Bab 66: Masuk Hospital

Action Completed 84377

Eisya bengang. Nafasnya turun naik. Dia meraup wajahnya kasar. Mukanya memerah. Dia yang datang ke rumah agam itu kerana ingin melawat Tengku Fahmi tidak menyangka Tengku Fahmi akan memukul Atiq iaitu anak kandungnya sehingga tidak sedarkan diri. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia membunuh lelaki tak guna itu!!

" Eisya, sabar Eisya.." pujuk Aniq yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu telahpun move on setelah putus dengan Sara. Dia sedar bahawa tiada gunanya terus bersedih..

Eisya mengusutkan rambutnya. Keadaan Atiq masih tidak diketahui lagi. Sedangkan Tengku Fahmi telahpun dia buat laporan polis tetapi disebabkan dia gila, Tengku Fahmi dibawa ke hospital sakit jiwa untuk rawatan. Tidak lupa juga pegawai polis yang mengawalnya di sana.

Eisya menghenyak punggung ke kerusi dengan kasar. Dia mengetap bibir.

" Macamana aku tak marah? Dia pukul Atiq! Anak kandung dia sendiri! Kalaulah aku tahu perkara ni nak terjadi, aku tak akan serahkan Atiq pada dia!!" kata Eisya keras.

" Kau dah tahu Tengku Fahmi tak sihat, dia bukan nak perkara ni terjadi.. Mungkin masa tu dia tak sedar apa dia buat.. " Aniq memberi nasihat.

Eisya menghembus nafas ke atas dahinya. Panas betul hati ni.. Tapi dia suka juga. Suka sebab apa yang dia inginkan tercapai. Atiq boleh dijadikan alasan kenapa Tengku Fahmi harus dimasukkan ke hospital sakit jiwa...

Dia ketawa sinis dalam hati..

Seketika kemudian, seorang doktor keluar dari bilik rawatan tempat Atiq dirawat. Beliau membuka topeng muka yang menutupi hidung dan mulutnya dan memandang ke arah Eisya dan Aniq.

Eisya dan Aniq bangun menghadap doktor itu.

" Siapa ahli keluarga dia?" tanya doktor itu.

Eisya dan Aniq memandang sesama sendiri.

" Saya." kata Eisya dengan serius.

" Dia tak apa-apa ke?" tanya Aniq.

Doktor itu mengeluh dan menggeleng.

" Banyak lebam di badannya dan kepalanya juga parah. Nampak seperti dipukul dengan benda keras. Kami terpaksa tahan dia di sini dulu untuk rawatan berterusan.." kata Doktor itu.

" Bila dia boleh keluar?" tanya Aniq.

" Bergantung pada kesihatan dia. Kebiasaannya, perkara sebegini boleh mengakibatkan trauma untuk budak sebaya dia. " kata doktor itu lalu pergi setelah mempamitkan diri.

Eisya terduduk sambil mengeluh. Dia meraup wajahnya. Aniq hanya melihat.

" Sabarlah. Saya yakin Atiq kuat... "

Eisya tersenyum tawar.

" Jom kita masuk tengok dia.. " ajak Aniq senyum. Eisya bangun dan berjalan bersama Aniq menuju masuk ke bilik rawatan itu.

***

Faiq dan Afwan keluar dari sebuah hospital. Ditangan Faiq terdapat satu ubat yang disuruhnya seorang doktor untuk mengkaji apakah jenis ubat itu. Dan tepat tekaannya. Ubat itu adalah ubat depresi yang mampu menghalusinasikan pemakannya. Dia mulai beranggapan bahawa ubat inilah yang mengakibatkan Tengku Fahmi menjadi seperti itu.

" Kau tengok ni. Aku dah agak dah. Mesti ada sesuatu yang buat Tengku Fahmi jadi macamtu.. Dan, inilah penyebabnya!! Ubat depresi! Patutlah Tengku Fahmi meroyan tak tentu arah.." kata Faiq apabila mereka masuk ke dalam kereta.

Afwan hanya mengangguk kagum..

" Bijaklah kau! Aku tak tahu apa sebab Tengku Fahmi jadi macamtu.. Kau rasakan, kenapa Eisya sanggup buat macamtu dekat Tengku Fahmi eh? Bukan ke dia sayang sangat Tengku Fahmi tu?"

Faiq berfikir sejenak.

" Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin... Tengku Fahmi dah buat sesuatu yang menyebabkan Eisya berdendam dengannya.. " Faiq menipu! Dia tahu sebabnya. Namun, dia bukanlah sesiapa untuk membuka aib majikannya itu.

" Eh, cepatlah! Kita kena pergi hospital!!" kata Faiq.

" Lah, kenapa pulak? "

" Kau lupa ke, Tengku Fahmi kena tahan dekat hospital sakit mental. Atiq pula kena tahan dekat hospital.."

" Eh, yelah. Okay.. Here we go.." kata Afwan..

Kereta mereka kemudiannya meluncur laju di jalan raya. Setengah perjalanan, mereka berhenti di sebuah jalan yang gelap kerana kereta mereka mengalami masalah. Aduh, dahlah dah nak malam, kereta pula buat hal.

" Tulah, Wan. Aku dah cakap dah. Periksa dulu kereta kau kalau nak pergi mana-mana. Sekarang kau tengoklah.. Kita dah terkandas dekat sini. Dahlah takda signal." bebel Faiq.

" Eihh, diam arh kau! Tolong aku taknak. Bebel je memanjang.." rungut Afwan di bonet hadapan kereta.

Jalan dirasakan semakin sunyi. Mereka merasa bulu mereka meremang. Afwan menggosok kedua-dua lengannya kerana rasa takut. Faiq ada rasa takut namun tidak dilayan sangat. Afwan ni over gila. Eleh, harap pangkat je besar, tapi iman ke laut.

Tiba-tiba, mereka merasakan kedatangan seseorang di belakang mereka. Mereka berpaling dengan berhati - hati namun sebelum sempat mereka melihat, Afwan dan Faiq telah dipukul oleh seorang lelaki berpakaian gelap menggunakan sebatang kayu besar. Kedua-duanya rebah tidak sedarkan diri. Sementara lelaki itu mengambil bungkusan ubat di dalam kereta Afwan lalu pergi dari situ. Faiq dan Afwan ditinggalkan pengsan.

***

Tengku Fahmi meronta-ronta kerana dia diikat dengan lengan baju yang panjang yang dipakai padanya dan dikurung di dalam sebuah bilik. Dia tidak boleh bergerak kerana lengan baju itu membataskan pergerakannya.

" Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku nak jumpa anak aku!!" marah Tengku Fahmi sambil meronta-ronta.

Doktor Hanif dan Tengku Hasnah hanya melihat dari cermin lutsinar itu. Tengku Hasnah mengalirkan air mata apabila melihat anaknya yang kelihatan tidak terurus.

Doktor Hanif pula? Wajah tanpa perasaan. Dia tidak mahu Tengku Hasnah mengesyakinya. Memang dia terkenal dengan wajah dingin.

" Macamtulah keadaan Tengku Fahmi dari pagi tadi, Tengku. Dia asyik meraung minta dilepaskan kerana hendak berjumpa anaknya. Dia tidak sedar bahawa dialah punca anaknya masuk hospital." kata Doktor Hanif mencucuk jarum pada Tengku Hasnah.

Apabila melihat Tengku Hasnah tidak memberi sebarang respon, dia meneruskan lagi agendanya.

" Tengku Fahmi seorang yang pentingkan diri - sendiri. Sanggup dia pukul anaknya sendiri semata-mata sebab seorang budak yang tak pernah wujud dalam realiti. Begitu juga dia dengan Cik Eisya dulu. Dia lebih memilih untuk membalas dendam kerana seseorang yang tidak layak dihormati sehingga kini. " katanya.

Tengku Hasnah terkejut. Bagaimana Doktor Hanif boleh tahu sejarah hidup anaknya?

Doktor Hanif perasan pandangan Tengku Hasnah padanya. Dia tahu Tengku Hasnah pasti hairan kenapa dia bisa mengetahui semua itu sedangkan dia orang luar..

" Tengku Fahmi pernah ceritakan kisahnya pada saya. Saya menjadi salah satu antara orang kepercayaannya. Saya juga tahu bahawa dia berkahwin dengan Cik Eisya kerana ingin membalas dendam padanya atas kematian kekasihnya."

Tengku Hasnah tergamam.

" Dia pernah kata bahwa Eisya merupakan seorang wanita yang sangat kejam kerana membunuh orang yang dia cintai, namun Tengku Fahmi tidak sedar, bahawa orang yang dia cintai itulah, manusia bertopengkan syaitan. Kerana dia, Cik Eisya kehilangan seorang kawan yang memahami, dituduh, dicerca oleh orang ramai kerana mulut busuknya itu. Saya berasa sangat rugi untuk orang seperti Tengku Fahmi. Sanggup melepaskan seorang yang sangat berharga demi syaitan yang dilindunginya.. " kata Doktor Hanif dengan kejam. Dia menggabungkan semua pernyataan Eisya dan Tengku Fahmi untuk memanipulasikan Tengku Hasnah.

" Lalu, apa yang terjadi? Tengku Fahmi memberitahu saya bahawa Eisya memberi kekasih Tengku Fahmi dadah dan mengakibatkan dia overdose. Betul ke?" tanya Tengku Hasnah.

" Apa yang diceritakan memang betul. Namun, satu sahaja yang Tengku Fahmi tidak tahu. Eisya memberi Cik Lily dadah itu atas kemahuannya sendiri. Bekas suami Cik Lily telah melacurkan dia dan dia tidak sanggup hidup seperti itu. Kerana itu dia memaksa Cik Eisya memberi dadah itu. " jelas Doktor Hanif lagi. Dia cuba untuk membuat Eisya kelihatan lebih kepada seorang mangsa di depan semua orang.

Tengku Hasnah mulai timbul rasa malu dan benci pada Tengku Fahmi. Dia tidak menyangka betapa kejamnya anaknya sehingga sanggup memperlakukan Eisya seperti itu. Sudahlah berani berhubungan intim dengan isteri orang. Tengku Fahmi memang patut diajar. Dia merenung tajam pada Tengku Fahmi yang sedang bercakap seorang diri di dalam bilik itu.

" Kalau macam tulah.." Tengku Hasnah memandang Doktor Hanif dengan pandangan yang sukar dimengerti.

" Tahan dia. Jangan sampai dia keluar dari sini! Saya taknak ada anak seperti dia. Biar saya mereput sekalipun, saya sekalipun takkan mengakunya sebagai seorang anak!! " terdengar muktamad di hujung ayatnya.

Doktor Hanif menunduk hormat pada Tengku Hasnah. Dia andaikan rancangannya berjaya.

" Baik, Tengku.. " patuhnya. Tengku Hasnah memakai cermin mata lalu berlalu dari situ. Tidak betah berlama-lama takut nanti mengundang perasaan marah..

***

Sorry lambat update. Author minta maaf banyak ii kalau novel ni tak sehebat novel lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience