Majlis perkahwinan antara Tengku Fahmi dan Eisya dihadiri oleh ramai tetamu.. Dan akad nikah berjalan dengan sempurna.. Tengku Fahmi tersenyum lebar selepas lafaz akad.
Semasa Eisya menunduk menyalami Tengku Fahmi, kedengaran suara ketawa kecil Tengku Fahmi. Amboi, sukanya dia.. Atiq tukang jadi photographer manakala Tengku Fahmi modelnya. Eloklah dua beranak..
Eisya belum sepenuhnya mendongak kepala, terasa hangat di dahi.. Tengku Fahmi pantas mencium dahinya dengan syahdu.. Eisya terkejut..
Mata mereka saling bertatapan.. Tidak mempedulikan tetamu yang melihat, Tengku Fahmi pantas meraih tubuh Eisya ke dalam dakapannya. Pelukannya itu membuatkan Eisya terpaku..
"Saya sayang awak.. Sampai hujung nyawa.." bisik Tengku Fahmi di telinga Eisya.
Eisya perlahan-lahan memandang mata Tengku Fahmi. Tengku Fahmi tersenyum dan menghadiahkan ciuman di tepi kepala Eisya..
"Ehem.. Ehem.. Amboi, pengantin baru! Orang ramai lagi ni..." usik Aniq yang turut sama mengambil gambar kedua mempelai tersebut bersama Atiq.
Tengku Fahmi ketawa sementara Eisya dah berubah kelat mukanya..
Selepas menyalin pakaian, Eisya turun semula untuk melayan tetamu.. Tengku Fahmi masih tak tukar pakaian sebabnya dari tadi banyak sangat tetamu perempuan nak melekat dengan dia..
Eisya tak tahu apa nak buat.. Dia pergi dapur dan nampak Kak Pah sedang mengarahkan maid membawa makanan ke ruang tamu..
"Kak Pah, makanan ni nak letak dekat mana?" tanya Eisya.. Dia nampak ada satu lagi bekas makanan di situ..
Kak Pah terkejut.
"Nak letak dekat ruang tamu. Cik Eisya buat apa dekat sini?"
"Saja. Kalau Kak Pah nak minta tolong, saya boleh bantu.." kata Eisya sambil mengangkat makanan itu dan berkira-kira untuk ruang tamu..
"Eh, cik Eisya! Cik Eisya!" panggil Kak Pah namun hampa. Eisya telahpun berlalu ke ruang tamu..
Di ruang tamu, Eisya meletakkan makanan itu di atas meja panjang.. Dia ingin berlalu dari situ namun tiba-tiba sahaja Tengku Fahmi ada di depannya..
"Uish!" Eisya terkejut..
"Hai awak.." sapa Tengku Fahmi dengan gaya yang comel maybe..
"Nak apa?" Tanya Eisya sambil berjalan ulang-alik. Entah apa yang dicarinya. Dan Tengku Fahmi juga ikut di belakang..
"Isy!" marah Eisya apabila Tengku Fahmi menghadang laluannya. Nak ke kiri, dia halang, nak ke kanan pun dia tak bagi..
"Awak nak apa ni?!" bentak Eisya tapi perlahan..
"Awak tu nak pergi mana?" tanya Tengku Fahmi dalam nada bergurau.
"Saya nak pergi..." Eisya menggaru kepalanya.. Kejap dia tunjuk luar, kejap dia tunjuk dapur, kejap dia tunjuk atas..
Tengku Fahmi hairan. Dia mengerutkan dahi..
"Awak nak lari dari saya eh?" jerat Tengku Fahmi dengan mata mengecil..
"Eh, mana ada! Saya cuma nak tengok kut-kutlah ada tetamu nak datang lagi, kan... Bukan nak lari.." kata Eisya perlahan..
Eisya perasan wajah Tengku Fahmi berubah.. Dia melirik ke arah Tengku Fahmi.
"Takpelah kalau macamtu.. Good night.." ucap Tengku Fahmi lantas menarik Eisya ke dalam dakapannya dan menggosok kepalanya. Kemudian dia meleraikan pelukan lalu naik ke atas.
Eisya kaku sebentar. Aku buat apa dekat dia tadi?
Pukul tiga pagi, Eisya masuk ke dalam bilik. Lepas tolong maid kemas - kemas kat bawah tu..
Badan terasa letih.. Dia memicit tengkuknya yang lenguh..
"Oh mak kau!" Eisya melatah apabila Tengku Fahmi sekali lagi berada di hadapannya.. Dia merenung Eisya macam nak telan je..
"Aduh, awak ni suka buat saya kena heartattack lah!" rengus Eisya. Dia menolak Tengku Fahmi ke tepi dan melompat meniarap di atas katil.. Leganya..
Namun, Eisya merasakan belakang badannya berat semacam. Seperti ada yang...
"Hei, kenapa awak duduk atas saya?" Eisya dah pening kepala dengan Tengku Fahmi hari ni.. Sekarang dia meniarap atas Eisya pulak..
"Saja.." balas Tengku Fahmi sambil menekup mukanya di bahu Eisya..
"Hah? Saja? Eh, awak ni kan.." Eisya ingin bangun tetapi ketika itulah Tengku Fahmi mencium pipinya. Semakin lama semakin kasar sampaikan Eisya dari meniarap terus baring tetapi Tengku Fahmi stil berada di atasnya..
"Eii, apa ni? Lepaslah!!" marah Eisya.. Dia berkali-kali menolak badan Tengku Fahmi tetapi tak Bergerak.. Hairan ni, aku yang lemah atau dia yang kuat?
"Still nak lari dari saya lagi?" Tanya Tengku Fahmi sambil terus mencium muka Eisya..
"Kan saya dah cakap saya tak larilah.." rengus Eisya sambil terus menolak muka Tengku Fahmi.
Semakin lama semakin kuat sehinggakan muka Tengku Fahmi terkebelakang..
****
Sorry lambat update..
Share this novel