Bab 67: Melting My Heart

Action Completed 85123

Eisya termenung di tepi katil Atiq. Dia berasa bersalah melibatkan Atiq dalam masalah antaranya dan Tengku Fahmi. Akibatnya, anak ini mendapat cedera.

Baru tadi, Tengku Hasnah datang ke bilik rawatan Atiq dan meminta maaf padanya walaupun hakikatnya Atiq tidak sedar lagi. Air mata jugat turut mengalir.

" Saya nak pergi tengok Fahmi jap." kata Eisya pada Aniq.

Aniq tercengang. Dia memegang tangan Eisya supaya tidak pergi. Dia takut kalau perempuan itu mengapa-apakan Tengku Fahmi.

Eisya tersenyum. Dia perlahan-lahan melepaskan pegangan Aniq.

" Tak apa. Saya tahu jaga diri.. " kata Eisya. Dia kemudiannya membuka pintu dan berlalu dari situ.

***

Dia sudah sampai di depan pintu bilik tempat Tengku Fahmi ditahan. Sebelum dia masuk, dia sempat melihat tubuh Afwan dan Faiq yang tidak sedarkan diri dibawa ke bilik rawatan. Kepala keduanya berdarah.

Eisya mengukirkan senyuman sinis. Sebenarnya, dia telahpun menyuruh Ben untuk mengarahkan konco-konconya mencari Faiq kerana lelaki itu tahu segala rahsia. Maka, susahlah bagi Eisya. Dan tidak sangka, Afwan pun turut ada bersamanya. Jadi, dia pun dipukul sekali dan mereka ditinggalkan di jalan tempat mereka berada. Ubat yang berada di dalam kereta diambil dan sekarang ada pada Eisya.

Dia memegang tombol pintu dan memulasnya. Eisya melihat Tengku Fahmi sedang ketawa dan bercakap seorang diri seolah-olah ada seseorang di hadapannya.

Tengku Fahmi tersedar kehadiran Eisya lalu menghadiahkan senyuman lebar.

" Ataleya.. Tulah kakak yang abang selalu cakap tu.. Cantik kan? " Tengku Fahmi bercakap seorang diri sambil matanya meghadap 'seseorang' di depannya dan jari telunjuknya dihalakan ke arah Eisya.

Eisya mengerutkan dahi. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa kekok.

" Aku nak tanya kau.. Kenapa kau pukul Atiq? " tanya Eisya dingin. Dia masih statik berdiri di pintu.

Tengku Fahmi yang gembira bertukar menjadi muram secara perlahan-lahan. Dia memandang hadapannya seolah-olah mendengar ilusinya berkata.

" Tak.. Tak! Eisya tak garang.. Dia cuma tanya abang je.. " kata Tengku Fahmi. Eisya mengerti faham. Dia kata aku garang ye..

" Listen, saya bukan sengaja pukul dia. Dia duduk atas Ataleya dan menyebabkan dia kesakitan. Saya mesti beri pengajaran pada dia supaya dia belajar dari kesilapan.. " jelas Tengku Fahmi.

Eisya hanya ketawa sinis dan itu membuatkan Tengku Fahmi keliru.

" Kenapa awak ketawa? Betullah apa yang saya cakap.. "

Eisya menggeleng kepala sambil berdecit beberapa kali. Mata memandang Tengku Fahmi.

" Kesian kau kan? Dahlah mak kau tak mengaku kau sebagai anak, gila pula tu.. Aku yakin kalau Atiq sedar nanti, dia takkan sudi tinggal dengan kau.. " sindir Eisya.

Tengku Fahmi berubah riak.

" Apa maksud awak?" tanya Tengku Fahmi mendongak ke arah Eisya.

" Fahmi... Fahmi.. Takkanlah penyakit kau yang tiba-tiba berubah gila tu kau tak perasan? Takkan kau tak rasa pelik bila kau berjumpa dengan Ataleya a. k.a ilusi kau tu?"

Mata Tengku Fahmi memerah..

" Biar aku bagitahu kau sesuatu eh.. Untuk pengetahuan kau, aku yang rancang penyakit kau.. Aku yang letak ubat depresi dalam setiap makanan kau.. "

Tengku Fahmi terpempan. Dia menggeleng kepalanya sambil ketawa dan air mata mengalir.

" Ini.. Ini tak betul kan? Eisya, awak tipu saya kan? Kan? "

" Tipu? " Eisya ketawa..

" Kenapa aku nak tipu kau? Siapa lagi yang benci kau dalam villa tu? Bonda kau? Mungkin dia sayang kau dulu tapi sekarang I think no.. Dia malu ada anak macam kau.." sindir Eisya lagi. Wajahnya tidak ubah seperti seorang psiko.

Tengku Fahmi masih menggeleng sambil menangis teresak-esak. Dia menunduk.

" Ini tak betul.. Ini tak betul.. Awak tipu saya, Eisya. Saya percayakan awak.. Tapi ini balasan awak pada saya..." kata Tengku Fahmi dalam tangisannya.

Eisya membuat wajah dingin.

" Kenapa kau nangis? Dulu kau pun buat benda yang sama pada aku. Hanya kerana Lily!! Kau yang tak tahu hujung pangkalnya sesuka hati menuduh aku yang bukan-bukan. Jadi kita seri.. "

Tengku Fahmi masih menangis. Shit! Kenapa saat ini Eisya ingin sekali mengesat air mata itu sedangkan air mata itu tidak pernah menitis ketika dia dituduh bermacam-macam.. Dia memandang ke arah lain..

" Saya sayangkan awak... " Eisya tergamam. Hatinya seakan-akan mula berdegup kembali untuk Tengku Fahmi. Apa ni?

Eisya memandang Tengku Fahmi yang menunduk. Tangan yang dibalut dengan lengan panjang bajunya membuatkan lelaki itu tidak boleh mengesat air matanya.

" Saya memang sayangkan awak... Saya mengaku.. Saya pernah pukul awak, saya pernah sakitkan hati awak.. Tapi jujur saya kata.. Hati saya juga seolah-olah digores dengan pisau tajam apabila melihat wajah awak yang penuh dengan luka...tapi masa itu saya terlalu berdendam. Tapi saya kagum dengan awak. Awak tak mudah menunduk pada lelaki. Awak buat saya makin lama makin tertarik dengan awak.. " kata Tengku Fahmi sebak.

" Sampailah satu masa bila keluarga awak sepakat mhu saya ceraikan awak.. Masa tu, saya betul-betul kecewa dengan diri saya.. Pertama kalinya saya hilang sesuatu yang saya miliki.. Baru saya rasa betapa peritnya ditinggalkan.. "

Eisya masih mendengar.. Tengku Fahmi tersedu-sedan sambil tersenyum.

" Saya nak hidup dengan awak sampai tua.. Nak jaga awak sampai hujung nyawa saya.. Biar kita bahagia sampai anak cucu.. "

Dan kali ini mata Eisya memerah.. Dia mulai sebak..

" K-kenapa awak nak jaga saya sampai tua? Sepatutnya awak jaga Sara.. Dia isteri awak.. "

Tengku Fahmi ketawa paksa.. Sara?

" Sara Amelia? Dia tak layak untuk saya jaga.. Dia tak pernah cintakan saya.. Dia cuma cintakan duit saya je.. Tengoklah, Eisya.. Hidup saya menyedihkan, kan? Selalu diperbodohkan oleh orang lain.. Saya ingatkan saya boleh menang kerana saya ada duit.. Tapi tak.. Awak menang, Eisya.. "

Dan Eisya telahpun menitiskan air matanya. Namun, cepat-cepat dia mengesat.

" Ada satu benda awak kena tahu.. " kata Eisya. Tengku Fahmi mendongak. Wajahnya yang lencun dengan air mata membuatkan Eisya dipagut rasa bersalah.

" Fasal Sara. Anak dalam kandungan dia.. bukan anak awak.." satu ayat yang membuatkan jantung Fahmi berhenti. Dia tercengang..

" A-apa awak cakap?" Tengku Fahmi tidak percaya.

Eisya menarik nafas panjang.

" Anak dalam kandungan Sara... Anak Aniq."

Tengku Fahmi menggeletar. Jadi selama ini Sara menipu?

" Pada mulanya.. Sara berkahwin dengan awak kerana dia sudah berpakat dengan Aniq untuk merampas Besh Holding, namun lama-kelamaan Aniq sedar perkara itu salah. Jadi dia berundur diri kerana mahu membina hidup bersama Sara dan baby mereka. Tapi tak bagi Sara. Dia inginkan kehidupan sempurna.. Dia tahu kalau Aniq tak mahu ikut cakap papanya, Aniq akan dihalau tanpa satu sen pun. Sara takut hidup susah. Sebabtu, dia sanggup berpura-pura bahawa anak yang dikandungnya adalah anak awak. " terang Eisya. Pada mulanya dia mahu merahsiakannya kerana dia mahu melihat Tengku Fahmi menderita namun dia kasihan..

Tengku Fahmi tercengang namun kemudian ketawa paksa. Air mata mengalir sambil ketawa.

" Tengoklah saya, Eisya. Begitu menyedihkan, kan? Saya diperbodohkan lagi!! Hahhahahaa..." Tengku Fahmi seperti orang gila ketawa kuat namun tiba-tiba sedih..

Eisya sebak. Dia tidak mahu menangis depan Tengku Fahmi. Dia terus keluar dari bilik itu dan bersandar pada pintu bilik itu. Dia menangis sambil menekup mulut lalu terduduk.

Aniq yang baru sampai ke bilik itu terkejut melihat keadaan Eisya lalu berlari ke arahnya. Dia bertinggung dan menekap pipi Eisya menghadapnya.

Wajah Eisya memerah. Hidungnya memerah. Matanya sembap.

" Hey, what's wrong? Why are you crying?" tanya Aniq risau. Dia membawa Eisya ke pelukannya. Lalu menggosok rambutnya.

Eisya tersedu-sedan di dalam dakapan Aniq. Dia tidak tahu kenapa dia lemah seperti ini...

" Aniq..." panggil Eisya dalam tangisannya.

" Hmm.. "

" Saya..jahat ke? " tanya Eisya dalam sedu-sedannya.

" No, you're not.. Why?"

" Saya cuma balas apa yang orang buat pada saya.. Salah ke?" tanya Eisya masih menangis.

Aniq mengeluh panjang. Pelukannya dirungkai kan. Dia melihat wajah Eisya.

" Awak tak jahat. Tapi orang sekeliling awak yang buat awak jahat. Trust me, Eisya. Awak akan berasa tenang apabila awak lepaskan benda yang lama.. " pesan Aniq. Memang dari mula dia berjumpa Eisya, dia dapat merasakan bahawa gadis itu bermasalah. Seperti ada sesuatu yang membuatnya begitu. Dan tekaannya tepat..

" I can't!! " Eisya menangis seperti anak kecil.

" You can do it, pretty.. " kata Aniq. Eisya terus menangis dan menangis.

Gadis itu sepertinya kurang kasih sayang. Hakikatnya, dia sering memendam perasaan dan jiwanya terlalu matang bagi umur 23 tahun. Sepatutnya masa ini, dia melalui tempoh sebagai seorang pelajar universiti, bersuka ria dan enjoy. Tapi pada umur ini, dia sudahpun memegang pangkat leftenan. Aniq mula berasa hairan. Ada sesuatu yang tak kena pada masa kecilnya..

***

Sorry lambat update. Author minta maaf kalau ada ketidaksempurnaan jalan cerita..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience