Bab 84: Bahagia

Action Completed 84377

Tengku Fahmi melangkah masuk ke dalam Besh Holding sambil membawa briefcasenya. Dia merasakan poketnya bergetar tanda ada mesej masuk. Dia berhenti sejenak lalu mengeluarkan phonenya di depan meja secretarynya.

'Saya pergi hospital jap. Nak tengok papa.'

Tengku Fahmi tersenyum seorang diri. Dia tahu Eisya masih sayangkan Dato'Emir. Malahan pula dengan ketiadaan Dato 'Fatwa di sisinya, Dato'Emir sahajalah ahli keluarga kandung yang dia ada.

Eina melihat Tengku Fahmi yang tersenyum seorang diri di depan mejanya.

"Tengku okay ke?" tanya Eina. Manalah tahu kena' depresi' lagi..

Tengku Fahmi tersedar dan memandang Eina. Dia berdehem.

"Okay." balas Tengku Fahmi lalu masuk ke officenya.

***

Eisya sampai di hospital. Baru tadi dia menghubungi Datin Marina tentang kedatangannya ingin melawat Dato'Emir. Datin Marina kedengaran begitu teruja sekali. Manakan tidak, Dato'Emir sepanjang di hospital asyik nama Eisya yang disebutnya.

Eisya pergi ke kaunter.

"Boleh saya bantu?" tanya nurse di situ.

"Bilik Dato'Emir dekat mana?" tanya Eisya sopan.

Nurse itu kemudiannya menunjukkan satu ruangan VIP di laluan sebelah kanan. Eisya mengucapkan terima kasih dan terus berlalu ke situ.

Depan pintu bilik Dato'Emir, Eisya masih statik di situ. Dia takut. Macamana reaksi Dato'Emir ketika melihatnya? Marah atau sebaliknya?

'Kalau dia marah aku balik..' desis hati Eisya.

Dia membuka pintu perlahan-lahan. Dia menjengulkan kepalanya di dalam bilik itu. Tidak ada orang kecuali seorang lelaki separuh umur yang tidur terlantar di atas katil dengan nebulizer di mulutnya.

Eisya perlahan-lahan berjalan ke arah lelaki itu. Dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil.

"Papa..." panggil Eisya meleret kepada Dato'Emir yang tidur dengan kepala menghadap ke kiri.

Bagi Dato'Emir, walaupun dengan mata tertutup, dia dapat mendengar bunyi derapan kasut menandakan ada orang datang ke dalam biliknya. Disangkakan Datin Marina atau Fakhrul dan Fawwaz, dia malas ingin membuka mata.

Dia menunggu Eisya datang ke sini. Namun 11 tahun dah berlalu, dan Eisya mungkin sudah tiada di Malaysia. Akhirnya dia berputus asa..

Dia mendengar bunyi kerusi berkeriut di sebelahnya. Mungkin salah seorang dari tiga orang yang disebutnya tadi duduk di situ..

Dia malas hendak memandang lalu ingin tidur tetapi kemudian dia membuka mata perlahan-lahan apabila terdengar suara perempuan memanggilnya dengan panggilan papa.

'Tidak mungkin Sara..' desisnya. Datin Marina jauh lagi. Dia biasa memanggilnya dengan nama sahaja. Fakhrul dan Fawwaz? Takkan dah jadi pondan?

Dengan nebulizer di mulut, dia berpaling dengan lemah. Air matanya menitis tatkala wajah yang dirinduinya sekarang berada di depan matanya.

Mata Eisya dan Dato'Emir bertembung.

"Eisya..." panggil Dato'Emir dengan lemah. Di tubir matanya terdapat air mata.

Eisya senyum kekok.

"Er.. Papa sihat?" tanya Eisya. Dia menyuakan tangan ingin bersalam dengan Dato'Emir. Tetapi tergamam apabila Dato'Emir menggamitnya lalu memeluk gadis itu.

Dengan tangisan yang lebat tetapi tidak berbunyi, Dato'Emir menepuk belakang Eisya. Eisya tergamam. Dari bahu papanya dia memandang ke tepi..

Datin Marina yang baru datang tergamam melihat dua beranak itu. Sedikit sebanyak hatinya berasa hiba.

"Mana kamu pergi.." rintih Dato'Emir dengan nab masih ditekup pada mulutnya.

Mata Eisya berbalam. Dia menepuk bahu Dato'Emir. Dia mengesat air matanya dari jatuh.

"Eisya... Eisya pergi Scotland. Ada kerja.." tipu Eisya.

"Kamu tahu tak betapa papa risaukan kamu.." rintih Dato'Emir sekali lagi.

"Eisya okay, pa.." nada suara Eisya sebak.

Mereka melepaskan pelukan. Eisya mencapai tangan Dato'Emir lalu dicium lama. Dia menangis tanpa suara.

"Eisya minta maaf.." kata Eisya.

"Eisya buat salah dengan papa. Eisya tak sepatutnya buat macamtu. Eisya buat dosa besar." Eisya menangis..


"Papa dah maafkan Eisya.. Eisya kena janji yang Eisya tidak akan pergi dari sini." kata Dato'Emir..

Mereka senyum sesama sendiri. Tak lama Datin Marina join mereka. Makin rancak berbual. Dato'Emir pun makin suka ketawa..

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience