Bab 52: Bawa

Action Completed 84378

Sara yang penat kerana asyik melayan tetamu naik ke atas. Dia bergegas ke bilik mandi kerana badannya melekit.

Sesudah mandi, dia ingin menegur Tengku Fahmi namun baru dia perasan Tengku Fahmi tak ada di bilik mereka.

" Fahmi? Fahmi?" Sara Amelia mencari Tengku Fahmi di dalam bilik itu namun tidak jumpa. Dia keluar dari bilik tersebut dan mencari Tengku Fahmi. Habis semua pintu bilik dibuka namun Tengku Fahmi tiada di dalamnya.

Sara berdecit sambil bercekak pinggang di hadapan pintu biliknya. Kemudian, dia terlihat Tengku Hasyar yang ingin masuk ke dalam bilik sambil mengurut pelipisnya.

" Mak Ngah.." panggil Sara sekaligus menyebabkan Tengku Hasyar secara automatik memandangnya.

" Mak Ngah ada nampak Tengku Fahmi tak? Sara cari dalam bilik takde, Sara cari dekat bilik lain pun takde..." adu Sara.

Tengku Hasyar berfikir sejenak.

" Kamu dah tengok dekat bilik Atiq?"

Sara menggeleng kepala.

" Mesti Tengku Fahmi ada dekat bilik budak tu. Pergilah tengok.. " kata Tengku Hasyar lalu masuk ke dalam biliknya.

Sara sekali lagi berdecit. Bilik Atiq? Kenapa dia duduk bilik Atiq? Ah, abaikan yang tu..yang aku pelik sekarang ni kenapa dia tinggal dekat rumah ni? Menyusahkan orang jelah! Desis Sara di dalam hati.

Sara dengan langkah protes melangkah ke bilik Atiq. Apabila dibuka pintu, memang betul! Tengku Fahmi sedang tidur di sini.

Sara bercekak pinggang sebelum ke duduk di sebelah Tengku Fahmi. Ketika itu, Tengku Fahmi sedang tidur mengiring ke arah Atiq.

" You! Fahmi.." Sara menggerakkan bahu Tengku Fahmi supaya bangun namun hampa. Tengku Fahmi tidak bergerak sedikitpun.

Dia tidak berputus asa. Dia terus menggerakkan lagi bahu Tengku Fahmi.

" You..bangunlah.. Tidur dalam bilik kita." rengek Sara.

"Hmmph.." Tengku Fahmi hanya membunyikan nadanya sahaja namun badannya tidak bergerak. Matanya pun terpejam lagi..

Sara berdecit. Dia menyilang tangan di dada. Namun tiba-tiba, satu idea menjengah masuk ke dalam fikirannya.

Dia melambai-lambaikan tangan pada muka Tengku Fahmi untuk melihatnya masih tidur dengan nyenyak atau tidak and hasilnya, yes!

Sara Amelia pun keluar dari bilik itu dan masuk ke dalam biliknya. Setelah masuk, pintu ditutup perlahan-lahan. Dia tidak tidur tetapi dia berarah ke laci yang menempatkan fail penting Tengku Fahmi.

Lantas diselongkar pantas laci itu. Dia kadang-kadang melihat ke arah pintu bagi tujuan berjaga-jaga. Habis semua laci diselongkarnya tetapi tidak jumpa. Tiba-tiba...

"You buat apa tu?" Sara kaku dan perlahan-lahan matanya berarah pada Tengku Fahmi yang kelihatan separuh sedar dengan lengannya menjadi tempat menyangkut kotnya. Tiga butang bajunya pula telah dibuka.

Sara cemas. Perlahan-lahan dia bangun dan pura-pura bingung sambil menggaru kepalanya.

" Ni... I cari lipstick I. I tertepis masa I nak buang mekap tadi. Tu yang I cari ni..." Sara mereka cerita.

Tengku Fahmi curiga. Dia mengecilkan matanya tanda menyiasat sesuatu.

" Kenapa nak kena selongkar laci I?" tanya Tengku Fahmi.

Sara Amelia dah tak tahu nak cakap apa. Jadi dia nampak semuanya? Lama ke dia berdiri di situ?

" Er...eh! You mengantuk kan? Mehlah tidur. I tunggu you tadi. Tapi bila tengok you dengan budak Atiq tu, I terus rasa bersalah nak kejut you." Sara berpura-pura baik.

Tengku Fahmi pula? Terus lupa kejadian tadi. Mungkin mamai lagi kut. Dia menyangkut kotnya pada tiang kayu lantas menyelinap ke dalam selimut. Namun dia berpaling semula, menepuk cadar di tepinya.

" Sini tidur dengan I. You tak boleh berdiri lama sangat. Nanti effect pada baby you.." risau Tengku Fahmi.

Sara dengan rasa terujanya terus menyelinap masuk ke dalam selimut sambil memeluk Tengku Fahmi. Tengku Fahmi pula tidak membalas balik malah dia sudah hanyut dalam mimpi. Sara yang mendengar dengkuran Tengku Fahmi menghembus nafas lega apabila kegiatannya tidam diketahui oleh Tengku Fahmi.

****

Di meja makan..

Sara berasa meluat apabila melihat Atiq yang disuap oleh Tengku Fahmi dan dimanjai oleh Tengku Hasnah di meja makan. Dia yang duduk di sebelah Tengku Fahmi tidak diberi perhatian langsung. Cuma Tengku Hasyar je yang menegurnya.

" Pandainya cucu nenda makan.. Makan banyak-banyak eh? Nanti cepat besar.." kata Tengku Hasnah ramah sambil mengusap kepala cucunya itu.

Sara yang sudah hilang selera makan meletakkan garfu dan sudu lalu menyandar pada kerusi sambil menyilang tangan di dada. Tengku Fahmi yang pandangannya ke arah Atiq tadi terus bertukar arah kepada Sara di sebelahnya.

" Kenapa tak makan?" tanya Tengku Fahmi perlahan.

Sara menjeling.

" You asyik lebihkan budak tu je. I ni takde pulak you nak risau." adu Sara protes. Cukup untuk mereka berdua dengar.

Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Dia mengambil pinggan Sara yang masih dipenuhi roti, sosej dan telur mata, lantas memotong kecil dan disuakan pada Sara.

Sara masih merajuk. Tengku Fahmi masih beriak biasa.

" Makanlah. Kesian baby tu..." nasihat Tengku Fahmi.

Sara dengan mudahnya terus cair. Dia memakan makanan dengan disuap oleh Tengku Fahmi dengan gembira.

Tengku Hasnah yang melihat pasangan itu berasa kurang senang.

" Tak perlulah nak manja - manja sangat. Budak..dia tahu apa kalau kita nak bermanja dengan suami.." sindir Tengku Hasnah sambil matanya memandang Atiq yang sedang makan di sebelah kanan Tengku Fahmi.

Serta-merta, wajah Sara merah. Tengku Hasnah seolah-olah dapat membaca fikirannya. Dia berdehem sedikit.

Seketika kemudian, terdengar bunyi derapan kasut dari atas tangga. Sara yang sedang makan tersedak saat melihat Eisya yang turun tangga.

"Eisya?!" suara Sara bergema di ruang itu.

" Ya?" tanya Eisya polos.

" Apa you buat kat sini?!"

Belum sempat Eisya menjawab, Atiq sudah berlari ke arahnya namun disekat oleh Eisya.

" Saya yang suruh Eisya tidur di sini.." Tengku Hasnah tiba-tiba bersuara tetapi tenang.

Pandangan Sara tajam kearah Tengku Hasnah. Suka - suka hati dia je..

" Eisya.." panggil Tengku Hasnah lembut. Eisya menoleh.

" Mari makan dulu. Nanti nak kerja ada tenaga.. "

" Takpelah, Tengku. Saya boleh je makan dekat luar. Lagipun, saya nak teman kawan saya ke mahkamah."

"Kenapa?" tanya Tengku Hasnah.

" Kawan saya terima court order. Jadi dia suruh saya teman dia ke mahkamah." terang Eisya.

" Hah? Eisya nak pergi? Atiq nak ikut!!" kata Atiq teruja.

Eisya berdecit.

"Mana boleh!! Budak-budak tak boleh ikut!! Ni mahkamah, bukan taman permainan..." kata Eisya dingin.

" Habistu, nak tinggalkan Atiq kat sini? Alah, Atiq nak ikut.. Bolehlah.. Bolehlah..." rengek Atiq.

Tiba-tiba, Tengku Fahmi bangun dan bergerak ke arah Eisya dan Atiq. Dia memegang bahu Atiq dan Atiq mendongak ke arahnya.

" Papa, Eisya tak bagi Atiq ikut... " adu Atiq pada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi memandang wajah Eisya yang menahan geram melihat Atiq.

" Kau bawa jelah.." kata Tengku Fahmi pasrah.

Terus Eisya merenung tajam.

" Kau gila?! Ingat aku pergi mahkamah tu nak beli gula-gula ke? " marah Eisya dengan nada berbisik.

" Habistu, kau nak tengok dia menangis?" tanya Tengku Fahmi.

Sara yang melihat berasa geram. Eisya ni memang tak tahu malu!!

" Aku serius ni tak boleh bawak.. " kata Eisya berbisik.

Mereka mengeluh perlahan. Atiq mendongak memandang Eisya dan Tengku Fahmi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience