Bab 47: Kematian Lee..

Action Completed 84377

Eisya cepat-cepat turun ke bawah. Dia melihat mama dan papanya sudah sampai dan sedang beramah mesra dengan mereka. Saudara - mara lain kan, opkoslah kena jaga imej.

Dia berlagak kasual lalu turun dan bergerak ke arah parentsnya. Datin Marina yang melihat segera menyapanya.

" Hah, Eisya! Kamu dekat mana tadi?" soal Datin Marina dengan lembut.

" Cari Sara tadi. Tapi tak jumpa.." namun suaranya tersekat apabila terlihat Tengku Fahmi sedang turun bersama dengan Sara Amelia yang tersengih bagai orang gila.

Eisya dapat melihat pandangan Tengku Fahmi tidak beralih daripadanya tetapi dia kadang-kadang memaniskan air muka depan tetamu.

Tengku Fahmi dan Sara beralih pula pada Dato'Emir dan Datin Marina. Dato'Emir tersenyum pada Tengku Fahmi dan Datin Marina pula sebaliknya.

" Assalamualaikum, Dato', Datin." sapa Tengku Fahmi sopan. Sara Amelia pula sudah lari kerana tidak tahan berhadapan dengan orang tuanya.

" Waalaikumussalam. Alah, panggil papa dan mama je.." kata Dato 'Emir.

"Eh, siapa suruh dia panggil saya mama? Dia bukannya siapa-siapa." bentak Datin Marina dengan berbisik namun dapat didengari oleh Tengku Fahmi. Dia cuma menundukkan wajah sambil tersenyum.

" Takpelah, Dato'. Lagipun saya bukan menantu Dato' lagi. Segan pulak saya.. " kata Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi melihat Eisya yang memandang ke arah lain. Kau tunggu! Akan aku cungkil segalanya dari kau!!

" Dato', pinjam Eisya sekejap, boleh tak?" pinta Tengku Fahmi sekaligus membuatkan Eisya dengan automatik memandang ke arahnya dan kedua orang tuanya.

Dato'Emir dan Datin Marina saling berpandangan sebelum mereka melihat semula ke arah Eisya dan Tengku Fahmi.

Eisya menggeleng kepala sambil tersenyum ke arah Dato'Emir tetapi Tengku Fahmi mengangguk juga sambil tersenyum ke arah Dato'Emir.

"Er.."

"Eh, tidak boleh!!" marah Datin Marina. Eisya segera menghembus nafas lega. You're the best, mama!!

Tengku Fahmi mengerutkan dahi.

"Eh, kenapa tidak boleh? Dia tanya you ke dia tanya I? Fahmi, pergilah pinjam Eisya tu.." kata Dato 'Emir.

Serta-merta, Eisya kembali cemas. Dia menggeleng ketika Tengku Fahmi menarik tangan menuju ke luar villa.

Eisya menepis tangan Tengku Fahmi ketika mereka sampai sebuah pondok cantik. Tengku Fahmi memandang Eisya dengan perasaan bercampur - baur. Tangan Eisya masih tidak dilepaskan.

" Kau dah kenapa?!" marah Eisya.

" Aku nak kau beritahu aku sekarang, mana anak aku?" Soal Tengku Fahmi keras.

" Mana ada anak kau dengan aku!!"

"Kau jangan tipu aku, Eisya! Aku tahu kau yang ambil anak aku!!" Tengking Tengku Fahmi.

Eisya dengan berani memandang anak mata Tengku Fahmi.

" Kalau ya pun aku ambil anak kau, then kenapa? Kau nak ambil semula? Kau kan akan ada anak baru dengan Sara, buat apa kau nak dia?! "

Tengku Fahmi terpempan.

" Dia tetap anak aku..." suara Tengku Fahmi kini mengendur.

" Tak! Dia bukan anak kau! Kau anggap jelah dia dah mati, kalau kau nak ambil dia, bukannya dia kenal kau pun.. " kata Eisya. Dia berura - rura ingin masuk ke dalam villa semula namun terhenti apabila melepasi Tengku Fahmi.

" Kau tak cederakan dia, kan?"

Eisya mendiamkan diri sehingga Tengku Fahmi berpaling ke arahnya.

" Kau tak cederakan dia, kan?! " nada suaranya keras.

Eisya berpaling ke belakang.

" Kau ingat aku jahat macam kau ke? Walaupun aku tak suka keturunan Lily, aku tak adalah sampai nak bunuh dia. Tapi aku biarkan dia duduk jauh dari aku.. Sebab bila aku tengok dia, aku teringat Lily, Ben...dan kau!!" kata Eisya.

" Kau tak faham apa aku rasa. Kau tak faham betapa deritanya aku selama ni...kau nak balas dendam untuk Lily, tapi kau tak tengok keadaan aku!! Disebabkan dia, aku diseksa oleh Ben. Aku dipaksa makan dadah! Disebabkan dia, aku hilang Lee! Disebabkan dia, Aku masuk Henry Gurney! Dia tu sama macam kau! Syaitan bertopengkan manusia!! " Eisya masuk ke dalam villa dengan perasaan marah.

Tengku Fahmi cuma memandang Eisya yang pergi dari situ. Tiba-tiba dia dipagut rasa bersalah.

****

Imbas kembali,

Eisya dan Lily berjalan ke arah kereta milik Eisya di parkir bawah tanah. Lily meminta Eisya supaya menunggunya kerana dia ingin ke tandas sebentar. Eisya cuma mengangguk. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Dia sedih selalu.

Tanpa Eisya sedar, Lily telah menelefon Lee untuk datang ke tempat parkir kereta bawah tanah kerana kononnya Eisya bergaduh dengan teman wanita Lee. Lee pun terus naik angin. Dia menyuruh Lily supaya menjadi penghalang pergaduhan itu tetapi dia tidak tahu sebenarnya dia telah menjadi batu api pada Eisya dan Lee.

Lily cemburu dengan persahabatan Eisya dan Lee yang akrab. Eisya budak liar, kenapa ramai lelaki nak berkawan dengannya sedangkan dia budak rajin dan bijak.

Ketika Lee sampai, dia menuju ke arah Eisya. Kebetulan tadi, Leah, teman wanitanya telah menelefonnya dan memberitahu bibirnya lebam akibat kesan tumbukan seseorang. Lee dengan pantas meneka apa yang terjadi padahal Leah tidak bergaduh dengan Eisya dan tidak pernah berjumpa pun.

Eisya terkejut saat mendapati Lee berjalan ke arahnya lalu dia melemparkan senyuman lebar tetapi wajah Lee tegang waktu itu.

" Lee! Kenapa kau datang sini? Aku tahu, mesti kau tak sabar nak pergi club kan? Kau tunggu.." namun belum sempat Eisya menyudahkan ayatnya, Lee telahpun menampar pipinya sehingga Eisya berundur ke belakang.

Eisya memegang pipinya. Dia melihat ke arah Lee.

" Itu balasan kau sebab cari fasal dengan girlfriend aku! Kenapa kau pukul dia?! " soal Lee garang.

Eisya tercengang. Oo..cik abang! Mana ada aku cari fasal dengan girlfriend kau!!

" Bila aku cari fasal dengan Leah?" tanya Eisya tidak bersalah.

"Kau jangan nak tipu aku!! Aku kenal sangat kau ni!! Penipu!!" jerit Lee depan muka Eisya sendiri.

Eisya telah mendidih hatinya. Panas juga ditegur begitu. Tanpa mereka sedari, Lily melihatnya dengan pandangan yang puas dari tepi dinding.

Tiba-tiba Lee menunjal dahi Eisya membuatkan Eisya berundur ke belakang. Beberapa kali juga dia berbuat begitu.

" Kau jangan ingat aku berkawan dengan kau sebab aku sukakan kau.. Aku berkawan dengan kau sebab aku nak rapat dengan Leah je.." sindir Lee dengan terus menunjal dahi Eisya.

Alamak!! Tempoh kemurungan Eisya sudah habis.. Kini dia dilanda fasa mania dari bipolar. Ingat! Fasa mania merupakan fasa di mana gembira melampau atau panas baran menguasai emosi. Jika berlaku pastikan jauhkan diri dari semua orang kerana pesakit boleh membunuh orang lain.

Lee tiba-tiba menunjal kepala Eisya lebih kuat sehingga dia terjatuh ke belakang.

"Puas hati aku!!" jerit Lee lalu ingin pergi dari situ. Tetapi dia tidak nampak Eisya yang sudah bangun kerana Lee berpaling ke hadapan. Tanpa dia sedar, kepalanya dipukul dengan benda keras sangat kuat.

"Arrgh!!!!" Lee menjerit kesakitan sehingga terjatuh. Dia memegang kepalanya. Darah!!

Lee melihat ke arah Eisya. Dia terkejut kerana di tangan Eisya terdapat kayu besbol yang digunakan untuk memukul kepalanya.

" Aku tak kisah kau nak tuduh aku ke, tapi aku tahu aku tak bersalah. Bukan aku kena kisah pun hal remeh - temeh macamni.. Aku dah tahu ramai tak sudi kawan dengan aku, sebab tu aku tak berharap sangat. Sekarang ni, masalah aku ialah kau!!" kata Eisya.

Lee menggeletar. Dia mengheret badannya jauh daripada Eisya namun apalah sangat.

" Kalau aku biarkan kau hidup, tentu kau akan beritahu orang lain. Ya, aku perlu bunuh kau!! "

Dan selepas itu kepala Lee dipukul lagi dan lagi sehingga dia tidak bernyawa lagi. Setelah itu, dia mengheret kaki Lee ke kawasan gelap supaya Lily tidak mengesyakinya.

Namun, Lily sudah melihat segalanya. Dia takut dengan keperibadian Eisya yang sekarang. Menyesal tu tak tapi dia takut.

Lily memberanikan diri untuk ke kereta Eisya kerana mereka naik bersama - sama.

"Dah?" tanya Eisya ramah.

Lily mengangguk cemas. Mukanya pucat. Dia melihat darah di depan kereta Eisya.

" Oh, itu darah aku. Aku terkena hirisan pisau mesin dekat telapak tangan semasa aku nak buka pek makanan dekat depan kereta. Darah keluar banyak so, dia menitik laju dekat atas lantai. Aku tak sempat nak lap sebab takde kain." kata Eisya tenang sambil menunjukkan balutan di tangannya.

Lily hanya tersenyum cemas. Mereka menaiki kereta dan bergerak menuju ke rumah sewa.

****

Sorry lewat update.. Tapi saya buat sikit je tu..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-14 18:02:43 

kenapalah eisya harus tanggung semuanya..bencilah mcm ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience