Bab 48: Kecewa/gembira

Action Completed 84378

Eisya kembali ke penthousenya. Penthouse milik Eisya taklah secantik mana. Mungkin disebabkan oleh rekaan warna yang serba gelap menjadikan orang yang memasuki penthouse itu berasa sesak nafas.

Eisya merebahkan diri ke atas sofa. Sebelum itu, dia menutup langsir dan semua sumber cahaya kerana tidak mahu mengganggu dirinya.

Ketika dia memejamkan mata, terdengar ada satu suara garau yang menjengah dari dapur.

"Baru balik?"

Eisya yang terkejut automatik bangun dari sofa. Dia terlihat bahagian belakang seseorang di dapur. Demi keselamatan, dia mengambil kayu besbol sambil beransur-ansur dekat dengan orang itu.

Namun, tiba-tiba orang itu berpaling dan menyimbah air oren di muka Eisya. Eisya tersentak. Dia kaku ketika disimbah air. Nasib baik ada ais dalam oren itu.

" Kau memang tak habis-habis dengan kayu besbol kau, kan?"

Tersentak Eisya apabila terpandang satu wajah yang agak kacak dengan baju kemeja dan seluar slack. Rambut juga disikat kemas.

"Ben?" kata Eisya terkejut.

Ben meletakkan gelas yang sudah kosong ke dalam sinki lalu menghadap Eisya yang seperti tidak percaya.

" Kenapa? Terkejut macammana aku boleh tahu alamat penthouse kau?" soal Ben.

Eisya memegang erat batang kayu besbol lalu berpatah balik ke ruang tamu. Lampu dihidupkan Ben dan mata Eisya tidak dapat berfungsi dengan baik.

" Kau memang sama macam dulu. Tak pernah suka cahaya. Aku dah pesan banyak kali dekat kau, latih diri kau untuk sentiasa dedahkan diri dengan cahaya masa malam. Sekarang kau tengok apa yang jadi.." bebel Ben sambil membuka semua lampu.

Eisya yang duduk bersila di atas sofa tersenyum.

" Kau pun sama macam dulu. Suka membebel..orang lain tak pula kau buat cair tahi telinga dia.. " Eisya berkata perlahan sambil menunduk namun dapat didengari oleh Ben.

Ben duduk di atas sofa di hadapan Eisya.

" Sebab diorang dah pandai jaga diri masing-masing. Kau tu dari dulu sampai sekarang tak pandai jaga diri. Buktinya, orang-orang aku dapat beberapa kali jejak kau.."

"Tapi tak dapat tangkap aku, kan?"

Ben tersenyum ke arah Eisya.

"Lily tak setanding kau.." kata Ben. Serta-merta, wajah Eisya berubah. Dia mulai meramas kusyen agak kasar. Ben tahu Eisya memang anti dengan Lily.

" Aku kenal Lily dah lama. Aku tahu dia suka ke tak suka dekat kau..."

"Macamana kau boleh masuk sini?!" Eisya menekankan suara agak kuat. Ben tidak terkejut dan tidak bertenang juga.

" Aku mintak alamat dari Adi." kata Ben.

Eisya dah 'what the heck'.

"Bila masa kau dengan Adi rapat?" tanya Eisya. Ben mengangkat bahu.

"Aku just tanya dia ada alamat penthouse kau ke tak lepastu dia mula bercakap banyak. Aku layan jelah.."

Oo.. Memang pun. Inspektor Adi ni memang peramah. Rasa-rasanya kalau pencuri ke penculik menyamar sekalipun, ramah juga ni..

Eisya kembali bermain dengan jari-jarinya. Ben teragak-agak untuk bertanya namun dia tanya jugak.

" I nak kau jawab dengan jujur apa yang aku tanya." kata Ben lalu beranjak ke depan sedikit.

" Apa dia?" tanya Eisya masih tidak ambil perhatian lagi.

" Lily ada anak ke?" ayat itu telah membuatkan Eisya kaku. Dia memandang ke arah Ben yang memandangnya dengan wajah penuh pengharapan.

" Kenapa kau tanya?" soal Eisya.

"Aku nak tahu itu anak aku ke anak Fahmi.."

Eisya tersentak. Dia terkebil-kebil.

" Macamana kau tahu?"

" Jadi betullah kekasih Lily, Tengku Fahmi?" Ben menduga.

Eisya diam namun dia mengangguk.

Ben meraup wajahnya kasar. Dia percaya bulat-bulat cerita Lily tapi keputusannya benar untuk melacurkan Lily. Biar dia sedar perangainya setaraf dengan pelacur di luar sana.

" See? Kau tak pernah beritahu aku yang skandal Lily adalah Tengku Fahmi. Malahan, bekas suami kau!" kata Ben.

Eisya hanya mengangkat bahu.

"Tak kisah.."

"What? Tak kisah? Are you serious? Bukan ke kau cintakan Fahmi?"

"Aku benci Lily.."

"Then, bunuh anak dia!!" Ben cuba menghasut. Eisya tersentak.

"Kau gila? Aku waras lagi.."

" Kalau kau tak nak bunuh budak tu, kau bawa dia berjumpa dengan ayah kandung dia.. Dengan cara itu, Lily Fariq takkan muncul lagi dalam hidup kau."

Eisya mula meneliti setiap satu bait perkataan yang dikeluarkan oleh Ben. Ada betulnya juga..

Tiba-tiba, bunyi loceng di luar rumah menandakan ada orang datang ke situ. Eisya bergerak ke arah pintu dan membukanya. Terkejut dia saat mendapati bahawa Tengku Fahmi berada di depan penthousenya.

"Fahmi?!" kata Eisya terkejut.

Tengku Fahmi dengan wajah marah melulu masuk ke dalam penthouse milik Eisya dan wajahnya berang melihat Ben di situ. Lantas ditumbuknya Ben sehingga tersungkur.

Eisya hanya memandang tenang. Tak kuasa aku nak layan drama aksi diaorang.

"Apa yang kau buat dekat dia, hah?!" marah Tengku Fahmi dengan nada keras.

Ben bangun berdiri menghadap Tengku Fahmi.

"Apa masalah kau? Kau yang datang sini tiba-tiba, pastu suka hati kau tumbuk aku?!" kata Ben pula.

Namun, Tengku Fahmi seperti pernah nampak wajah di hadapannya ini.

"Kenapa? Pernah tengok muka aku? Lily tak pernah tunjuk ke?" sindir Ben.

"Siapa kau?" tanya Tengku Fahmi. Tiba-tiba, Ben pula menumbuknya dengan kuat sehingga dia berundur setapak.

"Untuk pengetahuan kau, aku bekas suami Lily. Bekas suami pelacur yang dah kau sentuh.." sindir Ben.

Tengku Fahmi terpempan. Dia memandang ke arah Eisya namun Eisya memandangnya tanpa perasaan.

"Kenapa kau tengok Eisya? Tak percaya lagi?" Tanya Ben.

Menyedari tujuan kenapa Ben datang ke sini, Tengku Fahmi segera menarik Eisya ke belakangnya.

Eisya terkejut.Ben pula ketawa sinis. Dia menepis tangan.

"Wow! Tengku Fahmi! Tak cukup dengan pelacur, kau nak ambil Eisya pula?"

"Eisya isteri aku!!" kata Tengku Fahmi.

"Kau ingat kau boleh tipu aku? Kau ingat aku tak tahu yang kau dan Eisya dan bercerai?? Jadi.."

Ben menarik tangan Eisya ke belakangnya. Lalu bertentang mata dengan Tengku Fahmi.

"Eisya milik aku!!" kata Ben.

"No!!"

" Kenapa no? Kau boleh ambil budak tu but sebagai gantinya, Eisya aku punya!!" kata Ben lagi.

Eisya terkejut. Dia segera melepaskan pegangan Ben.

"Kau ingat aku barang pertaruhan? Just go sebelum aku report polis!!" marah Eisya sambil menuding jari ke arah pintu.

" No, Eisya. Awak ikut saya.." Tengku Fahmi menarik tangan Eisya namun ditepis.

" Kau, kau! Balik! Fahmi, esok saya akan datang ke rumah awak untuk serahkan Atiq. Awak cuma tunggu di rumah. "

Ben tersenyum sinis sebelum keluar dari penthouse itu. Manakala, Tengku Fahmi hanya merenung Eisya dari tadi.

"Betulkah awak nak kahwin dengan Ben?" tanya Tengku Fahmi.

"Kalau saya kahwin dengan dia pun, apa urusan awak?" jawab Eisya pulak.

Tengku Fahmi menunduk ke bawah sambil tersenyum. Kemudian, dia mengangkat semula wajahnya.

" Saya harap awak bahagia dengan keputusan awak...saya...tunggu Atiq datang ke villa." kata Tengku Fahmi perlahan sebelum berundur keluar dari situ.

Eisya segera menutup pintu dan bersandar disitu.

" Bila aku cakap nak kahwin? Dia kecewa ke?" Eisha bermonolog sendirian.

Sementara itu, Tengku Fahmi yang berada di luar hanya menunduk.

" Betulkah dia pilih Ben? Dia gembira ke?" Tengku Fahmi bermonolog sendirian. Ketika itu mereka berdua berperang dengan jiwa sendiri. Lalu masin-masing menghalang perasaan itu jauh-jauh.

***

Mungkin sikit...

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-15 00:25:52 

yg mn pun tak dapat eisya ni..dua2 jantan tak guna..


NovelPlus Premium

The best ads free experience