Bab 55: Rancangan

Action Completed 84377

Aniq dan Sara sedang makan berdua di sebuah restoran. Sejak dari tadi, Sara Amelia asyik mengadu tentang apa yang Tengku Fahmi kata terhadap dirinya. Aniq pula sekadar memujuk supaya tidak terasa hati dengan suaminya itu.

" Boleh pulak dia kata I ni tak mampu hidup kalau takde duit. Benci I tau tak!!" marah Sara sambil merangkul lengan Aniq.

" Sayang, Tengku Fahmi sengaja je tu nak test samaada you setia pada dia atau tak.."

" Setia? I setia dekat you sorang je!!" kata Sara.

Mereka berbual di situ sehinggalah ada seseorang menyapa mereka. Mereka mendongak saat mendengar suara tu.

"Ben Anaqi.." kata Ben sambil berjabat tangan dengan Aniq setelah Aniq memperkenalkan dirinya.

" Boleh saya duduk di sini?" tanya Ben.

" Oh, ya. Duduklah.." kata Aniq ramah. Ben duduk di hadapan Aniq. Sara menongkatkan dagunya untuk melihat wajah Ben dengan jelas. Kacak!!

Ben yang terperasan akan hal itu segera berpaling ke arah Sara.

" You're so beautiful.. " puji Ben pada Sara sambil menghadiahkan senyuman manisnya.

Sara yang malu segera menghulurkan tangan pada Ben.

" I Sara Amelia..." jawab Sara menggoda. Aniq di sebelahnya tidak dihiraukan.

Ben mencapai tangan kecil Sara lalu menciumnya. Sempat dia menghadiahkan kenyitan mata pada Sara.

Sara mula berasa suka pada Ben. Mungkin dia ingat Ben suka dirinya. Aniq melihat dua orang itu. Lantas dia memegang tangan Sara dan serentak itu juga Sara berpaling ke arahnya.

" Girlfriend saya..." kata Aniq perlahan sambil tersenyum.

" Oh, your girlfriend? Sorry, saya tak tahu..." kata Ben berpura-pura bersalah.

" It's okay, dear. I still cintakan you..." bisik Sara tepat pada telinga Aniq. Aniq melihatnya.

Namun, Sara yang melentokkan kepalanya di bahu Aniq asyik memandang Ben dengan pandangan yang menggoda. Dia asyik menggigit bibir bawahnya.

Ben hanya memandang. Dia tahu rancangannya berjaya.

Klik! Klik!

Eisya yang sedang mengunyah gula-gula getah menangkap gambar mereka bertiga di restoran itu. Dia yang menyorok di sebalik orang ramai yang sedang makan di situ hanya tersenyum.

Eisya memakai hoodie sambil meneliti gambar yang baru diambil sebentar tadi. Dia tersenyum lebar sambil mengunyah gula-gula getahnya.

" A gift for you, Fahmi!!" Eisya bermonolog sendirian.

Dia keluar dari restoran itu dengan berhati-hati.

***

Tengku Fahmi mengurut pelipis selepas bangun tidur. Semalam dia letih, hari ni dah rasa okay sikit.

Tadi dia bertanya pada Faiq, di mana Sara? Bukankah sepatutnya Sara yang menjaga dia di saat dia sakit? Faiq pula memberitahu bahawa Sara sudah awal-awal lagi keluar.

Dia menonong jalan ke arah pintu bilik untuk keluar. Kepala yang berdenyut membuatkan dia hilang imbangan lalu terlanggar tiang pintu bilik. Namun, bila dia ingin terjatuh, dia terasa seperti menyentuh benda lembut di wajahnya.

Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia rupanya mendarat di bahu seseorang. Dia melihat wajah itu. Eisya memandang ke depan dengan kekok. Eisya sekarang sedang memeluk leher Tengku Fahmi dan mengakibatkan Tengku Fahmi terbenam di bahunya.

Tengku Fahmi bukannya bangun tapi dia juga membalas pelukan Eisya. Dia memejamkan mata. Kedengaran deruan nafasnya di bahu Eisya.

" Kau okay?" tanya Eisya kekok.

Tengku Fahmi mengangguk. Bibirnya pucat. Yang dia tahu sekarang dia nak tidur.

Eisya memandu Tengku Fahmi ke katil. Didudukkannya ke atas katil tersebut manakala dia pula berdiri. Atiq yang baru masuk ke dalam bilik tersebut sudahpun memanjat katil Tengku Fahmi.

" Papa dah sihat?" tanya Atiq sambil menyentuh dahi Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi mengangguk.

Eisya hanya menjadi pemerhati. Dia perasan Tengku Fahmi sering melihatnya namun tidak diendahkan.

" Aku turun bawah.." kata Eisya lalu bergerak ke pintu.

"Eisya..." panggil Tengku Fahmi membuatkan Eisya berhenti tetapi tidak berpaling.

" Terima kasih sebab rawat aku semalam.." kata Tengku Fahmi ikhlas.

Eisya keluar begitu sahaja meninggalkannya. Atiq pun turut keluar dari bilik itu meninggalkan Tengku Fahmi bersendirian.

Tengku Fahmi mengeluh. Dia menyandar badan ke kepala katil namun tidak jadi apabila phonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk ke phonennya.

Dia membuka phonenya tanpa sebarang perasaan curiga. Dan apabila dibuka, terkejut dia saat mendapati gambar Sara yang berada di sebuah restoran dengan dua orang lelaki. Lelaki di sebelahnya dikaburkan wajahnya manakala lelaki di depannya hanya nampak bahagian belakangnya sahaja. Tengku Fahmi meledak marah apabila Sara dengan suka hati merangkul lengan lelaki di sebelahnya.

"Arrrgh!!!" Tengku Fahmi menjerit sekuat hatinya. Phonenya dilemparkan ke arah cermin. Dia hilang kawalan.

"Aku bunuh kau nanti! Siap kau!!" jerit Tengku Fahmi. Rambutnya kusut.

Jeritan Tengku Fahmi boleh didengar dari bawah. Semua maid terkejut dengan suara kuat di tingkat atas.

" Eh, kenapa tu?" Soal Kak Pah risau. Dia dan semua maid yang bertukar pandangan sebelum semua dari mereka mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Tidak terkecuali juga bodyguard - bodyguard yang melindungi Tengku Fahmi.

Hanya Eisya sorang je yang berada di bawah. Dia sedang membuat air untuk diberikan pada Tengku Fahmi. Tanpa pengetahuan orang lain, dia memasukkan satu jenis pil yang boleh membuatkan si pemakan depresi ke dalam minuman itu. Pil itu lama-lama mengecil kerana larut dalam air. Dia mengacau - ngacau air itu.

Eisya naik ke atas dengan membawa air untuk Tengku Fahmi. Ketika itu, semua maid dan bodyguard melihat ke arahnya. Tengku Fahmi lagilah.

" Air..." kata Eisya lalu diletakkan di tepi meja. Tengku Fahmi masih memandangnya.

" Apa?" tanya Eisya dingin.

" Kau tahu ke fasal ni?" tanya Tengku Fahmi sambil menunjukkan gambar Sara di dalam phonenya.

Eisya berpura-pura melihat. Ya, sebenarnya gambar itu dikirim oleh Eisya sendiri menggunakan phone lain.

"Tahu.." kata Eisya selamba.

"Kenapa kau tak cakap?" marah Tengku Fahmi.

" Bukan urusan aku.." kata Eisya buat tak peduli. Dia ingin keluar namun tangannya dicengkam oleh Tengku Fahmi.

Eisya menoleh tanpa riak perasaan.

" Kau kenal ke lelaki tu?" tanya Tengku Fahmi menahan marah.

Eisya selamba. Mustahil aku tak kenal sedangkan aku yang kirim gambar tu dekat kau. Desis hatinya.

" Tak.." sepatah je Eisya bercakap. Dia terus keluar dari bilik itu.

Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Maid dan bodyguard disuruhnya keluar. Dia memandang air yang dibawa Eisya tadi. Oleh kerana dia pun haus, dia pun terus meneguk air itu sehingga habis.

Eisya curi - curi melihat Tengku Fahmi di balik dinding di luar. Dia tersenyum sinis. Dia memandang pula Atiq yang berada di belakangnya. Budak itu sedang mendongak ke arahnya.

Eisya bertinggung di depan Atiq menyamai ketinggiannya.

" Tugas Atiq kali ni, desak papa sampai dia jadi macam tadi, okay?"

"Tapi, Atiq takut kena pukul..." kata Atiq dengan sedih.

" Kalau papa pukul Atiq, Eisya akan pastikan dia terima padah.." kata Eisya dengan dingin.

Atiq menunduk sambil mendiamkan diri. Lama dia berfikir. Kemudian, dia mengangkat kepala dan mengangguk kepala dengan wajah ceria.

" Untuk Eisya, Atiq sanggup buat.. " kata Atiq ceria.

" Good boy.. " Eisya mengacak-ngacaknnya rambut Atiq.

****

Share this novel

Christina MarMar
2021-04-17 17:32:06 

ha3 Eisya..good job..kesian engkau hai Tengku..

Angah Ajalah
2021-04-17 16:43:57 

eisya kenapa tak tunjuk skali gmbr dua ekor tu skali..


NovelPlus Premium

The best ads free experience