Bab 72 : Scotland, Here I Am

Action Completed 84377

Tengku Fahmi meraup wajahnya. Dia telahpun boleh keluar dari hospital dan telahpun dibebaskan dari pihak polis atas jaminan seseorang.

Pada mulanya, perasaan gembira menyelubungi dirinya. Kerana dia dapat bebas semula dan dia dapat berjumpa dengan bondanya, keluarganya, kawan-kawannya, Atiq dan... Eisya.

Tapi perasaan itu seolah-olah hilang apabila dia diberikan satu surat oleh seorang doktor daripada Eisya.

Untuk Fahmi,
Eisya minta maaf atas segala tingkah laku Eisya pada awak sebelum ini. Eisya tahu, tindakan Eisya sangat melampau dan tidak layak untuk dimaafkan. Tapi awak sudi beri kemaafan awak pada saya walaupun saya ni selalu buat awak dalam masalah.
Awak orang pertama yang ajar saya bahawa kita tidak perlu balas dendam walaupun sakit yang dialami itu lebih menyeksakan dari berperang. Mungkin pada awalnya awak..terlalu ikutkan perasaan kerana sayangkan Lily but maaf yang awak beri pada saya itu membuatkan saya rasa awak seorang yang baik. Awak sudi maafkan saya walaupun saya pernah nak buat awak gila.
Tapi saya juga katakan pada awak, terlalu percayakan orang itu juga boleh mendatangkan keburukan.
Tolong jaga diri awak Fahmi kalau saya tiada di sisi awak. Awak mungkin boleh protect diri awak kerana awak bekas askar but sifat awak saya tak tahu.
Saya serahkan Atiq pada awak untuk awak jaga. Fasal Tengku Hasnah awak jangan risau. Saya dah explain semuanya pada dia. Dan tolong saya sampaikan minta maaf saya pada Afwan dan Faiq. Saya tak layak tinggal bersama awak semua kerana saya seorang yang tak boleh tengok orang lain bahagia. Tapi sekarang saya dah tunaikan janji saya yang saya akan bantu awak keluar dari sini.
Dan begitu juga dengan jaminan awak. Saya dah uruskan dan awak dah boleh keluar dari hospital dan tidak akan dikawal polis lagi.
Sekali lagi saya minta maaf sangat-sangat. Saya harap awak dapat maafkan saya..

Eisya..

Tengku Fahmi menangis tidak keluar suara ketika membaca surat itu. Dia baru berharap untuk melamar Eisya sekali lagi menjadi suri hatinya. Tapi Eisya membuat keputusan drastik sebegini.

Ini baru dia yang membacanya. Orang lain? Atiq? Bolehkah dia hidup tanpa Eisya? Sedangkan selama ini, Eisya yang selalu melindunginya..

Surat itu kemudian dibaca pula oleh Afwan dan Faiq. Mereka kasihan melihat keadaan Tengku Fahmi yang sudah seperti orang mati bini. Dengan air mata yang tak berhenti mengalir, gelisah sepanjang masa..
Mereka bukanlah benci Eisya sangat, tapi mereka benci sikap Eisya yang berani memperlakukan kawan baik mereka begitu..

"Aku nak pergi cari Eisya.." kata Tengku Fahmi kelam-kabut sambil menyelak selimut ingin pergi ke arah pintu namun ditahan Afwan dan Faiq.

"Rilek, Fahmi! Kau tak sihat.." kata Afwan memujuk.

"Aku dah sihat. Aku nak cari dia.." dia merempuh Faiq namun bukan senang.

Tengku Fahmi memandang kedua orang kawan baiknya itu dengan pandangan yang tajam.

"Korang kenapa tahan aku?! Aku nak pergi cari Eisyalah!!" jerit Tengku Fahmi.

"Kau tak sihat lagi.. Rehat dulu, Fahmi.."

"Tak nak!!" Tengku Fahmi mula bertindak agresif. Dia bertindak ingin memukul Afwan namun sempat beberapa orang jururawat datang membantu mereka.
Tengku Fahmi dibawa ke atas katil dan salah seorang jururawat memberikan ubat penenang dengan picagari lalu Tengku Fahmi kembali lemah dan tenang.

"Maaf, encik. Sila keluar dulu. Pesakit perlu berehat." kata seorang jururawat perempuan dengan lembut.

Afwan dan Faiq akur dengan arahan itu. Mereka keluar dari bilik itu dan menunggu di kerusi.

***

Eisya sedang duduk di atas kerusi ketika sedang menunggu waktu penerbangannya. Dia membuat keputusan untuk kembali tinggal ke Scotland supaya tiada orang dapat menjejakinya.

Sebelum itu, dia sempat menghantar mesej kepada Aniq bahawa dia tidak akan tinggal lagi di sini. Alamat rumahnya akan diberitahu pada Aniq setelah dia sampai ke Scotland.

Memang selepas peristiwa Aniq mengugutnya menggunakan pisau, mereka menjadi kawan baik. Eisya tahu Aniq boleh dipercayai malahan pula lelaki itu sedang belajar menguruskan syarikat dengan mentadbir Besh Holding terlebih dahulu. Dan Aniq memberitahu bahawa papanya juga tidak lagi memaksanya untuk mendapatkan Besh Holding. Papanya ingin meluangkan masa bersama keluarga. Aniq berterima kasih pada Eisya kerana telah membuatnya sedar semua itu.

Eisya menutup phonenya apabila penerbangannya telah diumumkan begitu juga dengan penumpang yang lain. Dia bangun bergerak ke balai pelepasan sambil membawa beg galas.

Ketika di kawasan lapang tempat kapal terbang diletakkan, Eisya sempat berpusing sambil melihat ke arah lapangan terbang tapi imaginasinya seakan-akan melihat seluruh Malaysia. Dia tersenyum..

'Goodbye Malaysia.' Eisya bergumam di dalam hati. Dia kemudiannya menaiki tangga yang dikhaskan untuk penumpang kapal terbang. Setelah cukup semua penumpang, kapal terbang itu akhirnya berlepas ke awan biru..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience