"Aku tak gila!! Aku tak gila!!" Raung Tengku Fahmi saat terdengar perbualan antara Tengku Hasnah dengan Atiq.
Beberapa orang nurse cuba menenangkannya namun tidak berhasil.
Tengku Hasnah pula cemas melihat situasi anaknya. Dia memandang Doktor Hanif di tepi..
" Jangan risau, Tengku. Lama-lama nanti Tengku Fahmi akan dapat terima hakikat."
Tengku Hasnah kembali melihat Tengku Fahmi.
***
Sementara di dalam bilik rawatan,
Tengku Fahmi masih menjerit bahawa dia masih waras namun tiada seorang pun percaya. Dia sudah tidak tahu nak buat macammana lagi..
Tengku Fahmi sebenarnya masih waras dan mampu berfikir dengan baik. Tetapi entah kenapa Doktor itu memberitahu bahawa dia sudah gila..
Eisya melihat sahaja tingkah laku Tengku Fahmi dari luar bilik..
Tiba - tiba dia didatangi oleh Doktor Hanif dengan wajah selamba.
" Saya dah ikut arahan cik.." kata Doktor Hanif sambil menunduk.
Eisya berpaling dan tersenyum ke arahnya. Dia mengeluarkan sebuah sampul yang mengandungi sejumlah duit yang banyak pada Doktor Hanif.
" Ini upah awak. Terima kasih kerana sudi tolong saya.. " kata Eisya.
Doktor Hanif menyambut sampul tersebut. Dia tersenyum juga.
"Tiada masalah, cik. Oh, ya! Saya dah isi ubat tu. Cik boleh ambil di bilik saya.." kata Doktor Hanif.
Eisya mengangguk dan Doktor Hanif terus pergi dari situ.
Dia kembali melihat Tengku Fahmi di ruangan itu.
***
Sorry lama tak update and sorry hanya buat sikit je.. Esok saya update lagi..
Share this novel