Tengku Fahmi dibawa pulang ke rumah agam Tengku Hasnah kerana Tengku Hasnah masih mampu menjaganya. Malahan pula, dia tidak sanggup menghantar anaknya ke hospital sakit mental.
Sepanjang keberadaan Tengku Fahmi di rumah agam itu, dia sering mengelamun sendirian. Kadang-kala Tengku Hasnah dan penghuni di rumah agam itu terlihat Tengku Fahmi yang sedang bercakap seorang diri sambil tersenyum riang di taman rumah agam itu.
Selang sehari, Faiq dan Afwan akan datang menjenguk Tengku Fahmi di rumah agam kerana kasihan melihat sahabat mereka itu. Tengku Fahmi masih boleh bercakap seperti biasa namun dia sering menyendiri.
Selepas melihat keadaan Tengku Fahmi, Faiq dan Afwan meminta diri untuk pulang. Faiq sekarang ditugaskan untuk menjaga villa Haqlea Mary kerana Tengku Fahmi tidak sihat.
Ketika mereka beriringan bersama melewati pintu besar utama rumah agam Tengku Hasnah, Faiq berhenti lalu berpaling ke arah pintu besar itu.
Afwan yang turut berhenti hairan melihat Faiq..
" Kenapa berhenti?" tanya Afwan sekaligus menyedarkan Faiq dari lamunannya.
Faiq sangsi.. Nak beritahu ke tak? Nak beritahu ke tak? And, the decision is..
"Aku ada sesuatu nak beritahu kau.." kata Faiq setelah menarik nafas panjang.
Afwan mengerutkan dahi. Badannya dipalingkan semua ke arah Faiq.
" Apa dia?"
Faiq berdecit. Dia memaut bahu Afwan supaya senang untuk mereka berbicara sendirian.
" Tak boleh bincang kat sini.. "
" Habistu nak bincang kat mana?"
Faiq melihat sekeliling sebelum dia memandu Afwan masuk ke dalam kereta.
Setelah mereka masuk, Faiq memerintahkan Afwan agar memandu keluar dari rumah agam itu.. Ketika dalam perjalanan, Afwan bertanya lagi..
" Apa benda kau nak cakap sebenarnya? " tanya Afwan sambil memandu. Faiq dikerling sekilas sebelum kembali fokus ke hadapan.
Faiq berdecit..
" Susahlah nak beritahu kau.. Aku takut kau tak percaya je.." kata Faiq.
Afwan mengeluh..
" Sebelum aku tumbuk kau, baik kau cakap sekarang!! " kata Afwan geram. Tak boleh main ni, dah jadi komander dah pun..
" Eleh, macamlah kau tu berani sangat nak tumbuk aku.. Goreng telur pun aku yang ajar.. " sindir Faiq.
" Bagitahu jelah!!" kata Afwan bosan.
Faiq mengeluh panjang..
" Okay. Wan, aku tahu kau tak percaya kalau Tengku kata dia tak gila, right? Sebab Doktor tu beritahu orang gila semua akan cakap yang diaorang still normal lagi, kan? " teka Faiq.
Afwan mengangguk.
" Tapi..aku rasa..apa yang Tengku cakap tu betul.."
Afwan memandang Faiq. Dia mengerutkan dahi.
" Maksud kau.. Fahmi cakap dia still normal... Betul? "
Faiq mengangguk pantas.
Afwan menyengetkan mulutnya tanda berfikir. Dia menyandar badan ke kusyen tempat duduk pemandu.
" Tapi, kan? Doktor tu sendiri yang beritahu Fahmi dah tak waras. Ke, doktor tu penipu? Tak mungkin.. "
" Wan, zaman sekarang segelintir je orang yang baik hati. Selebihnya, busuk hati. Kita mana tahu dalam fikiran dan hati diorang ada apa.." terang Faiq.
" Ya ke? " tanya Afwan..
" Yelah.. Takkan aku tipu? "
" Tapi, kalau betullah doktor tu menipu, apa sebab dia buat macamtu? "
Faiq mengangkat bahu tanda tidak tahu.
" Mungkin disogok oleh seseorang.. "
" Doktor pun makan rasuah? Aku tak boleh nak bayang arh.."
" Alah.. Wan. Cuba kau fikir logik. Gaji doktor zaman sekarang mana cukup.. Kadang-kadang diorang mungkin nak lebih dari tu. And that's why dia makan suap.. "
Kereta Afwan sudahpun membelok di selekoh kanan menuju ke villa Haqlea Mary.
" Siapa yang ada dalam fikiran kau sekarang ni? " tanya Afwan..
Faiq mengangkat sebelah kening.
" Siapa yang kau rasa..sogok doktor tu? Kalau betullah doktor tu menipu..kita kena cepat-cepat cari bukti.. Senang nak humban ke dalam lokap nanti.."
Faiq hanya memandang Afwan. Afwan mengangkat sebelah alis.
" Aku syak sorang je.."
" Siapa?"
" Eisya.. "
" Hah? " kereta mereka berhenti mengejut di tengah jalan.
***
Eisya menggoncangkan botol yang mengandungi sejumlah pil ubat membuatkan satu bunyi di bilik itu..
Dia menunjukkan botol itu pada seseorang..
" Ubat ni..bagi dia makan tiga kali sehari.. Kalau dia taknak, bagi air ni.." pesan Eisya pada jururawat tersebut.
" Baik, cik.." kata jururawat tersebut lalu keluar dari bilik itu..
Eisya memandang pintu bilik yang tertutup. Seketika kemudian, satu suara kedengaran bercakap..
" Kau pasti dia boleh dipercayai? " tanya Ben kepada Doktor Hanif yang juga berada di situ.
" Jangan risau, Encik Ben. Jururawat ini pasti dapat menyimpan rahsia." kata Doktor Hanif menjamin kata-katanya.
Jururawat itu adalah jururawat yang diupah untuk merawat Tengku Fahmi di rumah agam Tengku Hasnah. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa jururawat itu telah pun disogok oleh Eisya untuk memanipulasikan Tengku Fahmi.
" Kau tahu akibatnya kalau perkara ni terbongkar, kan?" pesan Eisya yang berpaling menghadap Doktor Hanif.
Doktor Hanif mengangguk sambil menunduk..
"Tahu cik.." kata Doktor Hanif.
" Pastikan dia boleh simpan rahsia. Kalau tak, dia akan tahu nasib dia.." kata Eisya tenang.
"Baik, cik.." kata Doktor Hanif lalu keluar dari situ.
Ben pula bangun dan bergerak ke belakang Eisya. Dia terus memeluk Eisya dari belakang. Dagunya diletakkan di bahu Eisya.
Eisya tidak pula menepis seperti sebelumnya malah tangan yang melingkari pinggangnya itu dipegang.
" Lepas ni kau nak buat apa?" tanya Ben tepat di telinga Eisya.
Eisya memandang Ben di bahunya. Dia tersenyum sinis.
" Aku nak masukkan dia dalam hospital sakit mental.."
"Kau tahu cara dia?"
" Of course! Kalau tak, macamana aku bunuh Lily?"
Ben tersenyum lantas mengucup pipi Eisya. Eisya ketawa.
" Tapi satu je aku nak kau uruskan.." kata Eisya..
"Apa dia?"
" Aku nak kau uruskan Faiq. Orang kanan Tengku Fahmi. Budak tu nampak macam dah tahu. And dia bijak.." kata Eisya.
" Don' t worry, dear. Aku akan uruskan.." kata Ben dengan nada romantik.
Eisya tersenyum sinis. Kau tengok Lily.. Aku ke kau yang paling bijak? Kalau kau bijak, kau takkan mati katak..and.. Laki kau pun takkan jatuh hati dengan aku.. Desis Eisya dalam hati..
***
Sorry lambat update..
Share this novel
kita tak nak iesya jd jht..