Bab 61: Ilusi

Action Completed 85123

Thaqif diberhentikan dari Besh Holding dan keluar dari situ dengan wajah yang marah. Mana tidaknya, dia telah dituduh membocorkan kertas plan pembangunan sedangkan dia tidak tahu langsung mengenai hal itu.

Bukan sahaja Thaqif, kawan-kawan rapatnya juga termasuk Eina juga telah diberhentikan kerja dan diarahkan mengemas barang mereka secepat mungkin. Ada yang menangis dan ada yang marah kerana tuduhan melulu majikan mereka.

Afwan yang baru melangkah masuk ke lobi utama berasa hairan kerana para pekerja berpusu-pusu keluar dari syarikat itu sambil membawa barang-barang mereka.

Dia menahan seorang pekerja lelaki yang membawa sebuah kotak barangnya.

" Nak pergi mana ni? Bukan ke sekarang waktu kerja?" tanya Afwan polos.

" Balik, Encik. Kami dah tak kerja dekat sini dah. Kami dah diberhentikan.." kata pekerja itu dingin.

Afwan dah terbeliak biji matanya. Dia melihat pekerja yang keluar dari bangunan itu.

" Semua sekali ke?! " tanya Afwan sedikit tinggi.

" Orang yang sama department dengan Encik Thaqif je. Kata Tengku, Encik Thaqif telah bocorkan kertas plan pembangunan dengan Wecop Building sehingga jatuh ke tangan syarikat Tan Sri Izra." kata pekerja itu panjang lebar.

Afwan terkejut. Thaqif bocorkan kertas plan tu? Mana mungkin?

***

Sementara itu, di ruangan office Tengku Fahmi.

Dia menongkat siku tangannya di atas meja sambil memegang kepalanya. Sumpah kepalanya rasa nak pecah sekarang ni..

Dia mengurut - ngurut kepalanya sambil mengerutkan dahi tanda sakit yang amat.

Sedang dia mengurut kepalanya, dia terdengar satu suara esakan di dalam officenya. Dia mengeluh kerana dia ingat suara itu adalah suara Atiq.

"Atiq, boleh tak jangan menangis? Papa serabutlah..." katanya dengan rengusan.

Namun, baru dia teringat yang dia mana pernah bawa Atiq pergi ke companynya. Dari memicit kepala, dia bangun berdiri dan mencari-cari pemilik suara itu.

Pemilik suara itu sedang berada di satu sudut di tepi pasu bunga mewah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi bergerak perlahan - lahan ke arahnya. Bila dilihat dari jarak dekat, rupanya pemilik suara itu seorang budak perempuan.

Tengku Fahmi melihat budak perempuan itu menangis sambil memeluk kedua lututnya dan wajahnya disembamkan pada lututnya. Rambut yang panjang menutupi sisi budak perempuan itu.

Tengku Fahmi melutut ke arah budak perempuan itu. Kepalanya ditundukkan sedikit melihat budak perempuan itu.

" Hey.. Kenapa menangis? Macammana kamu boleh masuk sini?" tanya Tengku Fahmi.

Namun budak perempuan itu masih menangis dan tidak mengangkat mukanya melihat Tengku Fahmi. Wajahnya masih disembamkan pada lututnya.

Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Dia menarik budak perempuan itu lalu didukungnya. Dibawanya ke hulu dan ke hilir untuk menenangkan 'si budak' yang masih menangis.

"Shh.. Shh.. Jangan nangis ea? Sesat ya? Nanti kita cari sama-sama mama dan papa kamu, ya?" pujuk Tengku Fahmi.

Lama-kelamaan, sudah tidak kedengaran tangisan dari 'budak perempuan' itu. Dan ketika itulah, Afwan membuka pintu sambil membebel ke arah Tengku Fahmi.

" Weyh, kau dah kenapa berhentikan semua pekerja department ni? Kau tahu tak, bukan senang nak cari.."

Kata-katanya terhenti apabila melihat Tengku Fahmi sedang berdiri menghadapnya sambil membuat aksi tangan seolah-olah sedang mendukung seseorang. Afwan berasa hairan.

" Kau buat apa tu? " tanya Afwan masih statik di muka pintu.

Tengku Fahmi meletakkan jari telunjuk di bibir tanda meminta Afwan senyap.

"Kau boleh diam sikit tak? Aku nak pujuk budak ni.." katanya sambil menepuk belakang 'budak perempuan' itu.

Afwan dah seram sejuk. Ha sudah! Apa benda yang didukungnya tu?

Afwan bergerak ke arah Tengku Fahmi dan menepuk kepalanya dengan kuat. Tengku Fahmi menjerit kesakitan.

" Weyh, kau melalut apa ni? Budak mana kau dukung?!" marah Afwan.

"Sakitlah, gila! Kenapa kau pukul kepala aku??" marah Tengku Fahmi pula.

Bagi Tengku Fahmi, dia sudah mendengar budak perempuan itu menangis di bahunya.

"Kau tengok, budak ni dah menangis dah.." keluh Tengku Fahmi sambil membuat aksi tangan menepuk belakang badan seseorang.

Afwan pucat. Dia hampir pengsan di situ. Namun digagahkan juga dirinya berdiri. Dia memegang bahu Tengku Fahmi lalu dibawa menghadap dirinya.

" Eh, kau ni dah kenapa? Nasib tak terjatuh budak ni.." marah Tengku Fahmi.

"Fahmi!! Sedarlah! Mana ada budak dalam dukungan kau!!" jerit Afwan.

Tengku Fahmi tidak percaya. Dia menepis tangan Afwan dengan sebelah tangannya.

" Kau cakap apa ni? Dah terang-terang aku dukung budak ni, kau tak nampak ke?"

"Sebab aku tak nampaklah aku kata dekat kau!!" kata Afwan kerana dia berfikir kononnya 'budak perempuan' yang berada di dalam dukungan Tengku Fahmi adalah makhluk halus tetapi tidak.

Sebenarnya, 'budak perempuan' itu adalah khayalan dan ilusi semata-mata. Tengku Fahmi masih menghidap kemurungan jadi perkara - perkara sebegini biasa berlaku pada pesakit itu.

" Fahmi, aku pesan dekat kau..jangan layan benda macamni. Diaorang cuma nak perdayakan kau je.." kata Afwan.

"Perdaya apa bendanya? Aku nampaklah budak ni.." kata Tengku Fahmi tak mahu mengalah.

"Tapi aku tak nampak!!"

"Tu tandanya kau dah nak mampus!" kata Tengku Fahmi lalu keluar dari officenya dengan 'budak perempuan' itu.

Afwan cuba memanggil namun tidak berjaya.

***

Faiq menyelinap masuk ke dalam bilik Tengku Fahmi. Dia menyelongkar laci Tengku Fahmi. Tujuan Faiq sebenarnya adalah untuk mencari ubat yang dibekalkan Eisya untuk majikannya.

Setelah dua minit mencari, ubat tersebut dijumpai di bawah timbunan kertas - kertas yang banyak.

'Yes!' desis hati Faiq keriangan. Dia terus turun dan masuk ke dalam kereta lalu memecut laju ke hospital.

***

Tengku Fahmi menurunkan 'budak perempuan' itu ke lantai. Sekarang ini, mereka berada di atas tingkat paling atas sekali iaitu bumbung syarikat. Ilusinya itu tidak lagi menangis dan sekarang sedang tersenyum ke arah Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi berlutut menyamai ketinggian ilusi itu.

"Nama kamu siapa?" tanya Tengku Fahmi lembut.

" Ataleya." jawab ilusinya itu.

"Kenapa kamu menangis?"

" Mama dan papa saya tinggalkan saya di sini.." kata ilusinya itu.

" Jadi, dekat mana papa dan mama kamu?"

" Di bawah sana." jawab ilusi itu sambil menunjukkan ke arah tepi bumbung itu.

Tengku Fahmi melihat ke arah tepi bumbung itu. Bukan dia tidak tahu, sekali terjun tak sampai satu saat terus inalillah.

" Jadi, kita tunggu apa lagi? Jom turun.. " kata Tengku Fahmi polos.

Dia menarik tangan Ataleya tapi Ataleya tidak berganjak.

"Kenapa?" tanya Tengku Fahmi.

"Nak turun dekat situ.." rengek Ataleya sambil menunjukkan ke arah tepi bumbung itu.

Tengku Fahmi menelan air liur.

" Eh, mana boleh turun dekat situ.. Bahaya.." kata Tengku Fahmi.

"Tapi, mama dan papa turun dekat situ.." kata Ataleya polos.

Tengku Fahmi terikut apabila tangan Ataleya menarik tangannya supaya melihat ke arah bumbung itu.

"Tengok tu, mama dan papa Ataleya. Diaorang turun dekat situ.." kata Ataleya.

Tengku Fahmi melihat tangan 'mama dan papa' Ataleya yang dilambaikan padanya. Dia tidak sedar pada waktu itu.

"Nampak, kan?"

"Nampak.." kata Tengku Fahmi teruja.

"Sedia?" kata Ataleya.

Tengku Fahmi sudah meletakkan sebelah kakinya di atas penghadang itu. Ataleya di sebelah kelihatan teruja.

Tengku Fahmi meletakkan kaki yang sebelah lagi ke atas penghadang. Kini dia bersedia untuk melompat.

Satu..

Dua..

Tiga..

" Arrgh!!"

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-22 23:06:42 

jatuh bagunan ke..matilah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience