Bab 49: Pindah

Action Completed 84377

Eisya melihat Atiq yang menangis di pangkuan Kamarul. Kamarul pula sedang menepuk-nepuk belakang Atiq tanda memujuknya.

" Dah.. Atiq janganlah nangis. Nanti ayah pun nangis juga.." kata Kamarul lembut.

Namun, Atiq masih juga tersedu-sedan.

"Atiq nak duduk dengan ayah, Atiq tak nak pindah..tsk..tsk..tsk.." kata Atiq sambil menangis.

Kamarul memandang Eisya yang beriak wajah dingin memandang Atiq. Dia tahu Eisya pasti menyampah dengan perangai budak itu.

"Biarlah. Dia budak kecil lagi.." kata Kamarul pada Eisya.

Eisya beralih pandang ke arah Kamarul. Dia menyilang tangan di dada sambil memandang Atiq tetapi agak jauh.

" Atiq, Atiq kan nak pergi jumpa papa. Tak suka ke?" tanya Eisya.

Atiq memandang pula ke arah Eisya. Wajahnya begitu sembab kerana banyak menangis dan tak berhenti lagi.

" Atiq tak kenal dia... Atiq suka duduk dengan ayah... Atiq nak tinggal dengan Eisya.. " kata Atiq.

Eisya mengeluh perlahan. Aku tak suka duduk dengan kau..

Ketika mereka di tepi kereta, Atiq sempat melambai tangan pada Kamarul dengan air mata yang menitis sebelum masuk ke dalam kereta.

Kamarul pula hanya tersenyum kelat. Entah bagaimanalah kehidupannya nanti tanpa Atiq. Dahlah Atiq yang menemaninya tinggal di penthouse ini.

Akhirnya kereta itu menusuk masuk ke jalan raya. Atiq semasa dalam di dalam kereta asyik diam menunduk je. Eisya tahu pasti Atiq sudah rindu Kamarul.

"Ehem.. Ehem.." Eisya berdehem membuatkan Atiq memandangnya refleks.

" Kenapa diam je? Tak suka? Kalau Atiq nak tahu, papa Atiq kaya tau.. Atiq boleh dapat banyak mainan yang Atiq suka.." kata Eisya dengan dingin.

" Ayah pun boleh belikan Atiq mainan.." kata Atiq perlahan.

" Ayah boleh belikan mainan murah je. Tapi, papa Atiq boleh belikan Atiq set space yang Atiq nak tu.. " kata Eisya lagi.

Memang tidak dinafikan, Atiq ada meminta Kamarul untuk membelikannya sebuah set angkasa yang sangat mahal. Mungkin disebabkan board planet, patung angkasawan, orbit, asteroid semuanya berkumpul dalam satu kotak kaca lutsinar yang cantik.

" Alah, Eisya pun boleh belikan Atiq set tu..cuma Eisya takut Atiq pecahkan je. Nanti susah nak beli lagi.." jawab Atiq meradang.

Eisya mengeluh perlahan. Lantak kaulah!!

Akhirnya kereta Audi milik Eisya telahpun memasuki perkarangan villa. Mereka turun dan memasuki villa tersebut.

Eisya tersenyum melihat Atiq yang seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Villa yang mewah, cantik. Semuanya ada...

"Ni rumah siapa, Eisya?" tanya Atiq mendongak ke arahnya.

" Villa. Nama Villa ni ialah Villa Haqlea Mary. Villa papa Atiq." kata Eisya.

Atiq kelihatan sedikit teruja. Namun ketika dia melihat seseorang menuruni tangga, dia menyorok di belakang Eisya tetapi tidak memegangnya.

Tengku Fahmi tersenyum melihat Atiq yang sedang menyorok di belakang Eisya. Dia segera mencangkung menyamai ketinggian Atiq lalu tersenyum lebar.

" Hai. Sinilah.." kata Tengku Fahmi.

Eisya memandang ke arah Atiq dan Atiq mendongak ke arahnya.

" Go.." kata Eisya dingin.

Atiq perlahan - lahan pergi ke arah Tengku Fahmi dan berdiri di hadapannya.

Tengku Fahmi yang tidak boleh mengawal rasa teruja segera memeluk Atiq dan mendukungnya. Dia mencium kedua-dua belah pipi Atiq. Namun begitu, Atiq meronta-ronta ingin dilepaskan.

Tengku Fahmi yang tersedar segera meletakkannya ke bawah dan dengan pantas Atiq berlari ke belakang Eisya.

Keadaan jadi kekok buat sementara waktu.

"Err.. Dia tak selesa dengan orang baru. Kau kena practice bercakap dengan dia lebih sikit." kata Eisya kekok.

Tengku Fahmi tersenyum tawar. Dia mencangkung lagi. Dia memandang Atiq dari belakang Eisya.

" Siapa nama?" tanya Tengku Fahmi lembut. Atiq kelihatan takut-takut.

" Atiq!! " Eisya meninggikan suara sehingga menyebabkan Atiq dan Tengku Fahmi terkejut. Atiq dengan pantas memperkenalkan namanya dengan gementar.

"Atiq Annas.." kata Atiq perlahan.

Tengku Fahmi menjeling Eisya. Marahlah tu aku tengking anak dia.

" Okay, Atiq. Kenal papa? Papa ni ayah kandung Atiq..." kata Tengku Fahmi kembali ramah.

Atiq menggeleng.

"Atiq cuma ada ayah je. Atiq ada Eisya.." kata Atiq.

Tengku Fahmi memandang Eisya. Gadis itu hanya memandang dingin ke arah Atiq.

" Siapapun dia, dia cuma ayah angkat Atiq. Papa ayah kandung Atiq."

"Mana ibu?" tanya Atiq penuh pengharapan. Selama ini Eisya memberitahunya bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Sekarang ayah kandungnya ada di depan mata, mungkin ibunya masih hidup.

" Oi! Kang orang dah cakap, ibu dah takde.." Eisya mendinginkan suara.

"Eisya tipu!! Eisya tipu!!" Atiq mula merengek kuat menyebabkan Eisya menutup telinganya kerana bising. Dia memukul - mukul Eisya dengan tangan kecilnya.

Tengku Fahmi bergegas menenangkan Atiq yang sedang merengek kuat sambil menjeling Eisya.

"Budak kan..." kata Tengku Fahmi berbisik namun masih keras.

Tangisan Atiq masih belum reda. Tengku Fahmi mendukungnya ke hulu ke hilir untuk menenangkannya. Lama-lama, Atiq tertidur.

Tengku Fahmi meletakkan Atiq di atas sofa mewah supaya selesa. Dia pula beralih kepada Eisya.

"Kau dah nak balik dah ke?" tanya Tengku Fahmi. Eisya yang sedang menggalas begnya memandang Tengku Fahmi.

" Hmmph. Aku ada kerja lain." kata Eisya.

" Dating dengan Ben?" duga Tengku Fahmi sinis.

Eisya memandang bosan ke arahnya.

" Kenapa kau nak sibuk? Bukan urusan kau.. " kata Eisya lalu keluar dari villa itu. Tengku Fahmi sambil ikut sambil membebel.

"Macamana dengan Atiq? Kau nak tinggal dia?" soal Tengku Fahmi.

Eisya mengerutkan dahi.

" Eh, Atiq anak kau. Pandai - pandailah kau jaga."

"Senangnya kau kan? Aku taklah kenal dia sangat berbanding kau. Macammana kalau dia cari kau lepas bangun tidur?"

" Kenapa dia nak cari aku sedangkan papa kandung dia ada di sini? Kau jagalah dia.. Bawak dia pergi jalan-jalan ke.. Nanti dia okaylah tu dengan kau.. "

Eisya masuk ke dalam kereta. Lalu kereta itu berundur dari perkarangan villa dan masuk ke jalan raya.

*****

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-15 08:49:39 

tu tak seberapa fahmi ooiii..tak payah sibuk pasal eisya tu..kau jglah anak kau tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience