Bab 95: pulih

Action Completed 84377

Eisya tersedar dari tidurnya apabila sudah tiga hari dirinya tidak sedarkan diri. Dia telahpun dihantar ke hospital.

Dia duduk berlunjur di atas katil. Dia menyentuh kepalanya yang berbalut kemas. Dia melihat kakinya yang juga berbalut. Tangannya juga patah sebelah.

Dia mulai mengingati peristiwa yang berlaku yang menyebabkan dirinya jadi begini.

Flashback..

POM!!!

Tengku Fahmi dan Eisya tercampak ke luar kerana dinding bilik itu telah meletup akibat bom. Mereka terjatuh dari atas sampai ke tanah.

Afwan dan anak buahnya tersentak ketika mendengar bunyi bom. Manakala Adi dan anak buahnya juga tercampak dan terjatuh ke bawah.

Afwan dan anak buahnya mendapatkan Adi dan pasukannya yang tak sedarkan diri. Dia mendongak ke atas. Terus dia naik masuk ke bilik yang meletup dan terkejut melihat dinding yang pecah besar. Perlahan-lahan dia berjalan ke dinding itu dan melihat ke bawahnya.

Tangannya bergetar apabila melihat Tengku Fahmi dan Eisya yang tidak sedarkan diri di atas tanah dengan anggota badan yang boleh dikatakan berdarah banyak.

Dia turun dengan laju dan keluar dari rumah itu.

"Tuan, nak ke mana tu?" panggil anak buahnya lantas mengikuti Afwan sementara separuh lagi cuba menghubungi ambulans untuk.

Sampai di luar, anak buah Afwan juga terkejut apabila melihat Tengku Fahmi dan Eisya. Mereka perlahan-lahan mendekat dengan Afwan yang menitis air mata melihat keadaan kawannya. Tidak sanggup rasanya untuk kehilangan kawan buat kali kedua.

"Panggil ambulans!" jerit Afwan.

Dan tidak lama kemudian, banglo itu meletup berkali-kali kerana banyak bom yang dipasang di dalam rumah itu..

"Auch!" Eisya memegang kepalanya. Berkerut dahinya menahan rasa sakit. Dia tidak ingat apa-apa yang jadi selepas itu. Mungkin kerana dia separa sedar waktu itu, dia mendengar segalanya.

Nak berjalan, kaki patah. Nasib baik masa bom meletup pertama kali, ia berada jauh dan mereka hanya tercampak sahaja.

Krekk!!

Bunyi pintu berkeriut. Eisya memandang ke pintu. Kelihatan seorang gadis yang membelakanginya ketika menutup pintu dan terkejut apabila melihat Eisya sudah sedar.

"Kakak!" panggil Sara terkejut. Dia pantas bergerak ke arah Eisya dan memeluknya. Eisya terkejut.

"Akhirnya kakak sedar juga.." kata Sara sebak.

Sara Amelia sudahpun dibebaskan dari penjara kerana diikat jamin oleh Aniq Afrier. Betullah apa yang orang cakap, cinta akan tetap selamanya. Selepas sahaja dibebaskan, Sara dilamar terus oleh Aniq dan mereka telah berkahwin. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar - besaran. Anak mereka juga telah selamat dilahirkan.

Eisya masih berkerut dahinya memandang Sara yang masih memeluknya.

"Eh jap jap.." kata Eisya lalu merungkaikan pelukan itu. Sara pula turut melepaskan pelukan dengan hairan.

"Kau siapa? Kenapa peluk-peluk aku ni?" tanya Eisya.

Sara terkejut besar.

"Eisya, ni Sara. Adik Eisya. Takkan Eisya tak kenal?" tanya Sara. Dia kemudiannya bangun dan pergi ke tingkap kaca.

"Sara sebenarnya nak minta maaf. Sebab Sara, semuanya jadi berantakan. Sara jahat. Sara dengki dengan Eisya. Tapi itu dulu. Sekarang Sara dah terima kenyataan."

Dia berpaling menghadap Eisya yang bingung.

"Sara dah berkahwin dengan Aniq. Rupanya selama ni baru Sara sedar, kahwin kerana cinta itu sangat indah. Kita tak perlu harta untuk mencintai. Cukup sekadar mencintai antara dua hati.." kata Sara teruja.

Walau bagaimanapun, Eisya masih dilanda kebingungan. Apa benda dia cakap ni? Tapi dia tak nak layan sangat. Nanti melarat pula..

" Okay...er..ada nampak Fahmi tak? " tanya Eisya.

Sara memandang dengan teruja.

" Tengku Fahmi? Ada! Dekat bilik sebelah." Sara berlari naik ke katil dan duduk depan Eisya. Eisya yang merasa seram sejuk terus mengundur diri ke belakang dua langkah.

'Kenapa aku rasa macam dia tak betul?' Eisya bermonolog sendirian.

Sara yang melihat reaksi kakaknya itu cuma ketawa kecil. Dia tahu Eisya mesti takut dengan sikapnya sekarang ni. Sara terlebih peramah.

"Eisya takut dengan Sara ke? Janganlah takut.. Sara cuma nak jaga Eisya je.." kata Sara slow-slow.

Eisya menelan air liur. Pandangan ditundukkan. Rasa tak selamat mula menyelubungi.

"Kakak..." meleret panggilan Sara sambil mendekati kakaknya.

Eisya mula mengundurkan diri dengan susah payah walaupun kaki sebelahnya patah.

"Nak peluk.." rengek Sara dengan manja.

"Eh, kata dah kahwin kan? Dengan..apa nama tu? Aniq? Hah, pergilah minta peluk dengan dia.." jelas Eisya lembut.

"Alah, tak sama dengan kakak sendiri.." rengek Sara..

Mahu tak mahu, Eisya terpaksa merelakan tubuhnya dipeluk oleh Sara. Sara menggunakan kesempatan itu untuk memeluk Eisya seerat-eratnya. Kata Aniq, Eisya merupakan kakak yang menyayanginya sepenuh hati.

Tiba-tiba pintu berbunyi lagi. Mereka memandang ke arah pintu..

Sara kelihatan teruja melihat Aniq memasuki bilik itu. Terus dia berlari turun ke arah Aniq dan memeluknya.

"Sayang, kan abang dah pesan jangan masuk kerap sangat bilik Eisya. Eisya kan nak berehat." kata Aniq dengan lembut.

"Sara rindukan Eisya. Kan abang yang cakap, Eisya yang paling sayang Sara. Lagipun, Eisya dah bangun dah.." kata Sara polos.

"Hah, dah bangun?" Aniq terkejut lantas dia memandang ke arah katil. Kelihatan Eisya yang kekok berhadapan dengan lelaki itu.

"Er.. Sayang pergi tengok baby dulu. Dia nangis. Nak susu kut.." kata Aniq menekap pipi Sara. Sara terkejut.

"Hah, baby nangis? Okay, Sara pergi tengok. Abang jaga Eisya tau.." pesan Sara lalu pergi dari bilik itu.

Aniq yang mengiringi Sara yang keluar itu mula menghela nafas. Dia memandang Eisya. Dengan langkah perlahan, dia bergerak menghampiri gadis itu.

" Awak sihat? " tanya Aniq.

" Sihat. Okay je. Err.. Peramah betul isteri awak kan? Naik gementar pula saya nak bercakap dengan dia.." jelas Eisya dengan kekok.

Aniq cuma tersenyum..

"Otak dia..ada masalah sikit. Sebab tu dia jadi macamtu.." jelas Aniq.

Tiba-tiba, Eisya berasa kasihan. Dia memandang Aniq.

"Lama ke dia jadi macamtu?"

"Sejak dia dari dalam penjara lagi. Mungkin kerana terlalu banyak dibuli dengan banduan lain, mental dia jadi tak kuat.. Tapi jangan risau, dia masih terkawal. Buktinya, dia masih boleh jaga anak kami.." terang Aniq.

Eisya mengangguk - angguk faham.

"Kenapa dia panggil saya kakak? Saya ahli keluarga dia ke?"

Aniq tersenyum dan mengangguk.

"Awak ahli keluarga dia. Saya cakap dekat dia yang awaklah kakak yang paling sayang dia.. Mungkin dia nak balas jasa awak.."

"Saya nak jumpa Fahmi boleh?" pinta Eisya.

Aniq mengangkat sebelah alis.

"Awak boleh ingat Tengku Fahmi?"

"Ya. Dia..suami saya kut.." kata Eisya. Kedengaran tawa dari mulutnya.

"Saya akan bawa awak jumpa dia.."

***

Eisya yang berada di atas kerusi roda memandang sekujur tubuh yang sedang tidur di atas katilnya. Kolam air mata bergenang apabila melihat keadaan lelaki itu yang seakan sama dengannya.

"Tengku memang selalu datang melawat ke bilik awak bila awak masih tak sedarkan diri. Kadang-kadang dia akan tidur di bilik awak untuk tunggu awak bangun. Entah kenapa hari ni dia tidur je.." jelas Aniq.

Eisya hanya memandang sayu ke arah suaminya itu. Dia mendongak memandang Aniq.

" Awak pergilah tengok Sara dulu. Saya nak duduk sini. " kata Eisya.

Aniq hanya mengangguk dan meninggalkan Eisya di situ. Eisya menyentuh tangan Tengku Fahmi. Satu perasaan ada padanya dan kali ini memang betul-betul ada.

"Saya cintakan awak.." Eisya berkata dalam sebak. Dia meletakkan kepalanya di lengannya di atas katil lalu tanpa sedar dia tidur di situ..

****

Eisya berkerut dahi mendengar bunyi gelak ketawa dan bercakap-cakap. Tetapi dia tetap tidak mahu membuka matanya.

Tiba-tiba rambutnya dibelai lembut. Dan kedengaran satu suara yang sedang berbicara dengan seseorang sambil bergelak ketawa.

Eisya membuka mata. Dia mendongak ke atas. Kelihatan Tengku Fahmi sedang berborak dengan seseorang tanpa sedar dirinya sudah bangun. Rambutnya masih dibelai. Kedengaran juga gelak ketawa.

"Eh, Eisya dah bangun!" Kedengaran suara seseorang menyebabkan Tengku Fahmi menunduk ke arah isterinya. Mereka bertatapan.

Eisya melihat ke depannya. Mak oi, ramai gila. .

"Sayang, awak dah bangun? Ada sakit-sakit tak?" tanya Tengku Fahmi terus meraba muka Eisya.

"T-tak.. Tak sakit pun.." kata Eisya mamai.

"Awak macamana?" tanya Eisya pula.

Tengku Fahmi tersenyum lebar saat ditanya oleh isterinya.

"Okay!" katanya teruja.

Dato'Emir dan Datin Marina juga bangun dari sofa dan bercakap dengan Eisya. Mungkin susah untuk dia mengenali kerana Eisya kehilangan separuh memori. Yang dia cuma ingat Tengku Fahmi.
Walau bagaimanapun, dengan nasihat doktor, mereka kerap kali berinteraksi dengan Eisya supaya dia boleh mendapatkan balik memorinya.

Dan bagi Eisya, dia malah merungut pada Tengku Fahmi yang dia dah penat nak bercakap. Sehari suntuk bawa tunjuk gambarlah, mulut tak berhenti. Nak cakap depan-depan, takut kena sembur pulak. Tengku Fahmi cuma ketawa kuat.

Malam itu, Tengku Fahmi dan Eisya tidur bersama di ruangan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi hanya menggeleng kepala melihat telatah Eisya yang ingin berkepit dengan dia. Tidur pun kena tepuk dulu baru lena..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience