan dengan Eisya! Kau tak tahu dia macamana, kau nak claim dia hak kau?! "

" Habis kau tahu sangatlah?! Baik, cuba kau beritahu aku kenapa Eisya lari dari kau?! " Ben mulai mendesak Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi terkesima. Dia tak tahu apa yang hendak dicakapkan. Ben tersenyum sinis.

" Tak tahu kan?! Jadi jangan pandai-pandai cakap seolah-olah kau tu bijak sangat! Eisya lari dari kau sebab dia tak tahan dengan kau! Dia benci kau!" sindir Ben.

"Tak! Eisya tak benci aku! Dia cintakan aku! Kau nak manipulasi aku kan?!"

Ben ketawa kecil.

"Terserah kaulah nak percaya atau tidak! Tapi aku tahu semuanya. Aku kenal Eisya tu dah lama. Dari kami belajar lagi. Dan kau? Kau baru kenal dia beberapa bulan."

Ben menepuk bahu Tengku Fahmi. Dia membisikkan sesuatu pada telinga Tengku Fahmi.

" Kau tak layak untuk dia.. Kau yang tak kenal dia macamana. Kalau kau kenal dia, kau dah tahu punca dia jadi macamtu.. " bisiknya lalu menegakkan badannya semula. Bola diberikan pada Atiq lantas disambut baik. Lalu dia berlalu dari situ meninggalkan Tengku Fahmi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience