Bab 86: Ugut

Action Completed 84377

Dia cuba untuk menepis perasaan tidak sedap hati. Dihayun juga kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi tak boleh. Dia berhenti dan meraup wajah. Dia yakin ada orang memerhatikan mereka. Dia mengeluarkan phone dan mendail nombor Afwan.

"Hello, Wan." sapa Tengku Fahmi. Dia bercekak pinggang di situ.

"Hello, kau mimpi apa call aku petang ni?"

"Aku nak minta tolong kau sikit."

"Tolong apa?"

Tengku Fahmi sekali lagi memandang ke persekitaran rumahnya.

"Kau tolong hantar orang-orang kau berkawal dekat rumah aku. Aku rasa tak sedap hatilah." terangnya.

Afwan yang menulis laporan di pejabatnya kaku seketika. Pen diletakkan. Dia mula fokus pada Tengku Fahmi.

"Tak sedap hati kenapa?"

"Aku tak tahu. Aku rasa macam..macam ada orang intip aku. Aku tak kisah fasal aku. Tapi tulah.. Bini aku ada dekat sini. Nanti Atiq juga dah nak balik.."

Afwan berfikir seketika. Dia menganggukkan kepalanya.

"Okaylah. Nanti aku arahkan orang-orang aku. Kau duduk je dalam rumah. Jangan keluar. Nanti aku sampai."

"Beres bos."

Tengku Fahmi menutup panggilan. Dia menghela nafas dalam. Dia pun masuk ke dalam rumah.

Suasana sunyi menyelubungi rumah itu. Aura dingin membuatkan Tengku Fahmi sedikit takut biarpun rumah itu kelihatan ceria.

"Faiq.." panggil Tengku Fahmi apabila tidak melihat seorang pun bodyguardnya di situ. Dia melangkah ke dapur, ke ruang tamu sehinggalah ke seluruh ruang rumah kecuali bilik tingkat atas.

Sementara di bilik tingkat atas..

Eisya yang sedang diancam pisau di leher oleh seseorang di belakangnya hanya mendiamkan diri. Kepalanya berdarah teruk akibat dihentak dengan botol kaca.

"Diam! Kalau kau tak nak semua bodyguard suami kau ni mati!" bisik lelaki itu dengan keras ke telinga Eisya.

Eisya melirik ke arah sepuluh orang bodyguardnya. Kesemuanya tewas dengan cedera parah di bahagian muka termasuk Faiq. Mereka tidak sedarkan diri.

Imbas kembali..

Eisya masuk ke dalam rumah. Seperti Tengku Fahmi, dia juga hairan kenapa rumah sunyi sepi. Tidak mahu masuk campur, dia terus naik ingin ke biliknya tetapi tidak jadi kerana dia terdengar sesuatu jatuh dari bilik tingkat atas.

Tanpa ragu-ragu, dia segera naik tangga lagi. Satu persatu bilik dibukanya sehinggalah dia tiba di sebuah bilik stor yang luas. Dia cuba membuka pintu namun berkunci.

Dia cuba lagi ketika bunyi itu semakin kerap. Tapi tidak boleh. Akhirnya dia terjumpa satu dawai. Lalu dicucuknya ke dalam lubang kunci pintu.

Krakk!

Pintu dibuka. Eisya meluaskan lagi bukaan pintu tersebut.

"hey!!" Eisya menjerit kecil tatkala terpandang sepuluh orang bodyguardnya lemah tidak sedarkan diri dengan kecederaan. Tangan dan kaki mereka diikat. Mata mereka ditutup dengan kain putih.

Eisya melangkah ke arah mereka tanpa menyedari kehadiran seseorang di balik pintu.

"Hey, bangun. Bangun! Kenapa ni?" tanya Eisya pada salah seorang bodyguardnya. Dia menepuk-nepuk pipi bodyguard itu pantas dan kelam-kabut.

Tapi pengawalnya itu kelihatan sangat lemah. Hanya sedikit sahaja butir bicaranya dapat didengar oleh Eisya. Itu pun Eisya kena tekap telinganya di mulut pengawal itu.

"Per...gi.." kata pengawal itu lemah. Dia tidak nampak Eisya..

"Eh, takda - takda! Saya akan panggil Fahmi sekarang." Eisya bertegas.

Tanpa mempedulikan kata pengawalnya, Eisya bangun dan terus berpusing ke arah pintu. Nasib tidak menyebelahinya apabila dia dipukul dengan botol kaca di dahinya dengan kuat umpama melempar bola besbol oleh seorang lelaki berpakaian semua hitam dan bertopi.

"Argh.." Eisya menjerit kecil terduduk sambil memegang dahinya yang menitis darah ke lantai. Tak cukup itu, lelaki itu mengangkatnya dari belakang dan memaut bawah lehernya dan pisau di lehernya.

"Jangan bising! Kalau tak aku bunuh kau!" ugut lelaki itu..

*****

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience