"sayang...sayang...kita dah sampai ni.."badan Qaseh digerakkan.
"hmmm...terlena pula..."Ziyyad tidak sampai hati untuk mengejutkan Qaseh lagi.
Wajah Qaseh yang kelihatan pucat merisaukannya.
Ziyyad terus mencempung Qaseh masuk ke dalam rumah.
"laa...kenapa pula ni Yad....Qaseh sakit ker?"terpancul mama di muka pintu.
"tadi dia sakit perut...katanya senggugut...bagi ubat terus terlena...Yad kejutkan tapi tak sedar pula"Ziyyad terus membawa Qaseh ke bilik Nurin.
"Qaseh...Qaseh...ada ada jer...sampai pucat gini jadinya"datang mama menghampiri Qaseh yang masih tidak sedarkan diri.
"ok lah mama,Yad naik atas dulu...nak bersihkan diri...solat asar dah lewat ni"ujar Ziyyad dan berlalu pergi
"ummi kenapa tokma..?"tanya Nurin
"ummi sakit perut..jom ikut tokma keluar...biar ummi rehat"
Entah berapa lama aku di bilik Nurin
"aduh....sakitnya"perutku ditekan,sakit masih dirasa.
"aku kat mana ni...macam kenal...bukan tadi kat kereta...."kataku sendiri.
Bila aku bukakan mata Ziyyad sudah terpacak merenungku di birai katil.
"hmmm...sayang dah bangun...abang yang bawa sayang kat sini...nak bawa naik atas tak larat berat"ujar Ziyyad sambil tergelak.
"kenapa abang tak kejutkan Qaseh tadi?"tanya ku malu.
"dah kejutkan tapi tak jaga....tak kan abang nak tinggalkan dalam kereta..."ujarnya lembut .
"maaf sebab susahkan abang...."ujar ku lemah.
"tak ada apalah...everything for you sayang"
Aku cair dengan senyuman mu Ziyyad.
"Qaseh naik atas dulu nak mandi..."ujarku bangun perlahan
"baiklah..hati hati ...nanti jangan lupa sapu ubat kat perut tu"pesan Ziyyad.
........
........
ketukan dari luar mengejutkan aku yang sedang berbaring di atas katil.
"sayang...boleh abang masuk?"pintu dikuak dari luar sebelum aku bersuara.
"ummi..."si debab Nurin datang mendekatiku.
Nurin datang dengan Ziyyad.
"macam mana sakit lagi ker perut tu?"tanya Ziyyad sambil duduk di kerusi meja solek ku.
"tahan sikit..."aku membetulkan kedudukan,menarik selimut sampai ke dada..malu aku kalau Ziyyad nampak aku hanya memakai seluar paras betis sahaja.
Tak sempat untuk aku tukar tadi.
"ummi jom makan...tokma suruh ajak"Nurin menarik tanganku.
"jom sayang,makan...perut kosong nanti susah lega sakit tu"ujar Ziyyad lembut.
"abang keluar dulu nanti Qaseh turun..."
"baiklah...Nurin jaga ummi ya..."Ziyyad mencuit hidung Nurin dan berlalu pergi.
Segera aku menukar baju yang lebih sopan.
"jom Nurin"tangan Nurin ku pimpin.
"macam mana perut tu dah ok ker?"tanya mama ketika aku menarik kerusi untuk duduk.
'tahan sikit..."jawab ku.
"Qaseh nak makan nasi ker macam mana ni..?"tanya mama lagi.
"tak ada selera lah mama...Qaseh makn roti cicah air jer lah"ujar ku sambil bangun untuk bancuh air.
"tak apa biar abang bancuh"Ziyyad berhenti makan dan bangun membasuh tangannya di sinki.
"laa...abang makanlah dulu...tak apa Qaseh boleh buat sendirilah..."ujarku lembut.
"biarlah Qaseh...orang lelaki ni kalau nak tahu dia baik ke tak uji dia masa kita sakit...kalau semua hal dia sedia uruskan maka dia adalah yang terbaik untuk kita..."ujar mama tersenyum ke arahku.
Ziyyad hanya tersenyum memandang ku.
"bersyukur pada mu YaAllah semoga dia adalah jodoh ku sampai syurga"bisik ku sendiri.
Aku hanya mampu menjamah sepotong roti sahaja dan terus meminta diri untuk ke bilik.
Aku tertidur sampai ke pagi...sakit perutku sudah pun reda.
Terasa badan sedikit segar.
Aku bangun malas mencapai telefon yang berada di atas meja lampu.
"alamak....dah lewat"terus aku mencapai tuala dan ke bilik mandi.
Aku terus bersiap untuk turun ke bawah.
Tempat pertamaku bila keluar dari bilik mestilah menuju ke arah dapur.
Aku melilau mencari kelibat mama,tapi tiada.
"mama...mama..."panggilan aku tidak bersahut.
Aku mula mencari ke bilik Nurin....si kecil masih lagi lena diulit mimpi.
Kedengaran deruman kereta dari arah luar.
Aku segera menuju ke pintu.
"assalamualaikum...morning sayang"sapa Ziyyad dan melebarkan senyuman.
"waalaikumussalam....pagi....abang ...mama...datang dari mana ni?"tanya ku kehairanan.
"dari kedai...beli sarapan..."mama menjinjing satu plastik yang berisi makanan.
"ni yang pakai elok elok...nak pi mana ?"tanya mama padaku.
"kerja lah..."jawab ku selamba.
Ziyyad dan mama tergelak bila dengar kata kataku.
"lupa ker hari ni kan cuti..."jawab mama sambil menuju ke dapur.
"cuti....ya Allah Qaseh lupa...semalam kak Athirah cakap nak pergi kenduri...aduh macam mana boleh lupa"aku menepuk dahi.
Malu sendiri.
"emmm...sayang...sayang....sakit perut...tapi otak yang hilang"Ziyyad menepuk kepala ku dan ketawa.
"lupa....nak buat macam mana...abang kat tangan tu apa?"tanya ku pada Ziyyad apabila terlihat satu bungkusan seperti baju berada di tangannya.
"oh lupa...semalam lagi dalam kereta...ni Athirah yang suruh abang bagi kat sayang"dia menghulurkan bungkusan itu pada ku.
"emmm...baju...untuk Qaseh ker?"tanya ku lagi.
"tak untuk Nurin lah kut"jawab Ziyyad ketawa lagi.
"abang ni...Qaseh tanya sungguh lah...bukan lawak"aku muncungkan mulut.
"pakai nanti kita pergi kenduri Hanna"
ujar Ziyyad lagi.
"abang ...kalau Qaseh tak pergi boleh tak?"tanya ku perlahan.
"tak boleh...sayang mesti ikut abang...mana boleh tinggalkan Sayang sorang sorang kat rumah..."ujar Ziyyad. dan duduk di sofa serta mencapai remote tv.
"tapi Qaseh seganlah...nanti kak Leha tu...tengok Qaseh atas bawah...atas bawah...malu lah.."
"kalau sayang tak nak pergi...abang pun tak nak lah"ujarnya tanpa memalingkan muka padaku.
Aku menjadi serba salah.
Aku terus berlalu ke dapur mencari mama.
"Qaseh mai lah makan...hari ni kita gantung kuali...sebab sat lagi makan kenduri"ujar mama.
"mama...kalau Qaseh tak pergi ok tak?"aku cuba nasib lagi.
"Yad kata apa...dah cakap kat dia?"tanya mama padaku.
"abang nak Qaseh ikut juga...tapi sebenarnya Qaseh tak mahu jumpa Zack....kat sana mesti dia ada kan mama"ujar ku sambil membuka bungkusan nasi lemak.
"emmm...patutlah tak mau pergi..."Ziyyad datang menyapa.
Aku hanya memandangnya.
"abang kan ada...tak kan dia berani nak buat benda tak elok...."kini dia mengambil tempat betul betul depan ku.
Aku tertunduk malu.
Mama hanya memerhati sambil tersengih.
"Yad...Qaseh lepas ni jangan lupa...gilirin korang pula buat persiapan kahwin...duk main hang tenung aku,aku tenung hang ni sampai bila tak habis...baik cepat nikah berbulu biji mata mama tengok korang buat adengan Hindustan kat depan mama"mama tergelak dan menyuap nasi lemak ke mulutnya.
Aku turut tergelak.
"ya mama...rasa macam hari ni juga nak nikah..."jawab Ziyyad dalam nada berbisik tapi masih aku mendengarnya.
"gatal..."ujarku perlahan.
"emmmm.....dah lah...mama nak ke depan siram pokok...."mama bangun membasuh tangan dan berlalu meninggalkan kami berdua yang masih lagi buat a dengan pandang memandang.
Suasana di dapur masih lagi sunyi bila masing masing terdiam.
Ziyyad memandangku,dan tersenyum.
"abang ni kenapa pandang Qaseh macam nak makan jer...tu nasi lemak kat depan tak habis lagi..."aku agak marah pada sebab matanya asyik merenung ku membuatkan aku malu.
"memang pun tak sabar nak makan Qaseh..."ujarnya nakal.
"hah...nak makan Qaseh..?"tanya ku terkejut.
"ya lah...mesti lebih sedap dari nasi lemak ni kan?"
"dah lah...malas nak layan abang jap lagi tak pasal pasal ulat bulu naik daun...eee...seram..."
aku terus bangun membasuh tangan dia sinki.
"amboi tengok lah kahwin nanti...seram ker sedap.."dia bangun menghampiri aku dan berada betul betul di belakang.
"abang buat apa ni...tepilah...."aku menyiku perutnya takut untuk berpaling ke belakang kut tak semenanya nanti dia peluk aku macam mana.
Ziyyad sedikit ke belakang.
"sakitlah sayang..."
"padan muka.."aku merenjis sisa air yang berada di tangan ke mukanya.
"apa ni...eee...habis basah muka abang"aku tergelak dan terus berlari anak keluar ke ruang tamu.
"ummi...."langkah aku terhenti bila terdengar panggilan si debab memanggilku.
"princess ummi dah bangun..."aku menghampiri nya yang masih terpisat pisat menonyoh matanya.
Ziyyad tercegat memandang ku dari jauh.
"jom ummi mandikan Nurin...."tangan Nurin dipimpin menuju ke biliknya.
Ziyyad masih lagi berdiri memerhati Qaseh dengan mendakap badannya.
Terasa senang melihat layanan Qaseh pada anaknya.
"abang jagakan Nurina untuk Pia...carilah pengganti Pia yang boleh menerima anak kita nanti"kata kata arwah Sofia terngiang ngiang di telinga Ziyyad.
Share this novel