Bab 58: Curiga

Action Completed 84377

Eisya sedang duduk bersama dengan Ben di ruangan pejabat di syarikat kepunyaan lelaki itu. Siapa sangka, Ben Anaqi merupakan anak kepada Tan Sri Izra dan Puan Sri Akhyar. Kini, Trady Emelon Holding diuruskan oleh Ben.

Ben sedang menyisip sedikit air kopi manakala Eisya sedang bermain game di dalam phonennya.

" So, ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Ben sambil meraih tangan Eisya. Eisya yang perasan akan hal itu melihat Ben sambil menepis kuat tangannya.
Ben hanya mengangkat kedua-dua tangan tanda menyerah.

" Aku ada nak bincang sikit dengan kau.." kata Eisya.

" Sounds interesting! Apa dia? " tanya Ben berminat.

" Kau tahu fasal projek pembinaan sebuah kondominium gabungan Besh Holding dan Wecop Buiding?" tanya Eisya sambil mendekatkan wajahnya dengan Ben di antara meja itu.

Ben berfikir sambil mengangguk.

" Tahu. Kenapa? " tanya Ben sambil menyandarkan badannya di kerusi kerjanya.

" Kalau kau dapat projek tu, aku rasa company kau akan dikenali ramai." kata Eisya teruja.

Ben tersenyum sinis.

" Itu aku pun tahu, tapi aku rasa kau ada niat lain selain nak jadikan company aku terkenal, kan?"

Eisya diam.. Dia beralih pandangan dari Ben apabila menyedari pandangan lelaki itu.

" Apa maksud kau? " tanya Eisya.

" Kau tak payah tipu aku.. Aku tahu kau nak aku rampas projek tu dari Tengku Fahmi, kan? " kata Ben bersahaja.

Eisya menoleh pantas ke arah Ben. Lelaki itu beriak wajah bersahaja.

" Aku boleh tolong kau. Tapi kau kena beritahu aku apa yang aku kena buat.. " kata Ben lagi.

Eisya mengetuk meja dengan tangannya. Dia teruja.

" Yang tu senang je.. Kau ambil kertas plan dia untuk projek tu dan jadikan kau punya..." kata Eisya.

" Macam mana? Aku tak boleh masuk company dia, kau mesti lupa macammana hubungan aku dan dia.."

"Itu kau jangan risau. Aku tahu tentang projek tu. Jadi kertas plan tu pun aku tahu sebab kami rakan kongsi.. Nanti aku beritahu kau..." kata Eisya lalu berdiri.

Ben pun terus berdiri dan menjabat tangan Eisya. Mata still tidak dikalihkan daripada gadis itu.

" Lepas kau dapat projek tu, diaorang akan tahu dan akan salahkan company kau sebab menciplak kertas plan diaorang. So, aku nak kau letakkan kesalahan ni pada orang yang paling dia percaya. Buat diorang berpecah-belah. And then, Fahmi takkan percayakan orang lain lagi... " kata Eisya.

" Kau betul-betul nak dia hilang kewarasan ke? "

" Aku nak dia gila sampai mati.. Well, tak dapat balas dendam dekat Lily, Tengku Fahmi pun jadi.. " kata Eisya lalu keluar dari office itu.

***

Imbas kembali..

Tengku Fahmi diperiksa oleh Doktor Qul di dalam biliknya. Eisya dapat melihat Doktor Qul mengeluh perlahan ketika melihat keadaan Tengku Fahmi.

" Macamana dengan anak saya, Doktor? " tanya Tengku Hasnah dengan risau. Dia yang diberitahu tentang kondisi terkini Tengku Fahmi segera bergerak ke villa tersebut. Walaupun dia masih marahkan anaknya, namun Tengku Fahmi merupakan satu-satunya jiwa dan nyawa baginya.

Doktor Qul memandang ke arah Tengku Hasnah. Dia berdiri.

" Boleh kita bercakap di luar bilik ni?" kata Doktor Qul.

Tengku Hasnah mengangguk dengan diikuti oleh Faiq dan Eisya. Mereka keluar dari bilik itu.

" Ada yang tak kena dengan anak saya, Doktor?" tanya Tengku Hasnah.

Doktor Qul mengeluh perlahan.

" Tengku Fahmi sekarang sedang mengalami kemurungan."

Tengku Hasnah kaku. Matanya berbalam dikaburi air mata.

"Kemurungan?" tanya Faiq tidak percaya. Setahunya, Tengku Fahmi seorang yang mudah mengawal stres. Tapi akhir-akhir ni, dia sering mengalami tekanan.

"Ya, kemurungan. Biasanya ia terjadi ketika pesakit memendam perasaan ataupun berada di dalam keadaan tertekan. Tidak dinafikan juga, pesakit boleh mengalami kemurungan jika mengambil banyak ubat-ubatan."

" Tetapi kalau ubat untuk menghalang kemurungan, boleh kan doc? " tanya Faiq.

Doktor Qul keliru.

" Ubat? Ubat untuk kemurungan tidak akan diberikan jika rawatan didapati dari klinik. Kalau di hospital pun, pesakit akan dirawat dulu dan doktor akan memberikannya ubat anti-depressant. Ubat tu tidak dibenarkan bawa pulang dari hospital." terangnya panjang lebar.

Faiq curiga. Kalau macamtu, ubat apa yang Eisya bagi pada Tengku Fahmi? Selama ni, ubat-ubatan untuk Tengku Fahmi semua Eisya yang uruskan. Katanya ubat itu dari hospital dan ubat pencegahan untuk depresi...

Faiq memandang Eisya yang ketika itu sedang mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Doktor Qul. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang ekspresi menyebabkan Faiq tidak dapat meneka apa yang ada di sebalik fikiran gadis itu.

" Kalau keadaan Tengku Fahmi semakin teruk, segera bawa dia berjumpa psychiatrist. Takut nanti dia terkena Major Depressive Disorder." kata Doktor Qul. Dia meminta diri untuk pulang terlebih dahulu manakala Tengku Hasnah masuk semula ke dalam bilik Tengku Fahmi bagi menemani anaknya itu.

Eisya perasan Faiq asyik memandang ke arahnya. Dia membalas pandangan Faiq. Mereka saling berpandangan.

Eisya mengangkat alis sebelah mata.

" Ada yang tak kena dengan saya, Faiq?" tanya Eisya membuatkan Faiq tersedar.

"Tak ada apa, Cik..." kata Faiq dengan sopan dan tenang.

Eisya mengangguk dan memandang ke arah pintu bilik Tengku Fahmi yang terbuka. Dia dapat melihat Tengku Fahmi dari situ.

" Mungkin dia banyak memendam perasaan, sebabtu dia depress.." anggar Eisya.

Faiq turut memandang ke arah Tengku Fahmi.

" Ya, mungkin. Tengku Fahmi sangat memerlukan dorongan waktu ni. Dan kita pun harus memberikan semangat. Jangan sampai dia semakin tertekan... " kata Faiq. Dalam diam dia memerhatikan Eisya.

Eisya rasa tertarik dengan ayat itu. Dia memandang Faiq dengan lagak curiga.

" Apa maksud awak, Faiq? " kata Eisya pura-pura tidak faham.

" Fikiran orang kita tak tahu, Cik. Mungkin..salah seorang dari kita ada yang sengaja buat macamni.. Mungkin dia yang mencipta penyakit ini pada Tengku Fahmi." kata Faiq serkap jarang namun tidak ketara.

Eisya membuat riak wajah biasa. Dia mencebik dan mengangguk.

" Betul cakap awak.. " kata Eisya.

Faiq terkesima. Sepatutnya waktu ni, dia dah ketakutan..

" Mungkin disebabkan ubat-ubatan yang cik bagi buatkan Tengku Fahmi jadi macamni.." kata Faiq straight to the point.

Eisya terpaku. Namun tidak ditunjukkan pada Faiq. Dia tahu Faiq sengaja ingin memerangkap dirinya.

"Jadi, awak kata yang saya sengaja buat Tengku Fahmi depress?" tanya Eisya tenang.

" Siapa makan cili dia rasa pedas. Saya tak pernah kata cik yang buat. Saya cuma kata mungkin disebabkan ubat yang cik bagi, Tengku Fahmi jadi macamni..." kata Faiq pula.

Eisya ketawa paksa.

" Dengar Faiq, kalau saya pelakunya, saya takkan buat dia macamni, mungkin saya terus bunuh dia.. Lagipun, apa sebab saya nak bunuh dia? " kata Eisya tenang seolah-olah bukan dia yang buat.

Faiq berfikir sejenak. Rasanya, mana ada sebab Eisya nak buat macamtu? Tapi kenapa mereka bergaduh? Faiq tidak tahu tentang Lily..

" Saya minta maaf, cik. Saya turun dulu.. " kata Faiq. Eisya mengangguk namun tidak dialihkan pandangan dari Tengku Fahmi.

Namun Faiq sekali lagi berhenti dan menoleh ke belakang melihat Eisya yang serius memerhatikan Tengku Fahmi. Riak wajahnya beku..

' Tidak mungkin dia orangnya..' desis Faiq dalam hati. Dia terus turun ke bawah.

Eisya mengalihkan pandangan ke arah tangga apabila figura Faiq sudah tiada. Dia mengangkat alis sebelah mata.

' Kau nak lawan aku? Kau boleh lawan, tapi lepas aku buat Fahmi gila!! '

Dia tersenyum sinis mengingatkan Faiq.

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience