Eisya bangun dari sofa sambil menggosok - gosok mata. Tanpa dia sedar, dia tertidur di atas sofa.
Apabila penglihatannya jelas, dia melihat Tengku Fahmi tiada di atas katil. Dia mematung sekejap.
'Peluang terbaik.'
Eisya tersengih sambil bergerak ke arah pintu. Dia memegang pemegang pintu dan cuba membukanya namun pintu berkunci.
Dia menendang pintu itu dengan kuat sampaikan kakinya sakit. Dia melompat-lompat. Dia duduk di situ sambil mengurut - ngurut kakinya.
Setelah kakinya membaik, dia bangun semula untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat untuk membuka pintu.
Tetapi nasibnya malang kerana kakinya sekali lagi terlanggar bucu bawah meja..
"Aduh!!" dia melompat-lompat balik. Lompatan dia itu ke mana-mana sahaja sampaikan ketika dia melompat ke depan pintu, pintu itu terbuka dan Eisya terjatuh menelentang ke atas lantai.
Tengku Fahmi menunduk kehairanan melihat Eisya yang kesakitan di atas lantai. Dia baru selesai membuat perbincangan dengan guru untuk membawa Atiq pulang ke Malaysia. Pintu bilik dikunci untuk mengelakkan Eisya keluar.
Tak sangka pulak, bila dia masuk Eisya dah menelentang depan pintu..
"Aduh..." Eisya mengadu kesakitan sambil memegang kakinya dan pinggangnya yang sakit. Tengku Fahmi bukan nak membantu malah berjalan terus sahaja ke meja kecil. Lalu dia duduk di atas meja kecil itu sambil bersilang tangan ke dada..
"Nak ke mana Eisya?" tanya Tengku Fahmi lagak seperti seorang ayah.
Eisya bangun dengan susah payah sebelum berpaling ke arah Tengku Fahmi.
"Sampai bila nak kurung saya di sini, Fahmi?! Saya ada kerjalah.." kata Eisya. Dia duduk di atas lantai seperti budak kecil.
"Kan saya dah cakap, kalau awak tak nak ikut saya balik dan kahwin dengan saya, saya tak akan benarkan awak keluar. Awak ingat saya bodoh, lepas bagi awak keluar pastu awak terus pergi dari sini? No, Eisya!" kata Tengku Fahmi.
Eisya mendengus geram. Dia bangun protes dan berjalan menuju ke katil.
" Fine! Kurunglah saya forever pun dekat sini! Saya takkan balik ke sana! " marah Eisya.
Tengku Fahmi hanya memerhatikan sahaja. Satu perkara yang dah lain pada Eisya. Nope! Dua perkara. Satu, Dia tak matang dan Tengku Fahmi pula sebaliknya. Dua, Eisya careless dan Tengku Fahmi pula sebaliknya. Takkanlah sebab dah lama duduk sini, lupa sikap dulu?
Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Dia berjalan ke arah Eisya dan duduk di birai katil. Tanpa segan silu, kaki Eisya ditarik lalu diurut perlahan - lahan. Eisya tergamam namun dibiarkan sahaja.
"Saya taklah sampai nak kurung awak dekat sini forever. Saya cuma nak awak balik. Jumpa family awak dan.. Kahwin dengan saya balik."
Eisya menjeling.
"Kenapa kena balik jumpa family? Dan kenapa kena kahwin dengan awak?" tanya Eisya.
Tengku Fahmi mengangkat kepala memandang Eisya.
"Awak tahu tak, papa awak selalu masuk wad sebab demam panas?"
"Tak tahu." jawab Eisya ringkas.
"Sebab dia rindukan awak Eisya.. Setiap hari kalau saya melawat dia, dia pasti akan tanya saya ada jumpa awak ke tak? Dan masa saya kata tak jumpa, dia menangis.."
Eisya terdiam.
"Semua orang rindukan awak. Adik-adik awak, mama dan mak cik awak."
"Atuk macamana?" tanya Eisya.
"Atuk awak dah tak ada, Eisya. Dia dah meninggal minggu lepas.."
Eisya masa itu sudah terasa bagaikan disiat-siat hatinya. Atuknya yang paling banyak mendokongnya. Air matanya bergenang..
"Dan.. Saya nak kahwin dengan awak.. Sebab saya rasa awak yang layak jadi isteri saya. Jadi mama Atiq.." kata Tengku Fahmi.
Eisya memandang Tengku Fahmi dengan mata yang memerah..
"Awak tahu kenapa saya tak pernah berkahwin selepas awak pergi? Sebab saya tahu satu hari nanti awak akan jumpa saya.. Dan ianya betul. Awak berada di hadapan saya sekarang ni.."
" Kenapa awak tunggu saya?"
"Because I love you.." ucap Tengku Fahmi.
Sorry lambat update..
Share this novel