Bab 46: Anak?

Action Completed 84378

Majlis perkahwinan Sara dan Tengku Fahmi akan berlangsung esok. Sara dengan wajah bahagianya tersenyum apabila melihat jarinya yang diinai cantik.
Namun dalam hati siapa tahu?

Dia cuba untuk menarik perhatian Tengku Fahmi namun Tengku Fahmi seakan-akan menjauhkan diri. Ada sahaja alasannya.

Sara merengus. Dia keluar dari villa itu dan menelefon seseorang. Sebelum itu dia memandang sekeliling dulu.

" Hello sayang..." meleret suara Aniq pada ketika itu.

" Hello, dear! How are you?" tanya Sara prihatin. Namun dia masih berjaga - jaga.

" I' m fine. So, ada apa you call I?" tanya Aniq lembut.

" You!! I tengok Fahmi tu macam nak jauhkan diri dari I je.. Ke dia dah tahu rahsia kita?" risau Sara.

" I rasa tak kut. Sebab kalau dia tahu, mesti dia putuskan perkahwinan ni.." kata Aniq.

Serta-merta, wajah Sara berubah.

" You? You betulke nak I kahwin dengan Fahmi? "

Wajah Aniq muram. Dia bebas berbuat apa-apa kerana Sara akan tak nampak.

Walaupun hati tidak rela, namun kerana papanya, dia sanggup.

" Sekejap je, sayang...nanti, bila kita dapat Besh Holding tu, you minta cerai dengan Fahmi eh? " pujuk Aniq.

" Macamana kalau I tak dapat pujuk dia? You nak tinggalkan I ke? Nak tinggalkan baby ni?" Sara menduga.

" No! No, Sara! I takkan tinggalkan you. Walaupun you kahwin dengan Fahmi, baby tu masih darah daging I. And, kalau you tak dapat pujuk..." Aniq membiarkan percakapannya tergantung.

" Kalau I tak dapat pujuk? " Sara menggesa Aniq.

Aniq menunduk.

" I akan tetap jadikan you isteri I.. " katanya dengan yakin.

Hati Sara berbunga ceria.

" Walaupun you dapat tentangan dari family you? "

Aniq mengangguk.

" I tak kisah. Biar I diusir keluar pun, janji I dapat bersama you. Ermm...tapi sekarang ni, kita cuba usaha dulu boleh tak? " tanya Aniq.

Sara mengangguk teruja walaupun Aniq tak nampak.

" Okay, I akan cuba yang terbaik! " kata Sara.

****

Eisya termenung ketika dalam perjalanan ke rumah agam Tengku Fahmi. Oleh kerana adiknya Sara Amelia akan berkahwin esok, maka dia sekeluarga harus datang walau sekejap. Nanti apa pula kata orang?

Eisya merengus. Kenapa dia kena pergi dulu? Keluarga dia ni memang nak suruh dia kena hina dulu ke?

Eisya keluar dari perut kereta dengan langkah protes. Ah..villa ni menyimpan seribu satu kenangan pahit yang sukar dilupakan. Mana mungkin dia nak masuk?

Namun, kerana keterpaksaan, diri digagahkan juga kaki melangkah. Nampak marah tapi berjalan rilek je.

Eisya masuk tanpa salam atau hai kepada tetamu-tetamu. Mungkin saudara Tengku Fahmi kut yang ramai ni.

Dia masuk dengan lagak gangster sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Ramai tetamu yang melihatnya dengan pandangan kurang senang.

Eisya sampai di sofa yang menempatkan Tengku Hasyar dan sanak saudara yang sibuk berbual kini diam apabila Eisya mendekati.

" Mana Sara?" tanya Eisya acuh tak acuh pada Tengku Hasyar.

" Kamu nak buat apa jumpa dia? Nak rosakkan majlis ni? Kamu dah rosakkan Tengku Fahmi sekarang kamu nak cari fasal dengan Sara pula?" sindir Tengku Hasyar sinis.

Eisya mengorek telinga dengan jarinya sambil membuat muka meluat tanda bosan mendengar bebelan Tengku Hasyar.

" Eh, ni ke bekas isteri Tengku Fahmi? Tak secocok langsung! Perangai macam ni jadi isteri kepada keturunan Tengku?" kata salah seorang saudara jauh Tengku Fahmi. Pastu mulalah adegan bisik-membisik pada Eisya.

Eisya rileks tapi dalam hati dah meletup...

" Eh, mak cik! Mak cik ni asal dari planet mana eh! Tiba-tiba datang masuk campur urusan orang?! " Nampaknya kata-kata Eisya menusuk dalam ke sanubari wanita itu kerana wajah dah merah guys!!

" Eh, yang kamu ni kurang ajar sangat dah kenapa? Dah tak ada adab? Mak dan bapak kamu tak ajar hormat orang tua ke? Oh, lupa! Dengar kata Hasyar, kamu ni anak sulung Dato'Emir Fattah, kan? Cucu kesayangan Dato 'Fatwa Hathi? Hailah.. Rupanya mereka tak ajar adab ni.. " pedas sindirannya..

" Halah..kalau nak hormat orang tua tapi orang tua tu yang biadap, buat apa? " sindir Eisya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat! Hahahahaha...

Belum sempat wanita itu membalas, Tengku Fahmi menarik tangan Eisya ke belakangnya. Eisya tercengang.

" Maaf, mak cik! Dia tak begitu pandai bercakap dengan orang.. " kata Tengku Fahmi dengan lembut dan hormat.

Eisya melopong mulutnya. What the heck kau!!

" Hah, baguslah tu Tengku! Ajar dia cara bercakap dengan orang! Taklah menyusahkan nanti.."

Tengku Fahmi menarik Eisya ke tingkat paling atas. Pool!

Sampai di sana, Eisya menepis tangan Tengku Fahmi dan mereka saling berhadapan.

" Apa benda kau ni?!" marah Eisya. Tengku Fahmi hanya bercekak pinggang menatap Eisya dengan geram.

" Kau tanya aku? Kau buat apa? Tak reti nak hormat orang tua?"

" Hormat babi kau!! Orang tua tu yang cari fasal dulu!! Kau nak salahkan aku dah kenapa?"

Tengku Fahmi pantas mencubit pipi Eisya sehingga naik ke atas. Eisya sudah menjerit sambil memukul lengan Tengku Fahmi dengan kuat.

" Sakit sial!! " jerit Eisya.

" Kau nak buat lagi?! Hmmm?? "

Eisya mencubit balik Tengku Fahmi lalu dia menjerit. Cubitan di pipi Eisya dilepaskan.

" Sakitlah!!" marah Tengku Fahmi.

"Padan muka!!" kata Eisya lalu menyilang tangan di dada.

Tengku Fahmi menggosok tangan sambil memandang Eisya yang memandang pool di depan. Dia tersenyum..

" Kenapa kau datang sini?" tanya Tengku Fahmi mendekatkan diri dengan Eisya.

Eisya mengerutkan dahi sebelum berjarak dengannya.

" Nak jumpa Sara." katanya.

"Nak buat apa jumpa dia?"

Eisya terdiam. Dia menjeling Tengku Fahmi. Tengku Fahmi berdehem sebelum mendekatkan diri dengan Eisya tapi kali ni lebih rapat.

" Kau jealous ea?" tanya Tengku Fahmi serkap jarang.

Eisya ketawa paksa. Dia berhadapan dengan Tengku Fahmi yang tersenyum padanya.

"Jealous? Siyez arh kau? Aku jealous? Lebih baik aku terjun pool dari jealous dekat kau.." kata Eisya sombong.

" Dah tu, pergilah terjun pool..."

Eisya 'What the heck' kan Tengku Fahmi. Lalu dia menjeling.
Melihat Eisya masih tidak bergerak, Tengku Fahmi acah-acah menolaknya masuk ke dalam pool. Eisya yang ketakutan segera berpaling dan menggantungkan tangan dan kakinya ke leher dan pinggang Tengku Fahmi. Dia bergantung di situ.

Tengku Fahmi yang tersentak segera memeluk balik Eisya untuk mengelakkannya dari terjatuh.

" Janganlah! Kau ni kan!!" marah Eisya lalu melompat-lompat di dalam dakapan Tengku Fahmi seperti kali pertama dia buat.

Tengku Fahmi tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh dengan kepala dahulu di lantai. Eisya turut jatuh di leher Tengku Fahmi.

" Aduh!!! " adu mereka serentak. Tapi Tengku Fahmi yang merana sekali.

" Kaulah ni!!" salah Tengku Fahmi pada Eisya.

Eisya masih tidak bangun namun kepalanya diangkat untuk menatap Tengku Fahmi. Dengan serta-merta, mereka bertatapan.

Tengku Fahmi dan Eisya terus lupa kesakitan kerana menatap satu sama lain.

Eisya tiba-tiba berasa tidak selesa dengan posisi mereka. Dian ingin bangun namun Tengku Fahmi menariknya ke dalam pelukannya sambil berbaring.

Eisya tersentak. Dia meronta-ronta di dalam dakapan Tengku Fahmi manakala Tengku Fahmi memejamkan mata dan terus memeluk Eisya erat.

" Apa kau buat ni? Lepaslah, bengong!!" Eisya meronta-ronta namun Tengku Fahmi tidak mengendahkan.

"Bagi aku tidur jap.." katanya.

Eisya membeliakkan matanya di bahu Tengku Fahmi. Tidur ya? Meh aku tidurkan sampai kau tak boleh bangun..

"Argghhh!!" Jerit Tengku Fahmi lalu bangun terduduk dan menyentuh perutnya yang sakit. Dia meringis kesakitan.

Eisya tersenyum puas. Rancangan dia menumbuk perut Tengku Fahmi berkali-kali menjadi. Bukan slow guys, penangan bekas Leftenan ni..

" Nak lagi? " sindir Eisya.

Tengku Fahmi menjeling sebelum bangun dari situ. Merajuklah kononnya..

Tiba-tiba dia terkaku apabila Sara sedang memandang marah padanya dan Eisya. Eisya yang turut bangun kemudian tersenyum sinis..

" Apa you buat, Fahmi? " tanya Sara tegas. Wajah kedua-duanya ditilik.

"I cuma..."

"Kami tak buat apapun.." Eisya memintas dulu.

Sara ketawa sinis. Kemudian wajahnya kembali marah.

"Tak buat apa-apa? Yang you berpeluk dengan bakal suami I dah kenapa?" marah Sara.

" Mana ada aku berpeluk dengan dia.."

"Jangan tipu I! I tahu you jealous sebab I dapat Fahmi, kan? Sebabtu you datang sini nak tagih balik cinta dia. Untuk pengetahuan you, I dah mengandung anak Fahmi!!" jerit Sara.

Eisya terpempan. Sara mengandung anak Tengku Fahmi? Habis, macammana dengan Atiq? Takkan terabai macamtu je?!

" Kau mengandung? " tanya Eisya sekali lagi. Tengku Fahmi hanya mampu bersabar sahaja. Dia meraup wajahnya kasar.

" Ya, I mengandung anak Fahmi!! Kenapa? Marah ke?" sindir Sara.

Namun bukan itu yqng yang Eisya fikirkan. Dia memandang Tengku Fahmi lalu memegang kedua-dua lengannya.

" Is it true?" tanya Eisya tegas.

" No, listen.."

" Aku tanya ni!!" marah Eisya.

Tengku Fahmi sekali lagi meraup wajahnya sebelum mengangguk.

"Anak aku.." kata Tengku Fahmi perlahan.

" Habis, macammana dengan Atiq?" tanya Eisya. Alamak!! Eisya telah terlepas cakap!!

Tengku Fahmi mengerutkan dahinya. Atiq?

" Siapa dia?"

" Anak Lil..." Eisya tersedar lantas menekup mulutnya. Tengku Fahmi perasan perkataan akhir itu. Dia pula yang menggoncang bahu Eisya.

" Lily?! Anak aku dan Lily?!" soal Tengku Fahmi dengan sedikit kuat. Sara masih kebingungan.

Eisya berpaling dari menghadap Tengku Fahmi. Dia menggelabah.
Tengku Fahmi terus mengalihkan badan Eisya menghadapnya.

" Eisya! Tell me the truth!! Betulkah aku ada anak dengan Lily?! "

Eisya menggeleng.

"Tak! Aku tak tahu!!" Eisya terus berlalu dari situ. Tengku Fahmi ingin mengejar namun disekat Sara. Dia meraup wajahnya kasar lalu mengeluh kuat..

***

Sorry kalau pendek sangat...

Share this novel

Nurin Mohd Rozali
2021-04-14 09:53:27 

wah.. rahsia dh terbongkar nampaknya..( ꈍᴗꈍ)

Christina MarMar
2021-04-13 13:34:09 

ISK...takde ke sapa² yg tahu anak yg di kandung sara tu bukan anak Tengku?...


NovelPlus Premium

The best ads free experience