Bab 80: She Will

Action Completed 84377

Tengku Fahmi melebar senyumannya di dalam kapal terbang. Eisya di tepi hanya bermasam muka. Manakan tidaknya, terpaksalah dia ikut Tengku Fahmi balik kalau tak nak kena kurung lagi dalam bilik tu.

Dia memandang Tengku Fahmi. Betulkah dia bersedia nak jadi isterinya buat kali kedua? Dan bagaimanakah reaksi keluarganya apabila dapat tahu dia balik ke Malaysia? Entah sedih atau gembira?

Tengku Fahmi yang setiap kali bertemu pandangan dengan penumpang lain hanya senyum sahaja. Sukalah tu.. Ada seorang penumpang yang memandang ke Eisya dan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi faham akan maksud itu.

"My wife to be.." terang Tengku Fahmi dengan senyuman lebar kepada penumpang itu. Penumpang itu mengangguk-ngangguk faham dengan senyuman lebar juga.

"And my mummy to be!" sergah Atiq dari belakang Tengku Fahmi dan tepinya adalah Aniq. Tengku Fahmi mengurut dada dan menoleh ke belakang. Atiq membuat gaya 'peace' kepadanya.
Penumpang itu hanya ketawa..

Eisya menggelengkan kepala melihat telatah dua beranak itu. Dia pun tidak memberikan jawapan lagi pada Tengku Fahmi. Kata nak balik Malaysia je..

Tiba-tiba, dia terasa sesuatu di bahunya. Pantas dia melihat. Tengku Fahmi meletakkan kepalanya di bahu Eisya. Dengan senang hatinya Eisya menolak kepala Tengku Fahmi menjauh.
Tengku Fahmi kembali duduk tegak. Mukanya cemberut.

"Mana boleh main sentuh - sentuh?! Haram tahu tak?!" marah Eisya perlahan bunyinya.

"Tapi kalau lepas kahwin bolehlah saya nak sentuh awak?" Tengku Fahmi mendekatkan mukanya dengan muka Eisya sehingga hidung mereka berlaga. Senyumannya nakal.

Eisya terkebil-kebil sehingga wajahnya memerah. Dia memalingkan muka ke arah lain dan berlagak cool.. Tidak lama kemudian dia mengangguk..

Tengku Fahmi tidak dapat menahan rasa terujanya.

"Seriously? Awak nak kahwin dengan saya?! Awak sudi jadi isteri saya semula??" tanya Tengku Fahmi sekali lagi tetapi suaranya begitu kuat sehinggakan semua penumpang memandang ke arah mereka..
Eisya terkejut. Dia memandang penumpang - penumpang yang lain. Semuanya tersenyum nampak gigi ke arah mereka berdua.
Eisya senyum cemas.

" Apa awak buat Fahmi? Malulah.." kata Eisya. Dia bercakap sambil mengetap gigi dan tersenyum nampak gigi kepada semua penumpang.

Tapi nampaknya Tengku Fahmi tak kisah.. Terus sahaja dia bercakap kuat.

"Saya akan terus cakap macam ni sehingga awak sudi jadi isteri saya.. Dan mama Atiq! Betul tak, my son?" pandangan dialihkan kepada Atiq di belakangnya.

Atiq kemudian muncul dan kepalanya mendarat di atas kepala tempat duduk Tengku Fahmi dengan senyuman nakal.

" Absolutely, my Daddy!! " kata Atiq teruja. Mereka ketawa. Dan Eisya tersenyum sedikit namun masih mengawal..

"Macamana? Nak tak jadi isteri saya? Saya boleh bawa awak travel satu dunia.. Saya boleh belikan awak macam-macam yang awak nak, saya boleh.."

"Awak ingat saya gold digger ke?" belum sempat Tengku Fahmi menghabiskan ayatnya, Eisya sudah mencelah.

Tengku Fahmi tersenyum.

"Awak bukan gold digger, awak permaisuri hati saya.." chichiachia...

Akhirnya, Eisya tak dapat kawal senyumannya.

"Yelah tu.." Eisya masih jual mahal tapi tersenyum..

"So, jadi tak?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya memandang sebelah mata ke arahnya. Dia memandang ke arah lain. Dan akhirnya dia mengangguk.

"YES!! SHE WILL!!" jerit Tengku Fahmi. Lalu dia dan Atiq berpelukan sambil melompat-lompat tapi tak lama selepas disuruh seorang pramugari supaya duduk di tempat masing-masing. Aniq di tempat duduknya hanya ketawa..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-05-24 23:58:41 

yesss..semoga tak ada halangan lg..eisya berhak bahagia☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience