Bab 53: Marah

Action Completed 85123

Eisya menilik jam tangannya. Dia merenung tajam ke arah Atiq yang sengaja memakan aiskrim dengan lambat di tepinya . Mereka sekarang berada di shopping kompleks. Eisya, Atiq dan Tengku Fahmi duduk bersama di sebuah bangku di situ. Persis seperti sebuah keluarga.

Eisya berdecit.

" Boleh tak makan aiskrim tu cepat sikit? Eisya dah lambat dah ni..." kata Eisya dengan dingin.

Atiq yang menjilat aiskrim mendongak ke arahnya dan membuat muka comel.

" Alah, Atiq baru rasa sikit. Tunggulah dulu.." rengeknya.

" Alah, Atiq baru rasa sikit.. Tunggulah dulu.. Eh, tunggu apanya, orang dah lambatlah! " Eisya mengajuk cakap Atiq.

Tengku Fahmi hanya membuat tidak layan. Atiq pula dah menunduk. Dia berpaling ke arah Tengku Fahmi.

" Papa, Atiq nak pergi jalan-jalan." kata Atiq lalu turun dari bangku itu dengan angkuh. Merajuk la tu..

" Okay, kita tanya Eisya nak pergi ke tak.."

" Tak payah! Tadi dia kata dia sibuk, kan? Hah! Biarlah dia pergi.." kata Atiq masih tidak mahu berpaling pada Eisya.

Eisya mengangkat alis sebelah. Ai, takkan merajuk kut? Mampus kaulah!!

Eisya bangun dan Tengku Fahmi pun turut bangun.

" Aku pergi dulu.. " kata Eisya tidak bersalah.

" Nak aku hantarkan? "

" Eh, tak! Kau layanlah anak kau ni. Aku dah malas!!" kata Eisya lalu bergerak dari situ.

Atiq yang merajuk memalingkan muka melihat Eisya yang telah pergi. Wajahnya berubah sayu. Tengku Fahmi yang melihat perubahan anaknya itu mengeluh perlahan. Apa yang kau dah buat dekat anak aku Eisya sampai dia tak boleh jauh dari kau?

Tengku Fahmi duduk bertinggung menyamai ketinggiannya dengan Atiq. Lantas dipegang bahu budak itu.

" Mungkin Eisya betul-betul sibuk..." kata Tengku Fahmi memujuk.

" Atiq nak balik..." katanya dengan nada letih. Tengku Fahmi mengangguk perlahan lalu mendukung Atiq keluar dari shopping kompleks itu.

***

Eisya berlari laju masuk ke dalam mahkamah apabila menerima panggilan dari kawannya. Dia yang lewat 10 minit terus masuk ke dewan perbicaraan.

Sebenarnya, Eisya mereka cerita bahawa dia menemani kawannya kerana kawannya terima court order, nanti kalau diceritakan, lain pula yang disoal.

Eisya sebenarnya merupakan salah satu saksi yang dikehendaki hadir ke mahkamah kerana kawannya, Cartrina dikatakan terlibat dalam satu kes rompakan senjata api.

Dan, sebelum dia datang ke sini, dia telah mempunyai bukti yang kukuh untuk dibicarakan nanti.

Eisya menolak pintu dewan agak kuat. Semua orang memandangnya. Dia mencari-cari wajah Cartrina dan wanita itu berada di kandang pesalah.

Dia mengeluh perlahan. Tidak memperdulikan mata orang ramai, dia menuju ke tempat duduk paling depan dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Nah.." Eisya memberikan pendrive pada peguam bela Cartrina iaitu Shahnaz. Peguam itu menyambut pendrive tersebut walaupun dia berasa ragu-ragu dengan Eisya. Eisya pula tercungap-cungap menahan nafas. Letihlah!!

Shahnaz menyambung pendrive tersebut pada laptopnya dan entah bagaimana, muncul satu video di skrin besar yang terletak di tepi dewan itu.

Para hakim dan orang ramai mula menonton video itu. Video itu sebenarnya datang dari CCTV yang telah dihack. Nasib baik Eisya ada kawan yang pakar IT. Boleh dia suruh.

Shahnaz yang terkejut saat video itu ditonton terus berbisik kepada Eisya.

" Macamana kau boleh godam balik CCTV tu?" biskknya pada Eisya.

" Khalief. Bekas kadet aku. Aku suruh dia godam Cctv tu." kata Eisya berbisik juga.

"Ooo..." kata Shahnaz sambil mengangguk-anggukan kepala.

Setelah video tamat, para hakim berbincang dengan sekutunya. Setelah semuanya bersetuju,
Akhirnya...

" Mahkamah melepaskan Cartrina Hayden dari tuduhan merompak dan menyimpan senjata api." kayu diketuk sebanyak tiga kali.

Eisya dan Shahnaz menarik nafas lega manakala Cartrina pula sudah menangis di pangkuan ibunya.

" Thank you..thank you so much.." kata Cartrina pada Eisya dan Shahnaz. Dia mengalirkan air mata sambil memeluk Eisya.

Eisya tersenyum tawar.

" Just go back to your home. Rest for your mind and your health." kata Shahnaz.

Cartrina mengangguk. Dia sniffles. Dia balik dengan ditemani oleh ibu dan ayahnya.

Eisya dan Shahnaz mengeluh perlahan. Tarik nafas lega.

***

Sara Amelia sedang memakai heels apabila kakinya terpelecok akibat satu benda di lantai. Dia sudah hampir terjatuh namun dipegang pada sofa.

"Auu.." aduh Sara. Dia menggosok kakinya sambil melihat benda yang dipijaknya tadi. Ternyata benda yang dipijaknya adalah lego kecil-kecil tu. Malahan bukan satu tapi ruangan di situ memang penuh dengan lego - lego.

Sara meledak marah. Dia tahu lego-lego ini kepunyaan Atiq.

" Kak Pah! Kak Pah!" jerit Sara. Kak Pah yang sedang memasak di dapur terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu apabila Sara memanggil.

" Ada apa, Puan?" tanya Kak Pah sopan.

" Atiq mana?!" marah Sara.

" Atiq pergi tandas kejap tadi, puan.." kata Kak Pah.

" Ouh.. Pergi tandas... Ni, kenapa tak kemaskan? Kalau I jatuh macamana? You nak tanggung kalau baby I gugur? Budak tu nak tanggung?! " tempelak Sara.

Tiba-tiba, Atiq bergegas ke ruangan itu apabila terdengar bunyi kuat di situ.

" Mama, ada apa?" tanya Atiq mendongak.

" Hei! Sapa suruh you panggil I mama? You bukan anak I!! " marah Sara.

" Panggil I puan! Now! " jerit Sara. Bergema satu ruangan tersebut.

" Ada apa...puan?" tanya Atiq sambil menundukkan kepalanya.

" Good! Ni, tengok ni! Ni semua lego you, kan? Sekarang, I nak you kutip semua ni and buang!! " arah Sara.

Serta-merta, Atiq mendongak.

" Tak nak! Ni mainan Atiq yang Eisya beli! Atiq tak nak buang! " rengek Atiq.

Wajah Sara meledak marah. Patutlah dekat dengan Tengku Fahmi, kau guna budak ni rupanya!!

Sara menarik telinga Atiq. Atiq menjerit kesakitan. Kak Pah yang hendak menolong berlari namun ditegah oleh Sara.

" Sakit, mama.. " ringis Atiq.

" Tau sakit, kan? Kalau you sebut nama tu lagi, I takkan teragak-agak nak potong telinga you!!" tengking Sara lalu keluar dari villa itu dengan angin satu badan.

Atiq sudah menangis kuat di situ. Kak Pah dan beberapa orang maid yang lain sudah pergi ke arah Atiq untuk memujuknya.

" Shh.. Shhh.. Takpe, jangan nangis. Mama tak sengaja tu.. " Pujuk Kak Pah. Dia menyuruh maid yang lain mengutip lego-lego yang bertaburan.

"Nak.. E-eisya.." kata Atiq tersedu-sedan.

"Ya, ya. Nanti mak cik call Eisya eh?" pujuk Kak Pah lantas membawa Atiq masuk ke biliknya

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience