Bab 74: Wacth Out, Son

Action Completed 84377

11 tahun kemudian..

Atiq memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta. Tengku Fahmi juga menolong memasukkan bagasi milik anaknya.

Sudah 11 tahun berlalu, Atiq kini mencapai umur 16 tahun. Rupanya kini juga sudah berubah. Jika dulu comel dan manja, kini dia berubah menjadi seorang yang kacak dan boleh menggoyahkan hati ramai gadis. Dan rupanya juga kacak seperti Tengku Fahmi.
Atiq bersekolah di private school. Sekolah itu sedang mengadakan lawatan ke luar negara jadi ibubapa harus mengeluarkan banyak duit untuk memastikan anaknya menyertai lawatan itu.
Dan Atiq tidak terkecuali dari lawatan itu. Dia suka mengembara dan melancong. Dia meminta izin dari Tengku Fahmi untuk menyertai lawatan dan Tengku Fahmi hanya membenarkan sahaja.

"Semua barang dah ada?" tanya Tengku Fahmi ketika masuk ke dalam kereta mewah miliknya bersama Atiq.

"Dah ada semua." kata Atiq sambil memasang earpod di telinganya.

"Your money, clothes, books.. Semua dah bawa?" tanya Tengku Fahmi sekali lagi.

Atiq berdecit kecil. Dia memandang Tengku Fahmi di tepi.

"Dah.. Papa.." kata Atiq lembut. Nadanya ditekankan sambil tersenyum.

Tengku Fahmi ketawa kecil. Dia mengusutkan rambut lebat Atiq. Atiq berdecit lagi.

"Ish.. Papa ni.. Habis rosak rambut Atiq.." rungut Atiq sambil membetulkan semula rambutnya.

Tengku Fahmi tersenyum nakal. Dah besar dah anak dia sorang ni.. Kalau dulu masih berhingus, sekarang dah pandai dandan diri. Tak ubah seperti dia.. Tapi wait.. Tengku Fahmi pun semakin tua semakin kacak. Harapkan dia tak nak kahwin lagi je, kalau tak beratur anak dara berbaris.. Yalah, dahlah kacak, kaya pulak tu..

" Eleh, kacak-kacak sangat nak pergi mana? Bukannya ada orang nak pun dekat kamu.." sakat Tengku Fahmi.

Atiq di sebelah sudah melopong mulutnya dan membuat mimik muka seolah-olah menjerit. Sampai hati Tengku Fahmi cakap macamtu?

"Hello, papa... Kalau papa nak tahu, dekat sekolah Atiq, ramai pelajar perempuan curi-curi tengok Atiq tau. Dan ramai cakap Atiq handsome.. Hmmph.." Atiq seolah-olah merajuk.

"Oh, really? Eleh, dia cakap Atiq handsome muka Atiq tu Atiq pinjam dari papa. Kalau tak, tak ada maknanya diaorang cakap Atiq handsome.. Tu.. Raihana tu.. Dia cakap papa handsome tau.."

Terus berserbu merah wajah Atiq. Raihana. Arggh! Dia sudah menaruh perasaan pada gadis itu. Kenapa pula Raihana puji papa dia pulak?
Faiq di hadapan menggeleng kepala melihat telatah dua beranak di belakangnya itu. Memang tidak dapat dinafikan, dua-dua handsome belaka. Sampaikan ada satu ketika itu, Tengku Fahmi dan Atiq berjalan beriringan di office mereka, ramai pekerja tidak berhenti melihat mereka. Ramai memuji kekacakan mereka berdua.

Akhirnya kereta mewah itu sampai di airport. Tengku Fahmi membantu Atiq mengeluarkan bagasi dan mereka berjalan beriringan ke dalam airport.
Ketika itu mereka sudah melihat kawan-kawan Atiq yang menunggu penerbangan mereka. Ketika Tengku Fahmi datang ke arah mereka, pelajar perempuan semuanya menekup mulut kerana wajah kacak Tengku Fahmi. Fuih! Memang sama betul dengan Atiq. Kini mereka tahu dari mana Atiq mewarisi wajah kacak itu..

Tengku Fahmi bergerak ke arah guru-guru perempuan yang berlagak biasa. Memang semuanya belum kahwin lagi.. Kalau boleh jadikan Tengku Fahmi sebagai suami, mahu makan tak habis mereka..

"Jaga anak saya baik-baik.." pesan Tengku Fahmi sama seperti ibubapa yang lain yang sedang menunggu penerbangan anak mereka. Semestinya mereka ingin melihat anak-anak mereka berlepas.

"B-baik Tengku.." balas seorang guru perempuan dengan gugup.

Atiq pula sedang berada bersama dengan kawan-kawannya. Ramai memuji kekacakan papanya.

" Weyh, handsome gila papa you, Atiq.." kata Elly teruja. Dia asyik memandang sahaja papa Atiq bersama dengan dua tiga kawan di belakangnya.

"Well, macam aku kan?" Atiq angkat bakul sendiri.

"Bolehlah.. But dia handsome sikit.." kata Zehra.

Atiq mencebik. Malas aku nak layan budak-budak ni.. Dia bercakap pula dengan boys gang nya.

" Kita nak pergi Scotland kan?" tanya Atiq pada Alfie, kawan baiknya.

"Ya.. Kau tahu.. Perkara pertama aku nak buat sampai dekat sana adalah aku nak cari perempuan cantik.. Rugi weyh pergi sana tak enjoy.." kata Alfie lagi..

"Yalah, perempuan dekat sana semua seksi - seksi weyh. Rugi kalau tak merasa.. Kau tak nak enjoy ke sampai sana, Tiq? " tanya Hadi pula..

Atiq menggaru tengkuknya. Bukan dia tak nak. Tapi.. Spy Tengku Fahmi ada di mana-mana. Bolehkah dia nak lepas dari spy papanya itu? Fikirnya sambil melihat ke arah Tengku Fahmi yanv sedang bercakap dengan ayah kawan-kawannya.

" Aku bukan tak nak weyh. Tapi kau tahu papa aku siapa kan? Entah - entah papa aku hantar spy dia kat sana.." kata Atiq..

"Sebab tu Tiq.. Kita kena bijak.. Kau takyahlah beritahu semua dekat dia.. Kita buat cara kita.. Aku ada satu trick nak buat spy papa kau tu keliru.." kata Alfie sambil menepuk bahu Atiq.

Atiq berfikir.. Bolehkah? Papanya boleh tahan bijak.. Kalau dia jumpa, macamana?

Penerbangan untuk pelajar diumumkan. Masing-masing bergerak menuju ke balai pelepasan. Atiq menyalam Tengku Fahmi dan memeluknya. Sebelum masuk, Tengku Fahmi sempat berpesan..

"Jaga diri. Ingat, kalau kawan-kawan ada bagi pil ke, bagi minuman pelik ke, ajak tengok benda bukan-bukan ke, jangan pergi.. Awak tu masih sekolah lagi.. Kalau papa tahu awak buat juga, papa akan suruh awak balik Malaysia sekarang juga.. Papa ada spy kat sana.. " Tengku Fahmi memberi amaran.

Atiq menelan air liur. Awal-awal lagi papa memberinya amaran. Spy dah ada kat sana..

" Eh, m-mana ada. Papa ni.. Atiq tahulah jaga diri. Takkan buat punya perkara macamtu.. " Atiq cover perasaan gementarnya. Dah agak dah papa dia ni..

"Baguslah macamtu. Papa bukan apa, papa taknak kamu terlibat dalam gejala ni semua.. Kamu tu pewaris company papa. Papa cuma harapkan kamu sorang je.."

Atiq melambaikan tangan pada Tengku Fahmi sambil tersenyum. Tengku Fahmi membalas senyuman itu dan perlahan -lahan kelibat Atiq hilang ditelan orang ramai. Dia pula segera masuk ke dalam keretanya dan terus bergegas ke pejabat..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience