Bab 92: Come!

Action Completed 85123

Sesampainya di London, para penumpang dikerah turun sambil mengangkat tangan mereka dengan takut. Konco-konco Ben mengawal penumpang itu terus bergerak ke dalam airport.

Ben yang pada ketika itu mengheret tangan Eisya dengan muka dinginnya masuk ke dalam airport. Di dalam airport, konco-konco Ben menembak secara melulu menyebabkan pelancong lari lintang-pukang. Ada pengawal keselamatan yang terkena tembakan dan mati si situ. Ben dengan lagak selambanya melangkah ke luar airport dan menaiki sebuah kereta mewah bersama Eisya. Konco-konconya juga menaiki kereta mewah yang lain.

"Kita nak pergi mana?" tanya Eisya yang sudah penat.

"Tak payah tahu. Kau ikut je!" marah Ben dingin.

Kereta itu meluru ke arah sebuah kondominium mewah.

***

Tengku Fahmi menyalami Pak Cik Ahbar dan isterinya. Aman juga dipeluk tanda terima kasih.

"Nanti senang-senang datanglah sini.." pelawa Pak Cik Ahbar.

"Yalah, pak cik. Man, kau kalau dah habis belajar nanti, trylah minta kerja dekat company aku. Biar jauh dari kampung kau, nanti aku sponsor semuanya.." kata Tengku Fahmi.

Aman mula teruja.

"Betul ke bang? Terima kasih bang!" kata Aman.

Tengku Fahmi mengangguk sambil tersenyum. Dia kemudian meminta diri untuk pergi. Aniq tidak dapat masuk ke lorong rumah Pak Cik Ahbar kerana terlalu sempit. Jadi Tengku Fahmi yang kena keluar dari situ dan menunggu di tepi jalan besar.

Aniq sampai di situ. Atiq yang terlalu rindu lantas berlari dari tempat duduk penumpang ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi merangkul erat anak lelakinya itu.

"Papa sihat?" tanya Atiq.

"Sihat. Don't worry.."

"Ni berbalut ni?" tanya Atiq risau sambil menilik kepala Papanya.

"Tak ada apa-apalah. Sikit je ni.." pujuk Tengku Fahmi.

Aniq yang menjengulkan kepala dari dalam kereta memanggil mereka.

"Tengku, jom! Kita dah lewat!" laung Aniq.

Tengku Fahmi mengangguk. Dia merangkul bahu Atiq lalu keduanya naik ke dalam kereta.

Dalam perjalanan, Tengku Fahmi tidak dapat menahan rasa terujanya untuk bertemu Eisya. Mungkin Eisya rindukannya sebabtu dia rindukan Eisya.

" Aniq, Eisya tak datang sekali ke?" tanya Tengku Fahmi.

Aniq yang tenang terus tergamam. Dia memandang Tengku Fahmi tidak berkelip. Atiq yang mendengar juga memandang Tengku Fahmi.

"Apa maksud Tengku Eisya tak datang sekali?"

"Kenapa? Dia ada dalam kereta ni ke?" Tengku Fahmi berpaling ke belakang namun hampa kerana hanya Atiq sahaja.

Aniq menelan air liur. Ha sudah!

"Tak. Sekarang ni Eisya memang betul-betul takde dengan Tengku?" tanya Aniq cemas.

"Kau kenapa? Jangan buat aku nervous!" pekik Tengku Fahmi.

"Eisya mana ada dengan kami!" Aniq juga menjerit.

Tengku Fahmi tergamam. Jantungnya bagai terhenti seketika.

"Saya ingat Eisya ada dengan Tengku. Sebab itu saya fokus cari Tengku je.." terang Aniq.

Tengku Fahmi tersandar di kusyen. Dia meraup rambutnya kasar. Dia menarik-narik rambutnya kasar.

"ARGGHHH!!!!!" Tengku Fahmi mula menjerit dan mengamuk menyebabkan pemanduan Aniq tidak terkawal. Atiq mulai memujuk.

"Papa jangan macam ni papa! Papa!" pujuk Atiq dari belakang tetapi Tengku Fahmi sudah hilang kawalan.

"Tengku! Jangan Tengku!" Aniq mulai tidak boleh mengawal pemanduannya. Nasib sahaja dia terus berhenti di tepi jalan dan terua keluar ke tempat duduk penumpang. Atiq pun turut keluar.

Mereka mengeluarkan Tengku Fahmi yang masih meronta-ronta.. Tengku Fahmi menyepak, memukul dirinya sendiri. Seperti mahu bunuh diri.

"TENGKU!!" Aniq marah lalu menumbuk Tengku Fahmi dengan sekali tumbukan. Tengku Fahmi terjatuh di tanah. Atiq tergamam.

Tengku Fahmi mulai berkelakuan normal semula. Dia bernafas sangat laju. Manakala Aniq kelihatan meradang sangat-sangat. Dia meraup wajahnya lalu menyepak tayar kereta miliknya.

Dia merangkul kolar baju Tengku Fahmi menyebabkan Tengku Fahmi terheret naik ke atas. Dia terkejut dengan perilaku Aniq.

"Hei! Kau ingat kau sorang je ke yang tertekan sekarang?!" tengking Aniq.

Tengku Fahmi tercengang.

"Kau tak fikir ke aku ni? Aku tak rehat tau! Sibuk dengan hal kau lagi, hal Sara lagi!!"

Aniq mulai terdiam. Tersedar percakapannya.

" Sara?" tanya Tengku Fahmi.

Aniq melepaskan kolar bajunya perlahan-lahan lalu menarik nafas perlahan-lahan.

"Masuk kereta. Saya hantar Tengku balik. Atiq, masuk!" arah Aniq dingin.

Atiq yang ketakutan terus masuk manakala Tengku Fahmi lambat-lambat baru masuk..

Mereka meneruskan perjalanan mereka kembali. Tengku Fahmi melirik ke arah Aniq yang kelihatan kusut. Sorang pun tak bersuara.

Mereka terpaksa berehat di hotel buat sementara waktu untuk memudahkan penyiasatan dijalankan. Atia keluar dulu dari kereta atas permintaan Tengku Fahmi.

"Niq.." panggil Tengku Fahmi dengan lembut dan menahan tangannya.

Serentak Aniq menepis tangan Tengku Fahmi dan memandang sekeliling.

"Isy, Tengku ni! Takyah arh pegang-pegang. Nanti orang ingat kita songsanglah.." seloroh Aniq.

Tengku Fahmi tayang wajah menyampah.

"Tak ade maknanya.. Cuba kau cerita dekat aku. Apa jadi dengan Sara?" tanyanya.

Aniq mendiamkan diri. Dia menunduk.

" Dia..mengalami kompilasi kehamilan. Doktor kata terlalu sukar bersalin, mungkin terpaksa melakukan pembedahan. Tapi masalahnya, sistem badan Sara tak kuat.. " kata Aniq.

Tengku Fahmi memandang Aniq dengan sugul.

"Kau.. Cintakan dia lagi kan?"

Aniq menyandarkan badannya di dinding.

"Marahlah macamana pun, hati saya tetap untuk dia.." luah Aniq.

Mereka berdua diam seketika sebelum phone Aniq berbunyi.

"Hello?"

"Apa?!"

****

Ben menampar wajah Eisya sehingga dia terjatuh ke lantai. Eisya terbaring mengerekot kesakitan sambil memegang pipinya.

Dia menyepak perut Eisya dua kali sebelum menariknya naik ke atas katil di sebuah bilik. Rahang Eisya dicengkam.

"Kau kena layan aku sekarang!!" jerkah Ben.

"Tak nak!"

" Layan aku atau kau tahulah nasib anak tiri kau nanti!"

Seketika Eisya terdiam. Adakah orang yang dimaksudkan Atiq?

Ben terus melonggarkan tali lehernya dan membungkam mulut Eisya dengan paksa. Eisya berkali-kali memukul dada lelaki itu namun hampa.

Apa yang dibuat Ben cuma mencium bibir Eisya sahaja. Dia melepaskannya dan tersenyum sinis.

"So sweet. Tak sia-sia aku culik kau.."

Eisya meludah air liurnya di katil. Dia menjengil Ben lantas bangun dengan pengaruh dadah.

Tetapi Ben menolaknya semula. Dia lemah. Tekaknya terasa perit.

"Sedihnya aku tengok kau. Mesti kau terseksa kan sekarang ni?"

Ben menatap sinis Eisya yang terbaring di katil. Matanya kuyu. Dalam hatinya sibuk memanggil Tengku Fahmi..

Tiba-tiba..

"Bos!" kedengaran satu suara sambil pintu diketuk kuat.

Ben menoleh ke arah pintu. Dia memandang Eisya dan terus berjalan ke arah pintu dan membukanya.

"Kau kenapa ni?" tanya Ben dingin.

"Bos! Kita kena pergi dari sini Bos!" kata seorang konconya.

"Kenapa?"

" Orang kita di Malaysia call tadi Bos! Diaorang kata polis Malaysia dalam perjalanan ke sini Bos! Diorang dapat tahu tentang kes kita tembak sembarangan di dalam kapal terbang dan airport."

"Apa kena mengena dengan aku?" tanya Ben lagi.

"Penumpang Malaysia buat laporan bahawa Cik Eisya ada dengan bos. Orang-orang kita di Malaysia pun ditahan. Sekarang ni mereka sedang membuat kesepakatan dengan polis England."

Ben menelan air liur. Sudah pasti ibubapanya juga tahu fasal hal ni.

"Ada satu lagi berita tergempar bos!"

"Apa dia?"

"Tengku Fahmi! Tengku Fahmi hidup lagi! Dan dia sendiri akan join pasukan polis datang ke sini!"

"Mana kau tahu semua ni?"

"Beritalah Bos! Tengku Fahmi dan Cik Eisya tu famous satu Malaysia Bos! Sekarang ni pun balai polis dan tentera dah kecoh cari Cik Eisya."

"Kalau macamtu kita kena keluar secepat mungkin.." kata Ben lalu dengan kalut menutup pintu dan mengemas semua barangnya.

***

Flashback..

Kepala Tengku Fahmi berasap apabila melihat satu video yang memaparkan Eisya sedang dibawa oleh seorang lelaki dalam keadaan luka-luka. Dan dia kenal lelaki itu.

" Ben.." kata Tengku Fahmi dengan nada geram.

"Tengku kenal dia?" tanya Adi.

Tengku Fahmi melihat ke arah Adi.

"Apa yang pasukan polis boleh janji pada saya?" tanya Tengku Fahmi tegas.

"Jangan risau Tengku. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk bawa Cik Eisya balik sini. Sekarang ni pasukan kami ada yang bertolak ke England untuk menjalankan kesepakatan dengan polis diraja England."

"Saya pun akan turut serta." kata Tengku Fahmi senoktah.

Aniq dan Adi terkejut.

"Saya nak jumpa dia. Kita tengok sejauh mana dia cuba bermain api dengan saya." kata Tengku Fahmi sinis.

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience