SEBELUM TU, KALAU ADA SCENE YANG BERCAKAP BAHASA INGGERIS DALAM CHAP NI, AUTHOR TUKARKAN DALAM BAHASA MELAYU YA.
AUTHOR BUKANNYA PANDAI BAHASA INGGERIS SANGATPUN..
Atiq dan Alfie berjalan secara senyap-senyap keluar dari hotel. Kalau terjumpa Miss Mala ni, mesti kena lock dalam bilik.
Mereka bersembunyi sebelum keluar dari hotel. Trick yang diberitahu Alfie dipakaikan.
"Okay, mula-mula... Kau kena cari dulu dekat mana spy papa kau."
Maka Atiq pun berpura-puralah pergi ke seberang jalan kononnya nak tengok anak kucing dekat situ. Hujung jalan tu ada anak kucing.
Dia bertinggung di situ sambil mengusap bulu anak kucing itu. Dia memandang dari ekor matanya. Dia perasan sebuah kereta sering mengikutinya.. Mungkin dia spy papanya..
Sementara di dalam kereta itu, Jim.. Spy yang diupah oleh Tengku Fahmi untuk memerhatikan anaknya hanya melihat dengan tenang Atiq. Dia tidak syak apa-apa.
Atiq ingat pesan Alfie yang kedua..
"Pastikan dia cam baju kau.."
Lalu Atiq bangun dan terus berjalan masuk ke dalam hotel. Dia sedikit menonjolkan bajunya dengan memakai hoodie berwarna oren. Mudah untuk Jim mengecam nanti.. Jim pula masih memerhatikan gelagatnya.
Lalu Atiq masuk dan terus menuju ke arah Alfie yang bersembunyi di sebalik dinding sambil terhendap-hendap ke luar.
"Line clear.." kata Atiq sambil mengangkat ibu jari.
"Okay.." Alfie memanggil Khairy lalu dia tampil dengan memakai hoodie yang sama dengan dengan Atiq. Lalu Khairy keluar dari hotel sambil menunduk membaca buku sambil berjalan.
Alfie dan Atiq melihat dari dalam. Rancangan mereka berjaya. Kereta itu mengikuti Khairy yang berjalan ke arah kedai buku di hujung seberang jalan.
Mereka kemudiannya keluar dengan berhati hati dan menaiki sebuah kereta yang telah menunggu di laluan gelap lalu mereka berangkat ke kelab malam.
***
Eisya dan kawan-kawannya sudahpun sampai di sebuah kelab malam yang termahal di Scotland. Mereka masuk ke situ. Kawan-kawannya memakai pakaian yang cukup seksi dan menjolok mata manakala Eisya hanya memakai hoodie berwarna merah beserta tshirt biru gelap di dalamnya dan berseluar pendek paras lutut berwarna merah.
Apabila mereka masuk, perkara pertama mereka lihat ialah lampu disko yang berwarna-warni dan berkelip, bunyi bising bingit yang memecahkan telinga dan manusia yang berlambak menari - nari di tengah - tengah kelab itu dengan pakaian tak cukup kainnya.
Mary, Ray, Nadine kelihatan gembira dan teruja dengan keadaan itu lantas mereka menyibukkan diri mereka di khalayak ramai sambil menari Peter, Max dan Aaron..
Eisya pula menutup telinga sambil bergerak ke sebuah meja bar dan duduk di situ. Dia memesan satu botol wine.
" Long time no see you, Eisya Esynani.." kata pelayan bar itu sambil menuangkan wine di dalam gelas dan diberikan pada Eisya.
Eisya tersenyum..
" Lama tak jumpa awak juga, Paul.." kata Eisya. Mereka berkenalan ketika Eisya pertama kali datang ke sini sebelum bergerak ke Kem Tentera.
Mereka berborak sebentar sebelum Eisya memalingkan badan ke arah khalayak ramai dan tidak semena-mena, sekujur tubuh jatuh di atasnya..
***
Atiq mulai mengamati seluruh ruang di kelab malam itu. Matanya digosok kerana belum selesan dengan lampu yang berkelip dengan laju. Dia memandang Alfie apabila lelaki itu menepuk bahunya.
"Jom kita ke situ.." kata Alfie menunjuk ke arah sekumpulan gadis yang dikenali mereka yang sedang menari - nari di khalayak ramai sambil memegang air alkohol.
Ketika mereka sampai di situ, gadis - gadis itu segera menoleh dan menyentuhnya seolah-olah hilang kawalan..
" Eh, you pun datang Atiq? I ingatkan Alfie sahaja.." kata Tania sambil memeluknya. Bukan sahaja Tania bahkan sekumpulan gadis itu memeluknya.
Atiq terpaksa mengangkat tangannya ke atas supaya tidak memeluk kesemua gadis itu. Dia memandang ke arah Alfie tanda meminta simpati..
Alfie ketawa.. Dia melepaskan Atiq dari pelukan gadis - gadis itu. Merungut gadis itu.
"Sorry girls. Aku tak bawa Atiq untuk korang. You all boleh kutip lelaki lain. Atiq aku bawak ke sini untuk dia enjoy.." kata Alfie.
"Yalah kan, Atiq baru datang ke sini. Bagilah dia enjoy menari dulu, minum dulu, and then, baru I puaskan you, ya?" kata Erryn dengan maksud terselirat.
Atiq tidak faham apa-apa. Dia cuma mengangguk ragu-ragu..
Alfie mengajak Atiq menari sekali. Sebelum itu, Atiq diberikan air alkohol dan dikerah meminumnya. Atiq yang ingin tahu meminum alkohol itu lima teguk sekaligus. Lalu kepalanya jadi pusing dan ghairah seksualnya datang tiba-tiba.
Atiq menari-nari sekali dengan perempuan di keliling pinggang. Bukan menghalang bahkan gembira lagi..
Sehinggalah dia dilanggar seseorang lalu jatuh ke atas seorang gadis yang ketika itu baginya cantik..
***
Eisya menahan kepala lelaki itu di bahunya apabila lelaki itu hampir jatuh.. Dia terkebil-kebil.. Lelaki itu mabuk barangkali kerana dia tersenyum seorang diri sambil memejamkan mata.
"Cantiknya.. Nak stay one night dengan saya?" Atiq sudah tidak sedar apa yang dicakapkan. Wajahnya didekatkan pada Eisya.
Eisya menjauhkan mukanya. Ugh, bau alkohol.. Busuk sangat-sangat.
Tiba-tiba, Alfie datang dan memangku Atiq yang masih tersenyum pada Eisya..
" Maaf, cik. Kawan saya mabuk. Dia tak sedar.." kata Alfie. Dia memangku Atiq ingin keluar dari situ namun Atiq menolaknya sehingga Alfie terjatuh..
"Jangan ganggu.. Aku nak dia.." kata Atiq hilang kawalan dengan berjalan terhuyung hayang merapati Eisya. Eisya menjauh..
Wajah Atiq dan Eisya hanya sejengkal sahaja. Waktu itu Atiq gunakan untuk menilik wajah Eisya. Dan datang satu gambaran jelas..
Wajahnya tercengang. Ini...
" Eisya?" tanya Atiq dalam keadaan mabuk..
Eisya terkejut. Lelaki ini tahu nama dia?
"Awak kenal saya?" tanya Eisya.
Atiq memegang pipi Eisya lalu memeluknya sekuat hati. Bagaikan kesedarannya sudah kembali..
Tapi tak lama kerana Atiq ditarik oleh Max lalu ditumbuk sehingga jatuh tersungkur.
"Beraninya kau peluk dia!! Kau ingat kau siapa?!" marah Max. Orang ramai mula memandang mereka.
Atiq mengelap bibirnya yang berdarah. Dia mendongak memandang Max. Dia tidak menghiraukan lelaki itu tetapi menarik tangan Eisya untuk pergi dari situ tetapi sekali lagi dia ditolak.
" Keluar! " arah Max pada Atiq. Atiq tidak bergerak. Mata mencerlung tajam ke arah Max.
"Keluar dari tempat ni!!" marah Max lagi.. Eisya berdiri di belakang Max. Dia mengecilkan matanya. Muka itu iras-iras seseorang.
Max ketawa saat Atiq tidak bergerak langsung walaupun ditarik oleh Alfie.
"Nampaknya awak kena diberi pengajaran dulu baru serik ya.."
Max mulai mengarahkan beberapa orang kawannya di situ untuk mengepung Atiq. Atiq memandang sekeliling.
Tanpa diduga, Atiq dipukul dan ditumbuk berkali-kali sehingga jatuh memeluk lututnya sambil berbaring mengiring. Tiada siapa yang sudi membantunya kecuali Alfie. Tetapi dia sendiri pun ditahan..
Kelab malam bertukar menjadi tempat bergusti. Haru-biru suasananya.
Eisya mengerah otaknya untuk mengingat wajah itu dan dia bagaikan tersedar dari mimpi.. Segera dia berlari ke arah Atiq..
***
Sorry kalau lambat sangat update..
Share this novel