bab 62

Romance Completed 29803

Seharian kami pusing satu mall mencari kelengkapan keperluan anak yang bakal lahir.
Ziyyad sememangnya suami yang penyayang dan menepati janjinya seharian luangkan masa melayan kerenah aku.

Aku tahu jelas kelihatan penat di wajahnya namun tetap tersenyum melayanku.

"abang penat ker?"tanya ku bila lihat dia hanya terdiam sambil memandu.

Seketika dia mengerling ke arahku.

"demi my beloved wife..lautan api pun abang rela"usapan lembut singgah di pipiku.

"yalah tu..."aku tergelak kecil.Sesekali aku menguap kecil kerana seharian berjalan.

"sayang tidurlah dulu sampai nanti abang kejutkan"ujarnya bila lihat aku mula menguap beberapa kali.
Aku membetulkan duduk agar selesa.
Dalam keadaan sarat sebegini duduk ku tidak lagi selesa seperti selalu.

Aku terus terlena sehingga sampai di rumah bila dikejutkan oleh Ziyyad.

"sayang...bangun dah sampai"perlahan bahuku disentuhnya.

Perlahan mataku dibuka.
Kantukku masih lagi terasa.

"jom masuk dah nak maghrib"perlahan badanku dipegang agar senang untuk aku berjalan .

"tak pa Qaseh boleh "perlahan aku mengatur langkah.

"hati hati...abang ambil barang masuk"terus aku berlalu masuk ke dalam sementara Ziyyad memunggah barang yang dibeli tadi sampai penuh satu keretanya.
Apa yang aku mahu semua dia tunaikan,sebenarnya dia yang lebih teruja daripada aku bila tahu bayi yang bakal lahir nanti adalah anak lelaki.

"mak ai...hang borong satu kedai ke Yad?"terpancul mama dari dalam,terkejut bila tengok barang keperluan anak memenuhi hampir separuh ruangan luar.

Aku yang tadi duduk di sofa tergelak melihat reaksi mama.

"dia yang terlebih teruja mama,kalau boleh satu kedai abang nak borong"ujarku.

"mestilah ni kan anak sulung lelaki abang...."balas Ziyyad sambil menutup pintu kerana sudah hampir maghrib.

"dah lah...nanti naik mandi,dah lama kat luar tu...solat dan turun makan"arah mama.
Perlahan aku bangun untuk ke atas,kelihatan Ziyyad terus menuju ke dapur mungkin dahaga.

Usai solat dan makan malam terus berbaring di tilam.
Ziyyad yang dari tadi masih memunggah barang yang dibeli untuk dibawa ke bilik.

"tak habis lagi ke?"tanya ku bila Ziyyad masuk menjinjit beberapa beg plastik di tangannya.

"yang last .."plastik diletakkan di tepi.
baju t-shirt yang dipakai tadi dibuka dan disangkut .

"fuh...penat"kepalanya direbahkan di atas ribaku.
Aku tersenyum.Rambutnya yang kemas tadi aku serakkan.
Dia hanya membiarkan.
"baby Aariz buat apa tu.. "perut ku diusap dan diciumnmnya.

"hmm...abang mesti happy kan dapat geng abang"

"mestilah...boleh teman abang bermain..."

"abang ada masa ker nak main dengan anak asyik sibuk memanjang"

"hmmm...perli abang ya...demi keluarga abang mesti juga cari waktu untuk sayang dan anak anak..."Ziyyad bangun dari ribaanku.

"abang baby gerak..."tangannya aku letakkan di perut ku agar dapat rasai pergerakan.

"Aariz dengar apa yang daddy cakap ya...daddy tak sabar tunggu Aariz keluar"aku tergelak bila lihat wajah gembiranya.

Aku berhenti tergelak bila mata galaknya mula memandang ku.
"kenapa pandang Qaseh macam tu...ni mesti ada makna kan"teka ku.

"rindu...."dengan pantas bibirku dipagutnya.

"a..ab.."tak sempat aku habiskan kata kata terus aku lemas dalam badai asmaranya
Ziyyad begitu pandai dalam tindakannya.
Aku bahagia...pelukan dan ciumannya adalah semangat buat ku.

.........
.........

Debaran semakin terasa menunggu saat bayiku lahir.
Kini aku tidak lagi dibenarkan untuk berulang alik ke kedai,Ziyyad tidak mahu aku melakukan kerja yang perlu berdiri lama.

"tak apa lah hal kat kedai biar ibu yang uruskan sementara Qaseh cuti.."ujar ibu semasa melawat kami di rumah

"maaflah ibu,ayah...sebab terpaksa suruh Qaseh cuti awal sebab Yad tak nak Qaseh terlalu letih,nak dia rehat tunggu baby ni lahir"Ziyyad bersuara aku hanya tersenyum di sebelahnya.

"small matter jer Yad,elok lah tu dia rehat ayah tengok dah tak larat sangat dah tu..."sambung ayah sambil meneguk air.

"Qaseh ok jer...duduk kat rumah bukan buat kerja apa pun...kalau kat kedai dapat juga tengok emas...cerah biji mata"sampuk ku.

"amboi...larat sangatlah ya...balik kerja mengadu sakit sana sakit sini..."celah Ziyyad,aku hanya mencebik.
Ibu dan ayah tergelak bila lihat kami bergaduh manja.

"nak ke mana tu?"tanya Ziyyad bila tengok aku bangun menuju ke dapur.

"ke toilet jap"kini aku semakin kerap berulang alik je tandas sebabkan perut yang semakin membesar.

"hati hati"pesan Ziyyad.

Lama Ziyyad dan ayah bersembang sehingga dapat mendengar gelak tawa mereka sampai ke dapur.

Aku tersenyum sendiri.

Beberapa minit kemudian ibu dan ayah meminta izin untuk pulang.

"ok lah Qaseh ayah dan ibu balik dulu..nanti kalau perlukan apa apa call kami"kami menyalami mereka.

.........
..........

"abang...abang...s..sakitlah"badan Ziyyad aku goncang kuat apabila perutku terasa begitu sakit.

"sayang...sayang sakit ker?"Ziyyad bangun dari tidurnya dengan terpikat pisat matanya kerana terkejut dengar jeritanku.

"macam dah nak bersalin ni...sakit sangat"mukaku mula merah menahan sakit.
Ziyyad mula kelihatan cemas,lebih cemas daripada aku yang hendak beranak ni.

"abang nak ke mana tu ?"aku bertanya bila lihat dia mula hilang arah.
Tak sangka lelaki macho macam dia pun boleh jadi gelabah macam kucing jatuh anak.

"err...nak cakap mama"tergagap suaranya.

"cepatlah...sakit ni'terus dia berlari anak mendapatkan ibu.
Ditinggalkan aku keseorangan diri di bilik yang kesakitan.
Beberapa minit kemudian mama sampai ke bilik .

' Ya Allah Yad cepatlah bawa Qaseh ke hospital air ketuban dah pecah ni"Ziyyad masih tercegat terngangga melihat air dicelah kelangkang ku mula membasahi baju yang aku pakai.

"abang...cepatlah"seolah tersedar dari mimpi Ziyyad terus mencempungku bawa ku ke kereta sementara mama mengambil beg yang telah aku sediakan terlebih awal.

"hang pi dulu...nanti mama call Pak Joe suruh ambil mama dan tinggalkan Nurin kat bini dia"Ziyyad terus memecut terus ke hospital.

Sampai di hospital aku terus ditolak ke LB sementara Ziyyad membuat urusan di kaunter.
Pintaku pada doktor tadi biar Ziyyad menemaniku semasa dalam LB.

"abang maafkan Qaseh ...halalkan makan minum Qaseh ..."ucapan ku bisikkan saat Ziyyad menggenggam tanganku.
Saat aku bertarung nyawa melahirkan zuriat keturunannya.

"sayang semuanya akan selamat,abang maafkan segalanya dan halalkan segalanya"kucupan singgah di dahiku.
Airmatanya mula menitis,terasa hangat membasahi pipiku.

Ziyyad masih setia di sisiku memberi semangat untuk aku,
Hampir setengah jam kesakitan yang tak dapat aku rasai sebelum ini akhirnya berakhir apabila seketul tubuh kecil keluar dari rahimku.
Tangisan bayi kecil itu menghilangkan segala kesakitan yang ku rasa tadi.
Ziyyad yang tadi berdiri megah memberikan semangat padaku sudah hilang dengan tiba tiba.

"doktor suami saya mana?"tanya ku hairan.

"suami puan kami sudah bawa masuk bilik sebelah..tadi pengsan"aku terkejut bila terdengar berita itu.

"tadi bukan main lagi..."getusku hanya tersenyum.

Setelah selesai semuanya aku ditolak masuk ke wad biasa bersama junior Ziyyad.

Kelihatan mama,ayah dan ibu sudah ada di bilik cuma Ziyyad yang masih tidak kelihatan.

"mama...abang tak sedar lagi ker?"tanya ku apabila mama menghampiri ku.

"Ziyyad pengsan ker?"tanya ayah.
aku tergelak kecil.

"sayang....abang minta maaf...abang terkejut tadi"terpancul wajah Ziyyad di muka pintu.
Kami yang berada di bilik ketawa lihat muka cuak Ziyyad.

"Yad,Yad"mama menggelengkan kepala.

"thanks sayang sebab lahirkan zuriat untuk abang"kucupan singgah di ubun ubun.

Aku melebarkan senyum bahagia.

Ziyyad mengangkat anaknya terus mengalunkan Azan dan iqomah ditelinga anaknya.
Kesakitan ku terus hilang tatkala melihat dua hero di depanku.

"sebiji macam hang Yad masa kecil...tapi hidung ikut ummi dia...halus mulus jer"ujar mama memandang kami.

"hmmm...penat kita yang mengandung,melahirkan...last sekali ikut muka daddy dia...nanti minta kalau hamil lagi biar abang yang kena alahan...baru adil kan mama"seloroh ku.

"amboi dah keluar seketul ni..sebut pasal nak hamil lagi...laju betul"usik Ziyyad membuatkan kami ketawa.

"elok lah tu rancang beranak ramai ramai bagi meriah rumah kita..."tambah ayah.

.........
.........

Sepanjang berpantang Ziyyad banyak membantu ku,ternyata dia seorang suami dan ayah yang terbaik.
Dia yang selalu terbangun bila Aariz Khalish menangis ,tukar lampin,sehingga aku sendiri kesian melihat dia selalu mengantuk bila tiba waktu kerja.

"Qaseh kesian tengok abang..mesti letih sepanjang malam jagakan Aariz"Aariz baru terlena bila lepas menyusu tadi.

"biasalah sayangkan masih dalam pantang lagi tak boleh banyak bergerak..."Ziyyad menyarungkan kemeja di badannya.

Aku hanya memerhati .

"abang pergi kerja dulu ya...sayang jaga diri..."Ziyyad menguap .

"abang mengantuk lagi tu...tak payah lah pergi kerja..."tangannya ku tarik.

"mana boleh...kerja banyak lagi tu duk menunggu...tak payah risau hari ni PakJoe yang drive..."pipiku dikucup.
Lega bila aku dengar yang bukan dia yang memandu,kebimbangan masih lagi menguasai diri takut berulang kembali.

"ok...take care"senyuman mengiringinya pergi.

Selepas mandi dan makan tadi aku kembali terlena tetapi tidak lama apabila Aariz mula menangis.

"Qaseh dah makan?"masuk mama .

"dah mama..."ujarku bangun membetulkan kedudukan agar lebih selesa untuk menyusukan Aariz.
Untung aku dapat mertua sebaik mama yang terlalu menyokong dan menjadi sebahagian hidupku.
Ziyyad punyai seorang ibu yang terbaik dan aku yang paling bertuah di keliling orang yang banyak menyayangiku.

Akhirnya 100 hari pantang dapat aku harungi dengan baik.
Aariz Khalish semakin manja dengan Ziyyad selalu mahu didodoi sebelum tidur.
Si kecil ini senang dijaga dan tidak banyak ragamnya.

"dah tidur ker?"perlahan Aariz diletakkan supaya tidak terjaga.
Aku tersenyum bila Ziyyad seolah menyuruh aku diam agar si kecil itu terjaga.

Aku kembali duduk dibirai katil memerhati Ziyyad masih lagi berdiri melihat Aariz yang sedang tidur.

Seketika dia kembali jua ke katil.

"manja sangat lah anak lelaki abang tu...sedia jer nak kena daddy dia yang tidurkan"

"anak daddy biasalah..."perlahan aku bangun untuk ke bilik air.

"nak lari mana?"tanganku ditarik perlahan sehingga terduduk di ribaannya.

"abang...Qaseh nak ke tandas lah"pinggang ku dipeluknya.

"rindu...dah lama ni...bil tak berbayar..."aku faham dari redup pandangan nya tersimpan seribu makna.
Aku tergelak kecil.

"faham...tapi hajat Qaseh ni nak kena tunai juga. .dah nak terkucil ni"terus pelukan dileraikan perlahan.
Aku menutup mulut sendiri menahan ketawa agar tidak terjaga si kecil

"jangan lari sudah"lirihnya.

Aku berlalu perlahan agar pergerakkan tidak didengari si kecil.

Sekembali dari bilik air Ziyyad sudah siap sedia di atas katil merenung tanpa sesaat beralih ke arah lain.
Aku mula merasa janggal kerana sudah lama tidak direnung dan di goda sebegitu rupa.

Perlahan aku menghampinya
Segera aku ditarik masuk dalam pelukannya.
Aku tergelak kecil.

"abang kenapa ganas sangat ni..."rengekku manja.

"lama sangat dah...mana boleh tahan sayang...."

"Enam tahun menduda ok jer kan"celah ku.

"tu sebab tak ada depan mata...siapa pun tengok sayang pasti tak boleh tahan...ada anak pun still mantain jer badan...ni yang buat abang geram"disedutnya aroma wangiannya yang aku pakai.

Aku hanya tersenyum makan pujiannya.

Aku semakin hanyut dibuai asmaranya.
Bukan seratus hari rasanya tidak bersama tetapi sudah hampir empat bulan dia bertahan.

"I LOVE YOU SO MUCH SAYANG"bisiknya di telingaku.
bulu romaku mula meriding naik.
Terasa bagai pertama kali disentuh pula saat ini.

"kenapa sayang takut ker?"tanya Ziyyad bila tengok wajah ku mula cuak.

"sikit...takut sakit..."bisikku.
Ziyyad tergelak.
Bibirnya mula menuju ke leherku.
"kita buat perlahan ok....abang faham....."bisiknya lagi.
aku hanya mengangguk.

Saat masing masing inginkan segalanya sanggup ditempuhi.
Mana mungkin aku menghalang keinginan sangat suami yag sudah lama menanti dan saat dan tika ini.
Aku adalah halal untuknya.
Cinta kami yang suci.
Sekian lama kami kembali bersatu mencari titik kepuasan .
Akhir layu dan terdampar keletihan.

"thanks,sayang..."ciuman lembut singgah di ubun ubun ku.

Aku tersenyum gembira,tanggung jawab ku kini bertambah antara ibu dan isteri.

Nasib kami baik Aariz terjaga bila kerja kami selesai sudah.

"pandai anak abang...faham dengan daddy nya yang kelaparan"kami tergelak bersama.

Ziyyad terus bangun terlebih dahulu mendapatkan Aariz yang menangis.

"anak ummi lapar ya"Ziyyad memberikan Aariz padaku.

"tadi layan daddy ni layan Aariz pula..hebatkan perempuan...multitasking"hidungku dicuitnya,aku hanya tersenyum.

"pergilah mandi ..kejap lagi jaga Aariz"Ziyyad terus menuju ke bilik mandi.
Aku terus menyusukan si kecil Aariz.
Setelah menyusu aku kembali meletakkan Aariz di tempat tidurnya dan kini giliran aku pula yang perlu mandi menyucikan diri.

.........
.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience