Bab 83: Drama

Action Completed 84377

Tengku Fahmi turun dengan wajah monyok. Dia duduk di hadapan Atiq yang lengkap berbaju sekolah sambil menyedok nasi goreng di dalam pinggannya. Mata tetap memandang papa tercinta di depan..

"Ai, pa.. Awal bangun hari ni? Mama mana?" tanya Atiq.

Tengku Fahmi mengangkat mata memandangnya Atiq di hadapannya.

"Mama?"

Atiq mengerutkan dahi memandang papanya. Sudu yang berisi nasi disuap ke dalam mulutnya..

"Yelah, Eisya dah kahwin dengan papa. Atiq kena panggil dia mamalah kan?" soal Atiq..

Tengku Fahmi mengangguk-ngangguk faham..

Tiba-tiba..

"Kan Atiq kan..." Kedengaran suara Eisya yang sedang turun dari tangga. Dua beranak itu melihat arahnya. Tengku Fahmi terus mendengus. Dia menyedok kasar nasi goreng dan terus disuap ke dalam mulutnya..

"Papa Atiq ni memang pelupa betul.. Boleh dia tinggalkan mama dalam bilik sorang - sorang." kata Eisya yang berdiri di belakang kerusi Tengku Fahmi lalu meraup rambut panjang Tengku Fahmi yang menutupi dahi ke belakang. Tengku Fahmi yang masih marah menepis tangan Eisya lembut..

Atiq memandang pelik suami isteri ni.

" Papa kenapa? Datang bulan?" sakat Atiq namun apabila melihat mata tajam Tengku Fahmi terus dia menghilangkan diri..

"Jangan pegang sayalah!" marah Tengku Fahmi perlahan.. Dia memandang ke belakang.. Eisya malah meraup lagi rambutnya ke belakang..

Dia membongkok sedikit dan dagu mendarat di bahu Tengku Fahmi yang sedang makan. Nafasnya terasa hangat di telinga Tengku Fahmi apabila Eisya mengungkapkan kata 'maaf' kepadanya..

Atiq yang tersenyum nakal berdehem seketika..

"Atiq tak nak kacau pengantin baru kita. So, Atiq gerak dulu.." kata Atiq yang bangun dari kerusi lalu menyalami orang tuanya dan terus masuk ke dalam kereta..

Eisya yang memandang kelibat Atiq yang sudah hilang itu terus melepaskan pegangan di leher Tengku Fahmi dan duduk di tepinya..

" Saya minta maaf.. " kata Eisya setelah tiga saat berat mulut nak cakap..

Namun Tengku Fahmi tidak mengendahkan kata-kata Eisya. Dia terus bangun meninggalkan pinggan yang sudah kosong lalu naik ke atas.. Eisya mengikutinya ke mana sahaja dia pergi..

Tengku Fahmi rimas apabila Eisya mengikutinya. Kadang-kadang dia masuk bilik mandi sama-sama, kadang - kadang dia ikut Tengku Fahmi ke bilik sebelah, kadang-kadang dia ikut Tengku Fahmi ke bawah. Dan sekarang ni, Tengku Fahmi pakai kot untuk pergi bekerja pun dia setia menunggu di tepi..

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Tengku Fahmi berpusing ingin ke pintu namun Eisya menghalang dengan senyuman seperti kerang busuk. Tengku Fahmi merengus.

"Awak nak apa ni? Saya dah lewatlah.." kata Tengku Fahmi yang kemudian merempuh Eisya untuk ke luar bilik.

" Kita baru je nikah, takkan dah nak pergi kerja?" tanya Eisya sambil membuntuti langkah Tengku Fahmi.

"Awak yang tak suka saya dekat dengan awak, kan?" sindir Tengku Fahmi. Dia memasukkan briefcase ke dalam kereta.

"Saya tahulah salah saya. Saya dah minta maaf kan?" Eisya menghadang pintu kereta belah pemandu untuk mengelakkan Tengku Fahmi masuk. Dia mendongak ke arahnya..

"Eisya, please? Saya nak pergi pejabat. I'm already latelah.." rengus Tengku Fahmi.

Belum sempat Tengku Fahmi menolaknya ke tepi, Eisya menyatukan kedua-dua belah tapak tangannya ke depan Tengku Fahmi. Dia mendongak ke arah suaminya itu dengan mata bersinar..

" I'm sorry, please.. " pujuk Eisya sambil melompat-lompat seperti budak kecil.

Tengku Fahmi hampir tersenyum melihat telatah Eisya. Namun ditahan. Nak merajuk lagi.. Dia berdehem sebelum memandang ke arah lain..

"Sorrylah... Tak sengaja.. Mana saya tahu awak tidur dalam bilik mandi semalam.." kata Eisya.. Dia menggoyangkan lengan Tengku Fahmi.

"Sebabtu awak nak pukul saya dengan penukul?" teka Tengku Fahmi.

"Nope! Saya ambil penukul sebab saya nak pecahkan pintu tu.. Bukan nak pukul awak.." kata Eisya lagi..

"Sorry okay?" Eisya masih cuba memujuk..

Tengku Fahmi memandang ke arah lain dan senyum puas-puas. Dia berpusing semula ke arah Eisya dengan wajah serius..

"Hmm.." jawab Tengku Fahmi.

Eisya suka mendengarnya.. Dia melompat-lompat sambil memeluk Tengku Fahmi.. Tengku Fahmi cuma melayan. Senyumnya tidak mampu disembunyikan lagi..

"Terima kasih.. Saaaaaaaayang awak!" kata Eisya lalu masuk ke dalam rumah. Manakala Tengku Fahmi tergamam namun senyum lebar masuk ke dalam kereta..

Eisya yang bersembunyi di balik pintu memandang kereta Tengku Fahmi yang sudah masuk ke jalan raya.. Dia bersandar di pintu itu sambil memegang dadanya.. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Over tak eh drama aku? Takpe Eisya.. Demi nak pujuk dia, aku sanggup jadi gedik sekalipun.."

Eisya pura-pura menangis sebelum naik ke bilik..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience