Eisya mula resah. Rasa ingin pengsan dan panas. Tadi dia dipindahkan ke sebuah bilik lalu diikat kaki dan tangannya. Dia terbaring mengiring mengerekot di atas katil. Peluh mula merintik-rintik di dahinya.
Dia perlukan benda itu. Ya, dia terdesak perlukan itu.
Eisya menangis apabila memikirkan keadaan Tengku Fahmi. Bila dia akan datang?
***
Afwan yang datang dengan beberapa orang anak buahnya keluar dari kereta sambil menilik rumah Tengku Fahmi yang senyap sunyi. Bahkan bukan itu sahaja, rumah itu kelihatan suram.
"Tuan, macam takde orang je Tuan." kata Fayyadh, anak buahnya.
Afwan mengeluarkan phonenya lalu menelefon Tengku Fahmi. Tapi panggilan tidak berjawab. Afwan menelefon pula Faiq. Tidak berjawab juga. Dia risau.
"Korang jaga di sini. Aku nak pergi tengok kat dalam.." kata Afwan tegas.
"Baik, Tuan."
Afwan menguak pintu lalu masuk perlahan-lahan. Dia berjaga - jaga. Ketika tidak mendapati tiada tanda meragukan, dia naik pula ke atas.
Terkejut dia saat masa itu ketika melihat sepuluh orang lelaki bergelimpangan di depan pintu bilik dengan mata ditutup dan tangan kaki diikat. Ben sengaja meninggalkan mereka di situ kerana dia ingin mengingatkan pada mereka yang suka mencari fasal akan berakhir sebegitu.
Mata Afwan memerah melihat wajah Faiq. Dia membuka kain penutup mata yang diikat. Mata Faiq ada yang digores di dalamnya.
"Faiq.." panggil Afwan terketar-ketar. Namun Faiq sudah tiada. Afwan menjerit menyebabkan anak buahnya masuk dan naik ke atas.
Mereka juga terkejut. Afwan menangis kuat.. Syafiq menepuk bahunya..
Afwan tersedar dari tangisan. Tangisannya bertukar menjadi dendam. Mesti Tengku Fahmi juga dicederakan..
Dia bangun dan berpusing menghadap anak buahnya.
"Aku nak korang cari Tengku Fahmi sampai dapat. Dan dapatkan aku orang yang bunuh dia.." Afwan menunjuk ke arah Faiq yang sudah meninggal dunia.
"Tapi, bukan tugas kita untuk cari dia. Ermm.. Saya akan try minta kebenaran pihak atasan untuk bekerjasama dengan pihak polis." kata Dar patuh.
Afwan mengangguk..
***
Share this novel