Bab 45: Padan muka!!

Action Completed 84377

Tengku Fahmi menarik Eisya keluar dari hotel tersebut. Dia yang menunduk sedikit memasukkan Eisya ke dalam kereta dan terus menuju ke tempat duduk penumpang.

Pintu kereta dihempas. Tengku Fahmi mengurut pelipis sambil mengeluh perlahan. Eisya di tepi menghembus nafas ke atas kepala.

" Seriously, Eisya Esynani?!" Tengku Fahmi masih mengurut pelipisnya.

Eisya memandang Tengku Fahmi di sebelah.

"What??" Soalnya tidak bersalah.

" Patutlah tak mahir sampai sekarang. Ini rupanya kerja awak. Belasah client tak tentu fasal." kata Tengku Fahmi lalu menekan pedal minyak.

Eisya membeliakkan matanya. Mulutnya ternganga.

" Ha.. Ha! So sekarang ni kau kata aku yang salah?! Hei, dia yang cari fasal dulu! Dia kata aku clumsy, dia kata aku biadap! Memang patutlah dia kena macamtu!! Ashraf bengong tu tak layak jadi pelabur dalam company aku!!" marah Eisya lalu menghempaskan badan ke kusyen penumpang. Dia memandang ke arah tingkap kereta.

" Kau sepatutnya bersabar sikit dengan orang macamni. Lebih-lebih lagi kalau client kita. Kau tau kan, diaorang sekelip mata akan boleh menaikkan imej atau menurunkan imej syarikat kita.."

Eisya ketawa paksa.

" Aku tak nak toxic people macamtu ada dekat company aku. Eh, ni lagi satu! Apasal kau claim syarikat aku milik kau? " Eisya memalingkan seluruh badannya ke arah Tengku Fahmi.

" Kau tak boleh mengaku kau Naib CEO Fatwa Hathi kalau kau tak ubah perangai kau. " kata Tengku Fahmi sambil memandu.

" Eleh, kau cakap jelah yang kau jealous aku bakal CEO kan, sebabtu kau claim Fatwa Hathi tu kau punya." sindir Eisya sambil menyilang tangan ke dada.

Tengku Fahmi menjeling Eisya. Aku tak cemburu kau ada Fatwa Hathilah, aku cemburu kau rapat dengan orang lain..

" Setakat Fatwa Hathi tu apalah sangat. Aku dah ada company aku sendiri. Yang tu pun tak terjaga, apatah lagi nak tambah dua."

"Mana tahu kau nak hancurkan aku?" Eisya bercakap bersahaja.

Tengku Fahmi mengeluh perlahan.

" Awak masih marah dekat saya ke?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya diam. Dia buat endah tak endah je. Volume di radio dikuatkan.

Tengku Fahmi memperlahankan volume radio itu ketika Eisya rancak menghayati sambil mengangguk - anggukkan kepalanya.

Eisya tersentak.

" Eh, apa ni? "

" Boleh rosak gegendang telinga kalau pasang terlalu kuat."

Eisya membuat muka toya.

" Hidup kau memang selalu ada disiplin ke?"

"Maksud kau?" tanya Tengku Fahmi kehairanan.

" Yelah, takde enjoy sikit? Maksud aku, yelah enjoy dari segi seks memanglah ada tapi.."

"Eisya!!" marah Tengku Fahmi menjeling sekilas ke arah Eisya.

Eisya tersentak.

" Apa masalah kau? Tengking - tengking aku pulak!!" marahnya. Nasib baik tak pengsan dekat situ.

" Boleh tak kau jangan cakap fasal benda tu? Aku tak suka.." katanya perlahan. Eisya dapat lihat wajahnya berubah merah. Tahu malu.. Padan muka kau!!

" Fasal apa? Seks? " tanya Eisya ingin menuang minyak panas ke dalam hati Tengku Fahmi.

" Eisya!!" kali ni kedengaran suaranya lebih tegas. Eisya tak takut malah dia terus puas. Biar! Biar Tengku Fahmi hidup dalam masa lalu yang dibinanya sendiri.

" Kenapa? Kau malu? Kenapa nak kena malu? Bukan ke dulu kau selalu agungkan sangat seks kau dengan Lily? Sampai kau tunjuk habis semua gambar intim kau dengan dia? Sekarang padan muka kau! Mesti sekarang ni Lily ada dekat Neraka kan?"

"CUKUP!!" kereta Tengku Fahmi berhenti mengejut di tengah jalan sehingga beberapa buah kereta berlanggar antara satu sama lain di belakangnya. Kepala Eisya pula terhantuk di dashboard.

" Aduh!! Kau kenapa?" pekik Eisya.

Tengku Fahmi menghentak stereng kereta dengan kuat lalu memandang Eisya. Lalu dengan tiba-tiba dia mencengkam kedua-dua pergelangan tangan Eisya. Eisya meringis kesakitan.

" Kau tak layak nak judge orang ditempatkan di neraka atau syurga. Dosa yang lepas jangan diungkit! Nanti bawa padah pada si mati!!" kata Tengku Fahmi dengan keras.

Eisya tersenyum sinis walaupun pergelangan tangannya dicengkam.

" Kenapa? Memang betul pun! Kau tahu apa hukumnya curang di belakang suami? Nerakalah jawabnya!! Agak-agaknya kalau aku bunuh kau, kau akan ditempatkan di mana? Syurga atau Neraka?" sindir Eisya.

" Dan bagaimana pula dengan kau? Kau tahu apa hukumnya bunuh orang? Jangan lupa yang aku tahu kau yang bunuh Lee! " sindir Tengku Fahmi.

Eisya terdiam. Baru dia teringat peristiwa gelap itu.

" Kenapa kalau aku nak pertahankan Lily sekalipun? Atau kau cemburu? Cemburu dengan orang yang dah mati? " sindir Tengku Fahmi lagi.

Eisya diam seribu bahasa. Suasana sunyi. Yang berbunyi adalah hon kereta daripada kereta di belakang.

Tengku Fahmi melepaskan cengkaman di tangan Eisya lalu memandu semula. Eisya masih diam. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

Cemburu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikirannya. Cemburu dengan Lily? Come on, aku ada segalanya. Lily? Apa yang dia ada? Ben? Suami yang sudi menyayanginya seikhlas hatipun dia curang lagi. Dia nak salahkan Ben sebab lacurkan dia? Padan muka dia!!

Dan orang yang jadi kekasihnya itu adalah tunang aku sejak kecil! Siapa yang tak marah kalau tunang sendiri sudah tidur dengan kawan baik? Dan kau harap aku maafkan apa yang dah berlaku antara kau dengan dia? Sumpah! Sampai mati pun aku ingat penipuan ni!! Sorrylah kalau kau ingat bila aku kena dera aku takkan melawan macam isteri-isteri solehah di luar sana! Kalau nak taat biar kepada suami yang baik. Ni kalau nak taat tetapi suami dayus, baik mati dari taat pada kau!! Ini Eisyalah! Takde dalam kamus hidup aku menyerah untuk orang. Aku balas balik adalah!!

Tidak disangka, begitu kuat pendirian Eisya Esynani. Hanya kerana satu penipuan, dirinya berubah 100%. Baginya, buat baik haruslah dibayar baik, buat jahat haruslah dibayar jahat. Takde ' jangan sesekali' tu.

Mereka sampai di perkarangan rumah Dato'Emir. Eisya membuka pintu lalu turun dari kereta.

" Eisya.." panggil Tengku Fahmi yang separuh badan je keluar dari kerera itu.

Eisya terhenti namun dia tidak berpaling.

" Saya akan tunggu awak sampai bila-bila. Saya harap awak tak ungkit perkara yang lepas. Awak dikira buka aib saya." katanya.

Eisya tersenyum sinis. Dia berpaling ke belakang menghadap Tengku Fahmi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket.

" Aku nak tengok sejauh mana kau boleh tunggu aku. Dan lagi satu, fasal kisah silam kau tu, aku tak yakin aku boleh simpan. Itu je satu-satunya cara aku nak balas dendam kat kau. Kalau boleh satu dunia aku nak beritahu. Supaya tebal muka kau. Bye!!" Eisya terus berlari masuk ke dalam rumah agamnya.

Tengku Fahmi pula hanya mengeluh perlahan. Eisya ternyata sukar dilembutkan hati. Salahnya juga. Kepercayaan dihancurkan dan pulangannya ialah hati yang keras seperti batu.

****

Rasa cam sikit je...

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-10 23:46:21 

abis tu apa cerita fahmi n sarah pl..fahmi th ke sarah tu mengandung anak dia..atau dia di perbodohkan oleh darah n aniq


NovelPlus Premium

The best ads free experience