Tengku Fahmi keluar dari lapangan terbang Scotland dengan tergesa - gesa. Dia masuk ke dalam kereta dan terus mengarahkan pemandu peribadinya ke hospital sekarang juga.
Selepas sahaja mendapat berita dari Jim mengenai Atiq yang menipu mereka dan keluar dari hotel pada waktu malam, Tengku Fahmi naik angin. Tambah lagi apabila kawan Atiq, Alfie pula menghubungi Jim mengenai Atiq yang sekarang berada di hospital..
Hari itu juga dia dan Aniq bertolak ke Scotland.
Tiba di hospital, Tengku Fahmi terus turun dari kereta tanpa perlu menunggu driver membuka pintu dan terus masuk ke hospital. Aniq juga turut turun dan berlari masuk ke hospital.
masa tu, Aniq memang tak cukup kaki nak kejar Tengku Fahmi. Tengku Fahmi ni Flash Man ke?
"Tengku! Tengku.. Tunggulah sekejap.." panggil Aniq.
"Takde masa Niq.. Cepat sikit!" arah Tengku Fahmi sambil berjalan berlari.
Mereka sampai di depan bilik rawatan Atiq. Tengku Fahmi memandang Miss Mala dan guru yang lain dengan pandangan yang tajam..
"Tengku.. Kami.." baru sahaja Miss Mala hendak menjelaskan semuanya, Tengku Fahmi mengangkat tangan tanda tidak mahu dengar penjelasan. Dia kemudiannya masuk ke bilik Atiq. Aniq yang melihat situasi itu berasa serba salah.
"Jangan ambil hati sangat. Tengku Fahmi baru je sampai sini. Mesti dia letih.." kata Aniq. Miss Mala dan guru yang lain hanya tersenyum tawar.
Tengku Fahmi merempuh masuk ke dalam bilik tanpa amaran apa-apa. Ketika dia masuk, dia melihat Atiq sedang memeluk erat seorang perempuan dan perempuan tersebut mengusap belakang Atiq. Tangisan Atiq memenuhi ruangan tersebut.. Alfie dan Khairy menunduk ke bawah.
" Don't cry. Awak dah besar kan?" pujuk Eisya lembut. Namun Atiq masih menangis.. Sniffles pun ada.
Tengku Fahmi hairan. Dengan penuh berhati-hati dia menyoal.
"Siapa awak?"
Eisya tersentak dan terus berpaling ke belakang. Dia terkejut melihat Tengku Fahmi berdiri di belakangnya dan.. Semakin kacak.
Sorry lambat update. Author buat sikit je..
Share this novel
pendek nye..