Bab 56: Depresi

Action Completed 84377

Tengku Fahmi memicit kepala. Kepalanya berasa pening dan memberat. Kenapa kepalanya seperti ni?

Sudah pukul 12:00 tengah malam, Sara masih juga belum balik. Dia yang sudah lama menunggu di sofa mewah itu telah berputus asa. Dia bangun dari sofa sambil memegang kepalanya lalu ingin naik ke atas.

"Papa, papa.." panggil Atiq yang menuruni tangga ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi dalam hati dah mengeluh.

" Ada apa, Atiq?" tanya Tengku Fahmi letih. Dia tidak bertinggung menyamai ketinggian dengan Atiq kerana pening kepala.

" Papa, esok Atiq akan buat persembahan dekat sekolah. Papa datang, ye?" pinta Atiq ceria.

" Tak boleh, sayang. Papa sakit.." kata Tengku Fahmi.

Serta-merta, wajah Atiq berubah mendung. Dia menundukkan muka. Lalu air matanya mengalir.

" Tapi, semua ayah kawan-kawan Atiq datang... " kata Atiq sedih. Terdengar bunyi esakan di bibirnya.

Tengku Fahmi dah mula serabut. Menangis lagi, menangis lagi!

" Atiq, boleh tak jangan serabutkan kepala papa!!" marah Tengku Fahmi. Dia naik ke atas tangga selepas menyepak kotak permainan Atiq menyebabkan Atiq terkejut.

***

Di dalam bilik air,

Tengku Fahmi menyimbah air di mukanya berkali-kali sehingga hidung dan matanya merah. Dia menongkatkan tangan di sinki manakala mata dipejamkan sambil menunduk.

Tiba-tiba, pandangannya berbinar. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba berasa sakit. Dia terhuyung-hayang keluar dari bilik dan meniarap di atas katil.

Dia mengambil ubat di dalam lacinya lalu menelan ubat itu tanpa air. Tetapi, ubat itu seakan-akan tidak memberi kesan.

Kepalanya bertambah sakit.

"Faiq!!" Laung Tengku Fahmi sambil memegang kepalanya.

"Faiqqq!!" Laungnya sekali lagi apabila Faiq tidak datang.

"Ya, Tengku.." kata Faiq yang baru sampai di muka pintu..

" Tengku sakit kepala, Tengku?" Tanya Faiq prihatin.

Tengku Fahmi mengangguk. Dia letih untuk bercakap.

Faiq ingin menelefon doktor peribadi Tengku Fahmi namum ditegah olehnya. Katanya, nanti baiklah ni..

Eisya ketawa apabila teringat akan Tengku Fahmi. Ubat yang diambil dari hospital telahpun ditukar olehnya menjadi ubat depresi.

Dia ketawa memandang siling.

"Agak-agaknya kalau aku beri dia ubat tu sepanjang hari, boleh gila ke tak eh?" Eisya bermonolog sendirian.

"Takpelah, memang tujuan aku nak buat dia jadi gila. Aku nak hidup dia hancur.." kata Eisya.

***

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Sara Amelia apabila masuk ke dalam bilik. Sara memegang pipinya sambil melihat ke arah Tengku Fahmi.

" Kau pergi mana?! " Tengking Tengku Fahmi.

Sara tersentak.

" Kau tahu tak aku tunggu kau seharian di rumah ni?!" jerit Tengku Fahmi.

" Dah tu, kenapa sampai nak tampar-tampar?!" Sara sudah hampir menangis.

" Eh, suka hati I lah nak marah atau tak. You isteri I dan I ada hak nak control hidup you or pukul you!!" kata Tengku Fahmi keras.

Sara ketawa paksa.

" Ouh, baru sekarang nak mengaku I ni isteri you? Selama ni, selama Eisya datang sini, ada you kisah fasal I? Takde kan? So, apa masalahnya? " marah Sara berang.

" I tak kisah fasal you ke, I kisah fasal you ke, you takde hak nak keluar dengan lelaki lain. You tengah jual badan ke, sekarang?! " tanya Tengku Fahmi dengan serius.

Sara yang tercabar terus menampar pipi Tengku Fahmi. Tengku Fahmi yang meluap-luap marah menampar semula Sara dengan kuat.

Sara sudah hampir terjatuh namun ditahan oleh Faiq.

" Tengku, Puan Sara sedang mengandung.. " pesan Faiq.

"Biarkan!! Dengar sini Sara, kalau you degil lagi, I takkan teragak-agak nak bunuh you and baby you sekali WALAUPUN itu anak I!!" jerit Tengku Fahmi lalu keluar dari villa. Tangisan Atiq yang berada di muka pintu tidak dihiraukan.

***

Eisya memasuki Besh Holding apabila dia diarahkan oleh papanya untuk berbincang sesuatu dengan Tengku Fahmi.

" Cik Eisya nak jumpa Tengku, ke? " tanya Eina.

Eisya mengangguk.

" Tengku Fahmi tak sampai lagi, tapi Cik Eisya boleh tunggu di dalam office dia.." kata Eina sopan.

"Thanks.." kata Eisya tanpa senyuman.

Dia memasuki ruangan pejabat Tengku Fahmi. Dia duduk di atas sofa sambil bermain game atas talian.

Sedang dia bermain, tiba-tiba kedengaran sebuah pintu di dalam ruangan itu terbuka. Dia terkejut kerana orang yang keluar dari pintu itu adalah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi juga terkejut. Mereka saling bertentangan mata.

"Kau tidur dekat sini?" tanya Eisya terkejut.

Tengku Fahmi mengangguk sambil menuju ke arah meja kerjanya. Dia merehatkan kepala di atas lengannya yang berada di atas meja itu.

" Macam mana dengan Atiq?" tanya Eisya.

Tengku Fahmi menggeleng.

"Apa geleng-geleng? Aku tanya ni.. Kau tinggal Atiq sorang-sorang kat villa tu?"

" Bukan dia sorang je kat villa..."

" Ouh.. Kau suruh Sara jaga dia? Cukuplah aku nampak kesan merah dekat telinga dia.." sindir Eisya sambil menyilang tangan.

Tengku Fahmi rimas. Dia mengangkat kepala menghadap Eisya dengan kasar.

" Maid aku pun ada untuk jaga dia!! Kau dah kenapa menyibuk ni?! " kata Tengku Fahmi sedikit keras.

" Aku tak menyibuk. Cuma aku risaukan budak tu. Entah-entah dia kena pukul sekarang.." Eisya sengaja menuang minyak panas ke dalam hati Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi dah berasap kepala. Dahlah aku sakit sekarang ni..

Dia bangun secara kasar dan berdiri berhadapan dengan Eisya.

" Kalau dia kena dera pun, apa masalahnya dengan kau?! "

Eisya berpura - pura membuat muka terpempan namun dalam hati dah bersorak keriangan. Tengku Fahmi sekarang di ambang depresi.

" Kau sanggup tengok anak kau kena dera? Masa pertama kali kau jumpa dia, siap merayu lagi dekat aku nak ambil dia, sekarang, sesuka hati kau je nak buang dia?!"

" Then, ambillah dia balik!!" Tengku Fahmi melempar laptopnya ke ruang kaca di belakangnya. Eisya terkejut.

" Tapi, kau ingat, kalau kau ambil dia...aku akan buat report polis!! " dia menuding jari ke arah Eisya.

Eisya ketawa.

" Eh, kau nak buat report polis? Kau tahu tak status budak tu apa? Luar nikah!! Kau tak ada sijil lahir dia, kau tak tahu apa-apa tentang dia. Kau rasa kau polis percaya dengan kau? " kata Eisya.

Dia keluar dari ruangan Tengku Fahmi. Meeting sudah tidak jadi. Dia sekarang dah gembira tengok Tengku Fahmi tidak terurus seperti itu.

Sementara itu, Tengku Fahmi menjerit sekuat-kuat hatinya seolah-olah di syarikat itu hanya dia seorang sahaja.

Dia meramas rambutnya kuat sambil mengetuk - ngetuk kepalanya. Dia ketawa tak tentu arah dan sedih tak tentu arah.

" Kenapa aku jadi macamni? Kenapa? Kenapa?!!!" Dia menyoal dirinya sambil menghantukkan kepalanya di ruangan kaca.

****

Sorry lambat update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience