Tengku Fahmi bagaikan longgar lututnya melihat wajah yang amat dirinduinya itu. Mata ingin berair tetapi dihalang dulu.
"Eisya?" panggil Tengku Fahmi.
Eisya mengeluh perlahan. Dia menghulurkan tangan pada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi menatap tangan itu.
"Kita berjumpa lagi, Tengku Fahmi.." kata Eisya.
Tengku Fahmi perlahan-lahan menyambut tangan Eisya..
Eisya berdehem dan terus melepaskan pegangan. Dia memandang Atiq..
"Saya jumpa Atiq di kelab malam tadi.." kata Eisya. Tengku Fahmi pula, back to serious mode.
"Kelab malam?" tanya Tengku Fahmi..
"Saya tanya kawan - kawan dia. Mereka cakap guru mereka yang membenarkan mereka keluar malam.." kata Eisya dengan memandang Alfie dan Khairy di kiri katil Atiq. Mereka menunduk.
"Saya akan saman sekolah tu.." kata Tengku Fahmi lalu duduk di birai katil Atiq..
"Tak perlu.." kata Eisya..
"Kenapa?"
"Boleh tak awak berfikiran rasional sikit, Tengku Fahmi? Takkanlah guru-guru nak benarkan pelajar malahan pula dari keluarga kaya berjalan lewat malam?"
"Zaman sekarang takde orang baik, Eisya.."
"Awak tak fikir ke ini mungkin terjadi disebabkan pengaruh rakan-rakan? Mungkin Atiq terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan. Betul tak Atiq?" Eisya menepuk kasar bahu Atiq berkali-kali. Geram barangkali.
Atiq terkejut. Sekarang dah tak nangis dah. Takut pulak. Eisya memang dari dulu ajar dia supaya berdisiplin. Tak boleh menyusahkan orang, tak boleh manja.. Sekarang dia buat hal..
" Nasib baik saya cam muka awak dalam kelab tu. Kalau tak, awak takkan tahu nasib awak seterusnya Atiq Annas.." perli Eisya.
Atiq menunduk. Dahlah tepi ada Eisya, depan ada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi dua kali ganda menakutkan. Awal-awal dia dah pesan, Atiq buat tak tahu..
Tengku Fahmi merenung Atiq tajam. Atiq menunduk..
" What are you doing in the Night Club, young man?" tanya Tengku Fahmi.
"S-saya.. S-saya..." gementar suara Atiq..
Tiba-tiba, Tengku Fahmi bangun dan keluar dari bilik. Atiq cuba memanggil namun tidak diendahkan.
"Papa mesti marah dengan Atiq.." kata Atiq perlahan.
"Siapa yang tak marah Tiq? Awak datang sini buat lawatan sambil belajar. Sepatutnya ikutlah guru. Kenapa ikut kawan - kawan yang tak bermoral.." kata Eisya sambil melirik ke arah Alfie dan Khairy..
****
"Sakit Pa..!!" rintih Atiq namun tidak memberi kesan kepada Tengku Fahmi. Malah lelaki itu terus sahaja merotan punggung Atiq dengan lebih kuat. Mereka berada di suite yang ditempah oleh Tengku Fahmi. Hotel yang sama juga..
Aniq ingin membantah namun takut dengan kemarahan Tengku Fahmi. Kesian pulak dia tengok Atiq.
"Tengku, dahlah tu.. Kesian Atiq.." kata Aniq..
Tengku Fahmi meraup rambutnya ke belakang.
"Macamana saya tak marah?! Awak buat tindakan sesuka hati awak! Mentang-mentanglah saya tak ikut awak ke sini, awak fikir awak boleh buat sesuka hati awak?! No, Atiq Annas! Saya dah hantar spy untuk jaga awak di sana tapi apa yang awak buat?! Awak ikut kawan-kawan awak yang tidak bermoral tu! Dan sekarang jangan marah kalau saya beri awak pengajaran.. "
Baru Tengku Fahmi membuat hayunan rotan, pintu dibuka.
" Tengku Fahmi!! " Panggil Eisya dengan kuat..
Tengku Fahmi memandang ke arah pintu. Eisya bergerak ke arah Atiq lalu Atiq memeluk dari belakang Eisya.
" Ini bukan satu pengajaran yang baik.. " kata Eisya..
"Ini sahaja caranya untuk buat dia tidak mengulangi kesalahan.." kata Tengku Fahmi kendur..
"Dia still budak!"
"Dan budak-budak tak patut masuk kelab malam, Atiq Annas!!" marah Tengku Fahmi.
"Dan ini semua salah awak!!" marah Tengku Fahmi pada Eisya.
Eisya terkejut.. Kemudian dia ketawa paksa..
"Salah saya? Kenapa salah saya?"
"Awak juga masuk kelab malam!!"
"Saya tak tahu pun Atiq ada masa tu.. Dan bukan saya yang suruh.." kata Eisya..
"Saya cuma pergi sana sebab nak enjoy.. Tak ada kena-mengena dengan Atiq.. Pada mulanya saya tak cam siapa dia, tapi saya ingat wajah yang saya tengok. Saya ingat awak..."
Tengku Fahmi terdiam..
"Tapi, wajah tu terlalu muda. Dan baru saya teringat Atiq. Saya kira umur Atiq sekarang dah 16 tahun. Saya tengok lagi, ya! Memang Atiq! Saya terus berlari ke arah dia.. Please, jangan pukul dia lagi. Dia dah cukup kena pukul di kelab malam.."
Tapi nampaknya Tengku Fahmi tak peduli pun cerita Eisya. Matanya memandang mata Eisya. Eisya pelik..
" Fahmi.. "
" KELUAR!! " marah Tengku Fahmi.. Terhinjut bahu Eisya..
" Aniq dan Atiq, keluar. Saya nak bercakap dengan Eisya.. " kata Tengku Fahmi sambil tidak mengalihkan matanya dari Eisya..
Aniq menarik Atiq supaya keluar. Kini tinggalah Eisya dan Tengku Fahmi di situ..
"Fahmi.. Awak nak buat apa.." tanya Eisya sambil berundur ke belakang apabila Tengku Fahmi semakin bergerak ke depan..
Akhirnya Eisya bertembung dengan dinding di belakangnya.. Dan Tengku Fahmi mengunci tubuhnya di tengah-tengah kedua-dua tangan Eisya.
" Ikut saya balik.. " kata Tengku Fahmi seperti arahan..
Eisya tercengang.
"Awak kata apa ni.." kata Eisya sambil cuba melepaskan diri dari Tengku Fahmi tapi laju Tengku Fahmi menghenyaknya ke dinding. Satu perkara yang buat Eisya terkejut. Tengku Fahmi semakin kuat. Dulu dengan sekali tumbukan, tumbang terus.
"Kahwin dengan saya dan jadi mama Atiq.." kata Tengku Fahmi dengan riak wajah dingin.
"Awak bergurau kan?"
"Awak ada nampak wajah saya bergurau ke Eisya Esynani?"
Eisya mendongak melihat matanya.. Tapi tak lama. Dia menunduk balik.
"Saya nak balik.."
"Awak takkan pergi ke mana - mana Eisya.. Ikut saya balik Malaysia dan kahwin dengan saya. Saya masih merajuk dengan awak sebab awak tinggalkan saya dulu.." kata Tengku Fahmi.
"Saya tak nak balik Malaysia. Ini tempat saya! Saya takkan pergi mana-mana!!" bentak Eisya.
"Okay, then.." Tengku Fahmi bergerak ke arah pintu dan menguncinya.. Tingkap semua ditutup.. Eisya hairan. Seketika kemudian lampu ditutup. Eisya terkejut..
"Kenapa awak tutup lampu?! Saya tak nampak apa-apa.."
Tapi dia ada melihat lembaga hitam sudah meniarap di atas katil. Apabila keluar cahaya dari skrin phone, barulah dia nampak muka Tengku Fahmi.
Eisya terkapai-kapai berjalan dalam gelap sampai ke katil. Tengku Fahmi masih tidak layan..
" Fahmi, buka pintu saya nak keluar!!" kata Eisya di tepi telinga Tengku Fahmi.
"Nope! Awak tak pergi mana-mana!!" kata Tengku Fahmi tenang..
"Fahmi, please..." kata Eisya dengan nada kasar..
Tengku Fahmi mengalihkan pandangannya ke arah Eisya.
"Awak kena setuju nak balik Malaysia dan kahwin dengan saya. Kalau tak awak tak boleh keluar dari bilik ni.." Ugut Tengku Fahmi.
Eisya ketawa paksa.
"Kena ugut bunuh pun saya takkan baliklah! Pergilah balik sendiri!!" kata Eisya menyilang tangan ke dada.
"Okay, sampai bila-bilalah awak tak boleh keluar dari sini.."
"We'll see.." Kata Eisya.. Dia kemudiannya terkapai-kapai lagi berjalan menuju ke sofa. Tengku Fahmi hanya tersenyum..
***
Sorry lambat update.. Tak tahu fun ke tidak..
Share this novel
yes eisya terima tengku fahmi..harap fahmi tak menyakiti eisya lg..bglah kesempatan dia org bahagia☺️