Bab 51: Berlangsung

Action Completed 84378

Perkahwinan Tengku Fahmi dan Sara Amelia terpaksa dijalankan pada waktu petang kerana permintaan Tengku Fahmi sendiri. Ramai wartawan yang hadir dan sanak-saudara keturunan Tengku datang demi meraikan majlis itu.

Sara Amelia kelihatan bahagia apabila turun dari tangga dengan tangan dipaut pada lengan Tengku Fahmi. Senyumannya tidak pernah lekang di bibir.

Namun begitu, Tengku Fahmi still berwajah selamba. Tiada senyuman dan tiada wajah sayu. Poker face? Maybe..

Dalam fikiran Tengku Fahmi sekarang hanyalah Atiq Annas sahaja. Atiq diserahkan pada Tengku Hasnah buat sementara. Tengku Hasnah walaupun marah tapi Tengku Fahmi tetap anaknya. Tambahan pula, dia sendiri pun telah mengetahui tentang sejarah hidup Tengku Fahmi dan Lily.

Dia memandang Atiq yang sedang menepuk tangan bersama dengan para tetamu yang lain dengan wajah yang ceria tanda menyambut perkahwinannya dengan Sara Amelia. Mungkin anak itu terlalu lama mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Eisya pula? Tengah makan di situ. Dia jenis tak kisah mana tentang orang lain, biar kura-kura yang nak kahwin pun...

" Thank you, thank you.." ucap Sara apabila ramai kawan-kawannya hadir mengucapkan tahniah pada dia dan Tengku Fahmi.

Salah seorang kawan Sara memujinya kerana dia berjaya mengahwini seorang ahli perniagaan terkenal.

" Ermm..well, jodoh I. Nak buat macammana? Lagipun, I dan Tengku Fahmi memang dah saling mencintai dari dulu lagi.. Kan, sayang?" tanya Sara mendongak ke arah Tengku Fahmi yang dirangkul lengannya.

Tengku Fahmi mengangguk. Dia tersenyum tawar. Adakalanya, dia melihat Atiq yang sedang makan di meja makan yang di sediakan untuk para tetamu sambil bergelak ketawa dengan Tengku Hasnah.

" Anyway, congrats to both of you! I turut happy untuk you all." kata Tina, kawan rapat Sara.

***

Pukul 2 pagi..

Sara Amelia masih sedang melayan tetamu di bawah kerana kebanyakkan tetamu yang hadir adalah kawan-kawannya. Gila! Pukul 2 pagi pun terngilai-ngilai macam orang gila lagi.

Dia yang memberi alasan bahawa pening kepala terus naik ke dalam bilik sekejap pastu melencong ke arah bilik Atiq.

Dia menjenguk ke arah Atiq yang sudah tidur. Dia duduk di birai katil dan mencium dahi Atiq. Dia juga mengelus lembut rambut Atiq.

Tiba-tiba, pintu tandas dibuka dan menampakkan Eisya yang keluar dari bilik itu. Apabila berhadapan, mereka terkaku dan keadaan jadi kekok.

" Er...Atiq tak bagi saya balik. Tengku Hasnah suruh saya tidur kat sini.." kata Eisya kekok.

" Saya akan sediakan bilik tetamu untuk awak nanti.." kata Tengku Fahmi namun tidak memandang Eisya sebaliknya Atiq.

Eisya berdehem sebelum ingin keluar perlahan-lahan dari bilik itu.

" Saya nak awak buat keputusan yang betul.. " Eisya perlahan-lahan berpaling ke belakang apabila suara Tengku Fahmi menyapa telinganya.

" Maksud?" tanya Eisya.

Tiba-tiba, Tengku Fahmi bangun dan bergerak ke arah Eisya. Eisya tercengang. Kini kedudukan mereka cuma beberapa meter dekat sahaja. Tengku Fahmi masih tidak menyalin pakaian. Dia masih sahaja berpakaian kemeja putih dan bertuksedo dan rambut digayakan kemas.

" Saya rasa Ben cuma nak ambil kesempatan terhadap awak. Saya tak nak awak dilukai untuk kali kedua.."

Eisya memandang anak mata Tengku Fahmi.

" Saya tahu...saya salah. Saya seksa awak ikut suka hati saya. Saya terlalu ikutkan perasaan masa tu. Saya terikut dendam saya untuk Lily sampai saya tak peduli apa awak pernah lalui. Saya tak tahu Lily benci awak. Saya tak tahu awak hilang Lee sebab dia... " jelas Tengku Fahmi.

Eisya mengeluh perlahan.

" Saya...minta maaf. " satu ayat yang membuatkan Eisya rasa kejujuran dalam diri Tengku Fahmi.

" Saya terlalu ego. Saya akui hati saya tak tenang setiap kali saya masuk villa ni. Mungkin betul apa yang awak cakap. Maksiat berleluasa di villa ni. And, mungkin sebab saya pernah buat awak terluka.."

" Saya tak ambil hati pun fasal tu. Well, kalau orang pukul saya, saya balas balik. Sorry kalau sepanjang saya jadi isteri awak, saya lawan awak. Awak tahu kan, saya telah dididik supaya tegas dalam setiap perkara semasa saya jadi askar di Scotland dulu. Jadi, peluang untuk saya redha apa yang orang buat hanya 1% je. " kata Eisya.

Dia membuka pintu bilik itu dan berjalan keluar.

" Eisya, saya still tak suka awak rapat dengan Ben.. Dia nak ambil kesempatan terhadap awak. "

Eisya berpaling ke belakang.

" Awak dengan dia sama je. Dua kali lima, lima kali sepuluh.. " kata Eisya bersahaja. Dia meneruskan jalannya.

Tengku Fahmi menggeleng kepala melihat Eisya. Tapi, yang penting kemaafan dah dapat..

***

Share this novel

AfnanAdee
2021-04-16 05:55:03 

Dia cuba utk keluar tetapi sentiasa ada benda yang berkait dengannya membuatkan dia terperangkap dalam dua orang tu

Angah Ajalah
2021-04-15 23:51:48 

dahlah iesya..pergilah jauh dr tengku fahmi n ben..cr kebahagian sendiri..


NovelPlus Premium

The best ads free experience