Bab 59: Tahu

Action Completed 84377

Tengku Fahmi bangun daripada rehatnya di bilik. Wajah pertama yang dipandang oleh Tengku Hasnah.

" Tengku.." panggil Tengku Hasnah apabila melihat anaknya sudah sedar.

Tengku Fahmi terpisat-pisat bangun dan menyandar pada katil.

" Bonda?"

Terus Tengku Hasnah memeluk satu-satunya anaknya itu. Di bahu Tengku Fahmi, dia menangis teresak-esak.

" Bonda, kenapa nangis?" tanya Tengku Fahmi membalas pelukan Tengku Hasnah.

" Maafkan bonda.. Bonda terlalu memaksa kamu.. Bonda tak fikir apa yang akan jadi pada kamu..." kata Tengku Hasnah dalam selang tangisannya.

Tengku Fahmi mengurut perlahan belakang tubuh Tengku Hasnah.

" Takpe, bukan salah bonda. Saya yang salah. Saya..terlalu ikutkan minda... " kata Tengku Fahmi.

Tengku Hasnah menangis di dalam pelukan Tengku Fahmi. Sesungguhnya, dia masih tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang berlaku pada Tengku Fahmi.

***

Sara Amelia kembali ke villa setelah dua hari tidak balik. Tengku Fahmi hendak mencari namun ditegah oleh Tengku Hasnah. Katanya biar Sara cari jalan balik sendiri.

Dia menuju ke meja makan menempatkan Tengku Hasnah dan Tengku Fahmi yang berwajah serius dari tadi. Dia pun terkejut dengan kehadiran Tengku Hasnah ke villa ini.

" Bonda, dah lama sampai?" tanya Sara berpura-pura prihatin lalu menundukkan sedikit badan dan menghulurkan kedua-dua belah tangan namun tidak disambut oleh Tengku Hasnah. Sebaliknya, dia memandang ke hadapan.

Sara yang perasan akan hal itu menarik semula tangannya dan berdiri elok. Dia menuju ke kerusinya semula.

Baru satu sudu hendak disuap ke mulutnya, suara Tengku Hasnah sudah menyapa gegendang telinganya.

" Masih ada selera nak makan lagi?" sindir Tengku Hasnah sambil menyandarkan badannya ke kerusi dan menyilang tangan di dada.

Sara terhenti makan.

" Er... Sara.."

" Kamu tahu apa yang terjadi pada Tengku Fahmi?" tanya Tengku Hasnah.

Terus pahit rasa makanan yang dimakan olehnya apabila hal Tengku Fahmi diungkapkan. Dia memang tak pernah kisah langsung fasal Tengku Fahmi.

Sara melihat ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi hanya berdiam diri sahaja.

" Tahu.. Bonda..."

"Habistu, yang dah kenapa tak pernah lekat duduk rumah kalau dah tahu your husband sakit?" marah Tengku Hasnah.

Sara menelan air liur.

" Dengar sini, Sara Amelia. Tengku Fahmi adalah suami kamu. Kamu kena sentiasa bersama dia ketika senang atau susah. Dan, jika kamu berkelakuan seperti ini, saya takkan teragak-agak nak suruh Tengku Fahmi ceraikan kamu dan rujuk balik dengan Eisya!!" tegas kedengaran bunyi suaranya.

Sara mengetap bibir. Marah, malu, sedih semua ada.

Akibat tidak tahan, Sara meletakkan sudu dan garfu sangat kasar sehingga membuatkan bunyi. Tengku Hasnah dan Tengku Fahmi terkejut.

" Kenapa Eisya asyik disebut namanya? Tak serik-serik? Bonda tak boleh salahkan saya kalau Tengku Fahmi pilih saya untuk dijadikan isteri. Ini kerana anak bonda sendiri yang buat keputusan. Dia yang nak kahwin dengan saya. Dan Eisya terus mengundur diri kerana tak tahan dengan sikap anak bonda!! " kata Sara.

Tengku Fahmi menarik tangan Sara. Sara melihatnya.

" Jangan kasar dengan bonda I... " kata Tengku Fahmi perlahan.

Sara menepis.

" You tak bagi I kasar dengan sesiapapun, but kenapa bila I kena maki, kena hina, you tak buat apa-apa? Fahmi, I mengandung pun sebab you. You yang terikutkan nafsu you and then, you nak salahkan I sebab mengandung?!" Sara mengambil handbag Chanelnya lalu naik ke atas.

Tengku Fahmi meraup wajahnya kasar. Tengku Hasnah hanya melihat keadaan pasangan suami isteri ini..

***

Eisya sedang membuat kerja di officenya apabila pintu officenya diketuk.

" Masuk.. " kata Eisya.

Terjengullah kepala seseorang dan kemudian seluruh tubuh memasuki ruangan itu.

"Hai.." sapa Aniq.

Eisya mendongak. Kemudian dia tersenyum manis.

"Hai, duduklah.." kata Eisya ramah.

Aniq pun duduk apabila diberi keizinan oleh Eisya. Dia menongkat dagunya memandang Eisya yang sedang sibuk membuat kerja.

" Sibuk ke?" tanya Aniq.

" Sikit. Tapi untuk awak, saya boleh skip meeting.." kata Eisya bergurau.

Mereka ketawa bersama.

Tiba-tiba, Aniq teringat tujuannya ke sini. Dia menjatuhkan tangannya dan memandang Eisya.

" Eisya, saya nak tanya awak sesuatu.."

" Apa dia?"

" Er.. Awak tahu tak tentang envelop berwarna coklat hitam kepunyaan Besh Holding?"

Eisya berhenti membuat kerjanya dan memandang Aniq. Aniq berasa cemas.

"Tahu. Kenapa?" tanya Eisya.

Masakan Eisya tak tahu? Envelop berwarna coklat hitam tu sebenarnya kertas pemilihan CEO bagi Besh Holding. Sepatutnya, yang boleh tahu tentang envelop ni cuma CEO Besh Holding dan rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh mereka. Tapi kenapa Aniq Afrier boleh tahu?

" Tak. Sebenarnya masa tu saya juga ada buat meeting dengan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi malas nak masuk office jadi dia suruh saya ambilkan envelop tu.."

"Habistu, awak jumpa ke?" tanya Eisya.

" Tak, sebabtu saya tanya awak.."

" Tapi, sekarang Tengku Fahmi dah tak suruh awak ambil dah kan, envelop tu? So, jangan menyibuk.." kata Eisya dingin.

Memang taklah dia jumpa envelop tu. Envelop tu dah pun diberi pada Fatwa Hathi untuk dijaga rapi. Jadi, siapa yang nak envelop tu semestinya kena rujuk aku dulu..

Aniq dah buntu. Dia perlu dapatkan envelop tu secepat mungkin..

" Err.. Tapi tadi Tengku Fahmi ada call saya suruh saya ambil envelop tu untuk dijaga." tipunya.

Eisya mengecilkan mata memandang aniq.

" Awak nak tahu, envelop tu cuma akan dikongsikan pada orang kepercayaan Besh Holding je.." kata Eisya.

" Tapi, tadi... "

" Aniq! Jangan menipu.. " bidas Eisya.

Aniq tiada cara lain. Untuk dapatkan envelop tu, dia harus buat sehabis baik.

Aniq mengeluarkan pisau lalu didekatkan pada leher Eisya.. Eisya duduk tegak.

" Bagi envelop tu kalau taknak kena bunuh... " kata Aniq. Eisya dapat melihat tangan Aniq terketar - ketar. Mesti belum pernah bunuh orang.

Eisya tersenyum sinis.

" Nampak sangat awak terdesak. Siapa paksa awak, Aniq?" tanya Eisya.

Aniq kelam-kabut. Lidahnya kelu.

" J-jangan banyak a-alasan. Bagi envelop tu!!" marahnya.

"Nampaknya saya tidak ada cara lain.." Eisya menepis pisau itu dengan sepantas kilat menyebabkan pisau itu tercampak ke atas meja. Aniq ingin mengambil namun ditolak oleh Eisya sehingga jatuh terlentang di atas lantai.

Eisya mengambil kesempatan untuk memanjat badan Aniq dan mencengkam pipinya dengan kuat.

" Dato'Awani paksa awak, kan?" tanya Eisya.

Aniq tidak membalas. Mukanya merah.

" Kesiannya awak. Diperguna oleh ayah kandung sendiri untuk kepentingan dirinya. Awak tak rasa diri awak bodoh ke, Aniq?"

Aniq meronta-ronta dan akhirnya berjaya menepis tangan Eisya yang mencengkam dirinya. Dia bangun hendak pergi dari situ tetapi tangan Eisya menggenggam erat tangannya.

" Lepaskan tangan saya.. " kata Aniq.

Eisya tidak menghiraukan permintaan Aniq sebaliknya dia membalikkan badan Aniq menghadap dirinya.

Aniq menunduk kerana malu. Wajahnya memerah dan lencun dengan air mata. Eisya mengeluh perlahan dan memegang kedua-dua pipi Aniq.

" Tengok saya, Aniq.." kata Eisya. Dia mengangkat wajah Aniq namun Aniq berkeras.

"Aniq Afrier.." tegas suara Eisya.

Lama-lama, Aniq mengangkat mukanya memandang Eisya. Wajahnya lencun.

" Dengar apa yang saya nak cakap, just do what you want to do. Jangan ikut orang lain. Saya yakin awak ada impian, kan? So, realisasikan impian awak.. "

Eisya mengambil tisu di atas meja lalu mengesat kedua-dua pipi Aniq yang basah.

"Don't crying.." kata Eisya.

Aniq dalam diam melihat wajah Eisya. Kenapa dia begitu baik dengannya?

"Kenapa awak baik dengan saya?" tanya Aniq masih sayu.

Eisya melihat Aniq.

" Sebab saya tahu awak buat sebab awak terpaksa."

"Impian awak apa?" tanya Aniq.

" Saya tak nak duduk dengan toxic people di sekeliling saya.." kata Eisya.

"Kalau toxic people masih ada di sekeliling awak,?"

Eisya diam.

"Saya akan buat sesuatu untuk hilangkan toxic people dari sekeliling saya." kata Eisya mempunyai maksud tersirat.

Aniq mengangguk. Dia akhirnya tersenyum.

" Ingat Aniq, Sara Amelia seorang yang tamakkan duit. Kalau awak betul-betul nak tengok dia jujur atau tidak, cuba awak pura-pura bankrap. Dari situ awak akan nampak kesetiaan dia.." kata Eisya.

Aniq terkejut.

"Macamana awak tahu Sara girlfriend saya?" tanya Aniq.

"Itu awak tak perlu tahu. Tapi fasal Besh Holding, saya minta maaf. Walaupun saya dan Tengku Fahmi tak ada apa-apa, tapi company dia merupakan tanggungjawab bersama dengan Fatwa Hathi. Kami bertanggungjawab untuk merahsiakan perkara tertentu dari pengetahuan orang lain. " kata Eisya.

Aniq mengangguk.

" Tak apa, saya faham. Lagipun, awak dah sedarkan saya. Saya rasa tak ada guna kut untuk saya ikut bulat-bulat cakap papa saya. " katanya sambil tersenyum lebar.

" Jadi, kita still berkawan, kan? " tanya Aniq.

Eisya mengangguk.

" Kalau macamtu, saya pergi dulu. Thanks sebab beri semangat pada saya.. " kata Aniq melambai-lambaikan tangan pada Eisya sebelum keluar dari officenya.

Eisya turut melambai-lambaikan tangan dengan senyuman manis namun sebaik sahaja Aniq keluar, senyumannya terus mati.

Dia menjatuhkan tangannya sambil beriak tanpa perasaan.

Dia kembali ke meja kerjanya dan terus membuat kerja yang tergendala tadi..

***

Mungkin sikit tapi saya akan cuba tambah lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience