Hari ini merupakan hari penting dalam hidup ku.
Hidup seorang yang bergelar gadis.
Zaman gadis ku akan berakhir sekejap lagi.
Debaran semakin terasa.
"wow...memang cantik lah..berseri seri seperti bintang berkerlipan....aku pompuan pun cair tengok kau...ni kalau Ziyyad tengok mesti pengsan terus"usik Liza.
"_kau ni Liza menyakat jer kerja"aku memukul bahunya.
"memang naik seri kan"ujar Athirah memandang ku dalam cermin.
"terima kasih kak sebab sudi mekupkan Qaseh..."
"emmm...berbayar tau.."Athirah meletakkan selendang di kepalaku.
"hari tu jadi pengapit akak..hari ni pengapit Qaseh...aku ni sapa lah yang nak kapit"sayu kata kata Liza.
"kau nanti anak anak kamilah pulak jadi pengapit"pecah tawa kami mendengar kata kata Athirah.
"emmmm....tua lah kalau macam tu"Liza mencebik.
"Qaseh doakan lepas ni kau pun dapat jodoh...tapi janganlah memilih sangat..."ujar ku sambil ketawa kecil.
"tu lah nak yang teruna jer...tengok Qaseh ni...duda...tapi hot"
Ketawa kami makin kuat.
"amboi mak dara,anak dara...mengilai kalah mak lampir..ni pengantin dah siap ker...si duda hot dah datang,maka mempersila kan lah turun kat bawah..."terpancul ibu dari luar mengejutkan kami.
Jantungku mula mengepam laju.
"jom Qaseh..."aku bangun menghela nafas.
Mencari sedikit ruang udara untuk bernafas.
"hari tu tanya akak macam mana rasa kan...hah sekarang tau lah rasa macam mana saat nak ijab Qabul"bisik Athirah ke telingaku.
Menambah lagi debaran.
Langkahan aku di iringi Liza dan Athirah.
Saat aku turun ke bawah tentunya mata tetamu memandang ke arah ku.
Ziyyad semestinya memandang tepat ke mataku,merenung dengan kuntuman senyum yang manis,aku membalas senyuman dalam gementar.
Ziyyad segak sekali berpakaian baju melayu moden sedondon dengan ku.
Warna krim lembut,
Perkahwinan kedua buat dirinya,tetapi yang pertama buat ku.
Aku mengambil tempat di singgah sana pelamin nan indah warna biru muda sentuhan dari butik Athirah semestinya.
"andai orang kata bidadari itu wujud ya benar,bidadari itu ada depanku kini"bisik Ziyyad.
Tersenyum sendiri melihat si gadis yang bakal menjadi isterinya sebentar saja lagi.
Ayah ku sendiri menjadi juru nikah pada hari perkahwinan ku.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Ziyyad Iman,lelaki yang aku cintai.
Setitis airmata kegembiraan gugur di pipiku tatkala terucap lafaz nikah di mulutnya.
Aku bahagia saat ini,aku sah menjadi isterinya.
Siapa sangka perkenalan yang singkat membuahkan cinta di hati kami.
"Sejuta kesyukuran aku panjatkan PadaMu ya Allah kerana mempertemukan aku dengan jodoh ku"
Selesai akad nikah Ziyyad datang menghampiriku menyarungkan cincin tanda acara membatalkan air sembahyang,seuntas rantai dipakaikan di lenganku dan dia mencium ubun ubun ku.
Terasa indah saat aku pertama kali mencium lembut tangannya.
"terima kasih sayang sebab sudi jadi pendamping abang"sempat dia berbisik padaku
"terima kasih juga sebab sudi jadi imam Qaseh"aku membalasnya.
"hmmm...dah lah tu buat acara pandang memandang....lepas ni masuk bilik pandang lah puas puas"datang Bahar menyapa kami.
Semua yang terdengar tergelak.
Aku mula tunduk malu.
"kau ni Bahar...dari dulu sampai sekarang tak habis habis nak menyakat orang"ujar Ziyyad.
"minta semua keluarga pengantin lelaki dan perempuan datang untuk bergambar"datang jurufoto memberitahu kami.
"jomlah..."
Selesai semua acara,semua tetamu sudah mula beransur pulang.
Yang tinggal hanya kaum kerabat terdekat sahaja.
"ok lah Qaseh akak balik dulu ya...congrats for your wedding,and you Yad jaga Qaseh baik baik...ingat kalau kau ada sakitkan hati dia nahas kau"pesan Athirah sebelum balik.
"woi..garang sangatlah bini hang...siap bagi warning kat aku"
"kau jangan tak tau Yad...Athi ni superwomen...tak berani aku"
Athirah menyiku Bahar.
Aku tergelak melihat gelagat mereka.
"dah jom...ingat tu...Qaseh akak balik dulu"kami berpelukan.
Liza daripada,tadi lagi memohon untuk pulang.
"Yad hang pun jom lah balik..."kami berpusing ke arah mama.
"kena balik ker mama...bukan ker kena tinggal kat sini"Ziyyad mengerling manja ke arah ku.
"tak yah nak menggatal lah...nanti 2hari lagi Qaseh datang rumah...sementara tu korang kena berpisah dulu..."ujar mama.
Aku menjungkit bahu bila Ziyyad memandang aku.
"alah...Yad..2hari jer pun..."datang ayah memegang bahu Ziyyad,Ziyyad tersenyum malu.
Aku apa lagi tergelak lah bila tengok muka tak puas hatinya.
Baru kahwin dah kena berpisah memang sakitlah namanya.
"mama nak cakap dengan. Qaseh jap"Ziyyad terus menarik tangan ku tanpa berbasa basi.
"Yad..Yad..gelojoh lah"bebel mama tanpa dihiraukan.
Aku terus di bawa ke bilik.
Bilik di kunci dari dalam.
Aku terpingga pingga melihat kelakuanya.
Tangannya masih lagi tidak melepaskan tanganku.
"abang ok ker ni?"tanya ku
"tak ok..."jawabnya sepatah.
tangan ku dilepaskan.
Sekarang beralih ke bahuku.
Aku mula tertelan liur.
Dia memandang ku penuh makna...
Badan ku dirapatkan ke dinding.
"kenapa tak ok...?"aku pura pura buat tanya pula.
Dia mula merapatkan mukanya pada ku,aku sedikit mengelak.
"abang nak buat apa ni?"
"a...abang...."aku menolak lembut badan kekarnya.
"sayang....please ....jangan banyak cakap...bagi ubat rindu...."aku mula tertelan liur.
"ubat ...abang sakit kepala ker?"
"abang nak peluk sayang boleh?"tanyanya lembut,cair hati ku.
Aku tersenyum....
"hmmm...ingat apa tadi.."aku mengangguk tanda ya lah kan...tak kan nak menolak..dia kan dah jadi suami .
Ziyyad memeluk ku seolah melepas rindu,terasa nyaman dalam pelukan seorang suami.
Aku gembira saat ini.
Sebuah pelukan dan berakhir dengan kucupan di dahi....dan...
"daddy...ummi"panggilan dari luar mengejutkan kami.
"emmm....Nurin...kacau lah"
Aku tergelak.
"dah Nurin panggil tu"pelukan di lepaskan.
Aku berlalu membuka pintu.
"ya Nurin...ada,apa?"tanya ku
"tokma suruh daddy balik"ujar si debab itu.
"oklah..daddy turun ni"aku hanya tersengih.
"jom sayang teman abang turun"tangan aku dipimpin dan Nurin di dukungnya.
"jom mama....sayang jaga diri elok elok...nanti datang rumah abang"pesan Ziyyad sebelum pergi.
"love you sayang..."sempat dia berbisik padaku.
"love you more"balas ku.
Senyuman mengiringi langkah suami pulang ke rumahnya.
....
Share this novel