Bab 94: Meletup

Action Completed 84377

Sampai sahaja di Switzerland, Tengku Fahmi bergerak ke lokasi yang diberitahu dengan memakai pakaian serba gelap. Tidak lupa juga cap hitam dan mask.

Dia menuju ke sebuah banglo yang tersadai di hutan tebal. Tengku Fahmi mendongak memandang ketinggian banglo tersebut. Walaupun terbiar tapi masih cantik.

Dengan berhati-hati, Tengku Fahmi menolak sedikit pintu masuk. Rupanya ruang tamu tidak ubah seperti istana raja tetapi kelihatan suram..

Tengku Fahmi berlari naik ke atas tangga apabila terdengar bunyi hempasan sesuatu yang sangat kuat. Sehinggakan apabila dia mencari bilik itupun, bunyi itu masih ada..

"Eisya! Eisya!" suara Tengku Fahmi bergema di banglo itu. Dia membuka semua pintu bilik. Apabila Eisya tiada di bili itu, dia membuka pintu bilik lain pula..

Di banglo itu terdapat sepuluh buah bilik. Satu daripadanya terkunci. Tengku Fahmi yakin Eisya berada di situ..

"Eisya!!" jerit Tengku Fahmi sambil menampar pintu tersebut setelah tidak dapat membukanya.

Senyap di dalam. Tengku Fahmi menyepak pintu tersebut. Dia harus mencari jalan untuk membuka pintu tersebut.. Dia bercekak pinggang sambil memandang ke lantai.

Matanya tiba-tiba segar. Ada dawai di situ. Pantas dia mengambil dan mencucuknya di lubang pintu..

Klakk!!

Pintu terbuka. Pantas dia masuk ke dalam. Dia terkedu saat melihat tubuh Eisya yang bergelimpangan darah di lantai.

"Sayang.." dia segera bergerak lalu bertinggung di hadapan Eisya.. Dipangkunya Eisya di ribanya.

"Hei, you get me?" tanya Tengku Fahmi dengan kolam air mata bergenang. Dia memeluk Eisya dengan begitu erat...

"Awak kena pergi..." bisik Eisya..

"I won't leave without you.." jawabnya sebak sambil menggeleng kepala.

Mereka melepaskan pelukan. Tengku Fahmi mendukung Eisya. Tangan Eisya dibawa ke leher Tengku Fahmi..

"Kita kena pergi dari sini.." kata Tengku Fahmi..

Belum pun mereka bergerak selangkah, tiba-tiba lantai memancarkan letupan seperti bunga api. Tengku Fahmi yang terkejut segera berundur dan terjatuh ke lantai bersama Eisya di atasnya..

"Are you okay?" Tengku Fahmi menyelak rambut Eisya yang menutupi mukanya. Eisya menganggukkan kepala..

Flashback..

Ben tersenyum sinis melihat kelibat seseorang yang berpakaian serba hitam berjalan masuk ke banglo miliknya. Dia yakin lelaki itu adalah Tengku Fahmi..

Dia berada di dalam sebuah kereta gelap bersama dengan orangnya yang ditugaskan memandu kereta.. Tujuan mereka adalah untuk memastikan Tengku Fahmi tidak memungkiri janji..

"Nampaknya dia menepati janji, bos." kata orangnya.

Pada mulanya dia tersenyum sinis namun senyumannya pudar apabila memandang kelibat beberapa buah kereta di situ. Dia mengetap rahang melihat beberapa anggota polis dan tentera datang dengan membawa senjata masing-masing.

" Kau main tipu, Fahmi! Tapi takpe, senang kerja aku. Boleh aku bunuh korang semua.." Sebenarnya tujuan Ben menyuruh Tengku Fahmi datang seorang diri adalah kerana dia ingin membunuh lelaki itu dengan bom yang dipasang di setiap ceruk rumahnya.. Bom induk berada pada siling ruang tamu.

Dia dengan segera menekan satu butang alat kawalan yang dipegangnya menyebabkan semua bom teraktif.

"Rasakan!" kata Ben lalu keretanya pergi dari kawasan itu..

Sementara itu, Tengku Fahmi dan Eisya sudah melepaskan lega apabila letupan bunga api dan mercun sudah tiada lagi..

Tengku Fahmi mengangkat Eisya menuju ke pintu namun tiba-tiba pintu tertutup.

" Eh, kenapa ni?" gumam Tengku Fahmi sendirian. Eisya hanya memerhatikan sahaja.

Dia cuba membuka pintu namun tidak berjaya. Tiba-tiba kedengaran satu suara..

"Tengku!" Adi dan beberapa pasukan polis menjerit di sebalik pintu. Tengku Fahmi merasakan adanya jalan mudah baginya.

"Siapa?!" jerit Tengku Fahmi..

"Saya inspektor Adi. Saya datang dengan pasukan polis dan tentera.." balas Adi di sebalik pintu.

Adi hanya naik dengan tiga orang pegawainya manakala beberapa anggota polis yang lain dan tentera sedang mencari alat berbahaya..

"Adi boleh buka pintu ni? Saya tengah dukung Eisya! Pintu ni berkunci.." pinta Tengku Fahmi..

"Boleh Tengku! Minta Tengku ke belakang sebab saya nak rempuh pintu ni.."

Tengku Fahmi pun berundur ke belakang. Belum sempat Adi merempuh, kedengaran bunyi seperti jam yang sedang berdetik..

Eisya yang tahu tentang hal itu segera menarik lemah muka Tengku Fahmi.. Mereka bertatapan lama..

" Bom.. "

Tengku Fahmi tersentap. Dia melihat ke lantai. Ada sebuah tali yang bersambung dengan dinding yang lain. Dan dia sudah beberapa kali melanggar tali itu..

"Adi!! Hubungi skuad bom!!" laung Tengku Fahmi.

Adi yang kelam-kabut segera mengeluarkan phonenya..

"Tak perlu Fahmi.." kata Eisya..

Tengku Fahmi memandang Eisya..

"Bom induk ada di atas siling ruang tamu.. Kalau tak matikan dia, bom dekat sini akan meletup.." katanya perlahan..

Tengku Fahmi berfikir sejenak..

"Saya okay Fahmi.." Eisya memberikan senyuman tulus pada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi terpana..

Sementara di ruang tamu, Afwan yang baru tiba segera masuk dan berjumpa dengan anak buahnya..

"Keadaan macamana? Terkawal?"

"Inspektor Adi belum beritahu kami lagi. Kami sekarang sedang mencari alat berbahaya. Mana tahu bom ada dekat sini.."

Afwan mengeluh berat. Dia mendongak memejamkan mata sambil mencekak pinggang. Dia terlalu letih hari ni..

Dia membuka mata. Kelihatan sesuatu yang digantung di siling rumah itu. Seperti warna hitam.

Tangan Afwan tanpa sedar menunjuk ke arah benda itu. Mata anak buahnya juga turut mengarah pada tempat tangan Afwan menuding.

"Apa tu?" tanya anak buahnya..

Tiba-tiba..

"Bom! Bom!"

Pegawai yang mengikuti Adi dengan cepat turun ke tangga..

"Ada bom dalam rumah ni!"

Anak buah Afwan segera memandang ke arah komandernya. Afwan terbeliak matanya apabila dapat mengenal pasti benda itu.

"Bom!!" teriak Afwan. Anak buahnya terkejut..

"Itu bom!!" jerit Afwan.

Keadaan mulai kalut. Ada yang mula naik ke atas kerana Tengku Fahmi dan Eisya terkurung di dalam bilik.

Di bilik itu,

Tengku Fahmi dan Eisya ketawa bersama-sama. Pegangan di tangan mereka tidak dilepaskan.. Mereka sudah pasrah sekiranya mereka mati..

"Saya takkan tinggalkan awak. Kita boleh mati sama-sama.." kata Tengku Fahmi.

"Macamana dengan Atiq? Awak nak tinggalkan dia?"

" Aniq boleh jaga dia."

Bunyi seperti jam mulai banyak berbunyi. Mereka memejamkan mata..

4.3.2.1.....

Bammmmm!!!

***

"

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience