Bab 93: Sikit Lagi..

Action Completed 84578

Atas arahan Tengku Fahmi, seluruh hotel di England digeledah. Sedikitpun dia tidak berputus asa mencari Eisya.

Manakala Ben yang sudah viral kerana menculik isteri CEO Besh Holding terus diburu dan diburu. Setiap hari mereka terpaksa bergerak ke negara lain dan setiap kali itulah mereka dapat dikesan. Ben ada juga merasakan bahawa dalam orang - orangnya ada spy..

Eisya pula terus menjadi lemah akibat sering diberikan dadah. Dia lemah membuatkannya tidak larat berjalan dan bercakap sekalipun..

Eisya dikurung di dalam sebuah bilik dengan tangan diikat serta kaki berlunjur. Dia bersandar pada dinding. Wajahnya penuh torehan pisau di bahagian pipi.

Ben masuk ke dalam bilik itu dengan keadaan serabut. Dia begitu tertekan dengan keadaan semua tempat dikepung dan dikesan oleh Tengku Fahmi.

Mereka sekarang pun bersembunyi di banglo kepunyaan Ben di Switzerland yang berada di dalam hutan tebal.

Ben bertinggung di depan Eisya. Wajahnya kusut dan tertekan.

Tanpa amaran, rahang Eisya dicengkam kuat. Matanya mencerlung ke arah gadis itu.

"Ini semua sebab kau! Laki kau yang tak guna tu dah kepung aku kau tahu?! Jantan tu memang pembawa siallah!" Ben menyumpah seranah Tengku Fahmi depan Eisya.

Eisya cuma ketawa lemah. Ini mengundang kehairanan Ben.

"Kau..takk..an...selamat.." kata Eisya dengan susah payahnya.

Dia menepis rahang Eisya sehingga gadis itu terteleng. Pantas dia mengeluarkan phone lalu menelefon seseorang.

Tengku Fahmi sedang termenung di dalam bilik mesyuarat. Beberapa orang pasukan polis dan tentera semuanya ada di situ. Dia baru selesai menyertai pasukan polis memeriksa hotel-hotel. Tapi Eisya tiada.

Jiwanya terasa hancur berkecai lumat. Ke mana lagi harus dia mencari isterinya? Pasti isterinya sedang diseksa oleh Ben.

Dia menggenggam penumbuk. Kalaulah dia dapat si Ben tu, pasti dia tak akan lepaskan sama sekali.

Tiba-tiba phonenya berbunyi. Dia dengan perlahan menjawab phone itu sambil bersandar di kusyen kereta dan meraup rambutnya.

"Hello?" sapanya dingin.

"Tengku Fahmi.." terus bangun Tengku Fahmi dari sandarnya tatkala mendengar suara garau itu.. Pasukan polis dan tentera juga terkejut. Mereka mendapat isyarat dari Tengku Fahmi untuk menjejak lokasi panggilan dibuat.

"Ben?" tanya Tengku Fahmi.

Ben tersenyum sinis sambil melihat kearah Eisya yang batuk-batuk..
Tengku Fahmi terdengar suara batukan. Dia pasti itu Eisya.

"Ben, kau buat apa dengan isteri aku?! Lepaskan dia!!" bentak Tengku Fahmi.

"Kalau aku lepaskan dia, kau nak bagi apa dekat aku?" tanya Ben sinis.

"Aku akan pastikan kau bebas. Aku takkan hantar orang untuk bunuh kau.." kata Tengku Fahmi cemas.

Ben ketawa sinis. Dia mencengkam rahang Eisya.

"Kau nak cakap dengan dia?"

Tengku Fahmi mendengar panggilan bertukar pemilik. Dia yakin sekarang ni phone berada pada Eisya..

"Hello, sayang.." panggil Tengku Fahmi sebak. Tetapi tiada siapa bercakap.

"Sayang.. Hear me?" tanya Tengku Fahmi ingin menangis.

Eisya ingin menjawab namun keadaan memaksa dia untuk diam. Dia terlalu letih.

Pasukan polis membisikkan sesuatu pada telinga Tengku Fahmi tentang lokasi panggilan dihantar. lantas Tengku Fahmi mengarahkan untuk pergi segera.

"Eisya, saya tahu awak dengar please jawab saya. Saya cuma nak awak selamat.." kata Tengku Fahmi. Nadanya seolah-olah merayu.

Ben menekap semula phone ke telinganya.

"Aku tahu orang-orang kau ada dekat situ. Aku beri amaran dekat kau. Dengar sini, dalam masa 2 jam, kau kena datang ke sini seorang diri dan selamatkan isteri kau. Kalau kau sampai dalam masa lebih dari 2 jam, bersedialah untuk POMMMMM!!" jerit Ben.

"JANGAN!!" jerit Tengku Fahmi sekaligus mengejutkan beberapa orang suruhannya. Dia tahu snagat itu bom.

"Jangan. Buat. Apa. Apa. Dekat dia. I warn you!" tengking Tengku Fahmi.

"Kalau kau tak nak aku letupkan bom tu sekarang, jangan suruh orang-orang kau buru aku lagi. Kalau aku dapat tahu, aku akan terus percepatkan masa bom itu!" kata Ben.

"Okay, okay. Kau mesej aku sekarang mana tempat tu. Aku akan datang sendiri.." kata Tengku Fahmi.

Dia menutup phone dan memandang orang suruhannya.

"Jangan teruskan. Biar saya yang selesai sendiri." kata Tengku Fahmi.

"Tapi Tengku.."

"I SAID NO!" tengking Tengku Fahmi.

"Saya akan pergi sendiri. Jangan ada sesiapa pun ikut saya.." kata Tengku Fahmi sebelum membuka phone. Alangkah terkejutnya dia ketika melihat lokasi Eisya berada sekarang adalah di Switzerland. Sedangkan dia berada di England. Dahlah masa dua jam je..

"Aniq, kau tolong uruskan penerbangan aku ke Switzerland dengan kadar segera.." arah Tengku Fahmi.

"Kenapa Tengku?" tanya Aniq yang memandangnya seperti cacing kepanasan.

"Eisya ada di Switzerland.. Saya kena pergi ke sana hari ni juga! Ben pasang bom! Masa cuma dua jam!" marah Tengku Fahmi. Dia menarik - narik rambutnya.

Beberapa orang polis dan tentera serta orang - orang Tengku Fahmi memandang antara satu sama lain. Mereka mengeluh perlahan.

" TUNGGU APA LAGI?! PERGILAH!! " tengking Tengku Fahmi sambil melempar fail. Aniq yang duduk kelam-kabut berdiri dan bergegas keluar dari bilik mesyuarat.

Afwan yang baru masuk melintasi Aniq berasa hairan dengan sikap lelaki itu yang tergesa-gesa.
Dia masuk dan terus bertanya sesuatu.

"Fahmi, kau tak nak hadir upacara pengebumian Faiq ke?"

Tengku Fahmi memicit pelipisnya..

"Aku tak ada masa. Aku nak cari isteri aku.."

"Tapi Faiq kawan kita. Dia berkorban untuk kau dan Eisya hari--"

Mereka tersentak apabila Tengku Fahmi menjerit.

"AKU TAK ADA MASA FAHAM TAK!! KAU KELUAR!!" jerkah Tengku Fahmi.

Tetapi sikitpun Afwan tidak takut. Dia sudah terbiasa. Dia hanya mengangkat alis.

"Aku tahu kau stres sekarang ni, tapi takkan tak nak tengok kawan kita? Faiq tu dah meninggal tau, bukannya cedera ringan. Ini je peluang kau untuk jumpa dia..tolonglah jangan pentingkan diri - sendiri." nasihat Afwwn dengan lembut.

Tengku Fahmi tergamam sebentar. Dia menunduk. Dia mengeluh perlahan. Ya, dia harus bertenang.

" Aku tunggu kau dekat sana. On time. " kata Afwan tanpa gurauan terus keluar dari bilik itu.

****

Barisan bodyguard berpakaian serba hitam berdiri di hadapan kubur Faiq dan beberapa orang bodyguard lain. Mereka menunduk memberi penghormatan terakhir.

Tengku Fahmi dan Afwan berdiri di hadapan sekali sambil memandang kubur Faiq. Tengku Fahmi menoleh ke tepi. Dia perasan Afwan tak seceria dulu. Mungkin masih bersedih atas kematian sahabat karibnya.

Bahu Afwan ditepuk perlahan meredakan kesedihan.

"Sabarlah. Dia dah tenang di sana." pujuk Tengku Fahmi.

Afwan masih diam. Dia hanya memandang kubur Faiq yang merah.

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience