Bab 41 : Tangisan

Action Completed 84377

Eisya masuk ke ruangan VIP. Dia melangkah ke arah atuknya. Atuknya masih tidak sedarkan diri. Eisya duduk di kerusi di tepi katil atuknya itu.
Eisya sememangnya rapat dengan Dato'Fatwa sejak dari kecil lagi. Selepas Eisya pindah ke rumah agam Dato' Emir. Dato' Fatwalah yang melayaninya semasa papa dan ibu tirinya sibuk. Kata Dato' Fatwa, Eisya seoranglah cucunya yang paling kisah dengan dirinya.

Eisya menggenggam tangan atuknya itu. Dia mencium tangan atuknya lama.

' Maafkan Eisya, atuk.' kata Eisya dalam hati.

Tiba-tiba, jari atuknya bergerak. Eisya kelam-kabut. Terus dipanggil doktor sementara Eisya disuruh keluar oleh jururawat sebentar.

Selepas beberapa minit, doktor Ikhwan keluar dari ruangan tersebut dan berjumpa dengan ahli keluarganya.

" Macamana dengan ayah saya, doktor?" tanya Dato'Emir risau.

" Jangan risau, Dato'. Dato'Fatwa dah sedar sekarang dan keadaannya stabil. Kamu semua boleh berjumpa dengannya tapi jangan buat bising." pesan Doktor Ikhwan lalu pergi dari situ setelah mempamitkan diri.

Eisya dan ahli keluarganya masuk ke dalam ruangan tersebut kecuali Sara Amelia. Ketika mereka masuk, mereka melihat Dato' Fatwa sudah sedar dan merenung ke ruangan kaca yang memaparkan pemandangan di situ.

" Atuk.." panggil Eisya lalu duduk di kerusi itu.

Dato' Fatwa berpaling dan tersenyum ke arahnya.

" Atuk tak apa-apa?" tanya Eisya.

Dato' Fatwa menggelengkan kepala. Dia masih tersenyum.

"Kalau atuk tak apa-apa, kenapa tak cakap dengan Eisya?" tanya Eisya. Dato' Fatwa hanya melihatnya sahaja. Lalu keluar sedikit air mata di birai matanya.

Eisya memandang papanya. Papanya pun bingung.

" Ayahanda. Ayahanda tak apa-apa?" namun Dato'Fatwa tidak menjawab. Dia menyentuh kesan luka di muka Eisya. Eisya hanya membiarkannya sahaja.

" Luka ni dari Fahmi, kan?" kata Dato'Fatwa dengan perlahan.

Eisya terdiam. Seketika kemudian, dia mengangguk.

Dato'Fatwa menggelengkan kepala tanda kesal. Dia menunduk.

" Maafkan atuk...atuk terlalu percaya yang Tengku Fahmi boleh jaga kamu dengan baik. Choo telah salah memilih dia sebagai suami kamu.." kata Dato'Fatwa kesal.

Eisya menggenggam tangan atuknya. Dia menggelengkan kepala.

"Atuk tak salah. Yang salahnya, Eisya. Eisya yang terlalu percayakan dia sehingga Eisya bongkarkan seluruh rahsia pada dia. Tapi atuk jangan risau. Takkan Eisya saja-saja nak bagi dia pukul Eisya? Kalau atuk nak tahu, sebab Tengku Fahmi masuk hospital hari ni adalah kerana dia takut darah. Eisya pukul dia dengan kayu besbol tadi... " kata Eisya selamba.

Semua yang ada di situ terkejut termasuk Aniq. Manakala Dato'Fatwa pula tersengih dan ketawa di selangi dengan tangisannya..

" That's my girl.. " kata Dato'Fatwa. Dia menyatukan telapak tangannya dengan Telapak tangan Eisya. Mereka berhigh5.

****

Sementara itu, di ruangan VIP tempat Tengku Fahmi diletakkan.

Tengku Fahmi yang sudah sedar merenung sendirian sambil memikirkan ayat bondanya tadi..

" Disebabkan dendam kamu, kamu sanggup dera Eisya! Kamu ingat Eisya apa? Binatang?! Benda?! Suka hati kamu je nak pukul dia? Dan sekarang ni kamu tahu, ibu mertua kamu Datin Marina dan keluarganya telah sebulat suara nak kamu ceraikan Eisya!!" marah Tengku Hasnah padanya. Dia marah pada Tengku Fahmi, pada Sara!!

" Saya takkan mungkin ceraikan dia, bonda.. " rayu Tengku Fahmi.

Tengku Hasnah ketawa paksa.

" Tak nak ceraikan dia kamu kata? Kamu ingat Eisya tu orang biasa-biasa? Hah?! Kamu ingat eh, Eisya berdarah keturunan empayar Fatwa Hathi, pemilik sebuah syarikat terkemuka. Syarikat kita pun tak mampu nak lawan dia, apatah lagi kata-kata kamu tu?!" sindir Tengku Hasnah lagi.

Dia melihat ke arah Sara yang sedang senyap duduk di situ.

" Kamu nak sangat kahwin dengan Sara kan? Boleh! Tapi kamu ingat Fahmi! Bonda takkan sesekali restu perkahwinan kamu dengan dia!! Faham!! " tengking Tengku Hasnah lalu keluar dari situ..

Tengku Fahmi yang tertekan kemudian melemparkan semua barang ubatan di meja tepinya. Dia menahan marah yanh teramat.

Tengku Firasy kemudian masuk dan terkejut melihat keadaan bilik yang bersepah dengan ubat-ubatan di lantai. Dia menggelengkan kepala.

" Yang kau lemparkan semua ubat ni dah kenapa?!" marah Tengku Firasy. Namun Tengku Fahmi diam tanpa bicara.

Tengku Firasy mengeluh perlahan. Dia duduk di kerusi melihat Tengku Fahmi.

"Aku tahu kau marah. Tapi kita tak boleh buat apa sekarang ni. Dato' Fatwa dan Dato'Emir dah tahu semuanya. Dan sekarang diaorang nak kau ceraikan Eisya dengan secepat mungkin. Kalau tidak.."

"Kalau tidak apa?!" belum sempat Tengku Firasy bercakap, Tengku Fahmi sudah memintas dahulu.

"Kalau tidak mereka akan report polis atas apa yang kau buat pada Eisya selama ni.."

Tengku Fahmi terpempan. Ya, luka pada Eisya. Dia yang buat..dan kalau nak berjumpa dan merayu dekat Dato'Fatwa dah tak boleh dah. Jangan lupa, Dato'Fatwa teguh pendiriannya.

" Aku nak jumpa dengan Eisya.. " kata Tengku Fahmi gelabah sambil membuang jarum di tangannya begitu sahaja.

Tengku Firasy pula dah kelam-kabut. Ha sudah! Macammana ni..

" Hoi! Hoi! Kau tak sihat lagi! Jangan pergi dulu!!" namun belum sempat Tengku Fahmi buka pintu, pintu telahpun dibuka dari luar.

Tengku Fahmi terkejut saat mendapati Eisya yang membuka pintu tersebut. Dia telahpun masuk ke dalam dan menutup pintu.

"Awak nak pergi mana ni.." tanya Eisya tanpa reaksi.

Tengku Fahmi pula dengan pantas memeluk Eisya dengan kuat. Terdengar esakan kecil di bahunya.

Eisya terkejut kerana dirinya dipeluk secara tiba-tiba oleh Tengku Fahmi. Dia cuba untuk meleraikan tapi tidak boleh..

" Tolong jangan tinggalkan saya..." kata Tengku Fahmi dengan nada bergetar. Panggilan pun sudah ditukar.

Eisya terpaku. Dia memandang Tengku Firasy di depan. Dia cuma mengangkat bahu.

Esakan makin kuat. Eisya sudah mula rimas.

" Janganlah nangis. Malulah! Awak tu lelaki.. " kata Eisya dengan rengusan di akhir katanya. Dia ingin meleraikan pelukan namun semakin lama semakin Tengku Fahmi memeluknya dengan kuat.

Eisya tiada pilihan. Dia menolak Tengku Fahmi sehingga terlerai pelukan. Tengku Fahmi terkejut sambil air mata jatuh ke pipinya.

Dia memegang tangan Eisya. Air mata masih tidak dikesat. Dibiarkan mengering sendiri.

" Saya cintakan awak, Eisya. Saya tak boleh hidup tanpa awak!" kata Tengku Fahmi dengan sebak. Tapi Eisya? Eisya cuma memandang tanpa perasaan.

" Awak tak cintakan saya. Tapi awak cuma balas dendam pada saya semata-mata sebab Lily. Awak dah rosakkan kepercayaan yang saya bagi pada awak. Dan tak akan pernah ada peluang kedua lagi."

Eisya menyerahkan sehelai kertas pada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi mengambil kertas tersebut dan membacanya. Dia memandang ke arah Eisya dengan perasaan terkejut.

" Just tandatangan surat tu. Saya tak nak awak masuk lokap. " kata Eisya lalu membuka pintu tapi tak keluar lagi kerana Tengku Fahmi menarik tangannya dari arah belakang.

" Awak betul - betul nak bercerai dengan saya ke, Eisya?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya diam. Dia lembutkan hati setiap kali berjumpa dengan Tengku Fahmi. Dia belajar untuk menghormati suaminya sendiri. Namun, setiap kali itulah, wajah Lily menyapa matanya. Dia benci wajah itu!!

Eisya melepaskan pegangan Tengku Fahmi di tangannya dengan kasar.

" Aku tak nak ada hubungan dengan orang yang dah jadi partner curang dengan kawan baik aku sendiri. Aku nak kau rasa bagaimana perasaan Ben. Walaupun aku benci dia, tapi aku pernah jadi kawan dia.."

Eisya berlalu dari situ manakala Tengku Fahmi pula hanya mampu melihat sahaja. Memang salah dia. Dia begitu nakkan Lily sehinggakan sanggup mengikut nafsu walaupun Lily sudah menjadi isteri orang.

***

Siapa yang belum baca Hi, Miss Leftenan yang awal, sila baca dekat akaun AraAdee dulu baru baca chap ni..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-09 23:21:59 

pleas update setiap hr..terbaik cerita ni..bg pengajaran dgn tungku fahmi n sarah tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience