Bab 70: Promise me mini handsome!!

Action Completed 84378

Eisya pulang ke rumah agam papanya. Dia yang baru menyelesaikan sedikit kerja di office tadi berasa sangat letih.

Ketika dia hendak menaiki tangga, dia terdengar satu suara yang kedengaran begitu tegas pada telinganya.

"Baru balik?" tanya Dato'Emir yang baru keluar dari dapur bersama dengan satu gelas kaca yang diisi mix beri. Dia meletakkan gelas itu di atas meja.

Eisya berpaling ke arah Dato'Emir yang tidak memandangnya sebaliknya dia duduk sambil membuka surat khabar.

" Ha'ah. Eisya letih. Naik dulu.." katanya tapi belum sempat Eisya mendaki tangga, Dato'Emir terlebih dahulu menyindirnya.

" Letih? Kamu bukannya selalu datang office pun. Nasib baik Fakhrul dan Fawwaz ada. Kalau tak, agaknya dah lama bankrup kut syarikat papa. " sinis kedengarannya.

Berdesing telinga Eisya mendengar sindiran itu. Kenapa dengan papanya hari ini?

Eisya memilih untuk berjalan menuju ke arah papanya.

"Apa yang papa tak puas hati dengan saya? Apa yang saya dah buat?" tanya Eisya.

Dato'Emir meletakkan surat khabar di atas meja makan. Dia bangun memandang Eisya.

" Apa yang kamu dah buat dengan Tengku Fahmi? Hmm?"

Terkejut Eisya. Setahunya, hal ini tidak diketahui oleh sesiapapun antara ahli keluarganya. Cuma.. Ya! Sara Amelia! Pasti dia yang beritahu?

" A-apa yang saya dah buat?" tanya Eisya gementar. Dato'Emir ketawa sinis.

" Kamu ingat papa tak tahu punca Tengku Fahmi jadi macamtu? Eisya Esynani, papa kenal menantu papa sangat-sangat. Tengku Fahmi seorang yang bijak mengawal tekanan. Tetapi, Sara beritahu papa yang Tengku Fahmi sudah tidak waras lagi.. Papa rasa curiga. Dan kamu pula orang yang paling dekat dengannya.. "

" Jadi sekarang papa nak tuduh Eisya yang buat Fahmi macamtu? "

" Kamu je yang ada rekod terburuk dalam keluarga ini.. " sindir Dato'Emir sambil menyilang tangan di dada.

Eisya terpempan.

" Kadang-kadang, papa sendiri pun tak faham dengan kamu. Kamu berdendam ke dengan Tengku Fahmi kerana dia kahwin dengan Sara dan ceraikan kamu? Jangan lupa, Eisya.. Itu juga sebahagian dari idea kamu. Kamu nak lepas dari Tengku Fahmi dulu kan sebab dia dera kamu.. Kenapa masih sayangkan dia lagi? "

Eisya menarik nafas panjang untuk tidak memarahi papanya.

" Saya ada sebab kenapa saya buat Fahmi macamtu.. "

" Then, tell us!! Apa sebab kamu buat begitu? Papa tak pernah ajar anak papa untuk biadap dengan orang lain.. "

Eisya sebak. Dia mendongak memandang papanya.

" Papa memang tak pernah ajar anak papa sebab papa asyik mementingkan kerja sahaja!!" marah Eisya.

Dato'Emir mengerutkan dahi.

" Apa yang kamu cuba cakapkan ni?"

Eisya ketawa paksa.

" Apa yang Eisya cuba cakapkan? Papa tengoklah diri papa sekarang! Papa hanya pentingkan kerjaya dari Eisya! Papa tak pernah peduli perasaan Eisya, tak pernah peduli Eisya happy ke tak! Semuanya ikut kepala papa je!! " jerit Eisya. Dia hampir menangis.

" Semua orang dalam rumah ni tak pedulikan Eisya! Papa, mak cik, atuk! Semuanya buat baik pada Eisya sebab nak suruh Eisya jadi pewaris company je! Tak ada yang sayang Eisya dengan ikhlas!! "

Dato'Emir terpempan. Dia kaku. Datin Marina yang terdengar suara menjerit tadi segera ingin turun ke bawah. Dia terkejut saat melihat Eisya sedang menjerit kepada Dato'Emir.

" Sepatutnya kamu beruntung kerana keluarga ni layan kamu lebih dari adik-beradik kamu yang lain. Mereka juga cemburu.."

Eisya ketawa paksa.

"Cemburu?! Saya yang sepatutnya cemburu dengan mereka!! Sebab apa?! Mereka membesar dengan normal! Bermain dengan teman sepermainannya yang lain, selayaknya sebagai seorang budak! But me?! Saya membesar seperti seorang remaja berumur 17 tahun! Zaman kecil saya diracuni dengan buku yang berlambak yang dipaksa membacanya, adab tertib seperti keturunan diraja, saya tak dibenarkan bermain permainan walau sedikit pun. Setiap hari, saya dikawal oleh jadual bodoh yang kamu semua sediakan untuk saya!! "

Datin Marina yang mendengar dari atas tangga cuma mampu melopong.

" Saya ingatkan selepas ayah hantar saya ke sini, saya dapat menikmati zaman kanak-kanak yang seronok. Tapi ternyata rumah agam ini lebih menyeksakan daripada Neraka. Saya lebih rela tidak diberi makan ibu dari hidup dengan papa!!" marah Eisya.

Dato'Emir berasa tercabar dengan kata-kata Eisya lalu dia mengangkat tangan ingin menampar pipinya. Tapi belum sempat tangan itu menyentuh pipi gebu Eisya, terdengar suara jerkahan dari pintu.

" EMIR FATTAH!! " tengking Dato'Fatwa dari muka pintu.

Dato'Emir terkejut lantas melihat ke arah pintu. Begitu juga Eisya dan Datin Marina. Dengan pantas, tangan diturunkan.

"Ayahanda.." kata Dato'Emir. Dato'Fatwa meluru ke arah Dato'Emir dan tanpa disangka, tangan tuanya laju hinggap di pipi Dato'Emir.

Dato'Emir terkejut.

" Dan aku tak pernah ajar kau untuk tampar cucu aku!!" tengkingnya.

Dato'Emir memandang wajah tua Dato'Fatwa. Datin Marina telah turun dari tangga untuk berdiri di samping suaminya. Eisya cuma melihat tanpa riak wajah.

" Kenapa kau nak tampar dia? Apa dia buat dekat kau? Dia tak buat apa-apa! Dia cuma bela diri dia sahaja!!" kata Dato'Fatwa. Sebenarnya, dia sudah mendengar semuanya dari muka pintu.

" Dia buat Tengku Fahmi masuk hospital dan ditahan! Dia patut dihukum!! " kata Dato'Emir.

" Itu kerana tiada sesiapa yang ingin melindunginya. "

Dato'Emir terpempan.

" Kita lindungi dia selama ini! Semasa dia bunuh kawannya, kita yang bawa dia ke Amsterdam untuk disembunyikan! Itu ayahanda kata kita masih tak lindungi dia?!"

Eisya memerah matanya. Bibirnya bergetar.

" Itu bukan caranya, Emir! Kita dah salah mendidiknya.. "

Dato'Fatwa memaut bahu Eisya lalu dibawa ke dadanya. Dia menggosok lengan Eisya untuk menenangkan cucunya itu. Eisya menunduk. Air mata masih ditahan.

" Kita dah salah mendidiknya, Emir.." kata Datin Marina.

"Apa yang I salah dalam mendidiknya?" tanya Dato'Emir.

" You biarkan Sara, Fawwaz dan Fakhrul mendapat zaman kanak-kanak selayaknya. Tapi, you biarkan Eisya membesar di dalam dunia korporat. You tak bagi chance langsung untuk dia enjoy sebagai seorang kanak-kanak.. " terang Datin Marina.

" Dan kita tak pernah beri dia kasih sayang yang sepatutnya, Emir.. "

Dato'Emir mati kata. Ada betulnya juga kata-kata isterinya. Dia memandang Eisya dengan pandangan yang dalam.

Datin Marina cuba memegang tangan Eisya namun Eisya pantas menepis kasar. Dia juga menolak agresif atuknya.

" Don't touch me. Your disgusting hands didn't deserve to touch me!!" marah Eisya.

Semua orang terkejut. Dato'Fatwa cuba menghampiri cucunya namun Eisya menuding jari ke arah wajahnya.

" Kau dekat lagi, aku takkan pastikan kau hidup!!" ugut Eisya.

Dia terkejut.

" Mulai sekarang, my name is just Eisya Esynani! I don't have a dad, I don't have mom and grandpa, siblings and.. I don't have a family!! Dato'Emir boleh buang semua barang saya!! " kata Eisya yang kemudian berlalu keluar dari situ.

"Eisya! Eisya! Where are you going?! Eisya?!" jerit Dato'Emir lantas mengejar namun tidak sempat kerana kereta Eisya sudah keluar dari perkarangan rumah agam itu.

Dato'Emir meraup wajah agak kasar.

***

Eisya bergerak ke hospital. Hatinya tergerak untuk melawat Atiq.

Dia menaiki lif dan masuk ke tingkat 8. Bilik Atiq terus dituju.

Eisya membuka pintu bilik Atiq dan dia terkejut saat memandang Atiq sudah sedar dan sedang memakan buah di atas katilnya. Atiq pula yang terdengar bunyi pintu dibuka terus melihat ke arah itu dan dia suka bukan main apabila melihat wajah Eisya menyapa pandangannya.

" Eisya!! Yeayyy! Eisya datang tengok Atiq!!" jerit Atiq keriangan lantas turun dari katil dan berlari ke arah Eisya. Eisya pula bertinggung untuk mendukung Atiq dan bangun semula sambil memeluk Atiq.

Atiq memeluk Eisya erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.

" Atiq rindu Eisya!! Kenapa Eisya tak datang?" kata Atiq di bahu Eisya.

Eisya menahan sebak. Dia juga rindukan budak ini. Entah kenapa, dia tidak takut untuk memeluk Atiq sebaliknya mahukan lagi pelukan dari budak kecil itu..

" Eisya datang masa Atiq tak sedarkan diri lagi.. " kata Eisya cuba mengawal intonasi percakapannya.

"Eisya tak takut dengan Atiq dah?" tanya Atiq polos.

Eisya menggeleng. Dia menurunkan Atiq di atas katilnya.

Eisya duduk di birai katil Atiq. Dia tersenyum padanya.

" Eisya senyum cantik. Atiq suka.."

Eisya ketawa kecil mendengar ayat Atiq. Persis seperti ibunya. Lily juga pernah mengucapkan kata-kata itu padanya walaupun itu semuanya penipuan baginya..

' Eisya senyum memang cantik. Lily suka.. Patutlah ramai lelaki tergila-gilakan Eisya..' kata-kata yang pernah diucapkan Lily dulu 20 minit sebelum dia mati.

Atau mungkin.. Ucapan tulus darinya?

Wajah Atiq iras-iras Tengku Fahmi but his eyes serupa Lily.

" Tadi papa ada datang sini tapi kejap je sebab dia kata dia kena buat rawatan. Dia minta maaf dekat Atiq sebab pukul Atiq." kata Atiq polos.

"Atiq maafkan dia?" tanya Eisya.

Atiq mengangguk.

Eisya tersenyum manis. Dia menatap Atiq. Terdetik sesuatu di hatinya.

" Atiq..kalau satu hari nanti, Eisya takde.. Atiq boleh jaga papa?" tanya Eisya ingin menduga.

Atiq pula gelisah.

"Kenapa Eisya takde? Eisya nak pergi mana?! Nanti Atiq nak duduk dengan siapa??" tanya Atiq ingin menangis.

"Eisya tak pergi mana-mana! I'm still here! Cuma tulah, kalau Eisya pergi kerja ke, Eisya kerja dekat luar ke, Atiq boleh jaga papa?"

"Kenapa Atiq kena jaga papa? Papa kan boleh jaga diri dia sendiri?"

Eisya tersenyum.

"Papa Atiq nampak je kuat di luar, tapi sebenarnya lemah di dalam. Kalau tak ada orang lindungi dia, Eisya tak yakin macamana papa Atiq boleh hidup nanti.."

"Eisya boleh jaga papa.. Cuma Eisya kena kahwin dengan papa dulu.." kata Atiq mengusik.

"Eisya bukan orang yang baik.. Eh, cepatlah! Boleh tak ni jaga papa Atiq?" tanya Eisya.

Atiq mengeluh perlahan.

"Yelah, yelah.. Atiq janji.."

"Pinky promise!!" Eisya mengeluarkan jari kelingkingnya dan mengalunkan ke jari kecil Atiq.

" Ingat, rahsia ni cuma kita je yang tahu.. Tak boleh beritahu orang lain, okay?" tanya Eisya.

Atiq mengangguk.

Mereka ketawa bersama - sama.

****

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience