Bab 85: tenteram

Action Completed 84378

" Hi Miss Leftenan.." panggil Tengku Fahmi yang tiba-tiba masuk ke office Eisya di Fatwa Hathi Holding.

Eisya yang sedang meneliti fail mengangkat kepala seraya terkejut. Panggilan tu sekarang terlalu asing bagi dia.

" Awak panggil apa tadi?"

"Leftenan." jawab Tengku Fahmi polos. Dia sudah melabuhkan duduk di kerusi depan meja Eisya.

" I don't like it.." kata Eisya selamba. Dia mengangkat sebelah alis.

"But I love it." juga selamba Tengku Fahmi berkata. Eisya menahan geram.

"Fahmi, saya bukannya askar lagi. So, awak tak ada alasan nak panggil saya dengan pangkat itu." Eisya mulai berdiri dan mengemas mejanya lalu mengambil beg galas dan keluar dari situ. Tengku Fahmi juga menuruti ke mana Eisya pergi.

" Maybe awak tak suka but biar saya ingatkan awak sekali lagi yang tempat pertama saya jatuh hati dengan awak adalah ketika awak bergelar Leftenan Eisya Esynani.."

Eisya tersenyum sinis.

"Yeah, tempat pertama awak 'jatuh hati' dengan saya sebab Lily, right?"

Mereka kini sampai di tempat parkir kereta. Eisya menyuakan kunci dari jauh ke arah keretanya dan keretanya berbunyi sekejap.

Tengku Fahmi berlari anak menyamai Eisya. Dia menahan pintu apabila Eisya ingin masuk ke keretanya.

" Awak memang tak pernah ada inisiatif nak berdamai semula kan? Dulu awak dah minta maaf dan tinggalkan saya dan Atiq di sini sementara awak enjoy di Scotland, dan sekarang awak nak ulang balik perangai awak?" Tengku Fahmi bercakap tepat depan muka Eisya sendiri.

Eisya menghempas pintu keretanya kuat. Dia berdiri dengan beraninya depan Tengku Fahmi. Matanya menikam mata Tengku Fahmi.

" Awak tahu Fahmi? Saya dah pernah nak cuba lupakan semuanya. Dan hampir dapat lupakan semuanya. Tapi bila awak datang dan ingatkan saya balik tentang kehidupan tak guna awak semasa saya tak ada di sini, automatik..marah saya makin menjadi-jadi.
Tentang saya enjoy di Scotland tu, sorry. Saya bukan lagi isteri awak masa tu. Dan untuk pengetahuan awak, saya tak pernah rasa menyesal sikit pun buat awak macam orang tak berakal. Kalau boleh saya nak awak hilang dari dunia ni!! "

Pang!!

Terteleng muka Eisya apabila Tengku Fahmi menamparnya dengan kuat. Dada Tengku Fahmi turun naik disebabkan Eisya.
Eisya menyentuh pipinya yang ditutupi rambutnya. Matanya berkaca.

" Kalau kau tak menyesal buat semua tu, kenapa nak minta maaf dekat aku?! 11 tahun aku cari kau, kau tahu tak betapa menyesalnya aku selama ni?"

Air mata mengalir dari tubir mata Tengku Fahmi.

" Kalau saya menyesal pukul, tumbuk awak berkali-kali, macammana awak still hati batu macamni, Eisya? " Tengku Fahmi mula bercakap sopan.

Bila melihat Eisya kaku, Tengku Fahmi mengalihkan rambut yang menutupi pipi Eisya lantas menekap pipinya dan memalingkan ke arahnya. Dapat dia dilihat bibir Eisya bergetar seperti sedang menyebut satu perkara. Mukanya sudah merah. Air matanya mengalir tidak henti-henti.

"I'm sorry.." ucap Eisya susah payahnya dengan bibir bergetar. Hidungnya kemerahan. Mata berkaca bertentangan dengan mata milik Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi merangkul bahu Eisya dan memeluknya. Seerat yang mungkin. Tangisan Eisya kuat sedikit. Persis anak kecil.

" I tak menyesal tampar you sebab you isteri I. I berhak betulkan apa yang salah." bisik Tengku Fahmi di telinga Eisya.

Dia menepuk belakang Eisya untuk memujuknya. Dia melepaskan pelukan dan mengangkat wajah Eisya. Isterinya masih tersedu-sedan.

"Fikiran you bercelaru. It's okay. I tak ambil hati tentang apa yang you cakapkan tadi. But part you kata nak I hilang dari dunia ni..auww..sakitnya tu di sini.." kata Tengku Fahmi sambil memegang dadanya.

**

Tengku Fahmi yang sedang memandu kereta sesekali mengerling ke arah Eisya di sebelahnya. Dia dari tadi termenung ke arah tingkap.
Oleh kerana emosi isterinya tidak stabil, Tengku Fahmi risau sekiranya Eisya tidak fokus pada pemanduan.

Selepas dua minit diam, Eisya membuka mulut sambil memandang ke arah tingkap.

"Fahmi." panggil Eisya.

"Hmm?"
Tengku Fahmi segera memandang Eisya sekilas lalu menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Kereta saya macammana?" Eisya memandang Tengku Fahmi polos seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Tengku Fahmi tidak terkejut fasal itu. Dia tahu selepas sahaja emosi Eisya stabil, Eisya akan beriak normal semula.

"Saya akan suruh orang saya ambil kereta awak."

Eisya diam seketika.

"Macamana awak tahu fikiran saya bercelaru?"

Tengku Fahmi tersenyum.

"Saya tahu segalanya tentang awak, Eisya. Saya tahu serba sedikit tentang awak sejak peristiwa..awak tahu, kematian Lily. Dan saya tahu serba banyak tentang awak bila awak tinggalkan saya."

"Maksudnya?" Eisya masih tak faham.

" Selepas kematian Lily, saya siasat tentang awak dan saya dapat tahu sedikit je tentang awak. Sebab tu saya masuk kem tentera. Tapi tak sangka pula saya dapat pakej jatuh hati sekaligus."

Eisya diam.

" Dan selepas awak pergi ke Scotland, masa tu saya dapat kesunyian teramat sangat. Biar Atiq ataupun keluarga saya ada di sisi. Saya cuba pergi ke rumah keluarga awak untuk tanya perihal awak, tapi masa tu arwah atuk awak kata awak dah keluar dari sini.
Mama beritahu saya yang awak keluar dari rumah sebab terkilan dengan sikap papa awak. Dari situ saya cuba korek lebih dalam lagi tentang awak. Saya pun tahu disebabkan awak mengalami tekanan berat, awak mudah ada penyakit. "

Eisya menelan air liur melihat Tengku Fahmi.

" Sorry, sayang. Saya kurang memahami awak. Tapi salah awak juga sebab tak kongsi masalah dengan saya. Kalau tak saya boleh tolong awak. "

Tengku Fahmi meraih tangan Eisya dan diletak atas pahanya. Sebelah tangan lagi memegang stereng kereta.

Eisya melihat tangannya dan melihat pula Tengku Fahmi. Serba sedikit hatinya menjadi bersalah.

***

Sampai di rumah, Tengku Fahmi terus keluar dari kereta dan bergerak ke tempat duduk penumpang. Dia ingin membuka pintu untuk Eisya tapi tak jadi kerana Eisya keluar dulu.

"Awak masuk dulu." kata Tengku Fahmi lantas mencium dahi Eisya.

"Awak?"

"Saya nak pergi ambil barang dalam bonet kereta jap." tipu Tengku Fahmi.

"Okay." Eisya terus masuk ke dalam rumah tanpa ragu-ragu. Manakala Tengku Fahmi, sejak keretanya masuk ke kawasan rumahnya, hatinya berasa tidak tenteram.

"Kenapa aku rasa macamni?" Seolah-olah ada seseorang sedang memerhatikannya.

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience