Bab 43: What?!

Action Completed 84377

Keesokkan harinya, Eisya masuk ke dalam Fatwa Holdings. Dia menaiki lif untuk ke officenya. Ketika di separuh jalan ke officenya, tiba-tiba dia terlihat Tengku Fahmi dan Dato' Emir sedang berbual dengan senyuman di bibir.

Dato' Emir berpaling ke arah Eisya apabila menyedari dia sudah datang ke office. Tengku Fahmi juga telah berpaling sama.

" Eisya!!" panggil Dato' Emir.

Eisya tersentak. Dia memandang papanya. Papanya memberi isyarat supaya datang dekat mereka.

Eisya bergerak menuju ke papanya. Tengku Fahmi hanya tersenyum sambil menunduk dengan tangan kiri dimasukkan ke poket.

" Lambat kamu sampai hari ni, Eisya..." kata Dato' Emir berpura-pura marah.

" Sorry, Dato '. Saya ke rumah mendiang Lee tadi.." kata Eisya tanpa reaksi. Tapi tak pun! Saja nak cover dia bangun lambat tadi..

Dato' Emir mengeluh perlahan. Dia harus memulihkan hubungan dua anak di depannya ini supaya tidak memberi impak buruk kepada company.

" Papa sebenarnya ada benda nak cakap dengan kamu, Eisya." kata Dato' Emir.

" Then, bincang dalam office saya.." Eisya dahulu masuk ke officenya. Dia hairan kenapa Tengku Fahmi mesti ikut ke sini?

Tengku Fahmi memasuki office Eisya. Ternyata office Eisya tak semeriah officenya. Office Eisya lebih gelap kerana semua langsir ditutup. Aircond dibuka dengan sangat kuat. Boleh beku dia macamni..

Dato' Emir menggeleng kepala melihat keadaan office Eisya.

" Kamu ni, Eisya! Macam masa kecil-kecil dulu. Suka sangat duduk tempat gelap. Pastu pasang aircond kuat bukan main. Kesian Fahmi kesejukan.." bebel Dato' Emir sambil membuka langsir dan menaikkan suhu aircond sedikit.

" Saya tak selesa lagi nak duduk dekat gurun Dato'. " kata Eisya bersahaja.

Dato' Emir mencubit pipi Eisya. Eisya meringis kesakitan.

" Padan muka.. Orang cakap betul-betul dia buat main pulak!"

Tanpa sedar, Tengku Fahmi ketawa melihat keletah dua beranak itu. Dia yang tiada ayah semestinya mendambakan kasih sayang dari insan tersebut.

Eisya menjeling ke arah Tengku Fahmi yang ketawa dari tadi. Walaupun dia menyorokkkan ketawanya namun dapat didengari.

" Apa suka-suka?!" marah Eisya sambil menggosok pipinya.

" Biasalah, Fahmi. Anak papa yang sorang ni memang macamni. Lain bebenor habits dia. Entah ikut perangai siapalah ni..." gurau Dato' Emir. Dia dan Tengku Fahmi kemudian ketawa kecil.

Eisya sudah memerah mukanya. Tak payah nak beritahu, sotong kurita ni memang dah tahu semua fasal aku.

" Eh, lupa pula! Fahmi, Eisya. Duduk. Papa ada sesuatu nak cakap dengan korang.

Tetapi Dato' Emir duduk di atas kerusi kerja Eisya. Eisya pula terkebil-kebil.

" Dato', tu kerusi saya, Dato '. " kata Eisya mengingatkan.

Dato' Emir mengamati kerusi yang dia duduki.

"Kerusi ni? Alah, bagi papa je lah duduk. Kamu duduklah dekat tepi Fahmi tu. Kan ada kerusi lagi.." kata Dato' Emir bersahaja.

Eisya menjeling kerusi itu dan seterusnya Tengku Fahmi. Memang papa nak sangat aku rujuk balik dengan dia ke apa?

Dia duduk juga di kerusi itu tetapi jarak dijauhkan dari Tengku Fahmi. Dia tak selesa...

Tengku Fahmi hanya tersenyum.

Dato'Emir berdehem sedikit sebelum memulakan percakapan.

" Baiklah, seperti yang awak berdua tahu, walaupun kamu berdua dah bercerai, tetapi Besh Holding dan Fatwa Hathi Holding masih mempunyai ikatan. Namun, bukan kerana awak berdua tetapi kerana hubungan persahabatan antara your mom and your grandpa." kata Dato'Emir sambil menunjukkan ke arah Eisya dan Tengku Fahmi.

" Jadi, papa cuma nak beritahu yang Besh Holding masih rakan kongsi kita. And awak tetap partner Tengku Fahmi, Eisya Esynani. " katanya.

Eisya hairan. Ha sudah! Apa pulak ni?

" Maksud Dato', apa?"

Dato' Emir dan Tengku Fahmi tersenyum 1001 makna.

" Kami berdua dah setuju yang Tengku Fahmi akan ajar kamu cara untuk buat semua kerja. Macam jumpa client, cakap fasal apa, dia akan ajar kamu semua tu.."

Eisya dah terbeliak matanya. What the heck?! Nak suruh aku belajar dengan setan ni??

" Tapi kenapa tak tanya Eisya dulu? "

" Kami tanya kamulah ni, setuju ke tak? "

" Tak. Tak setuju. "

Tengku Fahmi dan Dato'Emir hanya berbalas pandangan.

" Undian telahpun ditutup. Papa nak kamu belajar dengan Tengku Fahmi. Kamu masih tak mahir hal bisnes. And your grandpa nak kamu yang menjadi pewaris untuk Fatwa Hathi lepas ni. Dengan kemahiran kamu sekarang, kamu fikir mudah untuk jawat jawatan CEO?"

" Saya boleh belajar dengan Aniq. "

Serta-merta, air muka Tengku Fahmi berubah. Wajahnya dingin. Dia memandang Eisya.

" Apa Aniq lagi pandai dalam bidang bisnes dari saya? Come on, Eisya dia pun baru setahun jagung uruskan company papa dia.. " herdik Tengku Fahmi.

Eisya membalas pandangan Tengku Fahmi.

" Sekurang - kurangnya saya tak perlu ada rasa tak selesa bila belajar dengan dia. Melainkan awak.. "

Tengku Fahmi ketawa paksa.

" Kata jelah awak sukakan dia. Kan senang, tak gitu, Dato 'Emir?" soalnya pula pada Dato' Emir.

" Kalau saya sukakan dia, apa masalah awak? " marah Eisya.

" Saya tak suka awak rapat dengan dia..."

Mereka mula bergaduh perihal kecil. Dari belajar bidang bisnes sampailah kepada Aniq. Suka tu cakap jelah..

" Diam!!" jerit Dato'Emir kepada mereka berdua. Dengan serta-merta, mereka berhenti bergaduh. Mereka memandang Dato'Emir.

" Kenapa dengan kamu berdua? Hal kecil pun nak bergaduh. Eisya, papa nak Eisya belajar dengan Fahmi. Dia lebih arif tentang selok-belok perniagaan." kata Dato' Emir dengan nada tegas.

Eisya mendengus.

Dato'Emir berdiri dan berjalan menuju ke pintu. Eisya dan Tengku Fahmi juga berdiri. Eisya ingin mengiring Dato'Emir keluar namun tangannya ditarik oleh Tengku Fahmi berhadapan dengannya.

" Apa awak ni?" Eisya menepis tangan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi berlagak selamba sambil memandang Eisya dengan tangan kiri dimasukkan ke poket.

" Jangan gatal-gatal nak jumpa Aniq eh. Kalau saya tahu, siap awak!!" Tengku Fahmi memberi amaran.

Eisya hanya selamba.

" Awak siapa nak bagi arahan dekat saya? Kita dah tak ada apa-apa lagi." kata Eisya.

" Dengar ya. Saya dan awak. Kita dah jadi partner. Jadi kemana awak pergi pun saya akan control. Kita pergi meeting sama-sama, kita jumpa client sama-sama, semua kita buat sama-sama. "

" Tak padan dengan dah nak nikah.. " nada suara Eisya kendur. Ketika itulah Tengku Fahmi berubah. Dia tanpa code terus berjalan menuju ke pintu dan berhenti dari situ.

" Saya cuma nak lindungi awak. " kata Tengku Fahmi lalu berlalu dari situ.

****

Eisya dan Ben saling berhadapan. Mereka duduk di sebuah meja sambil bertentangan mata. Ben menyilangkan tangan ke dada dan bersandar pada kerusi manakala Eisya duduk tegak.

Walaupun banyak kali ditegah oleh Tan, Eisya tidak peduli. Dia sekarang dah terlalu berani...untuk cari fasal.

Ben berdehem sebelum duduk betul.

" So, apa tujuan kau datang sini? Ke kau memang dah tak nak hidup? Kau tau kan, aku dah lama cari kau..." kata Ben. Dia cuba memegang tangan Eisya namun ditepis..

" Aku nak kita berdamai. Aku akan bagi apa yang kau nak.."

Dia mengeluarkan dadah dan vaksin lalu diletak di atas meja itu. Ben membuat isyarat mata pada orang kanannya. Lalu dia faham dan terus memeriksa dadah dan vaksin itu.

" Takde apa-apa, bos." katanya. Ben memandang Eisya dengan ragu-ragu tetapi melihatkan reaksi Eisya tenang, dia percaya.

"So, takde apa-apa masalah kan?" tanya Eisya lalu menghulurkan tangan ke arah Ben. Ben memandangnya pelik.

" Aku nak kita berdamai. Huluran tangan sebagai tanda perdamaian kita.." kata Eisya.

Ben masih ragu-ragu namun akhirnya dia berjabat tangan juga. Eisya mengangguk dan ingin melepaskan huluran namun tangan Ben seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

Ben tersenyum sinis. Dia berdiri dan berjalan ke arah Eisya yang masih duduk di atas kerusi. Pegangan tidak dilepaskan.

Ben duduk di atas meja menunduk mengamati wajah Eisya. Eisya masih cuba menarik tangannya.

Ben mula bermain muka Eisya dengan jarinya. Eisya menepis.

" Cantik juga kau ni kan?" wajah kacak Ben menyapa mata Eisya. Namun, sumpah, aku tak suka kau!!

" Aku dah bagi apa kau nak. Sekarang kita dah tak ada apa-apa."

" Macamana kau tahu aku nak dadah dan vaksin tu?"

Eisya terdiam. Pandangan segera dialihkan dari Ben yang memakai baju kemeja yang di singsing lengan keduanya beserta tie yang disemat kemas.

" Kau kejar aku sebab tu je. Satu lagi sebab aku bunuh Lily." katanya.

Ben ketawa kecil.

" Kau lupa satu lagi, Eisya.." Ben melepaskan pegangan tangan. Dia memegang kedua - dua pipi Eisya dengan lembut supaya menghadapnya.

" Aku nak kau.." kata Ben lalu mencium pipi Eisya. Eisya yang tersentak lantas menumbuk pipi Ben sehingga dia terteleng ke kanan.

" Aku dah bagi apa yang kau nak. Jangan sesekali kau samakan aku dengan Lily. Aku bukan macam dia!!" kata Eisya lalu bergerak dari situ.

Ben memandang Eisya dengan senyuman sinis. Sebab dia cari Eisya adalah kerana Lily. Dia nak balas dendam. Sebab kedua, dia terpikat dengan Eisya. And dia nak jadikan Eisya sebagai orang teristimewa walaupun dengan cara paksa.

****

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-10 13:47:14 

apalah nasib eisya..semua lelaki tak guna sukalan dia..tak th mn satu yg baik tuk eisya ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience