Bab 42: Luahan hati

Action Completed 84377

Eisya dan Tengku Fahmi melangkah keluar dari sebuah pejabat. Mereka kini sudah secara rasmi bercerai.

Mereka berhenti sejenak di situ. Eisya dan Tengku Fahmi menghadap satu sama lain. Eisya kekal dengan wajah tanpa reaksi manakala Tengku Fahmi dengan wajah sayunya memandang Eisya.

Eisya pula ingin berlalu dari situ tetapi terhenti apabila suara Tengku Fahmi menyapa gegendang telinganya.

" Saya masih cintakan awak, Eisya..." kata Tengku Fahmi dengan nada suara yang kendur.

Eisya kaku sebelum berpaling ke belakang. Senyuman tidak dihadiahkan, ketawa pun tidak dihadiahkan.

" Kau ingat aku nak kembali dekat kau lepas kau cakap macam tu? Ingat aku percaya? Hell no!! Dah cukup apa yang kau buat pada aku, aku takkan terima kau balik!!" nada suara Eisya kendur sahaja tetapi penuh amarah dan dendam. Dia berlalu dari situ.

Tengku Fahmi hanya memerhatikan sahaja kelibat Eisya yang semakin jauh. Hatinya menjadi sayu. Mana mungkin cintanya palsu untuk Eisya? Sedangkan suami yang berkahwin dengan isteri yang bukan dari kehendaknyapun lama - lama menyimpan perasaan, apatah lagi dia?

' Saya tak tipu cinta saya, Eisya... ' Desis hati Tengku Fahmi.

***

Sampai di villa, Tengku Fahmi melihat Sara dan Tengku Hasyar sedang bergelak ketawa sambil memilih rekaan baju untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Tengku Fahmi sebenarnya tidak mempunyai perasaan terhadap Sara, namun kerana anak yang dikandung ialah anaknya, dia harus bertanggungjawab. Tetapi benarkah? Mana tahu anak orang lain? Macam berita yang viral semasa di masih di kem tentera? Ah, Tengku Fahmi tak peduli semua tu! Kalau terbongkar pun, terbongkarlah. Dia takkan kahwin dengan Sara kalau dia menipu.

Sara yang sedang seronok bergelak ketawa dengan Tengku Hasyar tiba-tiba mengalihkan pandangan ke pintu masuk villa. Terus dia bergerak menuju ke arahnya.

" Sayang!!" panggil Sara sambil merangkul lengan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi beriak biasa.

" Lama ke you berdiri dekat sini? Sorry, I tak perasan. I tengah berbincang dengan Tengku Hasyar tentang rekaan baju kahwin kita.. Jom!!" Sara menarik tangan Tengku Fahmi ke arah sofa tempat Tengku Hasyar berada. Lalu dia duduk di situ bersama - sama dengan Sara Amelia.

" Tengku sihat? " tanya Tengku Hasyar kepada Tengku Fahmi. Mana taknya, Tengku Fahmi murung sejak balik dari pejabat kadi.

Tengku Fahmi tersenyum tawar. Dia mengangguk. Memang selepas kejadian di hospital, Tengku Hasnah memang tak hadir terus ke villanya. Mungkin marah lagi...

" Bonda sihat ke, mak ngah ?" tanya Tengku Fahmi.

" Tengku jangan risau. Bonda Tengku sihat-sihat je. Alah, sekejap je marah dia tu, lama-lama baiklah. Ni, mak ngah nak tunjukkan..."

Tengku Hasyar mula membebel tentang rekaan baju kahwin Tengku Fahmi dan Sara. Sara mendengar dengan tekun manakala Tengku Fahmi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Dia tak berminat sangat...

" Hah, macammana? Okay tak? " tanya Tengku Hasyar.

" Okaylah, Tengku. Cantik design dia. Pandai Tengku buat.." Sara Amelia mula mengambil hati Tengku Hasyar. Tengku Hasyar pula pantang dipuji. Kembanglah hidung dia seinci.

" Alah, janganlah panggil Tengku. Lama-lama nanti, kita akan jadi keluarga jugak. Panggil je mak ngah. " kata Tengku Hasyar.

" Jadi, Tengku? Macammana?" tanya Tengku Hasyar kepada Tengku Fahmi pula.

" Sayang.." Panggil Sara apabila Tengku Fahmi tidak memberi respon kepadanya.

Tengku Fahmi tersedar. Dia mula memandang Tengku Hasyar.

" Oh, err..ya. Cantik. Saya ikut je apa yang mak ngah buat. Saya nak naik atas dulu.." kata Tengku Fahmi namun pelik kenapa Sara mengikutnya sehingga separuh tangga.

" You dah kenapa ikut I?" tanya Tengku Fahmi sekaligus merungkai rangkulan tangan Sara pada lengannya.

" Salah ke? Kita pun akan jadi suami isteri nanti. Lagipun, macamlah you tak biasa tidur sama dengan I." ingat Sara.

Tengku Fahmi beriak biasa.

" Balik. I tak nak you tidur dekat sini. Nanti apa pula kata orang?" kata Tengku Fahmi lalu naik ke atas.

Sara pula sudah muncung burung menghentak kaki pergi ke arah Tengku Hasyar semula. Dia menyilang tangan.

" Sabar, Sara. Lambat-laun, Tengku Fahmi mesti pandang Sara. Percayalah cakap mak ngah. " pujuk Tengku Hasyar.

"Tapi sampai bila?" Sara merengus.

" Lelaki ni ego je tinggi. Tapi iman rapuh. Cuba kalau goda sikit, masuk perangkap lah." kata Tengku Hasyar membawa maksud tersirat. Sara pula sudah tersenyum sinis.

****

Eisya sedang berjalan di tepi pantai. Rambutnya terbuai ditiup angin. Wajah cantiknya tanpa riak itu menambahkan serinya lagi.

Dia berfikir semula. Benarkah apa yang dibuat olehnya. Perkahwinan mereka tidak mencapai setahun tetapi dia sudah menjadi janda. Nasib baik Tengku Fahmi tak sentuh lagi.

Sejujurnya, dia cuma ada perasaan benci pada Tengku Fahmi. Tapi tak boleh tunjuk sangat. Eisya kan cool. Mana boleh tunjuk dia protes. Buat malu je..

" Hai!" sapa Aniq dari belakang.

Eisya terkejut. Bila masa dia datang? Aduh, baru nak layan kdrama dekat sini jap, tak bolehlah.

'kenapa kau selalu menyibuk? Aku pun nak menyendiri jugak, bodo!!' Desis hati Eisya. Tapi dalam hati jelah.

Dia membuka mimik muka ceria walaupun dalam hati dah mendung, hujan ribut petir menyambar dalam tu.

" Bila awak sampai? Memamg tahu-tahu saya dekat mana..." kata Eisya bersahaja.

Aniq tersenyum lebar.

" Memanglah saya tahu. Kan awak dalam hati saya..."

Opps! Aniq menekup mulut. Dia berpaling tubuh ke belakang. Malunya...

' Kenapa kau selalu buat hal sendiri je, mulut?' marah Aniq kepada diri - sendiri. Dia menepuk - nepuk mulutnya.

Eisya tercengang. Aniq...sukakan dia? Dia memandang Aniq yang berpaling tubuh ke darinya.

" Apa awak cakap tadi?" tanya Eisya.

Aniq segera berpaling menghadap Eisya.

' Aku harus memberitahunya.' desis hatinya.

" Saya kata saya makan hati saya!!" kata Aniq laju.

Aik?! Benda lain yang keluar? Ewah, ewah.. Gugup betul kau ni, Aniq.

Eisya ketawa kecil.

" Saya dengarlah awak cakap apa tadi..." kata Eisya sambil ketawa sambil menghadap laut.

Aniq malu sendiri. Dia mengetap bibirnya. Dia menunduk.

" Jadi?" tanya Aniq.

Eisya berpaling ke arahnya dengan tanda tanya.

" Awak setuju ke?" tanya Aniq.

" Setuju apa? " tanya Eisya.

" Setuju untuk jadi peneman hidup saya?" kata Aniq.

Tiba-tiba wajah Eisya berubah. Dia belum bersedia.. Dia memandang semula ke arah laut.

" Saya tak layak untuk awak..." kata Eisya.

" Kenapa? Sebab awak ada kekurangan? Come on, Eisya. Awak cantik, awak bekerjaya..awak ada segalanya.. Lelaki lain pasti akan pilih awak sebab awak lengkap dengan semuanya..." kata Aniq yakin..

Namun itulah yang membuat Eisya tersinggung. Dia berpaling badan menghadap Aniq.

" Sebab tu je ke awak suka dekat saya? Sebab saya cantik? Sebab saya cukup semuanya? Cinta? Awak pernah dengar tak perkataan tu? Tak pernah? Meh saya beritahu..."

Pang!!

Pipi Aniq ditampar kuat. Aniq terjatuh. Dia melihat ke arah Eisya.

" Cinta tu adalah ikatan antara dua hati yang bergabung menjadi satu. Sejati. Cinta tak perlukan kecantikan, kekayaan. Yang diperlukan cuma keihlasan. Tapi kalau tengok gaya awak, rasanya kalau saya tak cantik, tak kaya and saya luahkan perasaan pada awak, mesti awak takkan terima saya kan? " sindir Eisya.

Dia pergi dari situ. Tidak betah lama - lama di situ.

" Saya sukakan awak, Eisya!! " laung Aniq kuat. Eisya terhenti. Dia memandang Aniq.

" Saya cintakan awak... " sekali lagi Aniq memberitahu.

" Apa bukti awak cintakan saya? "

" Saya akan bagi apa yang awak nak."

" Kalau saya nak awak berhenti kerja dan jadi orang biasa, awak nak?"

Aniq terdiam...

Eisya tersenyum sinis.

" See? Awak tak rela... Jadi jangan pandai-pandai nak janji itu ini.. Kalau awak tak mampu, awak berdosa kerana ingkar janji awak sendiri..."

" Saya akan tunggu awak Eisya.. " kata Aniq.

Eisya ketawa.

" Tunggulah..tapi jangan sentap kalau awak tak dapat tawan hati saya. Sebab saya ada beribu cara untuk buat awak mengalah.. " Eisya berlalu dari situ. Kadang-kadang dia terfikir juga. Kenapa semua tempat dia orang nak ambil? Habis dia yang kena lari pulak?

****

Sorry kalau tak menjadi. Kelam-kabut sikit..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-10 01:10:03 

herro dah cerai dah..haha..kau hadaplah peragai sarah tu tengku fahmi..dan jgn jadi duda gila talak sama eisya pula sbb tak laku sama eisya


NovelPlus Premium

The best ads free experience