Dua orang lelaki berbadan sasa tadi berhenti di atas sebuah jambatan yang dibawahnya adalah air laut yang mengalir. Tengku Fahmi yang diusung masih tidak sedarkan diri.
"Kita nak campak dia dekat sini ke?" tanya Raymond. Salah seorang lelaki berbadan sasa itu.
"Ya. Tuan dah bagi arahan. Kau tak ikut, pandai-pandai kaulah.." kata Ruv.
Mahu tak mahu, dia terpaksa mencampak Tengku Fahmi ke dalam laut. Tubuh Tengku Fahmi tenggelam sedikit demi sedikit dari permukaan air laut itu.
"Cau." kata Ruv sambil menyapu tapak tangannya. Dia berangkat ke kereta bersama Raymond.
Sementara di dalam air, Tengku Fahmi mula menggerakkan bola matanya namun masih tidak dibuka. Terasa seperti tidak boleh bernafas. Akhirnya apabila dia kehilangan oksigen sepenuhnya, matanya terbeliak dan dia mulai gelisah.
Dia panik! Berada di kawasan yang gelap dan sunyi. Tangan cuba dikapai-kapaikan tetapi tiada orang di situ. Lagi lama lagi laju. Sebelum..
Dushh!!
****
Eisya diikat tangannya pada sebuah palang menyebabkan tangannya tergantung di situ. Dia menunduk kesakitan. Orang - orang suruhan Ben juga memukul dan menumbuknya. Ben hanya menjadi pemerhati di atas sebuah kerusi sambil bersilang dada. Mukanya kelihatan tenang.
"Berhenti!" terus orang-orangnya berhenti dari memukul Eisya. Ben bangun dan berjalan penuh bergaya ke arah Eisya. Dia mengangkat dagu Eisya yang terpejam mata kerana letih.
"Kau suka? Ini hadiah paling bermakna yang aku dapat bagi pada kau. Jangan risau, aku akan bagi lebih lagi bila kita sampai Scotland.." sindir Ben
Tiba-tiba, sekumpulan saintis masuk ke dalam bilik itu. Eisya mengerutkan dahi memandang mereka manakala Ben pula pula berundur dengan tangan diseluk ke dalam poket.
" Apa kau nak buat.. " tanya Eisya dengan lemah. Tapi matanya tetap tajam.
"Aku tertunda rancangan untuk buat kau overdose dulu sebab kau ada vaksin. Tapi sekarang tak lagi..." kata Ben sebelum dia ketawa.
"Kau gila Ben!" maki Eisya lalu meronta-ronta. Dia tak bawa vaksin. Macamana ni?
Ben lagi galak ketawa. Suka apabila melihat wajah Eisya yang gementar tak tentu arah. Rasanya dah lama tak nampak riak itu.
Saintis - saintis tadi semuanya menuju ke arah Eisya sebelum mencucuk picagari yang mengandungi dadah ciptaan Eisya ke lehernya. Eisya meringis kesakitan.
Tiga kali dicucuk. Eisya terkulai lemah sebelum kakinya melurut jatuh tetapi masih berdiri. Ben yang puas melihat tontonan berikut mengarahkan orang - orangnya melepaskan ikatan di tangan Eisya lalu mengurungnya di sebuah bilik. Dalam masa 5 minit, dadah akan bereaksi.
Sorry lambat update..
Share this novel