Bab 71: Rayuan

Action Completed 84377

Ben yang sedang meneguk arak di dalam office menghempaskan gelas ke atas meja. Dia meluap-luap marah.

Baru tadi Eisya menelefonnya mengatakan bahawa dia sudah berbaik dengan Tengku Fahmi dan akan menghentikan segala perbuatan terhadapnya.

Nafasnya tidak teratur. Kalau macamtulah, Tengku Fahmi dan Eisya akan berbuat keputusan untuk rujuk semula. Dia tahu Tengku Fahmi masih menaruh perasaan pada Eisya.

" Eisya cuma milik aku..." dia menggenggam gelas itu dengan kuat sehingga pecah.

***

Tengku Fahmi menggeleng kepala melihat Afwan yang kelihatan seperti orang kebuluran sedang makan nasi bubur. Makan tak pernah kemas. Faiq pun pakat duk tengok Afwan yang berada di sebelah katilnya.

Mereka sedar pagi tadi dan hal itu dimaklumkan kepada Tengku Fahmi. Lantas Tengku Fahmi pergi melawat kedua-dua orang kawannya itu. Mana dia sangka dia duduk je dekat kerusi tepi katil Faiq, Afwan mengadu dia lapar. Nak makan nasi bubur. Apa lagi, layan jelah.

" Orang baru sedar sakit-sakit, lemah. Kau sedar terus nak minta makanan.. Kau betul-betul sakit ke ni?" tanya Tengku Fahmi.

Afwan menjengilkan mata padanya sambil menyuap nasi bubur dengan kasar.

" Dah aku lapar. Kau nak aku masuk wad kecemasan lagi ke sebab kebuluran? "

Faiq dan Tengku Fahmi ketawa sinis.

" Takde maknanya kau kebuluran. Memang setiap kali kau masuk hospital, setiap kali kau sedar tulah kau mintak makanan. Patutlah badan makin membesar.. "

Tengku Fahmi dan Faiq ketawa besar. Mereka menyatukan tapak tangan mereka sambil terkekeh - kekeh ketawa. Afwan pula sudah cemberut wajahnya.

Namun, lama - kelamaan, Faiq berhenti ketawa. Dia memandang Tengku Fahmi yang sedang metawa terbahak - bahak. Sukanya mengenakan Afwan. Afwan pun senyum je melihat keadaan Tengku Fahmi.

Lama dia tak tengok Tengku Fahmi ketawa. Kalau ada pun, ketawa sebab stres je..

Tengku Fahmi perasan pandangan itu. Dia berhenti ketawa secara perlahan.

" Kenapa korang tengok aku macamtu?" tanya Tengku Fahmi.

" Tak ada apa-apa. Aku dah lama tak tengok kau ketawa." kata Afwan.

" Macamana dia tak boleh ketawa lagi? Ubat depresi tu dah tak dimakan.." sambung Faiq lagi.

Afwan melihat wajah Tengku Fahmi yang menunduk. Dia tersenyum. Afwan mengeluh perlahan.

" Kau mesti dah tahu siapa yang buat kau jadi macam ni kan?" tanya Afwan.

Tengku Fahmi mengangguk sambil memintal hujung bajunya.

" Dan kau masih tak boleh move on? Fahmi, aku tak naklah sebut nama dia sebab aku yakin kau tahu. Tapi, benda yang aku cakap ni betul.. Kau tak rasa ke dia tu.. Psiko? Dia yang sepatutnya dimasukkan ke hospital mental.. Bukan kau.." kata Afwan.

" Aku rasa lebih baik kau cari yang lain. Banyak lagi wanita yang sukakan kau. Dia tak layak untuk kau, Fahmi.. "

" Kalau dia tak layak untuk aku, orang lain pun takkan layak untuk aku. Sebab hati aku dah tertutup rapat untuk orang lain." Kata Tengku Fahmi.

Afwan menyandarkan badan ke kepala katil dengan kasar manakala Faiq mengurut pelipisnya. Susah betul..

****

Sara Amelia sedang berciuman dengan lelaki mana entah yang dikutipnya di dalam pejabat. Lelaki itu galak meraba badannya dan begitu juga Sara. Sebelum itu, dia sempat berpesan pada Eina supaya dia tidak ingin diganggu buat masa ini..

Lelaki itu melepaskan ciuman mereka dan menyentuh perut Sara yang membesar. Dia memandang Sara.

"Your husband tak marah?" tanya lelaki itu.

Sara tersenyum manis dan merangkul leher lelaki itu.

" Husband I takkan marah sebab dia dah tak betul.." kata Sara sambil membuat pusingan jari di tepi kepalanya.

Mereka ketawa dan sambung berciuman. Namun sekejap sahaja kerana pintu yang ditutup telah ditendang dan muncul satu figura yang paling dia kenali.

Sara membeliakkan matanya.

" Maaf, puan Sara. Saya dah larang Encik Aniq masuk tapi dia berkeras juga.." kata Eina dengan wajah ketakutan.

"You.." Sara menuding jari pada Aniq yang kelihatan selamba sahaja wajahnya.

"It's okay, Eina. Awak boleh pergi. Jangan risau. Saya kawan rapat Puan Sara. Mesti tak keberatan untuk saya masuk menonton wayang porn di depan saya ni.." sindir Aniq sambil menyilang tangan di dada.

Wajah Sara dan lelaki itu memerah begitu juga dengan Eina. Pantas dia mengundurkan diri dan Aniq terus mengunci pintu lalu bergerak ke arah kerusi depan meja kerja Sara dan duduk di situ sambil menyilang kaki.

Sara berpesan pada teman lelaki silih bergantinya supaya tunggu di sofa. Dengan senang hati, dia melangkah ke arah sofa tanpa riak wajah bersalah.

Sara menarik nafas panjang dan duduk di kerusinya. Dia melihat Aniq yang memandang sekeliling ruangan itu dengan pandangan kagum.

Sara tersenyum sinis.

"Office ni lebih besar dari office you, kan?" sindir Sara.

Aniq hanya mengangguk sambil matanya memerhatikan segenap ruangan itu.

" Yup. Lebih besar dari office I. I nak tempat ni. And bukan office ni je. Company ni pun I nak.." kata Aniq.

Sara Amelia ketawa besar.

" Sayang, you tengok Aniq ni. Tak padan dengan tak ada harta, ada hati nak beli company ni. You cuma hidup dengan duit daddy dan mummy you je. And, your company pun tak adalah besar sangat. Mesti kewangan pun sesak sampai your daddy nak you rampas company ni kan? Ck.. Ck.. Ck.. Poor you, Aniq Afrier. " sindir Sara.

Aniq mengetap gigi. Namun dia berpesan pada dirinya supaya jangan terlampau mengikut perasaan.

'Sabar Aniq. Prostitute je ni.. Kau kan orang kaya. Rilek arh..' sabarnya.

Dia tersenyum dan itu membuatkan Sara hairan.

" When I said that I nak company ni, maknanya I betul-betul nak. You tak ada hak nak halang I.." kata Aniq dengan tenang.

"You ada duit ke nak beli company ni?"

"Siapa cakap I nak beli? Well, I perkenalkan diri I.. Aniq Afrier. CEO baru Besh Holding.."

Sara dan lelaki itu terkejut sehingga berdiri. Wajah Sara memerah.

" Apa maksud you? You jangan nak tipu! Tengku Fahmi serahkan posisi CEO pada I!! Dia tak kenal you siapa, macamana dia boleh beri jawatan tu pada you?! " sindir Sara.

Aniq ketawa kecil..

"Sara.. Sara.. Siapa yang tipu siapa sekarang ni? Kalau betullah Tengku Fahmi beri jawatan tu pada you, then tunjuk buktinya.."

Sara terkesima.. Bukti?

"B-bukti a-aapa ni?" dia gementar.

Aniq bangun dan berjalan sekeliling ruangan itu. Sara hanya memerhatikannya.

"You ingat tak I pernah beritahu you untuk cari satu surat peralihan jawatan CEO? surat tu sebenarnya perlu ada pada CEO sebagai bukti dia dipilih. Kalau tak ada, orang akan menganggapnya menipu.." kata Aniq.

Sara cemas.

"Apa kaitannya dengan I?" tanya Sara.

" Tunjuk surat tu.." Aniq berbisik di telinga Sara. Sara terpempan. Surat tu.. Mana surat tu? Dia sendiri tak tahu di mana.

" I.. I tertinggal dekat villa.." tipu Sara.

Aniq ketawa lagi menambahkan kepanikan Sara.

" Are you sure tertinggal dekat villa? Habistu ini apa? " Aniq mengeluarkan satu fail yang di dalamnya ada satu surat yang dicari Sara selama ini.

Sara cemas lagi dan lagi.

" I.. I still ada satu lagi salinan.."

" Surat ini tiada salinan. Hanya satu. That's why Tengku Fahmi simpan dengan elok.. And for your information, Tengku Fahmi sendiri yang bagi I surat I ni... Dengan alasan.. I akan menjadi CEO Besh Holding."

Sara mati kata. Dia tak tahu apa yang hendak dicakapkan lagi.

Aniq mengeluh perlahan.

" I tak suka berkasar dengan perempuan. I bagi you masa untuk mengaku kesalahan you. And then, I akan lepaskan you tanpa sebarang hukuman.. " kata Aniq.

Sara ketawa..

"Kau ingat aku nak beritahu kau semuanya?! HELL NO!! aku tak buat salah!!" Sara menjerit.

"Awak seleweng duit syarikat, Sara Amelia!!" marah Aniq.

Sara tercengang.

" I know everything. And that's why I bagi chance pada you. Mengaku kesalahan you, atau I akan sumbat you ke dalam jail.." ugut Aniq.

Sara tidak tentu arah. Dia menggeleng kepala.

" No! You takkan bagi I masuk jail kan?! I tahu you masih cintakan I, kan?! Aniq.. Dalam perut I ada anak you tahu tak?! You sanggup nak bawak I masuk jail?! " Sara menggoyangkan lengan Aniq. Aniq berpaling ke tepi. Dia tidak mahu melihat wajah Sara.

" You yang buang I dari hidup you. I cuma sambung balik je.. "

" No! No! Aniq. I still cintakan you! I menyesal sebab I dah curang dengan you! Please, terima I balik!! I janji I takkan curang dengan you lagi, I takkan remehkan you lagi.." Sara mengangkat ikrar. Gayanya seperti mak-mak meroyan.

Teman lelaki Sara tidak puas hati dengan keputusan Sara.

" Sara.. You tipu I!! "

" Kau diam!!! " jerit Sara pada teman lelakinya. Dia terkejut.

" Aniq, please.. Terima I balik.. " rayu Sara.

Aniq buat tidak layan je.. Dia sebaliknya memanggil security untuk membawa Sara dan teman lelakinya keluar. Tak lama kemudian, Security guard datang dan membawa Sara pergi. Aniq melihat Sara meraung sambil merayu padanya tetapi dia tidak melayannya.

Aksi Sara itu disaksikan oleh semua pekerja. Mereka semua asyik berbisik antara satu sama lain..

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience