Bab 54: Tertekan

Action Completed 84377

Eisya menggunakan bluetooth untuk bercakap dengan seseorang. Sebentar tadi, satu nombor tak dikenali masuk ke phonenya. Bila ditekan, rupanya si pemanggil ialah Kak Pah, maid di villa Tengku Fahmi.

" Allah, sehari kalau tak libatkan aku tak boleh ke?" Eisya bermonolog sendirian.

Dia terpaksa bergerak ke villa kerana Atiq menangis ingin berjumpanya. Kadang-kadang, dia terfikir juga, dia asyik berlagak dingin dengan Atiq tetapi kenapa budak tu tak takut langsung malah ingin selalu dekat dengannya.

Kereta Eisya bergerak masuk dengan laju ke perkarangan villa Tengku Fahmi. Dia tak pandai bawa slow-slow.

Dia keluar dari kereta dengan menghempas pintu kereta tanda protes. Kak Pah yang menyedari kehadiran Eisya terus menunduk hormat.

"Cik Eisya.." Sapa Kak Pah.

"Mana Atiq?" tanya Eisya.

"Tuan muda ada dekat dalam bilik dia, Cik. Tadi dia tunggu cik dekat sini tapi dia tertidur." kata Kak Pah.

Eisya melihat ke arah tangga.

"Mana Tengku Fahmi?"

"Tengku masuk kerja hari ni, Cik.."

" Sara?"

" Puan Sara keluar, Cik."

Eisya mengeluh perlahan. Dia mendaki tangga menuju ke bilik Atiq. Pintu dibuka dan menampakkan Atiq yang sedang tidur lena di atas lantai sambil memeluk bantal golek.

Eisya mengerut dahi. Ada katil tidur bawah..

Walaupun dia takut budak, namun takkan dia nak biarkan budak ini tidur di atas lantai. Eisya mengangkat Atiq ke atas katil dengan pantas.

Eisya berdiri di birai katil Atiq. Dia menyelimutkan Atiq dengan selimut bercorak Tom and Jerry. Dia berpaling ke arah pintu untuk keluar namun dia terperasankan sesuatu.

Segera dia berarah pada Atiq dan membelek telinga kirinya. Terdapat kesan merah di situ.
Eisya dah pelik.

"Kak Pah!!" laung Eisya dari bilik Atiq.

Beberapa minit kemudian, Kak Pah sampai di muka pintu bilik Atiq dengan tercungap-cungap.

"Ya, Cik?" tanya Kak Pah. Wajahnya memerah akibat letih.

Eisya bangun berdiri dan menyeluk kedua-dua poketnya. Mukanya serius memandang Kak Pah. Wanita lewat umur itu sudah kecut perut.

"Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" tanya Eisya sambil mengangkat sebelah alis.

" T-tahu apa, cik?" gementar suara Kak Pah ketika itu.

" Ada kes dera budak ke kat villa ni?" teka Eisya. Dia mendekatkan diri pada Kak Pah manakala Kak Pah pula berundur ke belakang. Tahu sangat perangai bekas majikannya yang ganas tu..

" T-tak ada, c-cik.. " kata Kak Pah sambil menunduk.

" Habistu kenapa telinga Atiq merah? Dia sapu jem strawberi ke kat telinga dia?" sindir Eisya.

" Apa yang bising-bising ni?" Eisya dan Kak Pah serentak memandang Tengku Fahmi yang baru pulang dari office. Jelas terpancar keletihan yang amat sangat.

Eisya memandang angkuh pada Tengku Fahmi. Dia tidak mahu bercerita lebih lanjut tetapi dia ingin Tengku Fahmi menyiasatnya sendiri.

Dia maju ke telinga Tengku Fahmi membisikkan sesuatu sehingga membuatkan Tengku Fahmi terkejut.

" Kalau ada apa-apa terjadi pada budak tu, aku akan buat kau dan semua orang di villa ni masuk jail!" bisik Eisya namun keras.

Dia turun dari tangga dan keluar dari villa itu meninggalkan Tengku Fahmi yang terkebil-kebil di situ.

***

Sara Amelia dan beberapa orang rakannya yang lain sedang berpesta di sebuah kelab malam terkenal. Ini untuk meraikan perkahwinan Sara dengan Tengku Fahmi.

" Jemput minum semua! Jangan malu-malu. Kali ni I belanja, okay?" kata Sara ceria ketika menawarkan alkohol pada kawannya bercampuran jantina itu.

Semua orang bersorak dan menari-nari di tengah kelab itu. Sara Amelia tidak minum kerana ingin menjaga kandungannya. Tapi batasannya dengan lelaki lain tidak dihadkan.

Tiba-tiba, phonenya berdering. Dia melihat nama pemanggil yang tertera di skrin phonenya. Dia mengeluh perlahan sebelum meminta keluar dari kelab itu sekejap kerana ingin menjawab panggilan itu.

"Hello, sayang.." Sara berpura-pura ramah.

" You dekat mana sekarang??" keras nada suara Tengku Fahmi.

Sara cemas. Apa dia nak jawab ni?

" Oh, I ada.. I ada dekat..."

"Balik sekarang!!" tengking Tengku Fahmi di corong telefon menyebabkan Sara tersentak. Panggilan segera dimatikan oleh Tengku Fahmi.

Sara memandang gerun ke arah phonenya. Dia masuk balik ke kelab itu.

" Sara, kau nak pergi mana?" laung salah seorang kawannya kerana bunyi bising dari muzik.

" I kena balik. Husband I dah tunggu.." Sara juga melaung kuat.

Dia keluar dari kelab tersebut selepas memberikan sejumlah wang yang agak banyak pada kawannya.

***

" Sayang!! " sapa Sara manja lantas mencium kedua-dua belah pipi Tengku Fahmi yang sedang duduk di sofa.

Tengku Fahmi beriak kaku. Wajahnya dingin. Dia mengalihkan muka dari dicium oleh Sara.

" Kenapa?" tanya Sara pada Tengku Fahmi.

Dia cuba mencumbu Tengku Fahmi lagi namun Tengku Fahmi tiba-tiba bangun dari sofa.

"Stop it, Sara!" kata Tengku Fahmi tegas.

" You dah kenapa? Nak marah-marah I pulak!" rajuk Sara. Dia menyilangkan tangan di dada sambil memuncungkan bibirnya.

Tengku Fahmi dah rimas, lemas dan sesak nafas semua ada. Entah kenapa kebelakangan ni dia stress sangat.

" I nak tanya you, apa yang you buat pada anak I? " tanya Tengku Fahmi sambil memicit pelipisnya.

Sara cemas. Dia memandang Kak Pah dan semua maid di situ. Kak Pah menundukkan kepala kerana takut.

" You tak payah nak jeling maid I macamtu.. I tanya ni, apa yang you buat dengan anak I?! " marah Tengku Fahmi.

Sara tersentak.

" I takde buat apa-apapun dengan dia..."

"TIPU!!" tempelak Tengku Fahmi. Semua orang tersentak. Bergema suaranya di ruangan itu. Keadaan di situ berubah senyap.

Sara yang tidak tahan di tengking segera bangun dan menampar wajah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi terteleng ke tepi. Pijar mukanya.

"Kenapa you nak salahkan I? You tahu tak, kalau I terpijak mainan budak tu, I boleh jatuh dan kandungan I akan gugur! You nak ke anak you gugur, Fahmi?!" marah Sara pula. Suaranya sebak.

" You takkan jatuh kalau tak pakai heels! I curiouslah, kenapa you pakai heels sedangkan you tahu you mengandung? Atau you tipu I?! " sindir Tengku Fahmi.

Dan sekali lagi mukanya ditampar. Sara sudah memerah wajahnya.

" You kalau tak nak bertanggungjawab, you ceraikan jelah I! I pun taknaklah hidup dengan you!! " marah Sara.

Tengku Fahmi ketawa paksa.

" Sara.. Sara..you boleh ke hidup tanpa duit? You kan dah dibuang family. Kalau you minta cerai dengan I pun, you nak tinggal mana? " sindirnya lagi. Dia tahu bebenor perangai Sara yang seperti cacing kepanasan kalau tidak ada duit.

Sara menahan marah. Dia menghentak kaki mendaki tangga dengan perasaan marah. Tengku Fahmi hanya melihat. Dia tak mahu memujuk kerana situasinya pun tidak menentu sekarang ni..

Tiba-tiba, kedengaran suara Atiq menangis dari atas. Arrgh!! Tengku Fahmi sudah serabut! Dia mengusutkan kepalanya tanda stress. Faiq yang melihat segera mengarahkan Kak Pah memujuk budak itu manakala dia menguruskan Tengku Fahmi.

"Tengku perlukan rehat. Pergi masuk bilik dan tidur.." arah Faiq bimbang kerana Tengku Fahmi sekarang kelihatan seperti sangat tertekan.

Tengku Fahmi memicit pelipisnya sambil duduk. Tangisan Atiq masih kedengaran.

"Budak tu nak apa sebenarnya?!" marah Tengku Fahmi sambil mengetap bibir.

"Sabar Tengku. Biasalah budak-budak." kata Faiq.

Tengku Fahmi menjerit kuat tanda tertekan. Tangisan Atiq tidak lagi kedengaran.

"Arghhhh!!" dia melemparkan pasu dan bantal kusyen. Terdengar bunyi benda pecah berkali - kali.

Faiq yang melihat segera menangkap Tengku Fahmi dengan dibantu oleh bodyguard yang lain. Tengku Fahmi tidak boleh bergerak.

"Lepaskan aku!!" marah Tengku Fahmi sambil meronta-ronta.

Tapi pegangan tidak dilepaskan. Faiq yang tiada pilihan lain segera memukul leher Tengku Fahmi lalu dia pengsan di situ.

"Maaf, Tengku.."

Tengku Fahmi kemudiannya dibawa ke bilik untuk beristirahat.

***

Tengku Fahmi yang sedang tidur diteliti oleh Eisya. Dia yang dipanggil oleh Faiq datang ke sini mengeluh perlahan.

" Kenapa saya yang kena jaga dia? Dia dah ada isteri kan? Pandai-pandailah Sara tu jaga dia.." katanya pada Faiq di sebelahnya.

" Tengku asyik panggil cik Eisya je dari semalam. Saya rasa takut nak panggil Puan Sara. Takut nanti saya yang kena marah..." bisik Faiq di tepi telinganya.

Eisya mengerut dahi memandang Faiq.

" Eisya... Eisya... " igau Tengku Fahmi sambil kepala menoleh kiri dan ke kanan. Mata masih dipejamkan.

Eisya dan Faiq menoleh ke arah Tengku Fahmi yang gelisah dalam tidurnya.

" Hah? Tengok tu. Kan saya dah kata..." kata Faiq.

Eisya yang pelik segera duduk di birai katil Tengku Fahmi dan termometer dimasukkan ke mulutnya.

"Suhu dia naik balik..." kata Eisya tenang. Dia mengambil air yang dicampur dengan daun bunga raya lalu dijelung ke kepala Tengku Fahmi. Bukan kepala sahaja namun leher tepi kepala semua dia sapu. Kini, muka Tengku Fahmi sudah basah kesan jelungan air.

Tengku Fahmi sudah tidak meracau lagi.. Dia kini sudah kembali tidur.

"Nanti kalau suhu dia naik, jelung kepala dia dengan air daun bunga raya ni.. Boleh sejukkan dia.." pesan Eisya pada Faiq. Faiq mengangguk.

Eisya bangun dan bergerak ke arah pintu...

"Eh, Cik Eisya nak pergi mana?" tanya Faiq. Nanti kalau Tengku Fahmi meracau lagi?

" Saya nak keluar sekejap. Ambil angin.." kata Eisya.

Faiq mengangguk faham.

Eisya keluar dari bilik itu tapi bukan menuju ke bawah bahkan dia masuk ke dalam bilik Atiq.

Eisya menutup pintu lalu bergerak ke arah Atiq yang sedang leka bermain toy.

"Atiq..." panggil Eisya.

Atiq yang tersedar lantas memusingkan badannya ke arah Eisya yang tersenyum.

"Eisya..." Atiq segera berdiri menghadap Eisya.

Eisya mengeluarkan sebuah kotak besar dari dalam begnya.

"Nah, untuk Atiq.." kata Eisya.

"Yeayy! Atiq dapat mainan lagi!! Thank you, Eisya! Sayang Eisya.." kata Atiq.

" Kalau Atiq buat lebih lagi, Eisya akan belikan hadiah lebih besar dari yang ni.. Macammana, nak tak?" kata Eisya cuba memancing.

Atiq teruja.

"Nak!!" dia melompat-lompat.

" So, kalau nak, buat lagi dan lagi. Kalau Atiq berjaya buat dia jadi lemah, Eisya akan belikan mainan lagi..." kata Eisya.

"Okay, Eisya!!" jawab Atiq teruja. Dia bergegas membawa mainan barunya ke atas katil dan membukanya.

Eisya hanya melihat sambil tersenyum sinis. Senangnya nak jatuhkan kau.. Desis hatinya..

***

Permulaan untuk meyeksa Tengku Fahmi sudah bermula... Kita seksa Tengku Fahmi perlahan - lahan ye..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-16 23:33:51 

siksa dia sampai benar taubat nasuha..banyak betul dosa dia tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience