bab21

Romance Completed 29803

Selepas beberapa hari kemudian selepas kejadian malam yang penuh kedukaan aku tidak lagi menyewa rumah,semua barang aku sudah dikeluarkan sepenuhnya.
Aku tidak mahu Ziyyad dan mama memarahi ku lagi kerana kedegilan aku.

Keesokannya seperti biasa setelah azan subuh berkumandang aku bangun membersihkan diri dan solat subuh.
Luka di lututku semakin sembuh.

"mama abang Ziyyad dah pergi kerja ker...tapi hari ni kan cuti?"tanya ku bila kelibat Ziyyad tidak kelihatan.

Selepas peristiwa malam itu Ziyyad sudah jarang berada di rumah.Dia semakin sibuk dengan urusan di luar.

"tadi ada call dari balai polis"ujar mama.

"balai polis?"tanya aku terkejut.

"kes orang yang serang Qaseh haritu,polis dah dapat mengesan suspek...rupanya suspek ni orang yang memang mempunyai jenayah lampau"ujar mama lagi.

"eee...seramnya..."

"Nurin....jom makan"aku memimpin Nurin ke dapur.

"ummi hari ni kita pergi pantai boleh"pinta Nurin.

"hmmm...best juga tu...dah lama kan kita tidak pergi sana"ujarku sambil memasukkan mee goreng dalam pinggan di depan Nurin.

"tapi tak boleh pergi...kalau daddy tidak izinkan...ummi Nurin ni cantik sangat...nanti orang usik...daddy marah"ujar mama sambil tergelak kecil.

"hmm...yalah tu...Qaseh ni biasa jer lah...bukan Hannah Delisha pun...."jawab ku mencebik.

"kita tunggu daddy balik lah ya...petang sikit..."ujar aku pada Nurin.
Si kecil itu tersenyum lebar.

Lebih kurang sejam kemudian kelihatan kereta yang tidak dikenali memasuki perkarangan halaman rumah Ziyyad.

"mama ada orang datang"panggil aku dari luar ketika sedang menyiram pokok di laman.

"siapa Qaseh"ujar mama terpancul dari dalam.

"assalamualaikum...maksu"kelihatan kelibat seorang wanita dalam 40an dan 20an keluar dari perut kereta.

"macam kenal..."gumamku.

"oh...hang Zaleha...Hanna...mai masuk dalam"kedengaran mama mempersilakan masuk.

"hang mai sini mesti berhajat kan"ujar mama.
Aku masih lagi menyiram pokok di luar.

"Qaseh...jom masuk.."ujar mama bila lihat aku tercegat di laman.
Pili air ditutup.

"duduk lah...Hanna,Leha...Qaseh buatkan air"arah mama aku mengangguk dan berlalu pergi..

"sapa tu maksu...cantik..."ujar Hanna yang dari tadi memerhati Qaseh.
Mama tersenyum.

"takkan orang gaji kut cantik macam tu"bisik Zaleha.

"oh sat lagi maksu perkenalkan"

"ni apa hajat ...mai jumpa maksu.."tanya mama lagi.

"mestilah ada hajat...Hanna nak bagi kad jemputan kahwin untuk maksu dan uncle Yad"Hanna menghulurkan sekeping kad yang berwarna emas kepada mama.

"oh...patutlah...dah nak kahwin..."kata mama.

Aku datang menatang sedulang air.

"Qaseh mai duduk sini"ajak mama.
Aku mengangguk dan mengambil tempat di sebelah mama.
Senyuman aku leretkan pada tetamu di depan ku.

Hanna membalas senyuman tetapi ibunya hanya tersenyum kelat.

"ni kak leha...sepupu Ziyyad dan yang manis ni pula anak sepupu Ziyyad kakaknya Zack"ujar mama.
Aku menghulurkan tangan menyalami mereka.
Nama Zack di seru aku tertelan liur...patutlah pernah nampak rupanya ibu Zack.

"ni Qaseh....anak angkat maksu..."mama memperkenalkan aku pada mereka.

"kenal ker Zack?"tanya Hanna.

"kawan sekolah..."jawab aku sepatah.

"anak angkat ker bakal isteri uncle Yad?"ujar Zaleha tersenyum sinis padaku.

Aku tertunduk malu.

"hmmm...baguslah tu kalau Ziyyad dah ada calon isteri...menduda lama lama pun tak elok juga kan?"kata Zaleha dengan nada memerli.

"tapi kan rasa macam pernah jumpa kita..."ujar Zaleha lagi.

"pelanduk dua serupa lah tu..."pintas mama takut Zaleha panjangkan cerita.

"ialah kut....patut lah....."Zaleha seolah tidak berpuas hati.

"minum lah kak....maaflah air jer...kalau cakap awal boleh Qaseh buatkan kek"ujar aku sambil menuangkan air ke dalam cawan.

"betul tu...Qaseh pandai buat kek..."mama mula memuji aku.

"untunglah ya Ziyyad...ok lah jom Hanna banyak tempat lagi nak kena pergi ni...Qaseh pun jemputlah datang sekali dengan Ziyyad".ujar Zaleha.
Aku mengangguk dan senyum.
Atas bawah..atas bawah dia tenung aku.

Lega aku bila mereka tidak berlamaan di sini.
Dari pertama kali jumpa dia rumah Athirah sampai di sini seolah memang tidak menyukai Qaseh.

"dia memang macam tu ker mama?"tanya ku pada mama apabila kereta Hanna meluncur pergi.

"hmmm...macam tulah perangai dia daripada dulu sampai la...suka sangat tengok orang atas bawah atas bawah...orang kaya lah katakan"keluh mama.
Aku hanya tersenyum kebetulan kereta kekasih hatiku mulai memasuki perkarangan halaman rumah.

"assalamualaikum..."Ziyyad memberi salam padaku.

"waalaikumussalam...."aku tersenyum lebar.

"nah...harap Qaseh suka..."satu bungkusan dihulurkan padaku.

"apa ni....?"tanya ku.

"jangan buka dulu....nanti kat bilik"aku pasti gembira.

"terima kasih abang..."ujar aku lagi.

"mama kata abang ke balai polis tadi...dah dapat ker suspek tu"tanya aku apabila Ziyyad mula duduk berhadapan ku.

"dah...semua dah settle..."jawabnya ringkas.
sambil melirik ke arah aku.

"kita kenal ker dia?"tanya ku sekadar bertanya.

"tak...nasib baik dah dapat tangkap...bahaya betul suspek ni....perogol bersiri"

"eeee....seramnya...."terkerut dahi aku bila tahu suspek ni berbahaya.

"abang ni asyik pandang Qaseh jer...macam ada something jer"aku terasa malu bila matanya tidak berkerlip memandang ku.

"saja...tak boleh ker...manalah abang pernah jemu pandang wajah Qaseh...."
bisik perlahan tapi masih boleh di dengari.
Aku tertunduk malu.

"hmmm...korang ni kut ya nak bercinta pun...tak payah la kat depan hidung mama"mama datang menyapa.

Pecah tawa kami apabila mama menyapa begitu.
Ziyyad bangun sambil menggosok kepalanya.

Aku tergelak melihat gelagat Ziyyad yang agak terkejut tadi bila mama datang.

"ada tamu ker tadi?"tanya Ziyyad bila terlihat cawan di meja.

"tadi kak Leha hang datang...jemput kita ke majlis kahwin Hanna bulan depan...dia buat kat hotel"ujar mama.

"kak Leha...dia datang sini tu tak mengata apa apa ker?"tanya Ziyyad sinis.

"hmmm..macam tu lah dia...duk tilik Qaseh.atas bawah..atas bawah....adalah tu"jawab mama.
Aku hanya mendengar perbualan mereka dan tersenyum sambil mengutip cawan masukkan kembali ke dalam dulang tadi untuk dibawa ke dapur.
Ziyyad tahu perangai sepupunya yang selalu suka jaga tepi lain orang.
"daddy...jom pergi pantai...."Nurin datang menerpa ke arahnya.

"pantai...hmmm....tanya tokma..."

"tokma yang suruh tanya daddy..."Nurin muncungkan mulutnya sambil memeluk tubuhnya.

"kalau daddy tak nak pergi apa kata kita dua jer pergi...naik skuter dengan ummi lagi best"ujar ku sambil menjeling kearah Ziyyad.

Ziyyad memandang aku dengan wajah serius.
Aku buat lawak jer pun....

"tak payah duk gatal nak pergi sendirian....tak serik lagi kena kacau...?"Aku mula cuak.

"fuh silap caption ker apa ni....mati aku"gumam aku.

"hang ni Yad...nak mula dah tu...sat lagi merajuk pula Qaseh...hang tu yang tak serik asyik bengang jer kerjanya...Qaseh gurau jer tu...kalau dia nak pi daripada tadi lagi dia start motor pi dengan Nurin...cakap tu biar berlapik...kesian kat Qaseh..."bebel mama.

Aku hanya tunduk ke lantai tanpa kata.
"tak apa mama...Qaseh tak kisah pun..jom Nurin teman Ummi masuk bilik..."aku terus memimpin Nurin menuju ke atas tanpa menoleh ke arahnya.

"tengok tu...merajuk lah tu...sama dengan Nurin...jenuh hang nanti nak pujuk dua sekali gus"mama mengeluh sambil tergelak kecil.

"aduh....takkan marah kut....macam mana ni mama?"tanya Ziyyad dengan muka kerisauan.

"emmm...kau tanggung lah sendiri mama tak mau campur"mama menjungkit bahu dan berlalu pergi ke dapur meninggalkan Ziyyad yang terkebil kebil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience