Bab 68: Berdamai

Action Completed 84378

Tengku Fahmi mengusap rambut Atiq yang masih tidak sedarkan diri dengan lembut. Wajahnya sembap. Dia diberi kebenaran untuk melawat Atiq tetapi masih dalam pengawasan polis.

Kepala Atiq yang berbalut itu disentuh perlahan.

" Sayang... Maafkan papa.." pinta Tengku Fahmi sebak. Dia tahu Atiq mungkin tidak mendengar.

" Papa bersalah pada Atiq.. Papa pukul Atiq.. I' m a bad father.." kesalnya. Tengku Fahmi merasa marah pada dirinya. Dirinya sanggup memukul seorang budak berusia 5 tahun hanya kerana ilusi yang tidak wujud dalam realiti.

Eisya yang baru masuk setelah menutup pintu tergamam melihat Tengku Fahmi yang berada di sini. Tengku Fahmi sedar Eisya yang baru masuk tetapi dia buat tak layan. Dia hanya memandang ke arah Atiq.

Eisya dari pintu menuju ke sofa lalu duduk di situ. Dia kali ini tidak banyak bercakap dan tidak ingin merosakkan mood Tengku Fahmi. Mereka hanya melayan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba, suara Tengku Fahmi yang serak-serak basah itu memecah keheningan di dalam bilik itu.

" Aku akan serahkan hak penjagaan Atiq pada kau.." satu ayat yang mampu membuatkan Eisya tercengang.

" Aku tak mampu jaga dia dengan baik.. Aku rosakkan harapan kau. Kerana aku...dia jadi macamni.. Kau jangan risau..lepas Atiq sembuh nanti, aku tak akan kacau kehidupan korang lagi.. " kata Tengku Fahmi dengan payah.

Mana tidaknya, Atiq Annas adalah satu-satunya anak kandungnya. Walaupun luar nikah, tetapi dialah permata hati Tengku Fahmi.

Eisya menatap sisi wajah Tengku Fahmi. Wajah itu jelas mempamerkan kesedihan yang teramat sangat.

" Aku akan pergi jauh dari hidup dia.. Buat dia lupakan aku.. Aku tak nak dia mengaku aku sebagai ayah dia. Aku tahu..kau layak jaga dia. Selama inipun, kau yang jaga dia dari kecil lagi.."

Tengku Fahmi tidak dapat menahan tangisannya. Dia teresak-esak menangis membuatkan Eisya bangun dari sofa dan menuju ke arah Tengku Fahmi sambil mengeluarkan sapu tangan lalu mengesat air mata Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi terhenti menangis buat seketika namun masih tersedu-sedan.

" Aku tak suka tengok kau nangis.." kata Eisya.

" Dan aku yakin Atiq pun tak suka tengok kau nangis.." katanya lagi.

Eisya memberikan sapu tangan pada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi menatap sapu tangan itu.

" Kenapa kau baik dengan aku?" tanya Tengku Fahmi tapi tidak memandang Eisya.

Eisya mengerutkan dahi.

" Sepatutnya aku yang tanya soalan itu dekat kau. Kenapa kau baik dengan aku? Sedangkan kau dah tahu, punca keluarga kau kacau-bilau adalah kerana aku.. Kenapa kau tak marah macam sebelum ni?" tanya Eisya dingin.

Namun reaksi Tengku Fahmi hanya ketawa. Dia kadangkala sniffles.

" Aku ada hak lagi ke untuk marah? Aku sendiri pun dah tak betul sekarang.. Aku nak marah kau? Aku tak layak... "

Tengku Fahmi memintal hujung sapu tangan. Dia berasa down sekarang ni.

" Kau still normal, Fahmi..."

Tengku Fahmi mendongak tidak percaya. Dia memandang Eisya. Eisya tersenyum ikhlas.

" But the doctor said.. "

" Aku upah dia untuk cakap dengan semua orang termasuk kau yang kau dah gila.."

Tengku Fahmi terpempan. Matanya masih memandang mata Eisya.

" Aku jahat kan? Kau cuma kena kemurungan awal je. And kalau dirawat pasti boleh pulih dengan cepat. " kata Eisya.

Dan serta-merta semangat Tengku Fahmi kembali pulih sedikit demi sedikit. Betul sangkaannya. Dia tidak gila.

" Saya..minta maaf.." kata Eisya sambil menghulurkan tangan pada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi memandang Eisya. Dia tersenyum tawar. Huluran disambut.

Eisya tersenyum lebar sambil menampakkan barisan giginya yang rapi dan cantik. Tengku Fahmi buat seketika terpana dengan Eisya. Baru dia perasan, Eisya tidak senyum ketika tempoh dia mengalami kemurungan dan dikatakan 'gila'. Dan baru hari ni dia melihat Eisya tersenyum lebar. Selalunya dia hanya senyum tertutup.

" Cutenya..." kata Tengku Fahmi tanpa sedar. Dia ralit memandang Eisya.

Eisya yang terdengar perkataan itu sudah memerah wajahnya. Dia berdehem lalu memandang ke arah lain.

Tengku Fahmi ketawa sedikit.

" Satu lagi aku nak beritahu kau.." kata Eisya tapi tidak memandang Tengku Fahmi.

" Banyaknya pengakuan awak. Minta maaf dekat saya masa raya nanti eh?" usik Tengku Fahmi.

Eisya mencebik.

" Pengakuan apa? It's about Sara."

Tengku Fahmi dari tersenyum kembali memudar. Dia menunduk.

" Saya akan ceraikan dia lepas saya pulih."

" Awak suruh Sara ke untuk tadbir your punya company? "

Tengku Fahmi menggeleng polos.

Eisya menghela nafas panjang. Dia dah agak..

" Sara yang jadi CEO buat masa ni. Dia kata awak lantik dia kerana awak dah tak waras. "

Mendidih Tengku Fahmi. Dahlah tipu aku, kau nak claim company aku jugak?!

" Awak tak tipu, kan?"

Eisya mengangkat tangannya tanda menyerah sambil menggeleng.

" Saya tak tipu. Kalau tak percaya tanya Thaqif. Dia tahu.. "

Tengku Fahmi diam seribu bahasa. Thaqif? Pekerja yang dituduhnya dahulu?

" Thaqif kerja semula ke dekat company tu? "

Eisya mengangguk sambil menggaru kepala.

" Sebenarnya, saya yang sabotaj syarikat awak. Saya yang tuduh Thaqif membuatkan dia hilang pekerjaan bersama dengan pekerja - pekerja departmen sama dengannya. Kertas plan tu saya yang bocorkan. Tapi awak jangan risau, saya dah sediakan kertas plan baru untuk awak. Ermm.. Thaqif dan pekerja yang lain Afwan dah masukkan balik ke dalam departmen. Dia tipu katanya ada kesilapan teknikal.. "

Tengku Fahmi menggeleng kepala. Nak je dia cium-cium budak nilah. Dia meluru ke arah Eisya lalu mencubit pipinya ke atas.

" A.. A... A... Aarghhh!! Sakit, sakit! " jerit Eisya ketika pipinya dicubit naik ke atas.

" Kenapa tak beritahu sekaligus je? Taklah saya rasa bersalah.." kata Tengku Fahmi sambil mengetap gigi.

" Tak ingat.." kata Eisya payah apabila pipi masih dicubit.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Tengku Fahmi dan Eisya serentak memandang. Mereka terlihat seorang pegawai polis yang menjengulkan kepala mereka. Mungkin dia ingat Tengku Fahmi sedang menyakiti Eisya.

" Ada apa-apa terjadi?" tanya Pegawai polis itu.

Eisya tersengih seperti kerang busuk.

" Tak ada apa-apa.." katanya. Lalu Pegawai polis itu menutup pintu.

Tengku Fahmi melepaskan cubitan. Geram betul dia..

" Saya akan gugurkan dakwaan pada awak nanti.. " kata Eisya.

" Tak payah. Mereka pasti dapat tahu melalui lebam - lebam dekat badan Atiq. "

" Cakap jelah Atiq kena benda lain.."

Tengku Fahmi menjentik dahi Eisya.

" Nak menipu lagi? Saya cubit lagikan baru tahu.. " kata Tengku Fahmi.

Eisya tersengih.

" Rasanya awak dah pulih.. "

" Really? Kalau macamtu saya kena masuk lokaplah.. "

Eisya memegang tangan Tengku Fahmi. Dia menunduk ke arah Tengku Fahmi.

" Saya akan pastikan awak bebas semula. Saya akan bersihkan nama baik awak.."

Tengku Fahmi tersenyum. Mereka saling menatap satu sama lain. Tersenyum dan ketawa antara satu sama lain.

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience